Kertas Cadangan Penubuhan Persatuan Memanah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN AZELEA,

PEKAN,PAHANG

PEMOHON:
JAWATANKUASA PENAJA KELAB MEMANAH SK
AZELEA, PEKAN

KERTAS KERJA
PENUBUHAN KELAB MEMANAH
SK AZELEA PEKAN

1.0 PENGENALAN
Kelab memanah SK Azelea Pekan akan ditubuhkan selaras dengan arahan penubuhan
persatuan dan kelab oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Tujuan utama penubuhan
persatuan ini ialah untuk mewujudkan sukan yang aktif untuk dipelajari oleh murid-murid
sewaktu riadah dan kokurikulum sesi petang. Kelab ini direalisasikan untuk membantu murid-
murid bukan sahaja cemerlang dalam kokurikulum tetapi juga mempunyai tubuh badan sihat
dan kekal aktif. Hal ini penting untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek intelek,
emosi dan jasmani. Secara tidak langsung aktiviti kelab ini akan membantu menjayakan
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Disamping itu, pelbagai aktiviti yang dijalankan
meliputi beberapa kemahiran yang telah dipelajari akan dapat menajamkan penguasaan murid
dalam sukan memanah. Kelab ini akan disertai oleh murid-murid tahap 2 iaitu terdiri daripada
murid Tahun Empat, Tahun Lima dan Tahun Enam. Murid-murid pada usia ini mampu bertindak
sesuai dengan kehendak guru penasihat.

2.0 OBJEKTIF
1. Meningkatkan minat pelajar terhadap sukan memanah dan meningkatkan kebolehan
memanah mereka.
2. Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang masa depan dan kepentingan sukan
memanah untuk mendapatkan kemahiran sampingan untuk digunakan pada masa akan
datang.
3. Membentuk sikap bertanggungjawab dan amanah dalam diri pelajar sebagai
sebahagian kehidupan.
4. Mendedahkan maklumat kepada para pelajar tentang kepentingan sukan memanah
terhadap diri dan masyarakat untuk jangka masa yang panjang .
5. Menghidupkan kembali sunnah Rasulullah dalam kalangan guru dan murid.

You might also like