Sunnah Ketika Puasa: Ramadhan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 32

SUNNAH KETIKA PUASA

Ramadhan
HAKAZA SUNNAH

IBN RAMZI
HAKAZA SUNNAH

SUNNAH KETIKA PUASA


Ramadhan
Berniat Puasa (Sunan Abu Daud : 2454)

Nabi ‫ﷺ‬
‎ bersabda :
Barangsiapa yang tidak berniat (pada
malam hari) sebelum terbit fajar, maka
tiada puasa baginya (pada hari tersebut).

NIAT PUASA
‫َرَم َض اَن َهِذِه الَّس َنِة ِلَّلِه َتَع اىَل‬ ‫َنَو ْيُت َص ْو َم َغ ٍد َأْن َأَداِء َف ْر ِض‬

Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan


tahun ini kerana Allah Ta’ala

1
HAKAZA SUNNAH

SUNNAH KETIKA PUASA


Ramadhan
Bersahur (Sahih Bukhari : 1923)

Nabi ‫ﷺ‬
‎ bersabda :
Bersahurlah kalian, kerana
di dalam sahur ada keberkatan.

Keberkatan dari sudut dunia


Memberi kekuatan untuk berpuasa di siang hari
Keberkatan Akhirat
Ganjaran Pahala yang lebih banyak
2
HAKAZA SUNNAH

SUNNAH KETIKA PUASA


Ramadhan
Makanan ketika Bersahur
(Sunan Abu Daud : 2345)

Nabi ‫ﷺ‬
‎ bersabda :
Sebaik-baik sahur orang mukmin
adalah dengan buah tamar.
Bersahur walaupun segelas air
Jika tidak mempunyai buah tamar untuk bersahur paling kurang
kita meminum segelas air seperti mana galakan Nabi ‫ ﷺ‬dalam
hadis yang lain : Bersahurlah walaupun seteguk air ( Sahih Ibn
Hibban : 3476) kerana sahur membezakan puasa kita dengan
puasa ahli kitab.
3
HAKAZA SUNNAH

SUNNAH KETIKA PUASA


Ramadhan
Melewatkan Sahur (Sahih Muslim : 1097)

Zaid bin Thabit RA, beliau berkata :


Kami telah bersahur bersama Rasulullah ‫ﷺ‬
kemudian kami bangun untuk mendirikan solat. aku
telah bertanya, berapa jarak antara keduanya?
Maka baginda ‫ ﷺ‬bersabda: 50 ayat.

Jarak antara 50 ayat Quran

Imam al-Nawawi : Jarak antara kedua waktu tersebut adalah


kadar bacaan 50 ayat al-Quran serta padanya galakan untuk
melewatkan sahur sehingga sebelum waktu fajar

4
HAKAZA SUNNAH

SUNNAH KETIKA PUASA


Ramadhan
Melakukan Tahajud (Sahih Muslim : 1982)

Nabi ‫ﷺ‬‎ bersabda :


Sebaik-baik solat selepas solat
Fardhu, ialah solat malam.
Galakan Solat Tahajud sebelum atau setelah sahur
Sekurang-kurangnya Solat Tahajud ialah dua rakaat,
tiada had banyaknya. Ianya didirikan selepas
bangun daripada tidur dan sebelum Subuh.

5
HAKAZA SUNNAH

SUNNAH KETIKA PUASA


Ramadhan
Mengerjakan Solat Subuh Secara
berjemaah (Sahih Muslim : 656)

Nabi ‫ﷺ‬
‎ bersabda :
Barangsiapa solat subuh secara
berjemaah, seolah-olah dia telah
solat seluruh malamnya.
Selesai Sahur kita bersiap sedia solat subuh berjemaah
Mereka yang melaksanakan solat subuh secara berjemaah diibaratkan
seperti mereka telah solat sepanjang malam. Di bulan Ramadhan, kita
sama-sama perbanyakkan amalan solat subuh berjemaah seusai kita
selesai sahur.
6
HAKAZA SUNNAH

SUNNAH KETIKA PUASA


Ramadhan
Meninggalkan perkataan yang
buruk (Sahih Bukhari : 1903)
Nabi ‫ﷺ‬
‎ bersabda :
Sesiapa yang tidak meninggalkan ucapan dusta
dan masih beramal dengan pembohongan, maka
Allah tidak berhajat keatas perbuatannya yang
meninggalkan makan dan minumnya (Puasa).
Ucapan yang dusta
ucapan ke arah penipuan, celaan dan meyimpang daripada
kebenaran dan beramal dengan kebatilan
beramal dengan pembohongan
beramal dengan apa yang dilarang oleh Allah

7
HAKAZA SUNNAH

SUNNAH KETIKA PUASA


Ramadhan
Menjawab : Aku sedang berpuasa
(Sahih Bukhari : 1894)
Nabi ‫ﷺ‬
‎ bersabda :
Puasa itu perisai, maka (orang yang melaksanakannya)
hendaknya dia tidak berkata kotor dan berkelakuan
memperbodohkan diri. Apabila ada orang yang
mengajaknya berkelahi atau menghinanya maka
katakanlah aku sedang puasa
(Dia mengulang ucapannya dua kali)
Puasa itu perisai yang digunakan ketika berperang
Jadikan puasa kita perisai menghindari perbuatan
yang kotor dengan mengucapkan “ Aku sedang
berpuasa” sebanyak dua kali kepada orang yang
mengajak kepada kemungkaran.
8

HAKAZA SUNNAH

SUNNAH KETIKA PUASA


Ramadhan
Membaca Quran walaupun tidak
lancar (Sahih Muslim : 798)
Nabi ‫ﷺ‬
‎ bersabda :
Seorang yang mahir dalam membaca al-Quran
bersama al-Safarah al-Kiram al-Bararah dan bagi
yang membaca al-Quran namun tersangkut-sangkut
dan berasa susah buatnya maka untuknya itu
dua ganjaran

Mendapat dua ganjaran pahala


Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa dua ganjaran yang diperolehi
itu adalah kerana pertamanya kerana dia membaca dan yang
keduanya disebabkan kepayahannya dalam membaca al-Quran

9
HAKAZA SUNNAH

SUNNAH KETIKA PUASA


Ramadhan
Mempelajari al-Quran bersama
(Sahih Bukhari : 1796)

Ibnu Abbas Berkata :


Jibril menemui Nabi ‫ ﷺ‬setiap malam
di bulan Ramadhan, Jibril
mengajarkannya Al-Quran.

Tadarus al-Quran di bulan ramadhan


Para tabiin tadarus Al-Quran bersama-sama pada bulan Ramadhan,
mereka melakukannya antara waktu Zuhur dan Asar, dan antara
Maghrib dan Isya dan melanjutkannya pada seperempat malam

10
HAKAZA SUNNAH

SUNNAH KETIKA PUASA


Ramadhan
Tidak bergopoh-gapah membaca
Al-Quran (Mu'jam Kabir : 821)

Nabi ‫ ﷺ‬bersabda :
Akan muncul daripada umatku
nanti,mereka yang meminum Al-Quran
seperti mereka meminum susu

Membaca tanpa tadabbur dan menjaga hukum tajwid


Mereka membaca dengan lidah mereka tanpa mentadabbur makna-
maknanya, dan tidak memperhatikan hukum-hukum yang ada pada-nya ,
bahkan dia (bacaan Al-Quran) di lidah mereka sebagaimana berlalunya
susu yang di minum melalui lidah mereka dengan cepat. (Faidhul qadir
118/4)
11
HAKAZA SUNNAH

SUNNAH KETIKA PUASA


Ramadhan
Bersabar ketika puasa
(Musnad Ahmad : 7577)

Nabi ‫ ﷺ‬bersabda :
Puasa pada bulan kesabaran
(Ramadhan)
Ramadhan dinamakan sebagai bulan sabar
Bulan ini disebutkan sebagai bulan untuk melatih kesabaran setiap
hamba Allah. Diantara kesabaran yang dapat dilatih adalah sabar
melakukan ketaatan perintah Allah, dan sabar meninggalkan dosa.

12
HAKAZA SUNNAH

SUNNAH KETIKA PUASA


Ramadhan
Jangan sengaja batalkan puasa
(Sunan Nasaie : 7537)
Nabi ‫ ﷺ‬bersabda :
Kemudian aku dibawa pergi (oleh dua orang lelaki tadi)
sehingga aku tiba kepada satu kaum yang dirantai betis
mereka. Mulut mereka dalam keadaan terkoyak, dan
daripadanya mengalir darah. Aku bertanya: Siapakah
mereka? Maka dikatakan: Mereka ialah orang yang berbuka
puasa sebelum tiba waktunya

Dosa besar bagi mereka yang sengaja berbuka


Dosa besar yang ke 140 dan 141, meninggalkan puasa pada salah
satu hari daripada hari-hari dalam Bulan Ramadhān, dan berbuka
puasa padanya dengan persetubuhan atau selainnya tanpa sebarang
keuzuran seperti sakit atau bermusafir. (az-Zawājir: 1/323)

13
HAKAZA SUNNAH

SUNNAH KETIKA PUASA


Ramadhan
Muflis walaupun berpuasa
(Musnad Ahmad : 7577)
Nabi ‫ ﷺ‬bersabda :
Muflis bagi umatku ialah seseorang datang pada hari kiamat dengan
membawa amalannya iaitu solat, puasa dan zakat. Pada masa yang sama
juga dia membawa dosa-dosa mengutuk, memfitnah, mengambil harta,
membunuh dan memukul orang. Maka diambil pahala dari kebajikannya lalu
diberi kepada orang yang dizaliminya. Andainya pahala yang dibawanya
belum cukup, akan diambil dosa-dosa mangsa yang dizaliminya, lalu
dibebankan di atas kepalanya, kemudian dia dicampak ke dalam neraka

SIA SIA BERPUASA KERANA AMALAN BURUK


Muflis yang disebutkan di dalam hadis ini ialah seseorang yang binasa
dengan kebinasaan yang sempurna dan seseorang yang kerugian dengan
kerugian yang pasti. Segala amalan yang dilakukan puasa, solat akan
menjadi sia-sia dan diberikan kepada orang yang dizalimi.

14
HAKAZA SUNNAH

SUNNAH KETIKA PUASA


Ramadhan
Menjaga solat fardhu
(Sunan Tirmidzi : 2616)
Nabi ‫ ﷺ‬bersabda :
Keutamaan segala urusan adalah Islam,
tiangnya adalah solat dan kemuncaknya
adalah berjihad

Pendapat ulama berkenaan dengan orang yang puasa tetapi tidak solat, antaranya:
Pendapat pertama: Mereka dianggap sebagai keluar daripada Islam dan tidak sah puasa
mereka. Hendaklah mereka bertaubat kepada Allah dan kembali mengerjakan solat.
Inilah pendapat mazhab Hambali dan sebahagian ulama masa kini.
Pendapat kedua: Mereka yang tidak solat tetapi berpuasa dianggap puasa mereka sah
tetapi tidak diberi pahala. Inilah pendapat kebanyakan ulama Azhar seperti ‘Atiyyah
Saqar, Dr. Ahmad Syarbashi, Dr. Muhemmed al-Bakri Ismail dan lain-lain.

15
HAKAZA SUNNAH

SUNNAH KETIKA PUASA


Ramadhan
Bersikap lebih pemurah dan dermawan
(Sahih Bukhari : 1902)
Ibn Abbas berkata :
Nabi ‫ ﷺ‬adalah orang yang paling pemurah
(dermawan) dalam segala kebaikan. Dan pemurah
(dermawan) baginda yang paling baik adalah saat
bulan Ramadan ketika Jibril datang menemui baginda

Pemurah Rasulullah dikatakan melebihi angin yang berhembus.


Diibaratkan demikian karena Rasulullah sangat mudah dan cepat dalam memberi tanpa
banyak berpikir, sebagaimana angin yang berhembus cepat. Dalam hadits juga angin
diberi sifat ‘mursalah’ (berhembus), mengisyaratkan pemurahnya Rasulullah memiliki
nilai manfaat yang besar, bukan asal memberi, serta terus-menerus sebagaimana angin
yang baik dan bermanfaat adalah angin yang berhembus terus-menerus
(Kitab Fathul Bari)

16
HAKAZA SUNNAH

SUNNAH KETIKA PUASA


Ramadhan
Memberi makan orang berbuka
(Sunan Tirmidzi : 807)
Nabi ‫ ﷺ‬bersabda :
Barangsiapa yang memberi makan kepada orang
yang berbuka, dia akan mendapat pahala seperti
orang yang berpuasa tanpa dikurangkan pahala
orang yang berpuasa sedikitpun

MEMBERI MAKAN ORANG BERBUKA SEPERTI BERPUASA SETAHUN


Imam Izzuddin Al Izz bin Abd al-Salam dalam menjelaskan kelebihan memberi makan kepada
orang yang berpuasa:Sesiapa yang memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa dalam
sepanjang tahun, maka dia akan mendapat pahala berpuasa selama setahun..

17
HAKAZA SUNNAH

SUNNAH KETIKA PUASA


Ramadhan
Jangan membazir ketika berbuka
(Sahih Muslim : 2034)
Anas bin Malik berkata :
Sesungguhnya Rasulullah ‫ ﷺ‬apabila makan, Baginda akan
menjilat tiga jarinya. Baginda juga bersabda: Sekiranya
terdapat makanan salah seorang daripada kamu terjatuh
(ke tanah), maka bersihkan kotoran yang menimpanya kemudian
makan sahaja. Jangan biarkan makanan tersebut untuk syaitan

SUNNAH JANGAN MEMBAZIR MAKANAN KETIKA BERBUKA


Hadis diatas menjelaskan sunnah baginda yang sentiasa menghabiskan makanan sehingga
menjilat ketiga jari baginda. Kerana perbuatan orang yang suka membazir makanan ini
terutama ketika berbuka adalah saudara kepada syaitan seperti mana yang difiirmankan Allah
"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara Syaitan, sedang Syaitan itu
pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” - Surah al-Isra' : 27

18
HAKAZA SUNNAH

SUNNAH KETIKA PUASA


Ramadhan
Menyegerakan berbuka puasa
(Sahih Bukhari : 1957)
Nabi ‫ ﷺ‬bersabda :
Sentiasa manusia berada dalam kebaikan
selama mereka menyegerakan berbuka

SENTIASA MANUSIA DALAM KEBAIKAN


Sheikh Muṣṭafā Dib al-Bughā berkata maksud “sentiasa manusia didalam kebaikan itu “ ialah
kerana mereka mempunyai kelapangan dan kerehatan yang panjang jika menyegerakan
berbuka puasa kerana mampu memberi manfaat dan kekuatan untuk beribadah bagi
menambah pahala dan ganjaran berpegang dengan sunnah Nabi ‫ﷺ‬

19
HAKAZA SUNNAH

SUNNAH KETIKA PUASA


Ramadhan
Doa nabi ketika berbuka
(Sunan Abu Daud : 2357)
Ibnu Umar Berkata :
bahawa Nabi SAW apabila hendak berbuka, Baginda ‫ﷺ‬
membaca (doa) :
‫ َو َثَب َت اَأْلْجُر ِإ ْن َش اَء ُهَّللا‬، ‫ َو اْبَت َّلِت اْلُع ُروُق‬،‫َذ َه َب الَّظ َم ُأ‬
Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat dan telah ditetapkan
pahala insyaAllah

GALAKAN BERDOA KETIKA INGIN BERBUKA PUASA


Antara doa yang diajarkan nabi ketika kita ingin berbuka puasa adalah seperti doa dala hadis
diatas. Terdapat juga doa lain yang boleh diamalkan sekali dengan doa diatas iaitu:
‫ َو َع ىَل ِرْز ِق َك َأْف َط ْر ُت‬، ‫الَّلُه َّم َلَك ُص ْم ُت‬
Ya Allah Ya Tuhan kami kerana Engkau aku berpuasa dan dengan rezeki Engkau aku berbuka

20
HAKAZA SUNNAH

SUNNAH KETIKA PUASA


Ramadhan
Banyakkan berdoa
(Sunan Ibnu Majah : 1753)

Nabi ‫ ﷺ‬bersabda :
Sesungguhnya bagi orang yang
berpuasa itu ketika dia berbuka
doanya tidak akan ditolak

GALAKAN BANYAKKAN BERDOA KETIKA KITA BERPUASA


Hadis ini menjadi motivasi bagi mereka yang berpuasa untuk perbanyakkan
berdoa agar dipermudahkan urusan dunianya dan juga diberikan kebaikan urusan
akhiratnya. Hadis yang lain juga ada menyebutkan bahawa tiga golongan doa
mereka tidak akan ditolak, diantaranya orang berpuasa sehingga dia berbuka

21
HAKAZA SUNNAH

SUNNAH KETIKA PUASA


Ramadhan
Makanan nabi ketika berbuka
(Sunan Tirmidzi : 696)
Anas bin Malik berkata :
Nabi ‫ ﷺ‬selalu berbuka dengan kurma basah sebelum
solat (Maghrib), jika tiada kurma basah, maka (Baginda
berbuka) dengan kurma kering, jika tiada kurma kering,
(Baginda berbuka) dengan meneguk air.

BERBUKA DAHULU WALAU SEDIKIT SEBELUM MENGERJAKAN SOLAT FARDHU


Hadis ini juga menggalakkan kita supaya mendahulukan berbuka puasa sebelum solat dan
diutamakan berbuka dengan kurma basah, jika tiada maka berbuka dengan kurma kering, dan
jika tiada kurma kering maka berbuka dengan air. Dalam riwayat Muslim, Abdullah bin Busr
menceritakan bahawa sebaik saja Nabi ‫ ﷺ‬makan kurma, Baginda ‫ ﷺ‬akan mengeluarkan biji
kurma dari mulutnya dengan meletakkan biji kurma tersebut di belakang jari di antara jari
telunjuk dan jari tengah, kemudian Baginda ‫ ﷺ‬membuang biji tersebut ke tempat yang sesuai.

22
HAKAZA SUNNAH

SUNNAH KETIKA PUASA


Ramadhan
Mendoakan orang yang menyediakan
makanan (Sahih Muslim : 2055)

Nabi ‫ ﷺ‬berdoa :

‫الّلُه َّم َأْط ِع ْم َم ْن َأْط َع َم ِني َو َأْس ِق َم ْن َأْس َق اِني‬


Ya Allah, berilah makan orang yang memberi ku
makan, berilah minum orang yang memberiku
minum.
SUNNAH MENGAJAK ORANG YANG MENYEDIAKAN
MAKAN MAKAN BERSAMA
Nabi ‫ﷺ‬
‎ bersabda : " Jika pembantu salah seorang dari kamu datang dengan membawa

untuk duduk dan makan bersama, jika
makanan, hendaknya dia meminta pembantunya
pembantunya menolak , hendaklah dia berikan (sedikit) makanan itu kepadanya. " [ Sunan Ibn
Majah : 3289, Sahih]. Tujuannya kerana mereka telah bersusah payah menyediakan makanan
untuk kita yang berbuka, seperti mana hadis Nabi ‫ﷺ‬‎ bersabda : "Kerana dia telah merasai
panas dan asapnya ( ketika memasak)" [ Musnad Ahmad : 4257 ,Sahih Lighairihi ]

23
HAKAZA SUNNAH

SUNNAH KETIKA PUASA


Ramadhan
Segera Solat Fardhu secara berjemaah
(Sahih Muslim : 1509)

Nabi ‫ ﷺ‬bersabda :
Solat secara berjemaah lebih baik
daripada solat bersendirian sebanyak
27 darjat.
MEREBUTKAN GANJARAN PAHALA SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Seorang muslim yang selesai sahaja menjamu makanan berbuka, akan bersegera untuk
melaksanakan solat fardhu secara berjemaah untuk mendapatkan pahala berganda yang
telah disediakan Allah kepadaa hambaNya. Apatah lagi di bulan Ramadhan yang dipenuhi
dengan rahmat dan ganjaran pahala yang melimpah ruah kepada hambanya.

24
HAKAZA SUNNAH

SUNNAH KETIKA PUASA


Ramadhan
Mendirikan solat terawih
(Sahih Muslim : 2034)

Nabi ‫ ﷺ‬bersabda :
Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan
penuh keimanan dan penuh pengharapan, akan
diampunkan baginya segala dosanya yang
telah lalu

MENDIRIKAN RAMADHAN DENGAN SOLAT TERAWIH


Ibn Hajar berkata ketika maksud “Barangsiapa yang medirikan Ramadhan”
adalah kita menghidupkan malam-malamnya (Ramadhan) dengan bersolat.
Selain itu, beliau menyebut bahawa Imam al-Nawawi memberi maksud
menghidupkan Ramadhan adalah dengan solat Terawih.
[Lihat: Fath al-Bari, 4/251]

25
HAKAZA SUNNAH

SUNNAH KETIKA PUASA


Ramadhan
Solat Tarawih Sehingga Imam Selesai
(Sunan Tirmidzi : 806)

Nabi ‫ ﷺ‬bersabda :
Sesiapa yang solat bersama imam sehingga
dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya
ganjaran pahala solat sepanjang malam

SUNNAH SOLAT TERAWIH BERSAMA IMAM SEHINGGA IMAM SELESAI


Terdapat kelebihan yang besar untuk makmum yang solat bersama imam sehingga selesai
iaitu mendapat pahala solat sepanjang malam.Hadis ini juga menunjukkan bahawa jika imam
mendirikan solat tarawih sebanyak 20 rakaat dan 3 rakaat witir atau 8 rakaat tarawih dan 3
rakaat witir maka makmum juga perlu menyelesaikan kesemua rakaat tersebut bersama imam
sekiranya ingin mendapat kelebihan pahala solat sepanjang malam

26
HAKAZA SUNNAH

SUNNAH KETIKA PUASA


Ramadhan
Bersungguh-sungguh 10 malam
terakhir Ramadhan (Sahih Bukhari : 2024)

Saiditina Aisyah berkata:


Ketika Rasulullah ‫ ﷺ‬memasuki 10 hari terakhir
(Ramadan), Baginda ‫ ﷺ‬akan menghidupkan malam-
malamnya (dengan ibadah) dan mengejutkan ahli
keluarganya serta mengetatkan ikatan kainnya.

SUNNAH MEMBANGUNKAN 10 HARI TERAKHIR MENCARI LAILATUL QADR


Dalam hadis yang lain juga menerangkan pada 10 hari terakhir Ramadan, Rasulullah ‫ ﷺ‬lebih
giat dan bersungguh-sungguh beribadah melebihi hari-hari yang lain”. [HR Muslim: No.1175].
Galakan hadis ini untuk kita bersungguh mencari malam laitalul qadr dengan menghidupkan
malam terakhir kita dengan ibadah yang melebihi malam-malam sebelumnya

27
HAKAZA SUNNAH

SUNNAH KETIKA PUASA


Ramadhan
Berdoa keampunan ketika mencari
lailatul qadr (Sunan Tirmidzi: 3513)
Saiditina Aisyah bertanya:
Wahai Rasulullah ‫ ﷺ‬, apakah yang harus aku katakan jika aku
mengetahui lailatul qadar?
Baginda mengatakan: Ucapkan
‫الَّلُه َّم ِإ َّنَك َع ُف ٌّو ُتِح ُّب اْلَع ْف َو ؛ َف اْع ُف َع ِّني‬
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun,
amat suka memberikan pengampunan, maka ampunilah aku
DOA AGAR DIAMPUNKAN DOSA
Lailatul Qadr merupakan malam kemuliaan yang Allah kurniakan kepada
hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Beruntung bagi sesiapa
yang bertemu dengan malam itu dengan beribadah pada malam yang
lebih baik dari seribu bulan. Maka oleh itu kita digalakkan untuk berdoa
pada 10 malam terakhir agar Allah mengampunkan dosa kita seperti
yang diajarkan baginda.

28
HAKAZA SUNNAH

SUNNAH KETIKA PUASA


Ramadhan
Zikir selepas witir
(Sunan Nasaei: 1750)
Abdul Rahman bin Abza berkata:
bahawa Nabi SAW membaca dalam solat witir surah al-A'la, al-Kafirun dan
al-Ikhlas. Selepas memberi salam baginda akan menyebut :

‫ُس ْب َحاَن اْلَم ِلِك اْلُق ُّدوِس‬


(Maha suci (Allah), Raja Yang Maha Suci)

sebanyak 3 kali. Baginda menguatkan suara pada kali yang ketiga

DOA KETIKA WITIR


Terdapat juga doa yang nabi baca ketika witir
‫ اَل ُٔاْح ِص ي‬، ‫ َو َٔاُعوُذ ِبَك ِم ْن َك‬، ‫ َو َٔاُعوُذ ِبُم َع اَف اِتَك ِم ْن ُع ُق وَبِت َك‬، ‫الَّلُه َّم ِٕاِّني َٔاُعوُذ ِبِرَض اَك ِم ْن َس َخِط َك‬
‫ َٔاْنَت َك َم ا َٔاْثَنْي َت َع ىَل َنْف ِس َك‬، ‫َثَناًء َع َلْي َك‬
Ya Allah , Aku berlindung dengan keredaan-Mu daripada kemurkaan-Mu,
dan dengan keampunan-Mu daripada hukuman-Mu, dan aku berlindung
dengan engkau daripada azab-Mu. Aku tidak mampu menghitung puji-
pujian kepada-Mu. Engkau adalah sebagaimana pujian yang Engkau
29 berikan kepada diri-Mu. (Sunan al-Tirmizi, No. 3566)
HAKAZA SUNNAH

SUNNAH KETIKA PUASA


Ramadhan
Puasa Enam hari setelah Ramadhan
(Sahih Muslim: 1164)

Nabi ‫ ﷺ‬bersabda :
Barangsiapa yang berpuasa di bulan
Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari
di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan
berpuasa sepanjang tahun
30 hari + 6 hari : 360 setahun pahala puasa
kenapa puasa enam hari selepas 30 hari Ramadhan bersamaan dengan
setahun berpuasa? Hal ini kerana hadis tentang 1 pahala kebaikan
digandakan 10 kali ganda pahala. Maknanya, 30 hari kita berpuasa darabkan
dengan 10 seolah kita telah berpuasa 300 hari, ditamabah dengan puasa
enam hari, maka cukup 360 hari bersamaan setahun kita berpuasa.

30
SELAMAT BERPUASA
DARI KAMI
HAKAZA SUNNAH
SUMBANGAN BOLEH DI BUAT DI AKAUN MAYBANK :
564762341414
HAKAZA SUNNAH CENTRE

You might also like