Ulasan Dokumen

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

FAKULTI PENDIDIKAN

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI)

GGGS5132

KEUSAHAWANAN DALAM PENDIDIKAN

SET / KUMPULAN

SET 7/ KUMPULAN 1

TUGASAN KUMPULAN

ULASAN DOKUMEN PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA

DISEDIAKAN UNTUK: EN SHAHRUL NIZAM BIN MOHAMAD RAZALI

DISEDIAKAN OLEH:

BIL. NAMA NO. MATRIK

1. NADIAH BINTI ISMAIL P123352

2. SITI HANANI BINTI HARUN P123135

3. NUR HAZWANI BINTI SARMAN P124603

4. SHALINI TONNIE P123747

5. RUBAN A/L PERIASAMY P123882

SENARAI ISI KANDUNGAN

1. Pengenalan 3
2. Ringkasan Eksekutif 4

3. Konsep Pendidikan Keusahawanan

3.1 Elemen Merentas Kurikulum (EMK) 5

3.2 Dasar Keusahawanan Nasional 6-7

3.3 Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 7

3.4 Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu 8-12

4. Isu dan Cabaran Pelaksanaan 13-19

5. Cadangan Pemerkasaan Pelaksanaan 20

Rujukan 21

Lampiran 22-24

PENGENALAN

2
Perkataan usahawan mula diperkenalkan dalam tahun 1970 iaitu semasa pelancaran Dasar
ekonomi baru. Pendidikan keusahawanan merupakan satu instrumen utama untuk meningkat
sikap keusahawanan bagi individu yang berpotensi untuk menceburkan diri dalam bidang
keusahawanan. Pendidikan keusahawanan merupakan satu bidang yang penting untuk
memastikan kesedaran potensi keusahawanan (Mohd. Syahrir, 2017). Merujuk Hasan, S. M et al.
(2017) pendidikan keusahawanan adalah penting bagi mencapai sosioekonomi yang berjaya dan
pembangunan yang mampan.

Keusahawanan bertaraf global memerlukan pengurusan perniagaan yang komprehensif


dalam menangani cabaran persekitaran (Zafir dan Fazilah, 2017). Perubahan yang berlaku dalam
persekitaran perniagaan memerlukan usahawan berfikiran jauh dan berbekalkan pengetahuan
asas tentang keusahawanan. Ahli akademik, pemerintah dan usahawan di seluruh dunia semakin
menyedari peranan pendidikan keusahawanan dalam menyediakan usahawan yang berkemahiran
dalam merancang, menubuhkan dan mengembangkan idea perniagaan mereka.

Universiti di negara Romania, sebagai contoh telah mengambil inisiatif untuk


mengintegrasikan pendidikan keusahawanan ke program akademik di semua institusi pengajian
tinggi mereka (Gabriela et al., 2020). Inisiatif tersebut bertujuan untuk menerapkan pendidikan
keusahawanan ke dalam kurikulum program prasiswazah dan juga siswazah.

Melalui penerapan pendidikan keusahawanan, para pelajar di negara mereka dapat


pendedahan tentang bidang keusahawanan. Seterusnya dapat mewujudkan dan mengembangkan
peribadi pelajar agar cenderung untuk terlibat dengan bidang keusahawanan. Pendedahan
pengetahuan asas keusahawanan juga diharap dapat memberi persepsi positif pelajar terhadap
bidang keusahawanan. Malah akhirnya wujud peningkatan bilangan pelajar yang berhasrat untuk
menjadi seorang usahawan sebagai kerjaya (Lina et al., 2019).

Manakala di Malaysia, pendidikan keusahawanan amat dititikberatkan oleh kerajaan pada


masa kini agar para graduan cenderung untuk memilih keusahawanan sebagai kerjaya mereka
setelah tamat belajar di peringkat pengajian tinggi dan tidak hanya bergantung kepada kerjaya
makan gaji. Oleh itu, pengenalan kepada pendidikan keusahawanan di universiti Malaysia telah
dilakukan oleh kerajaan untuk mendedahkan pelajar kepada peluang kerjaya di dalam
perniagaan. Dalam hal ini, universiti memainkan peranan utama dalam meningkatkan ekonomi
Malaysia melalui pendidikan keusahawanan dengan menyediakan platform yang selamat dimana
graduan boleh memulakan kerjaya perniagaan mereka (Fatoki and Oni 2014).

RINGKASAN EKSEKUTIF

3
Pendidikan telah menjadi salah satu agenda utama kerajaan untuk memacu
pembangunan modal insan dan pertumbuhan ekonomi negara. Industri pendidikan tinggi diberi
mandat untuk memastikan program dan kurikulum akademik relevan dengan pertumbuhan
ekonomi semasa dan masa hadapan.

Pendidikan Keusahawanan telah menjadi salah satu agenda utama kerajaan untuk
meningkatkan ekonomi negara dalam rantaian nilai ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dan
kompeten pada peringkat global. Melalui pendidikan keusahawanan bersepadu iaitu di bawah
Dasar Keusahawanan Nasional memberikan penekanan yang khusus mengenai keperluan bidang
keusahawanan kepada pasaran buruh dan ekonomi negara. Agenda memperkasakan Elemen
Merentas Kurikulum sebagai agenda nasional merupakan tindakan yang sejajar dengan
keperluan guna tenaga pada abad ke-21 serta ciri keusahawanan dapat membangunkan minda
kreatif dan inovatif untuk memacu idea ke pasaran.

Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2021-2025 berfungsi sebagai mentransformasikan


landskap keusahawanan di IPT daripada keusahawanan yang berasaskan keperluan kepada yang
berasaskan peluang. Kerangka strategik akan membentuk ekosistem keusahawanan yang
sinergistik antara keusahawanan, akademik, industri, kerajaan dan komuniti dalam landskap
pendidikan tinggi negara. Seterusnya, Pendidikan Keusahawanan Bersepadu (EIE) berfungsi
sebagai rujukan dan garis panduan bagi semua IPT di Malaysia untuk mendorong program dan
aktiviti keusahawanan sesuai dengan aspirasi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) demi
melahirkan graduan yang holistik, berkemahiran keusahawanan dan seimbang (Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025).

Keseluruhannya, kedua-dua dokumen ini akan dapat memandu arah pihak IPT dalam
melahirkan graduan yang holistik dan seimbang dari aspek ilmu dan akhlak, bercirikan usahawan
serta berupaya menjadi pemimpin yang cemerlang pada masa depan. Di samping itu, strategi dan
inisiatif yang dirangka turut dapat membantu menggalakkan pelajar IPT menceburi bidang
perniagaan selepas bergraduat.

Dasar-dasar yang ada pada masa kini secara umum telah mengetengahkan kepentingan
keusahawanan dalam pendidikan dari peringkat rendah hingga tinggi. Visi dasar-dasar sedia ada
iaitu: DEB 2030, DPK 2010, EAP 2016-2020 secara jelas telah menggariskan strategi dan
mekanisme umum untuk sektor-sektor berkaitan termasuk sektor pendidikan tinggi dalam
mempromosikan pendidikan keusahawanan ke arah memupuk usahawan di negara ini. Melalui
pelbagai inisiatif dan strategi berbentuk jangka pendek dan jangka panjang secara berterusan
daripada pihak kerajaan dan penggiat industri, bidang keusahawanan dapat diperkasakan, sekali
gus menjadi bidang pilihan utama golongan belia di negara ini.

3.KONSEP PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN

4
3.1 Elemen Merentas Kurikulum

Matlamat
Penerapan elemen keusahawanan di dalam kurikulum standard sekolah rendah bertujuan untuk
murid mengamalkan elemen keusahawanan melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran
sehingga menjadi budaya dalam kehidupan seharian mereka. (Alias,2022)

Objektif Elemen Keusahawanan


Murid yang mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang diterapkan dengan elemen
keusahawanan dalam pelbagai disiplin ilmu akan:
1. Mengamalkan sikap keusahawanan;
2. Mengamalkan cara berfikir ke arah keusahawanan dalam situasi yang diperlukan;
3. Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli yang
4. mudah dalam aktiviti kehidupan seharian yang relevan;
5. Menghasilkan produk berasaskan pengetahuan serta kemahiran teknologi dan vokasional;
juga
6. Mengamalkan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan.

Ciri – ciri seorang usahawan:


1. Tingkah laku
2. Boleh mengurus projek asas
3. Menghasilkan produk berasaskan pengetahuan dan kemahiran teknologi
4. Mempunyai pertimbangan yang mengambil nilai-nilai moral dan etika

Proses Penerapan Elemen


1. Memerlukan Kerjasama pihak guru yang melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas
2. Dilaksanakan dengan menggunakan bahan atau aktiviti yang digunakan oleh guru
untuk mencapai objektif pembelajaran
3. Dilaksanakan dalam bentuk mengajukan soalan-soalan kepada murid sebagai satu
proses mengekalkan maklumat dalam aktiviti yang relevan.
4. Dilaksanakan dalam bentuk menceritakan pengalaman sebagai Latihan asas untuk
keyakinan diri dan berkomunikasi
5. Melatih murid dengan mengamalkan sikap usahawan

Fokus Elemen Keusahawanan


1.5.1 Mengamalkan sikap keusahawanan
1.5.2 Mengamalkan cara berfikir ke arah keusahawanan dalam situasi yang diperlukan
1.5.3 Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli yang mudah dalam
aktiviti kehidupan seharian yang relevan
1.5.4 Menghasilkan produk yang berasaskan pengetahuan dan kemahiran teknologi dan
vokasional
1.5.5 Mengamalkan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan

5
3.2 Dasar Keusahawanan Nasional
- Berteraskan ‘Kemakmuran Bersama’

Tujuh(7) Teras strategik gagasan kemakmuran bersama


1. Penstrukturan dan Penambahbaikan Ekosistem Perniagaan dan Industri Negara
2. Sektor Pertumbuhan Baharu
3. Reformasi Bakat dan Sumber Tenaga Negara
4. Memperbaiki Pasaran Buruh dan Pendapatan Pekerja
5. Memperkukuhkan Kesejahteraan Sosial
6. Pembangunan Wilayah yang Inklusif
7. Peningkatan Modal Sosial Masyarakat

Model Pembangunan Baharu


Tiga (3) elemen utama yang dapat diterjemahkan dalam Model Pembangunan Baharu:
1. Ekonomi yang progresif dan berstruktur dipacu oleh inovasi dan ilmu pengetahuan
2. Pengagihan ekonomi yang adil dan inklusif pada setiap peringkat rantaian nilai, kelas,
kaum dan geografi
3. Memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan generasi masa hadapan

Langskap Keusahawanan
 Program yang dijalankan:-
 Persekitaran Keusahawanan
 Tinjauan keusahawanan global
 Transformasi ke arah ekonomi baru
 Tinjauan Keusahawanan Nasional
 Program dan Inovasi semasa

Bidang-bidang yang ditawarkan berdasarkan program-program:


 Pembiayaan kewangan
 Geran penyelidikan
 Latihan dan pembangunan kapasiti
 Infrastruktur/ premis perniagaan/ peralatan
 Teknologi
 Akses pasaran
 Perusahaan sosial
 Pengantarabangsaan

6
3.3 Pelan Tindakan Keusahawanan IPT (2021-2025)

Pelan Tindakan Keusahawanan IPT (2021-2025) bertujuan untuk menyusun strategi kea rah
pemerkasaan pelaksanaan agenda keusahawanan di peringkat IPT di Malaysia. PTK-IPT 2021-
2025 digubal berdasarkan pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan
Tinggi). (Alias, 2018)

Matlamat

Program ini untuk melahirkan ramai usahawan siswazah termasuk yang berdaya saing serta
menjadi harapan membantu untuk menyumbang kepada ekonomi negara. Usaha ini harus
diteruskan untuk menangani pelbagai isu dan cabaran tempatan dan peringkat global. Matlamat
pendidikan keusahawanan di IPT Malaysia adalah untuk melahirkan graduan berciri
keusahawanan dan usahawan siswazah yang kompetitif dan lestari. Graduan berciri
keusahawanan merupakan graduan yang mempunyai pemikiran dan sifat usahawan. Pada masa
yang sama, IPT juga perlu menghasilkan usahawan dalam kalangan pelajar dan siswazah

Objektif utama:

1. Mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holitstik dan kondusif bagi menyokong


agenda pembangunan sosioekonomi Malaysia yang inklusif, seimbang dan mapan.
2. Membentuk masyarakat Malaysia yang berpemikiran dan berbudaya keusahawanan
3. Meningkatkan bilangan usahawan negara yang berkualiti, berdaya maju, berdaya tahan,
berfikiran global dan kompetitif.
4. Mempertingkatkan keupayaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta koperasi.
5. Menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

Pelan Tindakan Keusahawanan terdiri daripada empat (4) fasa:

1. Fasa 1 – Pembentukan Jawatan Kuasa Induk


2. Fasa 2 – Mendapatkan sokongan pihak berkepentingan
3. Fasa 3 – pelan tindakan
4. Fasa 4 – Memuktamatkan PTK-IPT 2021-2025

Tiga(3) Teras Strategik:

1. Teras 1: Ekosistem Keusahawanan Bersinergi memerlukan hubungan dan kolaborasi erat


antara elemen sektor keusahawanan, termasuklah pihak universiti, industri, kerajaan dan
komuniti. Teras ini mengetengahkan tiga (3) strategi pengajaran dan pembelajaran secara
bersinergi untuk melahirkan usahawan pelajar yang mampu mencipta peluang pekerjaan
dan meningkatkan kepakaran pendidik dalam bidang keusahawanan.
2. Teras 2: Kolaborasi Berimpak Tinggi merujuk kepada kerjasama bersepadu dalam
ekosistem keusahawanan antara empat (4) elemen dalam Quadruple Helix yang terdiri
daripada IPT yang terlibat, kerajaan, industri dan komuniti. Kolaborasi berkesan sangat
penting dalam memastikan kualiti pendidikan keusahawanan, kebolehpasaran siswazah
dan kelestarian kewangan IPT.
3. Teras 3: Inovasi dan Teknologi dalam Keusahawan menggalakkan pelajar untuk
menceburkan diri dalam bidang keusahawanan melalui inovasi dan teknologi. Para
7
pelajar disarankan mengambil ‘peluang’ untuk menjadi usahawan dan memulakan
perniagaan dan bukan menjadi usahawan kerana ‘keperluan’ untuk meneruskan
kehidupan

3.4 Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu – bertujuan untuk merangkumkan dan


mencadangkan sebuah model holistik bagi memperhebat kurikulum dan program keusahawanan
di IPT.

Fokus utama kurikulum


1. Pengetahuan Fundamental Keusahawanan
2. Pengetahuan keusahawanan Lanjutan
3. Program Perantis Keusahawanan
4. Kemahiran Pembangunan Manusia
5. Kemahiran Pembangunan Manusia
6. Aktiviti Kurikulum Tambahan Keusahawanan

3 Matlamat Pendidikan Keusahawanan Bersepadu


1. Menambahkan bilangan pelajar usahawan - yang merujuk kepada pelajar yang sedang
menubuhkan dan mengendalikan perniagaan mereka semasa di kampus.
2. Menambah bilangan usahawan graduat - yang merujuk kepada pelajar yang dapat
menubuhkan perniagaan mereka dalam masa enam (6) bulan setelah tamat pengajian.
3. Menambahkan bilangan perniagaan syarikat terbitan atau perusahaan yang ditubuhkan
oleh pelajar dan kajian kes perniagaan.

7 Objektif Pendidikan Keusahawanan Bersepadu


1. Membangunkan dan memperkukuh ekosistem keusahawanan inklusif di IPT untuk
menghidupkan kembali pendidikan keusahawanan dan meningkatkan motivasi pelajar
untuk keusahawanan.
2. Memperkukuh kurikulum keusahawanan bersepadu dengan menggunakan teknologi dan
berasaskan inovasi, serta menghubungkan kurikulum ke dunia perniagaan sebenar.
3. Memperkukuh pendekatan pengajaran dan pembelajaran melalui pembelajaran
berasaskan masalah dan pengalaman dengan penunjuk penilaian yang sesuai.
4. Memperkukuh kecekapan pemimpin dan pendidik akademik melalui peningkatan
kemahiran dan peningkatan kemahiran proses pengembangan pengetahuan, perubahan
minda, pengimbuhan teknologi baharu, inovasi dan strategi perniagaan.
5. Mempercepat pertumbuhan penyelidikan keusahawanan dan inovasi IPT untuk
mendorong aktiviti pengkomersialan dan penubuhan syarikat terbitan oleh pelajar.
6. Memperkukuh koperasi dan perusahaan sosial pelajardi pasaran.
7. Meningkatkan projek kolaborasi IPT-industri-komuniti pada peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.

Dasar Pembangunan Keusahawanan (DPK) 2010

Dibentuk untuk dijadikan garis panduan di IPT bagi memupuk budaya keusahawanan di institusi
masing-masing dengan tiga komponen utama dan enam inisiatif.

8
1. Kesedaran keusahawanan merujuk kepada pemahaman mengenai kepentingan
keusahawanan, pengetahuan mengenai cara pelaksanaan dan konsep kerja berpasukan.
Program-program kesedaran akan disasarkan kepada semua komuniti kampus.
2. Budaya keusahawanan merujuk kepada tindakan untuk menghargai, memastikan
kejayaan, mencari peluang baharu, melihat cabaran sebagai peluang, meraikan kejayaan /
pencapaian, dan dapat membezakan sifat-sifat berlainan dalam kalangan warga universiti.
Budaya keusahawanan dilihat sebagai komponen holistik dengan keputusan kolektif
dalam mencapai visi dan misi universiti.
3. Pengukuhan komponen merujuk kepada pelaksanaan aktiviti keusahawanan, diikuti
dengan penambahbaikan yang berterusan, konsisten dan mampan. Universiti mestilah
mempelbagaikan strategi atau pendekatan selain memastikan semua pihak
berkepentingan mengambil bahagian dalam semua aktiviti.

6 Inisiatif Dasar Pembangunan Keusahawanan (DPK) 2010

1. Penubuhan pusat keusahawanan di IPT.


2. Pelaksanaan pendidikan keusahawanan yang terancang dan holistik.
3. Perancangan dan pelaksanaan program untuk pembangunan dan pengukuhan
keusahawanan.
4. Membangunkan mekanisme pengukuran yang berkesan bagi menentukan kesan dan hasil
dalam aktiviti keusahawanan.
5. Menyediakan persekitaran dan ekosistem yang kondusif yang akan membolehkan
program keusahawanan dijalankan secara berkesan.
6. Menyediakan latihan dan pembangunan profesional staf secara berterusan untuk
meningkatkan bilangan pendidik usahawan yang kompeten.

9
Pelan Strategik Keusahawanan IPT 2013-2015

DPK 2010 telah ditambah baik dan diperkasakan dalam tempoh 2013 - 2015 yang dikenali
sebagai Pelan Strategik Keusahawanan IPT 2013-2015 dengan penambahan strategi-strategi.

Pelan Tindakan Keusahawanan 2016-2020

Dikenali sebagai Pelan Tindakan Keusahawanan (EAP)

Dasar Keusahawanan Nasional (DKN 2030)

DKN 2030 bertujuan untuk menjadi nukleus dan pemangkin untuk menggerakkan budaya
keusahawanan di negara ini, dengan tujuan utamanya, iaitu mewujudkan ekosistem
keusahawanan yang holistik dan kondusif bagi menyokong agenda sosioekonomi yang mampan,
terangkum dan seimbang.

5 Objektif DKN 2030

1. Mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif bagi menyokong


agenda pembangunan sosioekonomi Malaysia yang inklusif, seimbang dan mampan.
2. Membentuk masyarakat Malaysia yang berpemikiran dan berbudaya keusahawanan.
3. Meningkatkan bilangan usahawan negara yang berkualiti, berdaya maju, berdaya tahan,
berfikiran global dan kompetitif.
4. Mempertingkatkan keupayaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta koperasi.
5. Menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

10
6 teras strategik DKN 2030

1. Membudayakan Keusahawanan dalam Segenap Lapisan Masyarakat.


2. Mengoptimumkan Sistem Kawal Selia dan Capaian Pembiayaan Kewangan.
3. Merangsang Pembangunan Keusahawanan Bersepadu dan Holistik.
4. Memacu Pertumbuhan Ekonomi melalui Perusahaan Berteraskan Inovasi.
5. Memantapkan Keupayaan dan Prestasi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana.
6. Pengantarabangsaan Perusahaan Pertumbuhan Tinggi.

11
Dasar Usahawan Graduan dan Usahawan Pelajar

Menyedari kepentingan pendidikan keusahawanan dalam mempromosikan pembangunan


keusahawanan dan juga ekonomi, KPT telah mengambil inisiatif menjadikan mata pelajaran
keusahawanan sebagai mata pelajaran wajib kepada semua pelajar di universiti awam negara.

5 Fokus Elemen Dalam Pendidikan Keusahawanan di Malaysia

1. Kurikulum keusahawanan bersepadu


2. Aktiviti keusahawanan pelajar
3. Program Pembangunan Keusahawanan pelajar
4. Ekosistem keusahawanan pelajar
5. Penilaian Keusahawanan

12
4 ISU DAN CABARAN PELAKSANAAN

4.1 Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

4.1.1 Bahasa

Sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia yang banyak dengan waktu kelas yang
pendek menyebabkan para guru menghadapi kesukaran untuk menguruskan masanya serta
pelbagai kerja sampingan sekolah selain daripada PdP. Dengan ini para guru tidak dapat
melaksanakan PBD menguji kemahiran komunikasi para pelajar dengan sepenuhnya mengikut
tatacara pelaksanaanya yang betul (Halimah & Rozita, 2019). Hali ini menyebabkan para pelajar
mengalami banyak kesukaran dalam penggunaan bahasa dari segi sebutan perkataan , pembinaan
struktur ayat, penggunaan tatabahasa, istilah dan laras bahasa .Tambahan pula, masalah disiplin
yang berlaku di sekolah dalam kalangan para pelajar seperti isu gengsterisme, membuli,
vandalisme, budaya samseng menjadi tekanan kepada para guru dan mengganggu guru dalam
melaksanakan PdP di kelas. (Lius dan Zamri, 2021).

4.1.2 Teknologi dan Maklumat

Kekurangan kemahiran penggunaan TMK dalam kalangan guru dan kesukaran


mengaplikasikan kemahiran TMK dalam membantu para pelajar meningkatkan kemahiran
membaca untuk lebih berdaya saing. Menurut Spiteri dan Chang Rudgren (2020), dalam
kajiannya menyatakan bahawa penerimaan teknologi dalam kalangan guru masih kurang. Selain
itu, menurut Jung et al., (2019) penerimaan guru merupakan aspek utama yang mempengaruhi
pengetahuan, sikap dan kemahiran guru untuk mendapatkan pengetahuan mengenai penggunaan
teknologi agar dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

4.1.3 Keusahawanan

Guru-guru perlulah menambah ilmu pengetahuan tentang keusahawanan. Guru haruslah


meluangkan masa untuk mengadakan aktiviti keusahawanan kepada para pelajar. Faktor
pengetahuan merupakan faktor yang sangat penting dalam usaha menerapkan ciri-ciri
keusahawanan seperti berani mengambil risiko, tidak mudah berputus asa, rajin berusaha tanpa
mengira masa dan sebagainya. Hal ini , dapat menarik minat ke arah bidang keusahawanan agar
dapat mempraktikkan dalam kehidupan seharian.

4.1.4 Nilai murni

Setiap sekolah sentiasa berhadapan dengan masalah disiplin pelajar yang berbeza. Antara
ialah, masalah tidak hadir ke sekolah, ponteng sekolah, kes buli dan sebagainya. Kebanyakan
daripada pelajar tidak ada motivasi untuk belajar , kekurangan kasih sayang dan sokongan
daripada ibu bapa, pengaruh rakan sebaya. Justeru, sebagai seorang guru yang prihatin, pendidik
dikehendaki mengambil inisiatif untuk berbincang masalah pelajar dan mengadakan sesi
kaunseling dengan pelajar tersebut. Bagi murid di Sekolah Menengah pula, salah laku yang biasa
dilihat ialah sikap tidak menghormati guru ketika guru sedang mengajar seperti membuat
bising , memanjat pagar untuk daripada sekolah, tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan
oleh guru. Tindakan murid yang tidak bermoral mencemarkan imej sekolah. Dalam hal ini,

13
tekanan emosi guru-guru ditambah lagi semasa dipertanggungjawab untuk mengambil langkah
yang rasional dalam menyelesaikan masalah tingkah laku para pelajar.

4.1.5 Kewangan

Guru berasa kekurangan penguasaan kandungan pedagogi berkaitan kewangan. Namun itu,
bukan alasan guru berputus asa dalam memberi pengajaran terbaik kepada anak didik. Pelbagai
inisiatif di ambil oleh guru untuk memperkayakan pengetahuan dalam menyampaikan ilmu.
Sebagai contohnya, guru Matematik pula banyak menyediakan aktiviti tambahan yang berkaitan
penyelesaian masalah yang memerlukan para pelajar berfikir di luar kotak.

4.2 Dasar Keusahawanan Nasional

4.2.1 Kekurangan pendidikan dan kemahiran

Kerajaan melaksanakan beberapa strategi untuk meningkatkan taraf hidup dan sosioekonomi
masyarakat. Pelbagai dasar dan peraturan dirangka oleh kerajaan untuk mendorong
pembangunaan usahawan di Malaysia. Dengan ini, kerajaan mengenalpasti bahawa banyak ruang
perlu ditambah baik. Penglibatan yang aktif daripada pihak kerajaan, pihak swasta dan
masyarakat amat diperlukan untuk matlamat ekosistem usahawan sedia ada boleh ditambah baik.
Justeru, merangka strategi penambahbaikan haruslah dikendalikan untuk membanteras isu dan
cabaran demi mencapai matlamat DKN 2030.

4.2.2 Perusahaan sosial hendaklah terus diperkasa dan dimantapkan.

Bantuan dan sokongan daripada pihak kerajaan amat memerlukan untuk menyumbang kepada
agenda pembangunan sosioekonomi negara. Pihak kerajaan bertungkus lumus menganjurkan
pelbagai program seperti 'Helping Hands Penan Shop' membantu kalangan wanita untuk menjana
pendapatan melalui penghasilan pelbagai produk kraftangan. Selain itu, program 'MyMedical
Healthcare' menawarkan perkhidmatan kepada golongan bernasib baik yang tidak mendapat
akses kepada perkhidmatan kesihatan termasuk di Sabah.

4.2.3 Membantu dan memberikan sokongan kepada usahawan

Usaha membantu dan memberikan sokongan kepada usahawan harus dibuat secara holistik
agar dapat mengurangkan kebergantungan mereka terhadap bantuan kerajaan. Usahawan
haruslah dipupuk dengan nilai-nilai keusahawanan seperti gigih berusaha, berani mengambil
risiko, tidak mudah berputus asa, berkreativiti , berinovatif dan sebagainya. Hal ini dapat
membantu seorang usahawan untuk mencari peluang bagi melonjakkan perniagaan mereka ke
tahap yang lebih tinggi. Perubahan ini dapat dicapai jika seorang usahawan mempunyai
pemikiran pertumbuhan. Dengan ini,negara boleh meningkatkan jumlah usahawan yang
berasaskan peluang dan inovasi.

4.2.4 Pencapaian sumber pembiayaan kewangan

Pada era globalisasi ini, pasaran bukan sahaja terhad kepada perniagaan tradisional sektor
borong dan peruncitan maka berkembang kepada perniagaan moden iaitu e-pasaran. Perniagaan
moden ini membuka ruang kepada usahawan untuk meluaskan pasarannya. Kegagalan usahawan

14
mengambil peluang untuk penskalaan menyebabkan jurang yang ketara antara usahawan
tempatan dan usahawan global. Cabaran yang dihadapi ialah penyerapan teknologi yang
sederhana dalam kalangan keperluan pekerja adalah tenaga separuh mahir. Kelemahan
mengadaptasi teknologi dan kebergantungan kepada tenaga buruh yang kurang mahir
menyebabkan penskalaan produktiviti tersekat.

4.2.5 Keupayaan, Kemampanan dan Penskalaan Perniagaan Mikro, Kecil dan Sederhana.

Kesukaran mengimbangi penawaran dan permintaan (supply and demand) tenaga kerja
merupakan isu terbesar daripada aspek pendidikan dan kemahiran. Pada masa kini, lambakan
graduan hanya memiliki segulung ijazah tanpa mengambil inisitif untuk menunjukkan kebolehan
dan bakat kepada majikan. Graduan juga berhadapan dengan situasi yang agak rumit iaitu
mereka terpaksa memilih pekerjaan yang tidak sepadan dengan kelayakan yang dimiliki.
Graduan yang berkemahiran tinggi seharusnya memupuk nilai keusahawanan seperti inovasi dan
kreativiti untuk menerokai bidang baharu serta mengalihkan minda daripada mencari kerja
kepada penjana pendapatan.

4.3 Pelan Tindakan Keusahawanan IPT

Dalam usaha melahirkan graduan dengan pemikiran keusahawanan pada masa hadapan terdapat
beberapa isu dan cabaran yang telah dikenalpasti mampu menjadi penghalang kepada kejayaan
pelaksanaan pelan ini. Isu dan cabaran yang telah dikenalpasti hasil perbincangan pihak
berkepentingan seperti pelajar, pensyarah, alumni, agensi kerajaan dan swasta serta usahawan
adalah seperti berikut:

15
4.3.1 Bakat Terpelajar Dipacu Nilai

Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 yang
bertujuan untuk melahirkan bakat atau graduan terpelajar yang berteraskan nilai yang lengkap
serba-serbi dengan etika, nilai moral, nilai keusahawanan dan kemahiran insaniah untuk
menyokong pertumbuhan ekonomi negara, Institut Pengajian Tinggi (IPT) memainkan peranan
penting untuk memupuk bakat dan nilai para pelajar. Walaupun kriteria- kriteria ini telah
dimasukkan dalam pendidikan keusahawanan di IPT tetapi usaha lebih giat perlu diambil untuk
memastikan para pelajar bersedia dari segi moral dan etika untuk mendepani cabaran dalam
dunia sebenar. Pembelajaran dan pemahaman keusahawanan yang baik membolehkan pelajar
membentuk sikap dalam memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian dalam
bidang perniagaan yang diceburi. (Zainudin, Suhaila, 2019)

4.3.2 Kurikulum Keusahawanan

Pendidikan keusahawanan adalah satu inisiatif utama untuk menghasilkan graduan yang holistik,
berciri keusahawanan dan seimbang dengan menekankan penambahbaikan kurikulum kursus
keusahawanan. Penambahbaikan kurikulum kursus keusahawanan dilakukan dengan pengenalan
16
komponen keusahawanan praktikal serta kursus minor keusahawanan di IPT. Walaupun pelbagai
inisiatif telah dilakukan oleh pihak IPT untuk menambah baik kurikulum keusahawanan, masih
terdapat banyak kekurangan dan kelemahan yang wujud dan menunjukkan perlu adanya
rombakan terhadap kurikulum keusahawanan.

4.3.3 Pelajar

4.3.4 Pensyarah

4.3.5 Fasiliti

4.3.6 Tadbir Urus

4.3.7 Dana

4.3.8 Kolaborasi

4.3.9 Revolusi Industri Keempat (4IR), Teknologi Pengganggu dan Analisis Data

4.3.10 Volatiliti, Ketidakpastian, Kerumitan dan Kekaburan (VUCA)

4.3.11 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG-17)

17
4.4 Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu

Pendidikan keusahawanan merupakan langkah untuk meningkatkan pengetahuan,


pemikiran, sikap dan tingkah laku untuk mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan. Setiap
Institut Pengajian Tinggi mestilah memastikan pendidik dan pelajar diberi pendedahan tentang
kesimbangan pengetahuan, kerohanian dan etika untuk menjadikan mereka fleksibel dan berdaya
tahan terhadap perubahan persekitaran yang bakal berlaku. Terdapat sembilan isu dan cabaran
dalam melaksanakan panduan pendidikan keusahawanan bersepadu.

18
4.4.1 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran

Keupayaan untuk mengajar menerusi platform digital masih tidak mencukupi untuk merangsang
proses pengajaran dan pembelajaran yang dinamik, malah ia tidak hanya terbatas di dalam kelas
atau komunikasi sehala di platform digital. Jangka masa pembelajaran yang pendek generasi
baharu memerlukan kurikulum keusahawanan yang inovatif bagi memenuhi keperluan pelajar.

4.4.2 Kandungan Kurikulum

Ilmu keusahawanan yang dimiliki para pelajar kini masih di peringkat umum dan asas untuk
dikongsi memandangkan sukatan pelajaran keusahawanan disampaikan dalam masa yang
singkat. Justeru, projek keusahawanan jangka pendek (one-off) didapati kurang memberi
manfaat dan berimpak kepada pelajar dalam memupuk pengetahuan dan kemahiran
keusahawanan kerana ia memerlukan hubungan yang kuat dengan dunia perniagaan sebenar.

4.4.3 Pengembangan Minda

4.4.4 Hala Tuju Perniagaan

4.4.5 Penyelidikan dan Pengkomersialan

4.4.6 Inisiatif Perniagaan

4.4.7 Pakar Keusahawanan Profesional

4.4.8 Kepimpinan dan Tadbir Urus

4.4.9 Heliks Kuadrapel

19
5.CADANGAN PEMERKASAAN PELAKSANAAN

5.1 Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

● Taburan elemen merentas kurikulum tidak sekata-mengkaji semula setiap elemen


● Penguasaan tahap kefahaman guru berkenaan elemen merentas kurikulum perlu diberi
perhatian
● Faktor mengejar silibus menyebabkan kekurangan penerapan EMK- guru perlu lebih
kreatif dalam merancang pdp
● Kehadiran teknologi media meningkatkan mutu pembelajaran- tingkatkan prasarana
teknologi terutama di kawasan pedalaman

5.2 Dasar Keusahawanan Nasional

● Pendidikan dan latihan akan tertumpu kepada usaha membangunkan pelajar dengan set
kemahiran usahawan dan kerjasama Triple Helix
● Pelaksanaan program jangkauan akan dipergiat bagi melonjakkan keupayaan dan
kemahiran usahawan dalam kalangan belia-kemudahan inkubator untuk penduduk di luar
bandar
● Program sokongan untuk meningkatkan bilangan usahawan berinovatif- pertanian pintar,
halal, aeroangkasa, bioteknologi, peranti perubatan dan ekonomi digital

5.3 Pelan Tindakan Keusahawanan IPT

● Graduan diberi galakan dan bimbingan untuk menubuhkan syarikat melalui Suruhanjaya
Syarikat Malaysia
● Penglibatan pelajar sama ada sebagai pemilik syarikat atau pekerja syarikat
● Mewujudkan satu program ‘Job Creation’ sebagai pendedahan kepada bakal graduan
untuk memulakan perniagaan sebagai usahawan

5.4 Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu

● Menghubungkan kurikulum dengan dunia perniagaan sebenar- pendidikan keusahawanan


adalah mengenai kreativiti, inovasi dan penyelesaian masalah
● Program pemecutan berimpak-menyokong usahawan pelajar dari sudut pengetahuan
perniagaan, hala tuju dan emosi
● Membina rakan niaga yang kukuh-hubungan rakan niaga yang berjaya akan membantu
IPT dalam hal-hal kepakaran berkaitan perniagaan
● Ekosistem keusahawanan yang teguh
● Kurikulum berteraskan teknologi

20
RUJUKAN

Mohd. Syahrir Rahim, Ahmad Zamil Abd. Khalid & Sahadah Hj. Abdullah. (2017) .
Asas Keusahawanan. Sintok: Penerbit UUM.

Hasan, S. M., Khan, E. A., & Nabi, M. N. U. (2017). Entrepreneurial education at university
level and entrepreneurship development. Education + Training, 59(7/8), 888–906. Dimuat turun
daripada https://doi.org/10.1108/ET-01-2016-0020.

Zafir Mohd Makhbul & Fazilah Mohamad Hasun. (2017). Keusahawanan & Mengurus Prestasi
Sumber Manusia. Bangi:Penerbit UKM.

Gabriela Boldureanu,Alina Mariuca Ionescu, Ana-Maria Bercu, Maria Viorica Bedrule-


Grigorut & Daniel Boldureanu. (2020). Entrepreneurship Education through Successful
Entrepreneurial Models in Higher Education Institutions. Sustainability, 12, pp.1-33.

Mohd Azis Ngah, Suzalina Halid & Fahmy A Rosli. (2019, July 7). Eksklusif: Graduan,
siswazah miskin, B40 sukar dapat kerja setimpal. Berita Harian Online. Dimuat turun daripada
https://www.bharian.com.my

Fatoki, O. & Oni, O. (2014). Students' perception of the effectiveness of entrepreneurship


education at a South African University. Mediterranean Journal of Social Sciences. 5 (20). 585-
591.

Alias, N. S. S., & Hamzah, M. I. (2022). KESAN ELEMEN MERENTAS KURIKULUM


TERHADAP AMALAN PENGAJARAN GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH
[EFFECTS OF CROSS-CURRICULAR ELEMENTS ON THE TEACHING PRACTICES OF
PRIMARY SCHOOL ISLAMIC EDUCATION TEACHERS]. International Journal of
Advanced Research in Islamic Studies and Education, 2(1), 142-168.

Aziz, N. E. M., Harun, N., Esa, M. M., Yaacob, M. R., & Rahman, A. A. A. (2018). Pendidikan
keusahawanan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam melahirkan usahawan berjaya di
Malaysia. Journal of Business Innovation, 3(1), 73.

Mohd Zainudin, Siti Syuhaila. (2019) KAJIAN MINAT PELAJAR DI KOLEJ KOMUNITI
KUALA LANGAT TERHADAP BIDANG KEUSAHAWANAN.

Kementerian Pendidikan Tinggi (2021), Pelan Tindakan Keusahawanan (PTK) Institusi


Pengajian Tinggi (2021-2025) dimuat turun daripada
https://www.mohe.gov.my/muat-turun/penerbitan-jurnal-dan-laporan/ptk-ipt/2021-2025

Jabatan Pendidikan Tinggi (2022), Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu dimuat turun
daripada https://jpt.mohe.gov.my/portal/index.php/ms/penerbitan/130-panduan-pendidikan-
keusahawanan-bersepadu-entrepreneurship-integrated-education-guide

Pejabat Perdana Menteri Malaysia (2019), Dasar Keusahawanan Nasional dimuat turun
daripada https://www.pmo.gov.my/ms/2019/08/dasar-keusahawanan-nasional

21
LAMPIRAN

22
23
24

You might also like