Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MESYUARAT PANITIA MATEMATIK

SK SUNGAI ULAR BILANGAN 1 / 2023

TARIKH : 29 MAC 2023


MASA : 1.05 TENGAHARI
TEMPAT : BILIK GURU

KEHADIRAN :
1. Puan Azama Wati binti Majid Ketua Panitia Matematik
2. Puan Wardah binti Zainal Ariffin
3. Puan Salwani binti Jaafar
4. Puan Zarina binti Abd Ghani
5. Puan Zuraihah binti Yahya
6. Encik Shafiq Azli bin Mohd Salleh
7. Puan Nur Izza binti Mohd Rashid S/U Panitia Matematik/Urusetia

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab Al – Fatihah. Pengerusi
mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli mesyuarat.
1.2 Mengucapkan selamat datang kepada guru baharu ke dalam Panitia Matematik
SKSU iaitu Encik Shafiq Azli bin Mohd Salleh.
Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PANITIA BILANGAN 2/2021


2.1 Minit mesyuarat Panitia Matematik Bilangan 4/2022 disahkan sebulat suara
tanpa pindaan.
Cadangan untuk disahkan : Puan Salwani binti Jaafar
Cadangan disokong : Puan Azama Wati binti Majid

3.0 PERKARA BERBANGKIT


Tiada perkara berbangkit.
4.0 PERBINCANGAN
4.1 RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN
4.1.1 Pengerusi memaklumkan RPT dan DSKP Matematik Tahun 1 hingga
Tahun 6 telah disediakan oleh Puan Hartini. Guru-guru matematik boleh
meminjam RPT dan DSKP tersebut untuk tujuan cetakan dan
mengembalikannya semula ke dalam simpanan fail Panitia Matematik.

Makluman : Guru Matematik

4.2 BUKU LATIHAN DAN BUKU KERJA MATEMATIK


4.2.1 Pengerusi menetapkan penyeragaman dua buku tulis saiz petak kecil
digunakan untuk tahap 1 dan tambahan 1 buku besar untuk tahap 2. Buku
modul matematik bagi Tahun 1, 3, 4, 5 dan Tahun 6 telah ada di kedai
buku dan guru-guru boleh mengambil modul-modul tersebut untuk
diagihkan kepada murid.
Tindakan : Semua guru Matematik

4.3 BORANG TRANSIT PBD


4.3.1 Pengerusi meminta semua ahli menyediakan borang transit PBD mengikut
standard kandungan yang ada dalam DSKP. Ahli diingatkan supaya
menanda borang transit PBD secara manual setiap kali berakhirnya PdPC
atau selepas sesuatu pentaksiran sumatif atau formatif dilakukan. Ahli
hendaklah sentiasa bersedia dengan sebab atau alasan kukuh dalam
meletakkan tahap penguasaan (TP) murid. Jika murid tidak mencapai TP 3
umpamanya, guru perlu mengemukakan evidens seperti buku hasil kerja
murid atau soalan pentaksiran yang dijawab murid tersebut. Pengerusi
juga meminta semua guru Matematik untuk menyerahkan senarai nama
murid dan intervensi yang dilakukan pasca UASA dan Pentaksiran Sumatif
Akhir sesi persekolahan penggal 2022/2023 yang lalu kepada guru
Matematik yang mengajar kelas semasa penggal 2023/2024.
Tindakan : Semua guru Matematik
4.4 PENULISAN RPH
4.4.1 Semua ahli bersetuju untuk tidak menulis kriteria kejayaan dalam e-RPH.
Oleh itu, baris kriteria kejayaan dalam e-RPH hendaklah di”hide”kan oleh
semua ahli.
Tindakan : Semua guru Matematik
4.5 STANDARD DALAM PDPC MATEMATIK
4.5.1 Pengerusi memaklumkan lima minit pertama PdPC hendaklah dimulai
dengan fakta asas matematik secara lisan atau bertulis. Pada bahagian
perkembangan PdPC pula hendaklah menjurus kepada penggunaan buku
teks Matematik atau buku aktiviti Matematik. Seterusnya, pengerusi
menegaskan setiap guru Matematik wajib menyoal murid sekurang-
kurangnya minimun satu soalan KBAT setiap kali PdPC. Pada bahagian
penilaian pula,setiap guru dikehendaki untuk memberikan minimun 5
soalan dan maksimum 10 soalan kepada murid. Setiap langkah PdPC ini
hendaklah diseragamkan juga pada penulisan e-RPH.
Tindakan : Semua guru Matematik

4.6 PROGRAM PANITIA MATEMATIK BAGI PENGGAL PERSEKOLAHAN


2023/2024
4.6.1 Pengerusi berharap Program Panitia Matematik boleh diteruskan dan
ditambah baik dengan kehadiran guru Matematik baharu, Encik Shafiq Azli
bin Mohd Salleh.
Makluman
4.7 KEWANGAN PANITIA
4.7.1 Pengerusi memaklumkan kewangan Panitia Matematik terkini sehingga 29
Mac 2023 adalah sebanyak RM730.56.
Makluman
5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Pengerusi memaklumkan terdapat sedikit perubahan Penyelaras Matematik bagi
setiap tahun. Berikut adalah senarai nama penyelaras Matematik mengikut tahun
bagi sesi persekolahan penggal 2023/2024.
i. Tahun 1: Puan Nur Izza binti Mohd Rashid
ii. Tahun 2: Puan Zarina binti Abd Ghani
iii. Tahun 3 : Puan Hartini binti Bakar
iv. Tahun 4 : Puan Zuraihah binti Yahya
v. Tahun 5 : Puan Salwani binti Jaafar
vi. Tahun 6 : Puan Azaman Warti binti Majid
Makluman

5.2 Program Bijak Baca Sifir akan diteruskan lagi bagi Tahun 3, 4, 5 dan Tahun 6.

Tindakan: Guru Matematik Tahun 3, 4, 5 dan 6

5.3 Pengerusi meminta semua guru Matematik memastikan e-RPH dihantar kepada
penilai masing-masing secara online mengikut ketetapan sebelum Isnin minggu
berikutnya pada jam 8 pagi. Ahli juga diingatkan untuk sentiasa bersiap sedia
dengan pemantauan PdPC yang akan dilakukan oleh penilai masing-masing
mengikut ketetapan bulan pemantauan(rujuk Buku Pengurusan SKSU
2023/2024).Bagi pemantauan buku tulis, pengerusi mengingatkan lima buah
buku tulis dihantar kepada penilai dan lima buah buku perlu dihantar kepada
Ketua Panitia . Pastikan setiap buku tulis disemak dan ada pembetulan dilakukan
sama ada oleh guru atau oleh murid sendiri.
Tindakan : Guru Matematik

5.4 Puan Wardah selaku guru pemulihan memaklumkan bilangan murid pemulihan
adalah seramai 25 orang. Murid-murid ini terdiri daripada Tahun 2 13 orang,
Tahun 3 seramai 9 orang dan Tahun 4 seramai 3 orang.
Makluman

6.0 PENUTUP

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahi mesyuarat yang
memberikan kerjasama dalam mesyuarat kali ini.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2:05 petang.

Disediakan oleh,
Setiausaha

You might also like