Sejarah Al Ikhsan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

A.

Sejarah Perniagaan

 Al Ikhsan Sports Sdn Bhd dimiliki oleh Tuan Haji Ali Hassan dan isteri beliau Pn

Marina Abu Bakar. Tuan Haji Ali Hassan merupakan anak bongsu daripada 8

adik-beradik dan merupakan anak kelahiran Johor Bahru. Beliau telah mendapat

pendidikan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai Johor dan

merupakan keluaran jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal pada tahun 1993.

Setelah tamat pengajian pada tahun tersebut, beliau ditawar untuk melanjutkan

pengajian ke luar negara tetapi beliau menolaknya dan memilih untuk menyewa

ruangan kecil di Holiday Plaza, Johor Bahru bagi membuka perniagaan barangan

sukan. Hal ini merupakan kesinambungan dari usaha beliau dalam perniagaan

barangan sukan yang diusahakan beliau ketika pengajian di Universiti Teknologi

Malaysia (UTM) lagi.

 Pada awalnya, perniagaan ini bermula ketika beliau di peringkat pengajian tinggi

lagi dimana beliau mula berniaga secara kecil-kecilan kepada pensyarah dan

rakan-rakan universiti beliau. Setelah tamat pengajian pada tahun 1993, beliau

mula menjual barangan sukan di ruang sempit keluasan 150sqft di Holiday Plaza

Johor Bahru. Pada asalnya, perniagaan ini berstatuskan milikan tunggal dan kini

telah berkembang kepada Syarikat Sendirian Berhad. Menurut Irainspirasi (2022),

Al Ikhsan kini telah mempunyai 175 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Melalui artikel tersebut menunjukkan bahawa sejak penubuhan Syarikat Al

Ikhsan pada tahun 1993, perniagaan tersebut semakan berkembang dan


k,mendapat sambutan dari orang ramai sehinggalah ke akhir tahun 2022. Ini

menunjukkan bahawa Tuan Haji Ali Hassan telah pun berkecimpung dalam

perniagaan barangan sukan hampir 30 tahun dan telah berjaya menempah nama

sebagai peruncit sukan No.1 di Malaysia sehingga ke hari ini.

 Perubahan merupakan sebahagian daripada kehidupan perniagaan yang mahu

tidak mahu akan terus berlaku untuk penambahbaikan sesuatu perniagaan. Antara

perubahan tersebut adalah melibatkan dalam konteks teknologi, persekitaran

ekonomi, sosial, cita rasa pelanggan dan lain lagi. Bagi syarikat Al Ikhsan Sdn

Bhd, sejak awal penubuhannya telah berlaku perlbagai perubahan dalam pelbagai

aspek.seperti memvariasikan konsep perniagaan iaitu yang terdiri daripada Al

Ikhsan Sports, Football Republic dan Sneaker Street (Ishak, 2019). Pada awalnya,

perniagaan beliau hanya tertumpu kepada t-shirt dan kemudiannya berkembang

dalam pasaran industri runcit sukan pelbagai jenama yang terdiri daripada

peralatan sukan, pakaian dan kasut. Jenama yang tertumpu ialah Nike, Puma,

Adidas dan Reebok. (Zakaria, 2021) .

Pada era teknologi ini, pelbagai perniagaan di seluruh dunia sentiasa berusaha

menyelaraskan corak perniagaan mereka supaya selari dengan perubahan

teknologi sekaligus menepati kehendak pelanggan. Antara langkah yang diambil

oleh perniagaan ialah dengan mengubah kaedah pembelian dan pembayaran yang

berteraskan atas talian. Langkah tersebut juga telah diaplikasikan oleh syarikat Al

Ikhsan Sdn Bhd. di mana syarikat tersebut telah menyediakan laman e-dagang
rasmi iaitu www.al-ikhsan.com.my serta beberapa e-dagang yang lain seperti

Shopee dan Lazada. Selain itu, Al ikhsan Sports juga telah membenarkan

pelanggan membuat pesanan barangan Al Ikhsan Sports secara langsung daripada

kedai yang berhampiran dengan pelanggan. Ianya dikenali sebagai servis ‘Chat &

Shop’ (Gazette, 2022). Usaha ini tidak lain tidak bukan membawa kemajuan serta

keuntungan bagi kedua pihak iaitu peniaga mahupun pembeli. Dengan usaha itu

juga, Al-Ikhsan Sport turut bekerjasama dengan Atome iaitu sebuah saluran

pembayaran yang merupakan jenama beli sekarang, bayar kemudian yang

terkemuka di Asia. Atome menawarkan pembayaran secara ansuran sebanyak 3

kali bayaran mudah tanpa sebarang faedah. Perubahan yang dilakukan ini dapat

merealisasikan impian para pengguna untuk memilik produk berkualiti dari luar

negara dengan mudah.

 Setiap perniagaan mempunyai visi dan misinya yang tersendiri. Ianya menjadi

panduan bagi organisasi dalam perniagaan supaya komited dengan tugas dan

sentiasa bersemangat dalam mencapainya. Seperti juga Syarikat Al-Ikhsan Sdn

Bhd turut mempunyai misi yang tersendiri iaitu menguasai landskap barangan

sukan dengan melibatkan diri lebih mendalam dan mewujudkan hubungan yang

kukuh lebih 20 juta pencinta sukan di Malaysia (Al-Ikhsan, 2022). Menurut

Irainspirasi (2022), Al-Ikhsan Sports telah menganjurkan karnival sukan terbesar

di Malaysia dimana ia menawarkan lebih 180,000 barangan sukan dengan diskaun

sehingga 80%. Ia turut menawarkan RM50 kepada 50 pelanggan terawal yang


hadir pada hari pelancaran tersebut. Ini tidak lain tidak bukan merupakan misi Al-

Ikhsan Sports dalam menjadikan sukan mampu untuk semua.

 Seorang pengusaha perniagaan sentiasa berusaha merancang idea-idea baru bagi

mengembangkan lagi perniagaan supaya selari dengan trend terkini. Suatu

perancangan mestilah dirancang dengan teliti, berkesan dan sistematik supaya

tidak merisikokan perniagaan termasuk pihak-pihak yang terlibat. Jika dilihat

kepada pengusaha perniagaan runcit barangan sukan Al Ikhsan Sport, Tuan Haji

Ali Hasan sentiasa memperkenalkan perancangan baru bagi perniagaan beliau

dari semasa ke semasa. Pada awal tahun 2023, beliau menyatakan kepada

masyarakat akan perancangan beliau dalam membuka 40 kedai baharu di

Semenanjung Malaysia dan akan mula meluaskan tapaknya ke Asia Tenggara

pada tahun ini. (Aman, 2023). Menurut beliau lagi, beliau turut akan

mempertimbangkan untuk berkembang ke Sabah dan Sarawak dan ia merupakan

sesuatu yang syarikat akan mula lakukan pada tahun ini. Perniagaan Al Ikhsan

Sport turut merancang akan melancarkan gudang pusat baharu untuk Sukan Al

Ikhsan tahun ini. Usaha keras yang diberikan oleh Perniagaan Al Ikhsan tidak lain

tidak bukan untuk mencapai matlamat dan misi perniagaan tersebut yang ingin

menyasarkan seluruh masyarakat Malaysia untuk kemudahan mengakses

barangan sukan.

References
Al-Ikhsan. (2022). Misi Al-Ikhsan. Al-Ikhsan, https://www.al-ikhsan.com/about-us.
Aman, A. S. (2023, Januari 27). Al Ikhsan menjangkakan euntungan yang lebih tinggi pada
2023, melihat pengembangan agresif dalam tempoh lima tahun akan datang. New Straits
Times, pp. https://www.nst.com.my/business/2023/01/873910/al-ikhsan-expects-higher-
profit-2023-eyes-aggressive-expansion-next-five.
Gazette, W. M. (2022). Al-Ikhsan Sasar 100 Cawangan Dalam Tiga Tahun. Malaysia Gazette,
https://malaysiagazette.com/2022/11/30/al-ikhsan-sasar-100-cawangan-dalam-tiga-
tahun/.
Irainspirasi. (2022). Al Ikhsan Sport Anjur Karnival Sukan Terbesar di Malaysia. Inspirasi
Media Online, https://inspirasimediaonline.com/2022/12/24/al-ikhsan-sports-anjur-
karnival-sukan-terbesar-di-malaysia/.
Ishak, S. R. (2019). Al-Ikhsan Tumpu Tiga Konsep Perniagaan. bharian,
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/02/530925/al-ikhsan-tumpu-tiga-
konsep-perniagaan#google_vignette.
Zakaria, N. b. (2021). Fundamental of Management. studocu,
https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-mara/fundamental-of-
management/om-individual-assignment-completed-done-by-mee/21011819.

You might also like