Amalan Terbaik

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN

PAGAR BESI

1. Tajuk/ Tema : Kualiti guru yang kompeten dan berinovasi

2. Pengenalan

i. Latar belakang

Sekolah Kebangsaan Pagar Besi terletak dalam daerah Kuala Nerus dan
merupakan sekolah di bawah Program Transformasi Sekolah 2025
(TS25) Kohort 3. Enrolmen murid adalah seramai 625 orang iaitu 341
orang murid lelaki dan 284 orang murid perempuan. Semua murid di
sekolah ini berketurunan Melayu. Latar belakang pekerjaan waris sekolah
ini majoritinya ialah nelayan dan bekerja sendiri. Namun begitu, terdapat
sebilangan kecilnya bekerja di sektor awam iaitu guru, jururawat dan
kakitangan INSTEP. Sekolah ini juga mempunyai 47 orang guru, 7 orang
staf sokongan, 3 orang pekerja kebersihan bangunan dan kawasan (KBK)
serta 4 orang pekerja perkhidmatan kawalan keselamatan (PKK).

ii. Pegawai/ Guru/ Murid/ Komuniti yang terlibat

Guru : Ustazah Zuraiza binti Abdul Ghani


Murid : Tahun 4 Siddiq

iii. Objektif pelaksanaan Program/ Aktiviti

a) Mengenal pasti tahap amalan kualiti guru Bahasa Arab.


b) Mengenal pasti tahap pencapaian murid.
c) Penguasaan kemahiran Bahasa Arab di kalangan murid.

3. Penyelesaian Masalah

Disebabkan pandemik Covid 19 yang melanda seluruh dunia termasuk negara


kita Malaysia, sesi pembelajaran tidak dapat dijalankan secara bersemuka.
Penglibatan di dalam Akademi Youtuber, banyak membantu dan membimbing
guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah
(PdPR) secara berkesan dan menarik. Sebagai guru Bahasa Arab, penglibatan
ini juga merupakan satu inisiatif guru dalam memastikan kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang digunakan sejajar dengan situasi persekitaran semasa.

You might also like