Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

4.

0 METODOLOGI KAJIAN

Instrumen kajian ialah proses menyediakan alat mengumpul data menerusi konsep yang
dengan berkaitan dengan sikap, persepsi, pandangan dan keterangan latar belakang. Kajian yang
dijalankan ini bertajuk “Semangat kejiranan dalam kalangan penduduk kawasan perumahan
Taman Apollo, Sibu, Sarawak”. Objektif pertama bagi kajian tersebut adalah untuk mengenal
pasti faktor-faktor semanagat kejiranan semakin luntur dalam kalangan penduduk kawasan
perumahan Taman Apollo, Sibu, Sarawak. Objektif kajian yang kedua bagi kajian tersebut
adalah untuk mengkaji langkah-langkah untuk meningkatkan semnagat kejiranan dalam
kalangan penduduk kawasan perumahan Taman Apollo, Sibu, Sarawak. Dalam kajian ini,
instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data adalah dengan menggunakan borang temu
bual, borang soal selidik, kaedah kepustakaan dan kaedah pemerhatian.

A) Pemilihan Informan dan Responden

Teknik Persampelan di dalam kajian ini mengaplikasikan persampelan bertujuan. Oleh


itu, fokus persampelan dibuat terhadap informan dan responden yang melibatkan diri secara
langsung dalam aktiviti meningkatkan semangat kejiranan. Informan kajian ini terdiri daripada 3
orang penduduk dari kawasan perumahan Taman Apollo, Sibu, Sarawak. Selain itu, responden
kajian terdiri daripada 30 orang penduduk dari kawasan perumahan Taman Apollo, Sibu,
Sarawak. Di dalam kajian kursus ini, Informan dan responden terbatas kepada penduduk yang
tinggal di kawasan perumahan Taman Apollo, Sibu, Sarawak. Dengan ini hanya penduduk di
kawasan perumahan Taman Apollo mempunyai peluang dipilih sebagai seorang informan dan
responden. Selain itu, kaedah perpustakaan dan pemerhatian akan dilakukan oleh pengkaji
sendiri.
B) Kaedah Pengumpulan Data

Borang soal selidik yang sesuai telah pengkaji buat untuk mendapat dan mengumpul
maklumat yang tepat dan betul berdasarkan objektif kajian. ( Buku Manual Kajian Tindakan:
halaman 35 ). Pengkaji membina borang soal selidik dengan berpandukan objektif kajian yang
telah ditetapkan.1)Borang soal selidik dalam bentuk cetakan telah diedarkan kepada sasaran
responden tertentu sahaja di lokasi kajian. Borang soal selidik terdiri daripada tiga bahagian iaitu
Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A adalah mengenai maklumat responden
meliputi aspek umur, jantina, tahap pendidikan dan agama. Bahagian B adalah merangkumi 5
item untuk mendapatkan maklumat tentang faktor-faktor semangat kejiranan semakin luntur
dalam kalangan penduduk kawasan perumahan Taman Apollo, Sibu, Sarawak. Bahagian C
adalah merangkumi 6 item untuk memperolehi maklumat tentang langakah-langkah untuk
meningkatkan semangat kejiranan dalam kalangan penduduk kawasan perumahan Taman
Apollo, Sibu, Sarawak.Kajian ini menggunakan skala pemarkahan likert lima mata yang
mengandungi lima aras. Objektif kajian 1 mengandungi lima aras iaitu 1=sangat tidak setuju,
2=tidak setuju, 3=tidak pasti, 4=setuju dan 5=sangat setuju seperti dalam jadual 4.1 . Objektif
kajian 2 mengandungi lima aras iaitu 1=sangat tidak setuju, 2=tidak setuju, 3=tidak pasti,
4=setuju dan 5=sangat setuju seperti dalam jadual 4.2
Jadual 4.1 Skala Likert 5 aras digunakan untuk memudahkan pengiraan Min
Sangat setuju 5
Setuju 4
Tidak pasti 3
Tidak setuju 2
Sangat ridak setuju 1

Jadual 4.2 Skala Likert 5 aras digunakan untuk memudahkan pengiraan Min
Sangat Setuju 5
Setuju 4
Tidak Pasti 3
Tidak Setuju 2
Sangat Tidak Setuju 1

Temu bual merupakan kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi face- to-face
antara pengkaji dengan informan atau orang yang ditemu bual. Temu bual ialah kaedah terbaik
untuk meneroka {probe) dan mendapatkan maklumat daripada informan secara mendalam.
(Buku Manual Kajian Tindakan: halaman 40). Dalam pada itu, pengkaji perlu mendapat
kebenaran informan sebelum menemu bual 3 orang informan di kawasan perumahan Taman
Apollo. Terdapat dua set borang temu bual disediakan untuk menglengkapkan kajian. Set A
borang temu bual adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor semanagat kejiranan semakin luntur
dalam kalangan penduduk kawasan perumahan Taman Apollo, Sibu, Sarawak. (objektif
1).Manakala set B borang temu bual adalah untuk mengkaji langkah-langkah untuk
meningkatkan semnagat kejiranan dalam kalangan penduduk kawasan perumahan Taman
Apollo, Sibu, Sarawak. (objektif 2). Di samping itu, pengkaji akan memilih 3 informan di lokasi
kajian untuk ditemu bual. Bentuk soalan temu bual yang diguna ialah soalan berstruktur. Soalan
disediakan terlebih dahulu dan temu bual dilaksanakan secara formal.
Seterusnya, kaedah ketiga yang digunakan oleh pengkaji adalah melalui kaedah
kepustakaan. Pengkaji telah membuat kaedah kepustakaan dengan membuat rujukan melalui
surat khabar, majalah, Internet dan Kamus Dewan Perdana dari perpustakaan awam Sibu.
Pengkaji telah mencari definisi istilah penting dan isu berkaitan dalam tajuk kajian sebagai
sokongan hasil kerja. Selain itu, pengkaji juga mencari maklumat tentang lokasi kajian dengan
melayari internet dan memperolehi peta melalui google earth dan google map.
Selain itu, kaedah pemerhatian juga diguna dalam kajian ini, Pengkaji merancang dan
membuat pemerhatian aspek yang penting di dalam objektif kajian (Buku Manual Kajian
Tindakan: halaman 41). Pengkaji membuat pemerhatian lokasi kajian bersesuaian dengan tajuk
kajian. Di samping itu, pengkaji juga membuat pemerhatian ke atas semangat kejiranan di
kawasan perumahan Taman Apollo. Pengkaji telah mengambil foto sebagai bukti sokongan di
dalam kajian ini. Selain itu, pengkaji juga membuat catatan pada setiap foto yang diperolehi agar
mencapai objektif kajian.

C) Menganalisi Data dan Mempersembahkan Data

Kaedah statistik deskripktif digunakan dalam penganalisisan data dalam kerja kursus
pengkaji. Untuk menganalisisan objektif kajian pertama dan kedua, skala Likert akan
dikategorikan seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4.3. Selain itu, skala Likert digunakan
untuk memudahkan proses pengiraan min.
Jadual 4.3: Pengkelasan Skala Likert

Kategori Skala likert


Sangat Setuju/Paling Popular 5
Setuju/ Popular
Setuju/ Popular 4
Tidak Pasti/ Sederhana Tidak Pasti/ Sederhana 3
Tidak Setuju/ Tidak popular 2
Tidak Setuju/ Tidak Popular
Sangat Tidak Setuju/ Paling Tidak Popular 1

Selain itu, dalam aspek penganalisis data, Microsoft Excel akan diguna pakai untuk
pengiraan kekerapan , jumlah skor dan peritus bagi objektif kajian pertama. Selain itu, pengiraan
kekerapan, peratusan dan min diguna pakai bagi objektif kajian kedua. Kajian ini juga
mengkaji tahap skor min setiap item dengan tafsiran tahap rendah, tahap sederhana
rendah ,tahap sederhana tinggi dan tahap tinggi dan tinggi berpandukan julat skor seperti jadual
4.3.

Jadual 4.3 Julat Skor Menilai Tahap Kajian

Julat Skor min Tafsiran Tahap Kajian


1.00-2.00 Rendah
2.01-3.00 Sederhana Rendah
3.01-4.00 Sederhana Tinggi
4.00-5.00 Tinggi

Akhir sekali ,data yang dikumpulkan akan disembahkan dalam bentuk grafik iaitu rajah,
jadual dan graf bar. Data demografi yang dianalisis dipersembahkan dalam bentuk jadual dan
rajah . Selain itu, data objektif kajian 1 dan objektif kajian 2 yang dianalisis dipersembahkan
dalam bentuk jadual dan graf. Pembinaan jadual, rajah dan graf menggunakan Mikrosoft Excel.

You might also like