Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

NAMA: tak dak nama

NAMA SEKOLAH: Intergrated National Curriculum School

PELAKSANAAN KAEDAH GAMIFIKASI DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN (PdP) BAHASA MELAYU SECARA DALAM TALIAN GURU
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH ANTARABANGSA

Arahan :

a. Protokol temu bual ini dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu bahagian A, B dan C.
Responden dikehendaki MENJAWAB SEMUA ITEM pada ruangan yang telah
disediakan.

b. Sebarang maklumat yang diberikan dalam soal selidik dianggap RAHSIA dan hanya
digunakan bagi TUJUAN PENYELIDIKAN sahaja. Setiap item bukanlah
merupakan ujian dan tidak terdapat betul atau salah.

c. Sila jawab dengan JUJUR DAN IKHLAS serta NAMA DIRAHSIAKAN.


BAHAGIAN A DEMOGRAFI RESPONDEN

1. JANTINA
a. Lelaki
b. Perempuan /

2. UMUR
a. 21 hingga 30 tahun /
b. 31 hingga 40 tahun
c. 41 hingga 50 tahun
d. 51 hingga 60 tahun
3. KELULUSAN TERTINGGI
a. Diploma Pendidikan
b. Ijazah Sarjana Muda
/
c. Sarjana
d. Doktor Falsafah

4. PENGALAMAN MENGAJAR
a. Kurang 3 tahun (Guru Novis) /
b. 4 hingga 10 tahun
c. 11 hingga 15 tahun
d. 16 hingga 20 tahun
e. 21 tahun dan ke atas

4. PENGKHUSUSAN
a. Major Bahasa Melayu
b. Minor Bahasa Melayu
c. Bukan Opsyen /
BAHAGIAN B
SIKAP GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH ANTARABANGSA
TERHADAP KAEDAH GAMIFIKASI

BIL SOALAN
1. Adakah guru sentiasa membimbing murid menggunakan kaedah gamifikasi semasa
pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu secara dalam talian?

Ya, murid antarabangsa perlu diberi bimbimngan kerana mereka kurang menguasai
bahasa Melayu. Jadi, saya akan bantu mereka supaya dapat menjalankan aktiviti
tersebut.
2. Adakah guru berasa yakin untuk mengaplikasikan kaedah gamifikasi dalam PdP
Bahasa Melayu secara dalam talian?

Ya, saya yakin kerana murid pada zaman sekarang memang sudah biasa bermain
permainan secara dalam talian. Jadi kaedah pengajaran ini tidak asing bagi murid.
3. Adakah kaedah gamifikasi membantu murid sekolah rendah antarabangsa
memahami proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu secara dalam
talian?

Ya, saya setuju kerana kaedah ini membantu anak murid saya memahami maksud
kosa kata baharu dalam bahasa Melayu. Murid saya selalunya lemah nak memahami
kosa kata tetapi apabila guna kaedah ini mereka minat nak belajar.
4. Adakah guru bersungguh-sungguh membuat persediaan sebelum memulakan PdP
Bahasa Melayu menggunakan kaedah gamifikasi?

Ya, saya bersungguh merancang untuk menggunakan kaedah ini dalam langkah
pengajaran saya supaya proses PdP dalam talian berjalan dengan lancar.
5. Adakah guru menyediakan bahan bantu mengajar sendiri dengan menggunakan
kaedah gamifikasi untuk PdP Bahasa Melayu secara dalam talian?

Kadang-kadang saya akan buat sendiri dan ada juga saya menggunakan bahan yang
sedia ada. Jika bahan yang sedia ada, saya akan memilih mengikut objektif yang
seduai.

BAHAGIAN C
MOTIVASI GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH ANTARABANGSA
TERHADAP KAEDAH GAMIFIKASI
1. Adakah guru berminat menggunakan kaedah pengajaran yang terkini dalam PdP
Bahasa Melayu secara dalam talian?

Ya, sangat berminat kerana kaedah ini merupakan kaedah PdP yang terkini yang
sesuai kita gunakan dalam PdP secara dalam talian.
2. Adakah murid lebih bersemangat untuk belajar Bahasa Melayu apabila guru
menggunakan kaedah gamifikasi semasa PdP?

Setuju. Murid tidak bosan dan kelihatan aktif untuk melibatkan diri dalam aktiviti
pengajaran yang dirancang. Mereka juga Berjaya menjawab semua semua soalan
kerana mahu mengumpul markah yang terbaik dalam kalangan rakan mereka.
3. Adakah guru lebih bermotivasi apabila murid dapat melibatkan diri secara aktif
dalam menyelesaikan tugasan dan aktiviti PdP Bahasa Melayu?
Ya. Saya berasa gembira kerana murid dapat mengikuti keseluruhan aktiviti
pengajaran saya. Perkara ini telah memberi semangat kepada saya utuk membina
bahan pengajaran menggunakan aplikasi gamifikasi yang terkini sendiri.
4. Adakah guru menetapkan matlamat dan merancang strategi pengajaran Bahasa
Melayu semasa menggunakan kaedah gamifikasi?
Ya. Saya telah menetapkan matlamat objektif pengajaran saya sebelum aktiviti PdP
dijalankan. Saya juga menentukan penggunaan kaedah ini terhadap langkah
pengajaran yang dirancang agar dapat menarik minat murid.
5. Adakah selalu mendapat galakan dan dorongan daripada guru lain dalam pengajaran
Bahasa Melayu untuk menggunakan kaedah gamifikasi?
Ya, saya dan rakan guru yang lain saling berkongsi bahan yang digunakan apabila
menggunakan kaedah ini.

BAHAGIAN D
AMALAN GAMIFIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)
BAHASA MELAYU SECARA DALAM TALIAN GURU SEKOLAH RENDAH
ANTARABANGSA
BIL SOALAN
1. Apakah aplikasi gamifikasi yang digunakan oleh guru semasa PdP Bahasa Melayu
secara dalam talian?
Saya selalu menggunakan aplikasi Kahoot, Quizizz dan Wordwall. Aplikasi
wordwall saya suka gunakan bagi memastikan perbendaharaan kata murid
meningkat dari semasa ke semasa. Saya jadikan aktviti permainan wordwall ini
sebagai latih tubi murid menguasai perbendaharaan kata bahasa Melayu.
2. Apakah contoh aktiviti pengajaran yang menggunakan kaedah gamifikasi oleh
guru semasa PdP Bahasa Melayu secara dalam talian?

Semasa dalam PdP secara dalam talian, saya akan menggunakan elemen permaian
bermain sambal belajar ini sebagai latihan pengukuhan berdasarkan topik yang
telah diajar.
3. Bagaimanakah guru merancang aktiviti pembelajaran menggunakan kaedah
gamifikasi dalam PdP Bahasa Melayu?
Saya akan merujuk kepada internet dan juga perancangan mingguan berdasarkan
topik. Jika ianya bersesuaian, maka aktiviti kaedah gamifikasi akan dijalankan.

4. Adakah kaedah gamifikasi merupakan cara terbaik bagi membantu murid sekolah
rendah antarabangsa lebih menguasai pembelajaran Bahasa Melayu secara dalam
talian?
Cara terbaik untuk mempelajari dan memahami pembelajaran bahasa Melayu saya
setuju. Cabaran PdP secara dalam talian kini sangat mencabar. Jadi guru perlu
pelbagaikan kaedah pengajaran supaya murid berasa seronok untuk belajar.
5. Pada pendapat anda, adakah amalan gamifikasi dapat membantu guru menarik
minat, meningkatkan keyakinan dan motivasi murid semasa proses PdP Bahasa
Melayu secara dalam talian?
Pada pendapat saya, kaedah ini sangat membantu murid saya tidak bosan untuk
belajar bahasa Melayu. Bagi murid yang lemah, mereka akan mudah putus asa
untuk belajar. Namun, kaedah ini membantu murid saya berani untuk memberi
tindak balas kerana bahan interaktif yang terdapat dalam aplikasi permainan yang
digunakan memerlukan bimbingan guru jika mereka tidak dapat menyelesaikan
tugasan yang saya sediakan.
6. Adakah amalan penggunaan gamifikasi dalam PdP guru lebih memfokuskan
kepada suasana pembelajaran yang interaktif dan bukan sebagai pentaksiran
terhadap murid?
Bagi saya, penggunaan kaedah ini bergantung kepada tujuan gamifikasi dilakukan
dalam aktiviti pengajaran. Guru boleh juga menggunakan kaedah ini sebagai
pengujian awal untuk melihat murid menguasai atau memahami isi pelajaran yang
dijalankan.
7. Adakah guru merasakan bahawa amalan gamifikasi mampu mewujudkan suasana
yang ceria dalam PdP Bahasa Melayu?
Ya, sangat membantu saya mewujudkan proses PdP secara dua hala semasa dalam
talian. Murid pun kelihatan seronok belajar.
8. Pada pendapat anda, sejauh manakah amalan gamifikasi dapat memudahkan
proses penghayatan pengajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah
rendah antarabangsa?
Pada pendapat saya, murid memang akan memberi lebih tumpuan sepenuhnya
jika melakukan aktiviti ini terutama kepada murid sekolah rendah.

You might also like