Surat Rayuan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Tang Jun Chin 10, Jalan Tung Yee, 96100 Sarikei, Sarawak.

Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya. Tuan/Puan Permohonan Kelulusan Cuti Belajar Tanpa Gaji Tanpa Biasiswa Berhubungan perkara di atas, saya, Tang Jun Chin (no fail peribadi P.38727), guru dari SMK Pakan (Sarawak) ingin memohon kelulusan cuti belajar tanpa gaji tanpa biasiswa. 2. Saya telah mengemukakan permohoman saya pada awal bulan Mei (Ruj: JPS(W)/SMKP(perj)/153/08/02/14(01)) melalui sekolah saya. Walau bagaimanapun, saya telah dikemukakan oleh pegawai dari Bahagian Tajaan bahawa purata markah LNPT saya tidak menepati nilai purata 85. Sehubungan dengan itu, saya menyertakan borang LNPK untuk rujukan Tuan/Puan. 3. Kelulusan Cuti Belajar ini amat penting untuk saya untuk mendalami ilmu pengetahuan saya dalam bidang matematik untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan saya pada masa akan datang. Selain daripada itu, pihak universiti saya sedang menguruskan segala urusan rasmi berkenaan dengan pembelajaran saya termasuk terutamanya permohonan visa. Saya juga telah membayar sebahagian daripada yuran pengajian saya. Dengan itu, saya mengemukakan segala dokumen rasmi yang berkenaan. 4. Saya merayu agar permohonan saya akan dipertimbangkan dengan sepenuhnya oleh tuan/puan. Segala pertimbangan tuan/puan saya ucapkan jutaan terima kasih. Sekian. Yang Benar, 14 Jun 2011

Tang Jun Chin

You might also like