Tatacara Permohonan - Ips2020

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

TATACARA PERMOHONAN

INISIATIF PRIHATIN SUKAN


2020
KEMASKINI 28 OGOS 2020
PENGENALAN
Inisiatif Prihatin Sukan 2020 merupakan usaha Kementerian Belia dan
Sukan (KBS) di dalam membantu meringankan impak dan beban
persatuan-persatuan sukan yang terkesan berikutan penularan wabak
COVID-19 dan seterusnya memberikan sinergi baharu melalui bantuan
dana penganjuran program dan aktiviti
LATAR BELAKANG
PENULARAN WABAK
COVID-19
WHO telah
mengisytiharkan wabak
1
PERINTAH KAWALAN COVID-19 sebagai
pandemik pada 11 Mac
PERGERAKAN
Kerajaan telah 2020.
menguatkuasakan PKP
bermula 18 Mac 2020 2
OPERASI PEJABAT
hingga 3 Mei 2020 dan PERSATUAN SUKAN
PKPB bermula 4 Mei 2020 Pejabat persatuan-
hingga 9 Jun 2020. persatuan sukan
3 dibenarkan beroperasi
ketika PKPB tertakluk
kepada SOP dan garis
panduan MKN dan KKM.

3
KELAYAKAN PERMOHONAN PERSATUAN

BIL KRITERIA KELAYAKAN PERSATUAN


1. Semua persatuan/ kelab sukan yang berdaftar di bawah
Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS)
2. Persatuan sukan kebangsaan di bawah naungan Majlis
Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Paralimpik Malaysia
(MPM)
3. Persatuan sukan kebangsaan yang mempunyai program
latihan bersama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut
Sukan Negara (ISN)
4. Persatuan/ kelab sukan yang mempunyai program bersama
Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) 4
KELAYAKAN TAMBAHAN PERMOHONAN
BIL BUTIRAN
1. Pastikan persatuan/ kelab menghantar Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) secara
tahunan kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) mengikut garis masa yang
ditetapkan PJS
2. Bagi persatuan/ kelab yang baharu didaftarkan di bawah PJS, hendaklah
memastikan Mesyuarat Agung dilaksanakan dan minit mesyuarat diserahkan bagi
pengesahan PJS dan tidak lagi berstatus penaja
2. Pastikan persatuan tidak mempunyai sebarang tunggakan penghantaran laporan
pelaksanaan program (jika pernah menerima bantuan dana daripada KBS)

3. Pastikan permohonan adalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan


terutamanya kesesuaian semasa berikutan penularan wabak COVID-19 dan perlu
mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan
Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
4. Tarikh permohonan hendaklah sekurang-kurangnya 30 hari daripada tarikh
pelaksanaan program/ aktiviti 5
JENIS PERMOHONAN
BIL BUTIRAN KOD
1. Bantuan pengurusan kepada Persatuan
Sukan Kebangsaan sahaja yang berdaftar IPS20A
di bawah PJS
2. Bantuan menjalankan program dan aktiviti
bagi persatuan sukan dan rekreasi di
semua peringkat (terbuka kepada semua IPS20B
persatuan sukan yang berdaftar di bawah
PJS)
3. Bantuan program pendigitalan dan R&D
persatuan sukan dan rekreasi di semua
peringkat (terbuka kepada semua IPS20C
persatuan sukan yang berdaftar di bawah
PJS) 6
JENIS PERMOHONAN (SAMBUNGAN)
BIL BUTIRAN KETERANGAN
1. Bantuan pengurusan kepada Bantuan dana bagi membantu menjalankan operasi Persatuan
Persatuan Sukan Kebangsaan Sukan Kebangsaan
sahaja yang berdaftar di bawah
Pejabat Pesuruhjaya Sukan Contoh: IPS20A – Bantuan Pengurusan Persatuan Sukan
(PJS) Malaysia
2. Bantuan menjalankan program Bantuan dana bagi menjalankan program dan aktiviti bagi mana-
dan aktiviti bagi persatuan sukan mana persatuan sukan dan tertakluk kepada Prosedur Operasi
dan rekreasi yang berdaftar di Standard (SOP )semasa yang dikeluarkan Majlis Keselamatan
bawah Pejabat Pesuruhjaya Negara (MKN)
Sukan (PJS) di semua peringkat
Contoh: IPS20B - Program Pembelajaran Ikatan Tali Tinggi
Secara Dalam Talian
3. Bantuan program pendigitalan Bantuan dana bagi penggalakan penggunaan teknologi ICT dan
dan R&D persatuan sukan dan penyelidikan & pembangunan (R&D) dalam kalangan mana-
rekreasi yang berdaftar di bawah mana persatuan sukan
Pejabat Pesuruhjaya Sukan
(PJS) di semua peringkat Contoh: IPS20C - Program Pembangunan Laman Web
Persatuan Lompat Tali Aktif
Contoh: IPS20C - Program Kajian Potensi Sukan Virtual 7
Kelab Kecergasan Fit Dengan Kerjasama Universiti Awam
ALIRAN PERMOHONAN
1. Mohon secara 3. Muat naik dokumen sokongan di dalam sistem 5. Tunggu keputusan
online di pautan merangkumi kertas kerja berserta butiran kewangan pertimbangan dan
spsb.kbs.gov.my, yang terperinci, salinan sijil pendaftaran persatuan, keputusan permohonan
klik e-Bantuan dan salinan perlembagaan (salinan yang mempunyai cop akan dihantar melalui e-
klik daftar (tidak perlu meteri/ akuan PJS), senarai terkini AJK (mengikut mel yang didaftarkan di
daftar jika sudah format PJS), salinan akaun bank terkini dan lain-lain dalam sistem
mempunyai akaun) dokumen yang dinyatakan. BORANG PB-4 dan PB-6
TIDAK PERLU DIMUAT NAIK.
MULA TAMAT

2. Isi dan lengkapkan borang di 4. Hantar 6. Jika permohonan 7. Pastikan laporan


dalam tallian. PASTIKAN dokumen dan berjaya, sila muat pelaksanaan dan
BUTIRAN KEWANGAN pastikan ia turun dan perbelanjaan program
DIPERINCIKAN. Nyatakan KOD diterima sistem lengkapkan Surat dilengkapkan menggunakan
PERMOHONAN di nama program. Setuju Terima dan format yang dikepilkan dan
Contoh: IPS20B – KURSUS kembalikan ke KBS kembalikan ke KBS dalam
KEJURULATIHAN SUKAN dengan segera tempoh 14 hari selepas
8
tarikh pelaksanaan
PERINGATAN!
1. Hanya permohonan yang LENGKAP
sahaja yang akan dipertimbangkan
2. Permohonan adalah dianggap tidak
berjaya sekiranya tidak menerima apa-
apa jawapan dalam tempoh 30 hari
selepas tarikh akhir menghantar
permohonan iaitu 30 September 2020.

9
Terima Kasih!
Sebarang pertanyaan bolehlah dirujuk kepada:

Encik Fadzil Hadri Mohd Nawawi


603-88713246 | fadzilhadri@kbs.gov.my

Encik Ahmad Faizal Zainuddin


603-88713166 | ahmadfaizal@kbs.gov.my

Puan Yusniza Mohamad Yusof


603-88713268 | yusniza@kbs.gov.my
10

You might also like