Abstrak

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

ABSTRAK

Kajian ini merupakan kajian tentang Syarikat Mazda Malaysia Sdn Bhd dari aspek
strategi kemasukan ke negara Malaysia, cabaran, lini produk dan kitaran hayat
produk. Terdapat 4 objektif kajian bagi kajian ini iaitu mengkaji strategi yang
digunakan untuk memasuki pasaran di negara Malaysia, menjelaskan cabaran
perniagaan yang dihadapi oleh Syarikat Mazda Malaysia Sdn Bhd di negara Malaysia
dari aspek struktur organisasi, kawalan pengurusan, politik dan perundangan,
ekonomi serta sosiobudaya, menjelaskan lini produk dari aspek kelebaran produk dan
kedalaman produk dan kemudian menganalisis kitaran hayat tentang salah satu
produk keluaran Syarikat Mazda Malaysia Sdn Bhd. Kaedah kajian yang digunakan
pengkaji adalah kaedah kualitatif yang berdasarkan "Grounded Theory". Secara
keseluruhannya, Syarikat Mazda Malaysia Sdn Bhd telah menunjukkan prestasi yang
baik dari segi strategi kemasukan yang digunakan untuk memasuki pasaran Malaysia,
cara menghadapi cabaran, lini produk dan kitaran hayat produk. Dari segi strategi
kemasukan ke pasaran Malaysia, mereka telah menggunakan strategi subsidiari dan
kekal dalam pasaran Malaysia. Dari segi cabaran, syarikat telah bersedia dan
melakukan pengubahsuaian terhadap organisasinya untuk menghadapi cabaran
struktur organisasi, kawalan pengurusan, politik dan perundangan, ekonomi dan
sosiobudaya. Dari segi lini produk, syarikat ini sentiasa melakukan inovasi dan
pembaharuan terhadap produk mereka mengikut cita rasa pengguna untuk
mengekalkan produk mereka dalam pasaran. Dari segi kitaran hayat produk, syarikat
telah melaksanakan strategi dan inovasi terhadap produknya iaitu kereta MAZDA
CX-5 berdasarkan statusnya dalam kitaran hayat produk. Pengkaji telah memberi 2
cadangan kepada Syarikat Mazda Malaysia Sdn Bhd untuk menambahbaik operasi
syarikat tersebut. Cadangan pengkaji termasuklah melakukan inovasi yang canggih
terhadap produk yang akan datang dan meneruskan tanggungjawab sosial perniagaan
untuk masyarakat.

You might also like