Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

PEMAKANAN

(SUPLEMEN)
- Pengambilan diet yang seimbang merupakan keperluan yang
penting bagi tubuh badan .

- Pemakanan yang baik akan mempengaruhi kesihatan tubuh


badan.

- Ia memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan


dan mencegah daripada sebarang penyakit
Makanan akan membekalkan kepada kita pelbagai
jenis nutrien penting seperti :-
• vitamin
• mineral
• fiber
• herba
• asid amino
•enzim

Nutrien tambahan boleh didapati dalam bentuk semula jadi


Pengambilan suplemen sama ada dalam bentuk semula jadi ,


mahupun sintetik seperti pil , serbuk atau cecair bukan lah
amalan luar biasa masyarakat pada hari ini

Pengambilan suplemen ini juga bergantung kepada tahap


kesihatan individu dan berdadsarkan preskripsi doktor
Vitamin Vitamin C
Asid askorbik atau lebih dikenali
sebagai Vitamin C merupakan sejenis vitamin
yang larut didalam air dan mudah teroksida
jika terdedahe kepada haba yang tinggi.
Selain itu, Vitamin C juga akan dikumuh daripada
badan jika jumlahnya berlebihan.
Antara cara anda boleh mendapatkan
vitamin C adalah melalui buah-buahan dan
sayur-sayuran
seperti buah citrus, tomato, strawberi dan brokoli.
Untuk makluman anda,
vitamin C memberikan kebaikan untuk kesihatan dan kulit anda juga.

1) Menggalak pembentukan kolagen


2) Melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas
3) Mengurangkan risiko kanser
4) Meningkatkan ketahanan badan dan sistem imunisasi
5) Mencantikkan kulit
6) Membantu mengurangkan paras kolestrol dan urik asid
Fiber
Secara amnya, kebanyakan suplemen serat diambil
terutamanya untuk tujuan pencegahan
sembelit berbanding dengan mengurangkan
kadar kolesterol dan kadar gula
dalam darah yang tinggi. Ia boleh didapati
dalam banyak bentuk,termasuk kapsul, serbuk,
dan tablet kunyah, dimana ia mengandungi
serat fungsi yang diekstrak sama ada daripada
sumber semula jadi atau dihasilkan di makmal

contoh serat semula jadi adalah lignin, selulosa, pektin .


serat buatan pula adalah seperti maltodextrins, polydextrose dan polyols.
Abbott Surbex Nutri Fiber adalah
suplemen serat yang
membantu mengekalkan pergerakan
usus secara berkala.
Ia diformulasikan daripada serbuk
dextrin gandum, yang merupakan serat
tidak-likat larut yange mempunyai rasa
neutral. Ia bebas natrium dan gula dan sesuai
untuk penggunaan jangka masa yang panjang.
Kesimpulan

Kebanyakan vitamin tidak memberi masalah


kesihatan yang serius. Bagaimanapun, adalah penting untuk kita
sentiasa cakna denga apa diambil. Kita perlu sentiasa bertanya
kepada doktor sama ada vitamin yang diambil memberi
kesan kepada kesihatan. Ini kerana, sesetengah vitamin tidak sesuai
untuk pesakit kronik seperti yang mempunyai penyakit hati
atau kepada mereka yang melakukan pembedahan.Kita juga perlu ingat,
sesetengah vitamin yang dijual, kandungannya tidak dilabel dengan tepat.
Secara keseluruhan , tiada yang dapat menandingi pengambilan nutrien
daripada pemakanan sihat. Suplemen atau vitamin tidak
seharusnya dijadikan pengganti kepada makanan sebenar.
Sekian ,
terima kasih ><

You might also like