Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

BIODATA RINGKAS DR KAMARULNIZAM BIN SANI

Dr. Kamarulnizam bin Sani merupakan anak kelahiran Kampung Sungai Pinang
Bandar Klang Selangor, Malaysia. Beliau berumur 45 tahun, telah
berumahtangga dan dikurniakan empat orang cahayamata. Beliau telah
memulakan kerjaya sebagai seorang pendidik bermula pada tahun 2011 sebagai
seorang guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (Kafa) JAKIM di dua buah sekolah
iaitu SAR Kafai Bandar Armada Putra dan SRA Nurul Ehsan Sungai Pinang
Klang.
Setelah itu beliau dilantik sebagai Ketua Guru di dua sekolah iaitu SAR
Kafai Kampung Atap dan SAR Kafai Darul Ulum Klang. Beliau meneruskan
pendidikan dengan mengambil Diploma Perguruan Asas (Pendidikan Islam) di
Kolej Pendidikan Perdana (KOPEDA) Shah Alam. Beliau juga telah
menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana Pengajian Islam di Open Universiti
Malaysia (OUM) di bawah program Apel A.
Seterusnya beliau telah berjaya menjawat sebagai guru JAIS DG41 di
Maahad Integrasi Tahfiz Selangor di Alam Impian Klang dan Bagan Lalang
Sepang, Selangor Malaysia. Seterusnya beliau menyambung pengajian Doktor
Falsafah Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Selangor dalam bidang
Pendidikan Islam. Sekarang beliau sedang berkhidmat sebagai Pensyarah di
Jabatan Asas Kemanusiaan dan Perkaedahan Fakulti Pendidikan UIS, Penyelaras
Program Apel C UIS, Penilai Pendidikan TVET UIS dan Ketua Pascasiswazah
UIS. Kepakaran beliau di UIS adalah Pedagogi Pendidikan Islam serta
Kemahiran Jawi dan Khat.
Dr Kamarulnizam juga menerima jemputan dalam memberikan ceramah
motivasi kepada pelajar universiti, murid sekolah menengah dan rendah.
Disamping itu juga, beliau memberikan ceramah dalam teknik menjawab
peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa dan Penilaian Sekolah Rendah Agama
(PSRA).

You might also like