Analisis Khusus Soalan SPM 2021

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Menengah Kebangsaan Aman Jaya


08000 Sung 08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman. Tel : 04-458 1996
Faks : 04-458 4708
eMail : KEA3111@moe.edu.my

ANALISIS KHUSUS SOALAN SPM 2021


MATA PELAJARAN : GEOGRAFI
DI SEDIAKAN OLEH :PN. SUBACHANNA A/P AHCHINNA

1. Format soalan
i. Kertas 1
a) 40 soalan objektif
b) Merangkumi semua Bab Tingkatan 4 dan 5
c) Markah = 40
ii. Kertas 2
a) Instrumen dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu :
 Bahagian A (soalan struktur) yang berjumlah 2 soalan wajib
 Bahagian B (soalan berdasarkan foto) yang mempunyai 3 soalan wajib
 Bahagian C (soalan esei) berjumlah 4 soalan (calon perlu menjawab 2
soalan sahaja)

 Masa yang diperuntukkan untuk kertas ini ialah selama dua jam tiga
puluh minit (2 jam 30 minit)

 Markah bagi Bahagian A= 40 markah


Bahagian B= 60 markah.

2. Bentuk soalan yang boleh memerangkap calon


a) Soalan yang agak jauh dari konteks silibus contohnya soalan 10(b) yang
bertanyakan tentang import perikanan.
b) Terdapat kata tugas soalan yang tidak menunjukkan ciri jawapan yang
diperlukan contohnya soalan 10(c) dan 11(b) yang menggunakan kata tugas
’terangkan’ dan ’cadangkan’. Seharusnya jawapan yang diberikan berbentuk fakta
dan huraian tetapi dalam peperiksaan jawapan berbentuk rubrik.
c) Kata tugas untuk soalan yang tidak tepat membawa kepada jawapan calon yang
menyimpang dari maksud soalan. Ini menyebabkan calon banyak kehilangan
markah.
d) Soalan bahagian esei, memerlukan calon menjawab soalan berbentuk rubrik
dan jawapan calon pula terhad. Calon tidak dapat menjawab soalan yang
menyebabkan markah mereka sangat rendah.

3. Bahagian soalan yang boleh membantu pelajar lulus.

a) Soalan objektif dalam Kertas 1


b) Soalan Bahagian A Kertas 2
 Peta topografi yang menarik dan mudah diceraikan daripada kertas soalan.
c) Soalan Bahagian C Kertas 2
 Soalan yang dikemukakan sangat relevan dengan calon. Contohnya soalan 8
dan soalan 11. Banjir dan krisis air sangat relevan dengan calon kerana
fenomena ini sering berlaku di Malaysia. Ia sangat dekat dengan calon untuk
mengolah pengetahuan sedia ada tentang perkara tersebut.

4. Sebab pelajar tidak dapat menjawab soalan.


a) Kertas 1 ( soalan objektif)
 Tidak menguasai fakta dan istilah geografi secara keseluruhan. Oleh
demikian, murid terkeliru semasa memilih jawapan .
 Murid kurang latihan dan kurang pendedahan soalan KSSM mengikut format
baharu .
b) Kertas 2 ( Soalan kemahiran, soalan struktur & soalan esei )
 Tidak menguasai kemahiran mentafsir peta.
 Murid tidak dapat memberikan jawapan mengikut skor markah yang
ditetapkan.
 Murid tidak dapat memberikan jawapan mengikut kehendak soalan.
 soalan rubrik, markah agak sukar diberi kerana cara penulisan calon tidak
mengikut format rubrik.

5. Perubahan soalan berbentuk KBAT ( Bentuk jawapan baharu dan bahan


ransangan)
a) Murid perlu didedahkan dengan soalan berbentuk KBAT yang baharu.
Antaranya,
i. Soalan kbat yang berhubungkaitkan dengan konsep geografi
ii. Murid perlu didedahkan teknik menjawab yang tepat.
iii. Mendedahkan pelajar dengan soalan rubrik.

You might also like