Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

BAB 1 PENGENALAN KEPADA

PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

PENGENALAN
 Masalah ialah fenomena lumrah dalam kehidupan yang dihadapi oleh
seseorang, organisasi dan masyarakat.
 Dalam konteks organisasi ialah ponteng kerja, komitmen terhadap kerja,
kepuasan kerja dan lain-lain.
 Dalam konteks masyarakat pula, masalah yang dihadapi
melibatkanmasalah seperti penagihan dadah, gejala sosial, perumahan,
pencemaran dan lain-lain.
 Dalam hal ini, untuk membolehkan menyelesaikan masalah dengan
segera,
 Pihak yang terlibat perlu memahami akibat permasalahan itu dan
Membolehkan pihak yang bertanggungjawab membuat keputusan
 Bagi mengurangkan risiko ini, keputusan yang dibuat berkaitan dengan
sesuatu masalah haruslah berdasarkan kepada bukti-bukti atau fakta yang
konkrit dan munasabah.
 Ini bererti, keputusan yang dibuat haruslah berlandaskan kepada proses
mengumpul, menganalisis dan mentafsir bukti. Proses ini dikenali
sebagai proses penyelidikan.

Apakah Penyelidikan

 Research adalah dua suku kata = RE (kata awalan bermaksud


semula;sekali lagi) + SEARCH (kata kerja bermaksud rapi; teliti; untuk
menguji; untuk menyiasat).

1
 Satu aktiviti yang berulang dan berterusan
 Kata GANTI Nama apabila digabungkan bermaksud kajian secara teliti,
sistematik dan penyiasatan dalam pelbagai ilmu yang dijalankan untuk
mendapatkan fakta atau prinsip.

DEFINISI PENYELIDIKAN
 Satu proses yang teratur atau penelitian sistematik yang bertujuan untuk
memberikan maklumat atau untuk meyelesaikan masalah / isu.
 Satu bentuk kajian sistematik dan saintifik yang berkaitan dengan gelagat
manusia dalam konteks sosial.
 Pengertian yang paling mudah berkenaan dengan kaedah penyelidikan
ialah ia merupakan cara untuk mengumpul dan menganalisis data.
 (Rozmi Ismail, 2016) Sains mengkaji tentang kaedah yang digunakan
untuk memahami manusia.
 (Sigmund et al., 2010) Proses yang sistematik dan objektif bagi
mengumpul, merakam dan menganalisis data untuk membantu membuat
keputusan perniagaan.
 (Salkind, 2009) Aktiviti intensif yang berasaskan kerja-kerja yang
dilakukan oleh orang lain dan menjana idea-idea baharu dan persoalan-
persoalan kajian baharu yang perlu dikaji dan mencari jawapan.
 Sabitha (2005) Satu proses mencari jawapan kepada sesuatu persoalan
ataupun penyelesaian untuk sesuatu masalah.
 Sakaran (2003) Proses mencari penyelesaian ke atas sesuatu
permasalahan selepas melakukan penelitian dan analisis yang mendalam
ke atas faktor-faktor persekitaran.

2
 (Cavana et al., 2001) Suatu yang terancang, bersistematik, berasaskan
data, objektif, penyiasatan saintifik dengan tujuan mencari jalan
penyelesaian.

SISTEMATIK

 Memahami persoalan atau sifat masalah yang ingin dikaji dan mengenal
pasti persoalan kajian tersebut berkaitan bidang pengetahuan penyelidik.
 Membaca sorotan karya terlebih dahulu bagi memahami pendekatan yang
digunakan oleh penyelidik untuk menyelesaikan persoalan kajian
tersebut.
 Mengumpul data secara teratur dan terkawal supaya keputusan kajian
kelak mempunyai kesahan.
 Menganalisis data menggunakan prosedur yang tepat kepada persoalan
kajian yang dikaji.
 Membuat kesimpulan dan generalisasi secara tepat.

SAINTIFIK

 Pemerhatian dan memperihalkan tentang fenomena atau kumpulan


fenomena dalam reality social.
 Membentuk hipotesis untuk menerangkan fenomena tersebut.
 Gunakan hipotesis untuk membuat ramalan kewujudan fenomena lain
atau meramal hasil pemerhatian baharu secara kuantitatif.
 Melakukan ujian eksperimen dengan sempurna.
 (Rozmi Ismail, 2016) penekanan kepada proses menghasilkan ilmu
pengetahuan untuk menerangkan sesuatu fenomena.

3
 Penekanan diberikan kepada logik penaakulan akal (berfikir secara logik)
manusia dengan bersandarkan fakta dan andaian yang manusabah kepada
pemikiran manusia.
 Ciri-Ciri Penyelidikan Saintifik, Bertujuan Mendalam (Rigorous),
Boleh Diuji, Boleh Diulang (Replicability), Kejituan (Precision),
Keyakinan (Confidence), Generalisasi (Generalizability) dan Parsimoni
(Parsimious).

JENIS-JENIS PENYELIDIKAN
 Tujuan
 Data/Proses
 Kegunaan/Hasil
 Masa
 Taakulan

Tujuan
1. Penerokaan
 Bertujuan mendapatkan pemahaman, idea dan pengetahuan baharu
tentang sesuatu fenomena.
 Dijalankan apabila terlalu sedikit atau tidak ada kajian yang pernah
dibuat.
 Kajian yang lebih melihat corak, idea atau hipotesis berbanding
untuk menguji atau mengesahkan sesuatu hipotesis.
 Kajian bagi mencapai tujuan berikut:
 Memenuhi rasa ingin tahu dan keinginan penyelidik bagi tujuan
mendaptkan pemahaman yang lebih baik.
 Menguji atau menjalankan kajian yang lebih luas.

4
 Membina kaedah baharu yang dapat digunakan dalam kajian akan
datang.

2. Deskriptif
 Menerangkan data dan ciri sesuatu populasi atau fenomena yang
dikaji.
 Kajian yang cuba mencari jawapan 4W 1H.
 Kajian jenis ini boleh menggunakan kaedah kualitatif mahupun
kuantitatif.
 Istilah deskriptif merujuk jenis soalan kajian, reka bentuk kajian
dan analisis data yang akan digunakan.
 Mengutamakan persoalan kajian “APA” dan analisis pula cuba
untuk menentukan sebab dan kesan.
 Kajian yang melibatkan pengumpulan data yang melibatkan
peristiwa dan kemudian membentuk jadual, menggambarkan dan
menerangkan maklumat daripada data yang dikumpul (Kaca &
Hopkins, 1984).

3. Penjelasan
 Kajian yang digunakan apabila topik topik atau isu baharu dan
sukar untuk mengumpul data.
 Objektif utama adalah untuk mengumpul maklumat awal yang
dapat mentakrifkan isu atau masalah dan mencadangkan hipotesis.
 Kajian ini cuba mengkaji punca sebenar sesuatu fenomena berlaku
secara terperinci.

Data/Proses

5
1. Kualitatif / kualiti
 Kajian yang bertujuan menjelaskan, meramal dan memahami
sesuatu fenomena yang berkepentingan dan analisis data hanya
melibatkan pengekodan data dan penerbitan satu sintesis lisan.
 Jenis penyelidikan ini:
 Penyelidikan sejarah – tentang peristiwa yang berlaku pada
masa lalu.
 Penyelidikan fenomenologi - penyelidik cuba memahami
cara satu atau lebih individu mengalami satu fenomena.
Contoh: temu bual 20 orang balu meminta mereka
menggambarkan pengalaman mereka yang kematian suami).
 Penyelidikan etnografi - fokus pada gambaran budaya
sekumpulan masyarakat seperti berkongsi sikap,nilai, norma
kumpulan tersebut.
 Penyelidikan kajian kes – fokus pada penyediaan satu
keterangan lanjut bagi satu kes atau lebih kes. Contoh:
mengkaji pelajar di sebuah bilik darjah yang diberikan satu
kurikulum baharu dengan penggunaan teknologi.
 Grounded theory – kajian yang menjana dan membina teori
daripada data yang dikutip oleh penyelidik. Contoh:
penyelidik mengkaji isu lumba haram dan ingin
membangunkan satu teori untuk menjelaskan sebab dan cara
fenomena ini berlaku. Akhirnya satu teori/konsep berkaitan
dapat dibentuk.

2. Kuantitatif / kuantiti
 Melibatkan kolerasi data berangka bagi menjawab persoalan kajian
tertentu.

6
 Bermatlamat untuk memberi satu gambaran tepat terhadap sesuatu
situasi atau fenomena yang dikaji.
 Bertujuan menjelaskan, meramal dan/atau mengawal fenomena
serta menganalisis data berstratistik.
 Dalam sains social, ia merujuk penyiasatan empirical sistematik
ciri kuantitatif dan fenomena serta hubungan kedua-duanya.
 Objektifnya adalah untuk membangunkan dengan menggunakan
model matematik, teori dan/atau hipotesis sesuatu fenomena.
 Mengutamakan proses pengukuran yang menjadi perkaitan asas
antara pengamatan empirical dan ungkapan matematik bagi
menjelaskan hubungan kedua-duanya.
 Jenis-jenis penyelidikan ini:
 Penyelidikan deskriptif – yang menjelaskan ciri sesuatu
objek, manusia, organisasi dan persekitaran tertentu.
 Penyelidikan kolerasi – untuk menentukan sekuat mana
hubungan wujud antara dua atau lebih pemboleh ubah.
Contoh: Hubungan antara memandu laju dengan maskuliniti
dan Hubungan antara kerisauan dengan pencapaian
 Penyelidikan penyebab – bertujuan mengenal pasti
hubungan sebab-akibat antara pemboleh ubah yang dikaji.
Contoh: Kesan lumba haram terhadap keperibadian remaja
dan Kesan lumba haram terhadap program keselamatan jalan
raya
 Penyelidikan bereksperimen – penyebab (pemboleh ubah
bebas) adalah di bawah kawalan penyelidik. Maka
penyelidik boleh secara rawak menentukan kumpulan yang
membentuk pemboleh ubah dalam kajian.

7
3. Kaedah Campuran (Mixed Method)
 Jenis penyelidikan yang mencampurkan antara kualitatif dan
kuantitatif seperti mana yang telah dijelaskan.

Kegunaan/Hasil
1. Penyelidikan Asas
 fokus pada prinsip asas dan pengujian sesuatu teori.
 Merujuk kepada kajian dan penyelidikan sains tulen yang bertujuan
meningkatkan asas pengetahuan saintifik.
 Jenis kajian kebiasannya berbentuk teori dengan niat meningkatkan
kefahaman tentang sesuatu fenomena dan TIDAK bertujuan
menyelesaikan sesuatu masalah atau persoalan kajian.
 penyelidikan ini berbentuk penerokaan yang didorong oleh rasa
ingin tahu, minat penyelidik.
 perkataan ‘asas’ menunjukkan bahawa melalui penjanaan atau
pembentukan teori, penyelidikan asas menyediakan asas untuk
penyelidikan selanjutnya di dipanggil penyelidikan gunaan.

2. Penyelidikan Gunaan (Applied Research)


 Merujuk kajian saintifik untuk menyelesaikan persoalan kajian atau
sesuatu permasalahan kajian. Hasil penyelidikan dipraktikkan
 Penemuan kajian boleh diaplikasikan kepada masalah sosial
semasa.
 Bertujuan menjawab persoalan kajian yang spesifik untuk
mendapatkan satu kaedah baharu yang lebih cekap dan berkesan.
 Jenis kajian ini adalah seperti berikut:
 Penyelidikan Tindakan

8
o Bertujuan untuk mengubal sesuatu tindakan lebih
berkesan terhadap sesuatu perkara yang akan
dilaksanakan.
o Kajian tindakan bermaksud – ‘pembelajaran melalui
perlaksanaan’ (contoh: penyelidik mengenal pasti
persoalan kajian; membuat kajian untuk
menyelesaikannya; melihat sejauh mana
keberkesanan).
o Carr dan Kemmis (1986) – satu bentuk penyiasatan
yang dijalankan dalam reality social dalam usaha
untuk meningkatkan kerasionalan.

 Penyelidikan impak sosial


o Proses menganalisis, memantau dan mengurus kesan
social sama ada kesan yang diingini atau sebaliknya,
intervensi yang dirancang (dari segi dasar, program,
rancangan atau projek).
o Matlamat penyelidikan ini adalah mewujudkan
persekitaran yang lebih ekologi, mempunyai sosio-
budaya dan ekonomi yang mampan dan saksama.

 Penyelidikan penilaian
o Bertujuan menilai pelaksanaan sesuatu program,
projek, kempen dan sebagainya.
o Penyelidikan ini lebih mementingkan HASIL kajian.
o Penyelidikan yang ingin melakukan penyelidikan jenis
ini perlu mengetahui matlamat asal program yang
dilaksanakan.

9
o Jenis penyelidikan penilaian adalah:
 Kajian serentak – dikenali sebagai kajian
pengesanan dan/atau pengawasan.
 Kajian sesekala – dikenali sebagai kajian yang
dilakukan hanya sekali dalam suatu tempoh
tertentu.
 Kajian penghujungan – dikenali sebagai satu
kajian yang dijalankan setelah selesai sesuatu
program atau projek tersebut dilaksanakan

Masa
1. Keratan Rentas (Cross-Sectional Study)
 Kajian yang melibatkan pemerhatian terhadap satu populasi atau
ahli dalam populasi pada titik masa tertentu.
 Jenis kajian ini menggunakan sekumpulan individu yang berbeza
dari segi pemboleh ubah yang ingin dikaji tetapi berkngsi ciri-ciri
lain seperti status sosio-ekonomi, latar belakang Pendidikan dan
etnik.
 Contoh: kajian mengukur tahap penglibatan belia dalam lumba
haram. Penyelidik memilih untuk mengukur tahap penglibatan
belia dalam lumba haram merentasi dua kumpulan umur iaitu
kumpulan umur ≤ 19 ke bawah dan kumpulan ≥ 20 ke atas.

2. Jangka Masa Panjang (Longitudinal Study)


 Kajian melibatkan pemerhatian satu atau lebih kumpulan sampel
dalam tempoh masa yang Panjang (bulan/tahun/dekad).
 Satu kajian yang memberi tumpuan kepada kelakuan individu,
mengesan perubahan dalam pembangunan masyarakat.

10
 Jenis penyelidikan ini seperti:
 Kajian Kohort (Responden yang berlainan) – melibatkan
pemilihan kumpulan yang berdasarkan peristiwa tertentu
seperti kelahiran, lokasi geografi atau pengalaman sejarah.
 Kajian Panel (Responden yang sama)- melibatkan
persampelan keratan rentas bagi setiap individu yang diukur
pada unit yang sama dari masa ke semasa.
 Kajian retrospektif – melibatkan peristiwa yang berlaku
masa lalu dengan merujuk kepada maklumat sejarah seperti
rekod perubatan dan sebagainya

Taakulan
1. Penyelidikan yang dikelaskan mengikut kaedah, kesimpulan yang dibuat
dapat dibahagikan kepada dua yang dikenali sebagai deduktif dan
induktif.
2. Merupakan dua kaedah logic yang digunakan untuk membuat suatu
kesimpulan berdasarkan maklumat yang dianggap benar dan tulen.
3. Hal ini kerana penyelidik telah membuat pemerhatian dan merekodkan
semua benda tanpa sebarang prejudis.
4. Jenis penyelidikan ini seperti:
 Taakulan deduktif – suatu proses untuk memperoleh pengetahuan
baharu atau sebagai asas untuk membentuk sesuatu teori.
 Taakulan induktif – dikenali sebagai logik, iaitu suatu proses
untuk membuat kesimpulan daripada satu atau lebih fakta atau
bukti. Kesimpulan yang diperoleh dapat menerangkan fakta.
Manakala fakta pula dapat menyokong kesimpulan tersebut.

11
SUMBER-SUMBER PENGETAHUAN PENYELIDIKAN
 Pengalaman
 Pengalaman adalah merupakan antara sumber terpenting dalam
menjalankan penyelidikan lantaran ia merupakan masalah seharian
yang dihadapi oleh seseorang.

 Kepakaran
 Wujud berbagai-bagai institusi berwibawa atau pakar yang boleh
dijadikan rujukan.

 Taakulan Deduksi
 Taakulan deduksi merupakan satu proses memperolehi
pengetahuan.
 Proses taakulan deduksi bermula dengan penyataan yang umum
tentangsesuatu fenomena atau masalah. Ia kemudiannya diikuti

12
pula denganpenyataan-penyataan yang khusus tentang fenomena
tersebut.
 Kaedah ini mempunyai kelemahan yang tersendiri seperti ia perlu
bermula dengan premis yang benar. Sekiranya premis salah,
kesimpulan atau hasil yang diperolehi juga salah.

 Taakulan Induktif
 Taakulan deduktif merujuk kepada kesimpulan tentang sesuatu
populasi atau masyarakat yang dikaji. Ia dilakukan dengan
berasaskan kepada cerapan yang dibuat ke atas fakta-fakta yang
diperolehi daripada sampel populasi tersebut.
 Kebaikan dalam menggunakan taakulan deduktif sebagai
sumberpengetahuan ialah penyelidikan boleh membuat inferens
tentang populasi dengan menggunakan maklumat-maklumat yang
diperolehi daripada sampel.
 Kelemahan dalam menggunakanteknik ini ialah kemungkinan
sampel yang dipilih tidak rawak dan tidak mewakili sepenuhnya
ciri-ciri populasi yang dikaji.

 Pendekatan Saintifik
 Pendekatan saintifik menggabungkan taakulan deduksi dan
taakulaninduktif.
 Melalui pendekatan saintifik, pengkaji membuat hipotesis
secarainduktif berdasarkan kepada cerapan

ETIKA DALAM PENYELIDIKAN


1. Persetujuan termaklum

13
 Sebelum responden memberi persetujuan, penyelidik perlu
memaklumkan SEGALA MAKLUMAT tentang penyelidikan
kepada responden
 Responden perlu benar-benar FAHAM bukan sahaja tentang
penyelidikan, tetapi juga tentang Hak sebagai responden

2. Penipuan/manipulasi
 Persetujuan yang diperolehi daripada responden seperti berikut
adalah SALAH:
 Penglibatan KUASA/PENGARUH (Salah guna kuasa)
 Penglibatan WANG/KEBENDAAN (Rasuah)
 Paksaan
 Pembekalan maklumat yang TIDAK TEPAT
 Penyembuyian sebarang maklumat

3. Plagiat
 Tidak boleh membentangkan kerja atau data orang lain sama ada
sepenuhnya atau sebahagian daripadanya sebagai hasil kerja
sendiri.

4. Hak mutlak untuk menarik diri


 Responden perlu dilayan ibaratkan “Pelanggan adalah sentiasa
BETUL!”
 Responden boleh tarik diri BILA-BILA masa walaupun dia telah
membuat akuan bertulis untuk menyertai kajian anda.
 Menjadi kewajipan penyelidik untuk memberitahu HAK ini kepada
respondennya

14
5. Kerahsiaan
 Beri tumpuan kepada soal KERAHSIAAN dalam tiga peringkat
berikut:
1. Sebelum Penyelidikan
2. Semasa Penyelidikan
3. Selepas Penyelidikan

6. Keselamatan
1. Fizikal - Sebarang bahaya atau kecederaan kepada responden perlu
DIELAKKAN
2. Emosi - Sebarang rangsangan yang akan mengganggu kestabilan
emosi atau psikologi responden perlu DIELAKKAN

15

You might also like