Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Yang Dihormati

YDP PIBG
ENCIK ROSLI BIN MOKHTAR

Yang Dihormati
NYDP PIBG
……………………………………………………

Yang Dihormati
Pegawai Perrhubungan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Setiu
……………………………………………………….

Yang  berusaha,
Cikgu rozaki bin ramli,
Guru Besar  Sekolah  Kebangsaan kampung jaya

Yang  dihormati, Barisan Penolong Kanan,


 Ustazah rosnani binti mustaffa,
Penolong Kanan Pentadbiran,

Cikgu Kartini bin hussin


Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid,

Cikgu mohd Azizulizani bin mat hassan


Penolong Kanan Ko-Kurikulum,

Guru-guru, staff sokongan dan guru kafa seterusnya


Yang dikasihi, rakan-rakan sekalian sekalian..

Hari ini menanam jagung,


Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis Hari Kanak-kanak Sedunia penuh ceria
Memulakan majlis penutup sambutan hari kanak-kanak sedunia kali pertama
peringkat SK Kampong Jaya dengan bacaan umul kitab AL-FATIHAH..

AMINNN—

Tinggi burung terbang di angkasa,

Bunga mekar dipetik peraih,

Majlis bermula restu diminta,

Ucapan aluan mengambil alih.

 Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Cikgu Rozaki Bin Ramli,


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampong Jaya untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan. Majlis mempersilakan.

                               (Ucapan Guru Besar)

Majlis mengucapkan terima kasih atas rangkaian ucapan alu-aluan yang penuh
bermakna sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan mempersilakan rakan kami iaitu Maryam Bt


Zulkifli dan mohd Al-amin Bin Zulkifli untuk persembahan….Dipersilakan

Demikian tadi persembahan dalam Bahasa arab oleh Juara Hafazan yang
akan bertanding ke peringkat kebangsaan tidak lama lagi..sama-sama kita
doakan.

UCAPAN PEGAWAI PPD

Majlis diteruskan dengan mempersilakan,


………………………………………………………………………
Pegawai Perhubungan Sekolah , Pejabat Pendidikan Daerah Setiu untuk
menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan.
( UCAPAN ALUAN)
Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas ucapan sepatah dua
kata sebentar tadi

UCAPAN PERASMIAN

Kejayaan bukanlah milik mutlak seseorang tetapi adalah himpunan doa, harapan
dan sumbangan insan-insan yang berdiri teguh, berjalan seiringan untuk
membantu dalam mencapai kecemerlangan. Ibu bapa, guru-guru dan rakan
taulan jangan dilupakan saat diri berada di puncak gemilang.

Daun semulur di pekan sari,

Batang jerami rebah ke bumi,

Madah dihulur sembah diberi,

Kata perasmi hajatnya kami.

 Kini, majlis menjemput dengan penuh takzimnya,

Yang Dipertua PIBG , En.Rosli Bin Mokhtar untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Hari kanak-kanak sedunia kali
pertama peringkat SK Kampong Jaya 2022. Dipersilakan. 

(Ucapan Perasmian)

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada encik rosli bin mokhtar
di atas ucapan dan perasmian sebentar tadi.
PERSEMBAHAN
Majlis ditangguhkan seketika dengan mempersilakan saudara Nasrul Nazhan
Bin Asrolafizi untuk persembahan yang seterusnya. Dipersilakan.
PERSEMBAHAN
Demikian tadi persembahan dari Nasrul Nazhan dengan lagu Sepi Sekuntum
Mawar.
UNTUK MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH, KAMI SERAHKAN MAJLIS
SETERUSNYA KEPADA CIKGU FAIZAL.

DEMIKIAN TADI PERSEMBAHAN DARI SAUDARI NUR IZATI


MERUPAKAN MURID TAHUN 1

DENGAN PERSEMBAHAN ITU TADI, MAKA BERAKHIRLAH MAJLIS


SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA BUAT KALI PERTAMA
PERINGKAT SEKOLAH BAGI TAHUN 2022
SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI DI TAHUN HADAPAN DENGAN
PENUH MERIAH LAGI.

MAJLIS MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA


TETAMU JEMPUTAN DAN SEMUA YANG TERLIBAT SECARA
LANGSUNG.

UNTUK ITU MAJLIS MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN SEMUA


TETAMU JEMPUTAN KE BILIK JAMUAN BAGI MENIKMATI JAMUAN
RINGAN.

KITA SUDAHI MAJLIS KITA PADA HARI INI DENGAN TASBIH


KAFARAH DAN SURAHTUL AL-ASR.

SEKIAN WABILLAHI TAUFIK WAL HIDAYAH

You might also like