Danish

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

F.

Adakah Syarikat Yang Dipilih Melaksanakan Penyiasatan Latar Belakang


Calon Pekerja.

Pihak syarikat sememangnya melakukan penyiasatan latar belakang terhadap


latar belakang pekerja semasa hari temuduga dijalankan selain daripada melihat
maklumat yang diberikan di dalam resume. Semasa hari temuduga dijalankan, pihak
syarikat iaitu pegawai sumber manusia akan melakukan penyiasatan latar belakang
seperti, pemeriksaan kad pengenalan atau dokumen yang sah daripada pekerja,
latar belakang pekerja iaitu, alamat tempat tinggal, nombor telefon yang terkini, dan
tempat kerja sebelum ini. Pegawai sumber manusia akan membuat panggilan
kepada nombor telefon rujukan yang diberikan oleh pekerja untuk memastikan
maklumat yang diberikan oleh pekerja adalah tepat dan tiada sebarang pemalsuan
yang dilakukan.

Selain daripada itu, pegawai sumber manusia juga akan memeriksa punca-
punca calon pekerja itu berhenti bekerja di syarikat sebelum ini. Calon pekerja juga
akan disoal-siasat untuk memastikan sama ada mempunyai sebarang rekod jenayah
atau rekod yang boleh merisikokan pihak syarikat sebelum diambil bekerja.
Seterusnya, calon pekerja juga mestilah menepati ciri dan syarat yang ditetapkan
oleh Akta Pekerja 1955 dari segi had umur dan sebagainya. Pekerja yang berjaya
melepasi tapisan dan temuduga yang dilakukan akan diberikan panggilan atau surat
terima bekerja (offer letter) daripada syarikat.
G. Apakah Sumber Dan Kaedah Perekrutan Yang Digunakan Oleh Pihak
Syarikat?

Pihak syarikat V.S Industri Berhad memilih untuk menggunakan dua kaedah
perekrutan iaitu sumber dalaman dan sumber luaran. Bagi kaedah sumber luaran,
pihak syarikat menggunakan platform pendigitalan iaitu menggunakan laman web
yang sedia ada untuk merekrut pekerja seperti Indeed, JobStreet, JobStore dan
sebagainya. Melalui kaedah ini, pihak syarikat akan menetapkan garis panduan dan
syarat yang diperlukan untuk mencari calon pekerja dan seterusnya akan memilih
beberapa calon yang sesuai untuk ditemuduga sekaligus direkrutkan ke dalam
syarikat.

Selain itu, melalui kaedah sumber dalaman pula ialah, pihak syarikat akan
mewar-warkan kepada pekerja di dalam syarikat sekiranya terdapat kekosongan
jawatan terutamanya jawatan yang lebih tinggi di dalam syarikat. Ini kerana, pihak
syarikat berpendapat bahawa, kaedah ini lebih adil kepada pekerja kerana mereka
lebih berkelayakan dan berkemahiran di dalam sektor yang tertentu. Sebagai
contoh, di bahagian pengeluaran, pekerja telah diberikan latihan yang banyak dan
cukup untuk mengendalikan pelbagai mesin dan alat yang ada di syarikat. Oleh itu,
mereka layak dinaikkan pangkat kepada yang lebih baik kerana mereka telah pun
mempunyai kemahiran yang diperlukan.

Di samping itu juga, pihak syarikat dapat menjimatkan kos mereka dalam
proses perekrutan dan latihan kepada calon pekerja yang baharu. Ini kerana,
mereka perlu diberikan latihan yang mencukupi sebelum menggalas jawatan yang
diberikan. Pekerja dalaman yang sedia ada tidak perlu diberikan latihan lagi kerana
mereka sudahpun mengetahui tugas dan kerja yang perlu mereka lakukan.

You might also like