Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Saiful Anam Bin Sunan

DDWG2020/060024
COMMERCIAL LAW DDWG3173
LATIHAN 2:
Pada 1 Ogos 2014, Agus bercadang menjual rumahnya kepada Mariam dengan harga
RM550,000. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa penerimaan cadangan itu hendaklah
disempurnakan pada atau sebelum 25 Ogos 2014. Mereka juga bersetuju untuk menggunakan
kemudahan pos sebagai mod komunikasi mereka. Pada 20 Ogos 2014, Mariam telah
menghantar surat penerimaan tawaran Agus pada 27 Ogos 2014, Agus kini enggan menjual
rumahnya itu kepada Mariam, Mariam berasa marah dan menyaman Agus kerana melanggar
perjanjian kontrak. Nasihatkan Mariam tentang perkara ini. Adakah wujud kontrak di antara
Agus dan Mariam? Berikan sebab untuk jawapan anda.
JAWAPAN:
Isu didalam kes ini ialah samada kontrak antara Agus dan Mariam wujud ataupun
tidak. Undang-undang yang terdapat dalam kes ini adalh komunikasi penerimaan iaitu dalam
Seksyen 2 ( b ). Kaedah am menyatakan penerimaan mestilah dikomunikasikan kepada pihak
yang membuat tawaran. Komunikasi penerimaan ini dianggap efektif hanya apabila ia
terpakai apabila penerimaan dibuat secara lisan melalui telefon atau telex dan seumpamanya.
Jika penerimaan tawaran sekadar berniat untuk menerima tetapi tidak menzahirkan
niatnya kepada pembuat tawaran, kontrak tidak wujud. Justeru, perbuatan mendiamkan diri
oleh pihak yang ditujukan tawaran tidak boleh dianggap oleh pihak pencadang sebagai suatu
penerimaan kepada tawarannya. Seperti yang berlaku dalam kes Felthouse lwn Bindley
( 1862 ) , plaintif membuat tawaran untuk membeli kuda anak saudaranya itu, beliau
menyatakan, “ Jika saya tidak melanggar lebih lanjut mengenai kuda ini, saya akan
menganggap kuda itu milik saya dengan harga $30 15 syiling “ . Anak saudaranya tidak
menjawab surat itu tetapi telah mengarahkan defendan, yang telah ditugaskan untuk menjual
sebahagian daripada hartanya termasuk kuda berkenaan, untuk menarik balik penjualan kuda
tersebut. Malangnya kesilapan berlaku dan kuda berkenaan telah dijual oleh defendan.
Apanila plaintif membuat tuntutan, mahkamah memutuskan, walaupun telah ada niat
menerima dan menjual kuda tersebut pada harga itu, tetapi sikap berdiam diri bukanlah
merupakan suatu penerimaan. Oleh itu, kontrak tidak wujud antara plaintif dengan anak
saudaranya.
Seterusnya ialah, cara berkomunikasi dalam Seksyen 3 iaitu Komunikasi penerimaan
adalah dibuat dengan mana – mana perbuatan atau ketinggalan perbuatan yang mempunyai
akibat untuk berkomunikasinya. Seperti dalam kes Entores Ltd. Lwn Miles Far East
Corporation. Apabila sesuatu kontrak dibuat dengan cara pos, adalah jelas di dalam prinsip
common law bahawa penerimaan tersebut menjadi lengkap dan sempurna sebaik sahaj
penerimaan dimasukkan ke dalam peti pos dan disitulah kontrak dibuat.
Selain itu ialah, peraturan peti pos seperti dalam kes Ignatus lwn Bell ( 1913 ), kedua-
dua pihak telah bersetuju menggunakan perkhidmatan pos sebagai media komunikasi.
Defendan telah membuat tawaran untuk menjual tanahnya kepada plaintif tang mana tawaran
itu terbuka sehingga 20 Ogos. Plaintif meneriman tawaran tersebut dan menghantar notis
penerimaan melalui pos pada 16 Ogos. Walaubagaimanapun, notis tersebut hanya sampai
kepada defendan pada 25 Ogos. Mahkamah menyatakan, suatu kontrak yang sah boleh wujud
walaupun surat penerimaan tidak sampai kepada pembuat tawaran. Mahkamah merujuk
kepada Seksyen 1 Enakmen Kontrak dan memutuskan bahawa komunikasi penerimaan
adalah lengkap apabila notis tersebut diposkan pada 16 Ogos walaupun defendan tidak
mengetahui tentang penerimaan tersebut.
Di dalam kes ini, kontrak antara Agus dan Mariam wujud kerana Mariam telah
mengeposkan surat penerimaan sebelum 25 Ogos. Mariam boleh menyaman Agus kerana
pelanggaran kontrak. Kesimpulannya, komunikasi penerimaan lengkap terhadap pencadang
apabila ianya di masukkan ke dalam perjalanan dan berada di luar kuasa penerima.

You might also like