PTK Bil - 4-PENGIMPOTAN & PENGEKSPOTAN ACETIC ANHYDRIDE DAN-ATAU ACETIC CHLORIDE - 07.11.1979

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

TERHAD

PERINTAH TETAP KASTAM RUJUKAN : PPP.0/17/56K


BILANGAN 4

PENGIMPOTAN DAN
PENGEKSPOTAN ACETIC TARIKH : 07 NOVEMBER 1979
ANHYDRIDE DAN / ATAU ACETIC
CHLORIDE

JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA


PERINTAH TETAP KASTAM MUKA SURAT : 1/1
BILANGAN 4

PENGIMPOTAN DAN PENGEKSPOTAN RUJUKAN : PPP.0/17/56K


ACETIC ANHYDRIDE DAN / ATAU
ACETIC CHLORIDE TARIKH : 07 NOVEMBER 1979

1. Kerajaan Malaysia telah membuat keputusan bahawa adalah perlu menyimpan data-
data atas pengimportan / pengeksportan Acetic Anhydride, Acetyl Bromide dan /
atau Acetic Chloride.

2. Untuk mencapai tujuan ini mulai tarikh Perintah Tetap ini stesyen-stesyen hendaklah
menyediakan penyata bulanan pengimportan / pengeksportan kedua-dua bahan kimia
di atas dan mengemukakanya ke Pejabat Pusat Penyelidikan di Ibu Pejabat ini.

3. Penyata-penyata ini hendaklah sampai ke Ibu Pejabat tidak lewat daripada 7 hari
daripada akhir tiap-tiap bulan hendaklah mengandungi butir-butir seperti didalam
lampiran (A) dan (B). Penyata ‘NIL’ juga dikehendaki jika tidak ada pengimpotan /
pengeksportan. Penyata asing hendak dibuat untuk tiap-tiap satu jenis bahan.

4. Setelah menerima penyata-penyata dari stesyen-stesyen Pejabat Pusat Penyelidikan


Adalah dikehendaki menyediakan “Consolidated Statement”untuk Urusetia Narkotik
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

5. Untuk makluman, Ahli Kimia Ubat Bahagian Farmasi, Kementerian Kesihatan telah
mengesahkan bahawa hanya orang-orang yang mempunyai “Poisan Licence” yang
telah diberi andosmen khas dibenarkan mengimpot kedua-dua bahan berkenanan.
Endosmen ini akan menunjukkan banyaknya kuantiti bahan-bahan ini yang
dibenarkan diimport. Pengimportan kedua-dua bahan ini tidak dibenarkan jika
lessen-lesen tidak mengandungi endosmen khas ini.

(ABDUL RANI BIN MOHD RAZALI)


bp. Ketua Pengarah kastam,
Malaysia.

Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia,


Malaysia, Jalan Duta,
Kuala Lumpur.
Lampiran “A”

PENYATA PENGIMPORTAN ACETIC ANHYDRIDE / ACETIC CHLORIDE

Stesen :…………………… Nama Bahan Kimia :….………………..……….. Bulan


:………

(i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii)


Permit No.lesen/
Tarikh No. Borang Banyaknya Nama Import Daripada Nama & Negeri
Pengimport Ikrar Pengimport Kementerian Alamat Asal
Kesihatan Pembuat
Lampiran”B”

PENYATA PENGEKPORTAN ACETIC ANHYDRIDE / ACETIC CHLORIDE

Stesyen :…………………… Nama Bahan Kimia :….………………..……….. Bulan


:………

(i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii)

Tarikh No. Borang Banyaknya Nama Negeri Asal Nama & Negeri
Pengekportan Ikrar Pengeksport Bahan Kimia Alamat Bahan
Pembeli Kimia
Hantar

You might also like