Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

TERHAD

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2018


REKA CIPTA 3763/2
TEMA TUGASAN KERJA KURSUS
Kertas 2
April 2017 - Mac 2018 Satu tahun

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi satu tema tugasan kerja kursus Reka Cipta.

2. Calon wajib melaksanakan tugasan ini mengikut aspek yang ditetapkan dalam
Manual Pentaksiran Kerja Kursus (MPKK).

Kertas peperiksaan ini mengandungi 3 halaman bercetak.


[Lihat halaman sebelah
3763/2 © 2017 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 2 3763/2

ARAHAN TUGASAN

1. Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Reka Cipta wajib melaksanakan kerja
kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akan dianggap tidak hadir
bagi mata pelajaran Reka Cipta.

2. Kertas ini mengandungi satu tema tugasan kerja kursus Reka Cipta.

3. Tempoh pelaksanaan kerja kursus adalah selama satu tahun (bermula 1 April 2017
hingga 31 Mac 2018).

4. Calon dikehendaki mengemukakan evidens kerja kursus iaitu Artifak (prototaip


atau model) dan Folio (dokumen bertulis atau bercetak tentang penghasilan artifak).

5. Artifak dan folio mestilah dihasilkan sendiri oleh calon di bawah pengawasan serta
bimbingan guru. Pengemukaan artifak yang dihasilkan daripada jenis alat pasang siap
(ready-made) / kit / tempahan adalah tidak diterima.

6. Calon hendaklah merujuk dan mematuhi Manual Pentaksiran Kerja Kursus (MPKK)
terkini sepanjang penghasilan evidens kerja kursus.

7. Calon hendaklah merancang, melaksana dan mendapatkan bimbingan guru sepanjang


pelaksanaan kerja kursus.

8. Calon hendaklah menghantar dan mendapatkan pengesahan daripada guru pada setiap
peringkat evidens yang dikemukakan. Calon perlu akur arahan masa
penghantaran yang ditetapkan.

9. Penskoran kerja kursus calon menggunakan Rubrik Penskoran mengikut aspek yang
ditetapkan di dalam MPKK.

10. Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan kelengkapan peralatan asas untuk


murid menyiapkan kerja kursus. Evidens calon perlu disimpan di tempat yang selamat
sehingga 6 bulan selepas keputusan SPM diumumkan.


3763/2 © 2017 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 3 3763/2

TEMA TUGASAN REKA CIPTA


SPM 2018

ANCAMAN MAKHLUK PEROSAK

Seringkali kita mendengar atau melihat di media tentang ancaman dan kesan yang
dibawa oleh makhluk perosak berlaku di dalam negara kita. Makhluk perosak ialah haiwan
yang mendatangkan kemudaratan kepada manusia atau harta benda yang mengakibatkan
kerugian, kerosakan, mendatangkan kesakitan atau menyebabkan penyakit.

Sebagai seorang pereka cipta muda, anda dikehendaki mereka cipta alat yang
dapat membantu mencegah, mengawal, menghapus atau menghindar kemudaratan
yang disebabkan oleh makhluk perosak.

TEMA TUGASAN TAMAT


3763/2 © 2017 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

You might also like