Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 160

101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

101
Persoalan
Puasa
&
Pedoman
Tarawih
Ustaz Azhar Haji Yahya
Ustazah Fadilah Haji Yaacob

1
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

100
Persoalan Puasa
&
Pedoman Tarawih

Us. Azhar Hj Yahya, Ust. Fadilah Hj Yaacob

© Hak Cipta Terpelihara


Tidak dibenar mengeluar ulang mana-mana bahagian
dan isi kandungan buku ini dengan apa-apa cara untuk
sebarang tujuan komersial tanpa mendapat keizinan
bertulis daripada penulis. Namun untuk kepentingan
dakwah dan ilmu yang tiada kepentingan komersial
amat dialu-alukan.

Majlis Tafaqquh dan Tarbiyyah (MAQTAR)


Surau Haji Hassan Shukri,
Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM)
68100, Gombak, Selangor, Darul Ehsan.
Hak Cipta
Faza Publications Enterprise
207-02-06, Sentul Utama,
Jalan Dato’ Senu 26, 51000, Sentul, K. Lumpur

2
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Kandungan Muka surat


Muqaddimah………………………………... 08
1 Pengertian puasa…………………………… 13
2 Penamaan Ramadhan……………………….. 13
3 Kelebihan Ramadhan………………………… 13
4 Peristiwa penting bulan Ramadhan…………… 15
5 Pensyariatan puasa…………………………. 16
6 Pensyariatan berpuasa Rasul terdahulu………. 16
7 Puasa sebelum kefardhuan Ramadhan………… 17
8 Pembahagian puasa………………………….. 18
9 Siapakah yang diwajibkan berpuasa…………... 18
10 Tingkatan orang yang berpuasa ……………... 19
11 Maksiat semasa berpuasa……………………... 19
12 Hukum melihat anak bulan…………………… 21
13 Doa melihat anak bulan……………………… 21
14 Sabit Ramadhan dengan saksi adil……………. 22
15 Bulan tidak kelihatan sebelum 30 Ramadhan…. 22
16 Berpuasa 31 hari…………………………….. 23
17 Bermusafir ke negeri yang belum berpuasa……... 24
18 Perbezaan berpuasa 29 hari dan 30 hari………. 25
19 Bermusafir hari ke 28, negeri dituju tlh b’hariraya 26
20 Niat berpuasa sebulan.……………………….. 27
21 Perbuatan yang dikira niat…………………… 28
22 Niat ketika solat…………………………….. 29
23 Makan dan jimak selepas niat………………… 29
24 Niat puasa sunat…………………………….. 29

3
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

25 Pahala puasa bagi yang lewat berniat…………. 30


26 Muallaf sukar berniat………………………... 31
27 Pesakit meninggalkan niat…………………… 31
28 Mencari nafkah dengan kerja berat…………… 32
29 “ Insya Allah “ ketika berniat………………… 32
30 Menganggap dirinya tidak berpuasa…………... 32
31 Tidur sepanjang hari ………………………… 33
32 Mati ketika berpuasa………………………… 34
33 Menyempurnakan puasa……………………… 34
34 Puasa-puasa sunat…………………………… 35
35 Puasa terus menerus………………………….. 37
36 Puasa sepanjang tahun……………………….. 39
37 Maksud puasa sunat…………………………. 40
38 Puasa hari Sabtu dan Ahad.. ………………… 41
39 Perkara sunat ketika puasa…………………… 41
40 Puasa hari Jumaat…………………………… 41
41 Puasa hari syak……………………………… 42
42 Waktu sahur………………………………… 43
43 Doa berbuka………………………………… 44
44 Tidak pasti jenis puasa………………………. 45
45 Qada’ keatas muallaf...………………………. 45
46 Meninggal ketika Ramadhan…………………. 46
47 Ibu yang menyusukan anak…………………... 47
48 Perbezaan hukum bagi ibu yg menyusukan anak... 47
49 Membantu manusia atau binatang…………….. 48
50 Melambatkan qada’………………………….. 48
51 Memfidyahkan puasa sunat…………………... 49

4
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

52 Isteri berpuasa ketika kewujudan suami. ……… 50


53 Arahan puasa Istisqa’………………………... 51
54 Qada’ pada hari Isnin dan Khamis. …………… 51
55 Hilang akal………………………………….. 52
56 Gila sebentar………………………………… 52
57 Hilang akal kerana mengambil benda yang haram. 53
58 Berhenti haid waktu puasa…………………… 53
59 Baligh ketika puasa………………………….. 53
60 Kanak-kanak haid kali pertama ketika puasa….. 54
61 Pengiraan dan pembayaran fidyah masakini……. 54
62 Pesakit mengeluarkan fidyah semasa hidup…….. 57
63 Orang lain menggantikan puasa……………….. 58
64 Musafir berbuka……………………………... 59
65 Musafir tetap berpuasa………………………. 60
66 Musafir tiba di destinasi……………………... 61
67 Keutamaan musafir di Mekah untuk berbuka…... 62
68 Tidak sengaja makan atau muntah…………….. 63
69 Sisa makanan celah gigi………………………. 64
70 Pesakit berbuka kemudian kesihatannya pulih….. 65
71 Berbuka atau solat Maghrib lebih utama………. 65
72 Neraca seorang yang sakit…………………….. 66
73 Orang sakit sanggup berpuasa………………..... 67
74 Puasa atau berbuka lebih utama bagi pesakit.. …. 67
75 Berbekam……………………………………. 68
76 Menyuntik vitamin…………………………... 69
77 Penggunaan inhaler atau nebulizer……………. 69
78 Rawatan menggunakan oksigen……………….. 71

5
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

79 Penyakit yang dikecualikan dari berpuasa…….... 71


80 Penggunaan ubat tahan haid………………….. 72
81 Onani……………………………………….. 72
82 Bercumbuan antara suami isteri……………….. 73
83 Suami isteri bersentuhan dan keluar mani. ……. 74
84 Membinasakan puasa dengan jimak…………… 75
85 Tidak sedar waktu terbit fajar………………… 75
86 Dipaksa bersetubuh…………………………... 76
87 Jimak setelah batal puasa…………………….. 76
88 Lewat mandi setelah suci……………………... 77
89 Bercelak……………………………………... 77
90 Menitiskan ubat ke mata……………………... 78
91 Telan kahak…………………………………. 78
92 Hukum mengorek hidung……………………... 79
93 Selesema…………………………………….. 79
94 Telinga masuk air.……………………………. 80
95 Menyelam…………. ………………………... 80
96 Tepung, abu, nyamuk dll masuk mulut………… 81
97 Makanan di dalam mulut ketika naik fajar…….. 81
98 Hukum mengingkari kewajipan puasa…………. 82
99 Menyegarkan badan ketika puasa……………... 82
100 Pemeriksaan dubur dengan memasukkan jari…… 83
101 Kajian semasa isu-isu perubatan ketika puasa….. 83
SOLAT SUNAT TARAWIH

Muqaddimah 89
Dalil Pensyariatan 90

6
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Hukum 92
Cara Solat Tarawih 92
Waktu Solat Tarawih 96
Bilangan Rakaat 96
Niat Solat Tarawih 104
Bacaan Semasa Solat 105
1) Panduan bacaan surah dalam Solat Tarawih 105
2) Bacaan Sebelum & Sesudah Tarawih 20 Rakaat. 108
Doa Akhir Tarawih 128
Bacaan Sebelum Dan Sesudah Tarawih 8 Rakaat 130
Kelebihan Solat Tarawih 139
SOLAT SUNAT WITIR
Pengertian 140
Hukum 140
Waktu Solat Witir 141
Kelebihan 144
Berjemaah Atau Bersendirian 146
Cara Mengerjakannya 146
Satu Atau Dua Salam 147
Niat 148
Qunut Dan Doa 151
Doa Qunut Biasa 152
Doa Qunut Umar 153
Bersolat Selepas Witir 156
Bacaan ketika hendak memulakan solat Witir 157
Rujukan…………………………………….. 159

7
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Untaian Kata Pengerusi MAQTAR

Alhamdulillah. Setinggi-tinggi puji dan syukur


dirafakkan kepada Allah SWT atas segala nikmat dan
rahmat sehingga kita mengecapinya dengan berasa
aman dan selamat. Selawat dan salam ke atas
junjungan besar baginda Nabi Muhammad SAW –
Rasulullah dan Kekasih Allah- beserta kaum keluarga,
para sahabat baginda.

“ Wahai orang yang beriman, telah difardukan ke


atas kamu puasa sebagaimana telah difardukan ke
atas mereka sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa”.
(Al-Baqarah, 2: 183)
Puasa pada bulan Ramadan ini adalah satu
kefarduan dari Allah SWT. Dalam kita berpuasa, kita
berusaha menjana suatu natijah akhlak yang terpuji
dan seterusnya mencapai kemuncak darjat taqwa
yang sebenar di sisi Allah SWT.
Puasa juga adalah satu ibadah tazkiah al-
nafs iaitu proses penyucian jiwa dan nurani daripada

8
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

segala penyakit rohani yang boleh mengurangkan


kesempurnaan ibadah seseorang. Melalui ibadah
puasalah diharapkan akan lahir sifat-sifat terpuji
seperti jujur, amanah, bertanggungjawab, bertaqwa
dan sabar.
Buku yang bertajuk “101 Soal Jawab Puasa &
Pedoman Tarawih” hasil tulisan Al-Fadhil Ustaz Azhar
bin Yahya hadir dalam versi kecil bersaiz poket yang
lebih mesra pembaca. Semoga usaha beliau dapat
memberi sinar dan kefahaman yang lebih jelas
berkaitan persoalan-persoalan sekitar ibadah puasa
dan solat sunat Tarawih kepada para pembaca.
Akhir kalam, saya mengucapkan syabas dan
tahniah kepada penulis yang dapat menyajikan
hidangan ilmu yang amat bermakna dan bermanfaat
untuk masyarakat. Semoga Allah SWT memberkati
segala usaha ini dan menjadikannya sebagai saham
kebaikan di akhirat kelak. Allahumma Amin.

Al Faqir Ila ‘Afwi Rabbih


Mohd Norhan Bin Hamsi
Pengerusi
Majlis Tafaqquh & Tarbiyyah (MAQTAR) 2016
14 Syaaban 1437H / 21 Mei 2016

9
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Muqaddimah Penulis

Segala puji dirafa’kan ke hadrat Allah SWT,


selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi
Muhammad SAW beserta kaum keluarga dan
para sahabatnya.
Puasa merupakan ibadah yang penting dalam
pembinaan sifat ”ehsan” kepada individu muslim.
Sifat ”ehsan” adalah tangkal utama kepada umat
Islam daripada melakukan maksiat, kerana
mereka akan merasakan Allah sentiasa bersama
dan memerhati mereka.
Lantaran itu, penulis cuba memaparkan pelbagai
isu supaya masyarakat sedar dan dapat melayari
puasa dengan kesedaran ilmu, kerana ibadah
yang sempurna tidak sekadar memerlukan
keikhlasan dalam beribadah tetapi turut perlu
dipastikan ketepatannya dengan syariah.

Buku ini merupakan gabungan perkara-perkara


furu’ yang cuba dikeluarkan permasalahannya
dalam bentuk soal jawab bagi menarik minat
pembaca.

10
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Penulis cuba mengambil pendapat sesuai untuk


dilaksanakan dengan keutamaan kepada
mazhab Syafie dan fatwa kontemporari di dalam
masalah semasa. Namun, tidak dinafikan ada
beberapa masalah yang mempunyai pelbagai
pendapat meskipun di dalam mazhab Syafie
sendiri, penulis berharap ia menjadi ikhtilaf yang
sihat dalam perkembangan ilmu.

Terbitan kali ini penulis telah menggabungkan


satu lagi buku yang lain ke dalam buku ini iaitu
Pedoman Tarawih. Ia merupakan cadangan
Ustaz Norhan selaku Pengerusi MAQTAR untuk
menghasilkan satu buku yang lengkap informasi
puasa dan tarawih dengan saiz yang praktikal
untuk dibawa di dalam poket bagi memudahkan
pembacaannya.

Ya Allah!!, terimalah persembahan kami,…

Ar Raji Ila Afwi Rabbih

Abu dan Ummu Ashraf


azharsua@gmail.com
0193642314
11
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

101
Persoalan
Puasa

12
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

1. Apakah pengertian puasa dari segi


bahasa dan istilah syarak?
Puasa atau dari segi bahasa ialah
menahan diri dan menahan dari sesuatu.
Manakala puasa dari segi istilah ialah
menahan diri dari perkara-perkara yang
membatalkan dengan niat bagi orang yang
diwajibkan berpuasa dari terbit fajar sehingga
terbenam matahari.

2. Asal dinamakan Ramadhan?


Asal dinamakan Ramadhan diambil dari
perkataan ( ) yang bermakna
bersangatan panas. Masyarakat Arab
apabila mereka hendak menamakan nama
sesuatu, disesuaikan bulan tersebut dengan
keadaan yang berlaku pada bulan tersebut.
Oleh kerana ketika hendak menamakan
bulan Ramadhan itu keadaannya sangat
panas, maka dinamakan bulan Ramadhan.

3. Antara kelebihan dan kemuliaan


Ramadhan.
i) Penghulu segala bulan

13
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

" , "

“Penghulu segala bulan ialah Ramadhan,


dan penghulu segala hari ialah Jumaat”
Hadis Riwayat At Thabrani

ii) Dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup


pintu-pintu neraka.

, "
( )" ,
“Apabila datangnya Ramadhan maka dibuka
pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu
neraka dan dibelenggu syaitan” Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim.

iii) Diampunkan dosa-dosa kecil di antara dua


Ramadhan

, , "
( )"
“Solat lima waktu dan dari Jumaat ke Jumaat
dan dari Ramadhan ke Ramadhan,
14
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

menghapuskan dosa - dosa diantaranya


selagi tidak melakukan dosa-dosa besar”
Hadis Riwayat Muslim

iv) Barangsiapa berpuasa dengan penuh


keimanan, diampunkan dosa yang lalu.

)" "
(
“Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan
dengan penuh keimanan dan mengharapkan
Allah s.w.t. diampunkan untuknya dosa-dosa
yang lepas.”

4. Apakah peristiwa-peristiwa penting yang


berlaku di dalam bulan Ramadhan ?
Antara peristiwa-peristiwa penting di bulan
Ramadhan :

1.Peperangan Badar Kubro (17 Ramadhan, 2


Hijrah)
2.Pembukaan Kota Mekah (10 Ramadhan, 8
Hijrah )

15
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

3.Sebahagian daripada peristiwa Peperangan


Tabuk (tahun 9 Hijrah )
4.Tersebar luas Islam ke Yaman (tahun 10
Hijrah)
5.Khalid al-Walid menghancurkan berhala al-
Uzza (tahun 8 Hijrah )
6.Islamnya Bani Tsaqif dan menghancurkan
berhala al-Laata yang mereka sembah (
tahun 9 Hijrah )
7.Peristiwa Ain Jalut iaitu tentera Monggol
dikalahkan oleh Sultan Quthuz ( 15
Ramadhan, 658 Hijrah )
8.Pembukaan Andalus di bawah pimpinan
Thoriq bin Ziyad ( 28 Ramadhan/92 Hijrah )

5. Bilakah disyariatkan puasa kepada Nabi


Muhammad ?
Ibadah puasa telah disyariatkan pada 10
Syaaban tahun 2 hijrah.

6. Apakah puasa telah disyariatkan kepada


Rasul-rasul dan umat terdahulu ?
Sememangnya puasa telah disyariatkan
kepada umat-umat terdahulu seperti yang

16
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

dapat dinukilkan daripada Surah al-Baqarah


ayat 183:

” Wahai orang-orang yang beriman telah


diwajibkan ke atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan ke atas orang-
orang sebelum kamu mudah-mudahan kamu
tergolong dalam orang-orang yang
bertaqwa.”

7. Adakah Nabi s.a.w telah melakukan


ibadah puasa sebelum difardhukan puasa
Ramadhan ?
Sebelum difardhukan puasa Ramadhan,
Rasulullah telah difardhukan berpuasa pada
Ayyamulbayadh ( ) iaitu pada hari
13,14, dan 15 setiap bulan Qamari dan
menurut pendapat yang lain hari Asyura
kemudian kedua-duanya dinasakhkan
dengan kefardhuan puasa Ramadhan.

17
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

8. Berapakah pembahagian hukum puasa?


Pembahagian hukum puasa terbahagi
kepada empat iaitu :
a. Wajib seperti puasa Ramadhan, nazar dan
kifarah
b. Sunat seperti puasa hari Isnin dan Khamis
c. Makruh seperti pada hari Jumaat sahaja
tanpa di gandingkan sehari pada sebelum
atau selepasnya.
d. Haram seperti berpuasa ketika kedua-dua
hariraya

9. Ke atas siapakah diwajibkan berpuasa


Ramadhan ?
Puasa Ramadhan diwajibkan ke atas
muslim, baligh dan berakal. Adapun bagi
kanak-kanak dan orang gila tidak diwajibkan
tetapi hendaklah ibubapa mengasuh anak-
anak mereka ketika berumur 7 tahun dan
pukullah mereka apabila tidak mahu
berpuasa apabila berumur 10 tahun. Jika
berpuasa, dikira sah puasanya.

18
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

10. Adakah ada darjat tingkatan bagi orang


yang berpuasa?
Dalam perkara ini, Imam al-Ghazali
membahagikan kepada 3 tingkatan:
1. Puasa awam : Ia meninggalkan syahwat
perut dan kemaluan
2. Puasa khusus : Ia menahan
pendengaran, penglihatan, lidah, tangan,
kaki dan segala perkara daripada terlibat
dengan maksiat.
3. Puasa Khususul khusus : Hati yang
berpuasa daripada kepentingan dunia dan
memikirkan perkara duniawi dan
meninggalkan segalanya serta segala-
galanya ditumpukan kepada Allah.

11. Jika seorang yang berpuasa itu


melakukan perkara-perkara maksiat
semasa berpuasa, adakah memberi
kesan kepada puasanya ?
Dari segi hukum sah puasanya, akan tetapi
penerimaan puasanya di sisi Allah s.w.t.
hanya Dia sahaja yang tahu, akan tetapi

19
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

ada beberapa peringatan daripada


Rasulullah s.a.w. antaranya :

:
":
( )"
Dari Abi Hurairah r.a, bersabda Rasulullah
s.a.w. : “sesiapa yang tidak menghentikan
perkataan- perkataan dusta dan melakukan
kedustaan itu, maka tidaklah Allah merasa
perlu ia meninggal makan dan minumnya”
(Hadith riwayat Jamaah kecuali Muslim).

: "
":
"
Dari Abi Hurairah r.a, bersabda Rasulullah
s.a.w. : “berapa ramai orang yang puasa,
tetapi yang diterimanya hanyalah rasa lapar
sahaja, dan berapa banyak orang bangun
beribadat dan yang diterimanya tidak lebih

20
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

daripada bersengkang mata.” (Hadith


riwayat an-Nasaei)

12. Apakah hukum melihat anak bulan


Ramadhan dan Syawal?
Hukumnya ialah fardhu kifayah dan begitu
juga dengan bulan-bulan yang lain. Dengan
bulan-bulan tersebut diiringkan hukum dan
ibadat yang amat banyak.

13. Apakah yang sunat dibaca ketika melihat


anak bulan?
Sunat dibaca:

, ,

(×1)
( × 2)
(×3)

21
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

)... .. ...( )....


.( × 1 ) ....(

14. Apakah sabit Ramadhan dengan


penyaksian seorang yang adil ?
Sabit Ramadhan dengan penyaksian
seorang saksi yang adil berdasarkan Hadith
dari Ibnu Umar:

( )"
Orang ramai telah melihat anak bulan
bersama, maka saya sampaikan kepada
Rasulullah bahawa saya telah melihatnya
maka Rasulullah berpuasa dan menyuruh
manusia berpuasa dengan puasanya
Baginda.”
ini bermakna cukup sekadar kita mengikut
keputusan pihak yang diamanahkan untuk
melihat anak bulan di pusat pencerapan
anak bulan.

15. Jika masyarakat telah berpuasa dengan


penyaksian seorang saksi yang adil,

22
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

setelah habis berlalu 30 hari


Ramadhan tidak muncul lagi anak
bulan Syawal pada hal cuaca baik dan
langit cerah, adakah boleh disabitkan
Syawal ?
Apabila telah cukup 30 hari Ramadhan,
maka wajib berbuka puasa dan
bermulanya bulan Syawal, kerana
Ramadhan tidak lebih daripada 30 hari
dan tidak kurang daripada 29 hari dan tidak
perlu dipertikaikan dengan penyaksiannya.

16. Sekiranya Arab Saudi berpuasa sehari


lebih awal daripada Malaysia, maka bagi
sesiapa yang berumrah ketika itu telah
berpuasa sehari awal. Jika mereka
kembali ke tanahair, Malaysia pula pada
tahun itu berpuasa penuh 30 hari.
Maknanya mereka akan berpuasa
sebanyak 31 hari, sedangkan paling
banyak Ramadhan adalah 30 hari. Adakah
perlu berhari raya mengikut Arab Saudi ?
Menurut Syeikh Abu Bakar Jabir Al Jazairi,
tidak boleh kita mengikut Arab Saudi kerana

23
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

telah berada di Malaysia. Maka perlu kepada


mereka berbuka secara tidak terang-
terangan ( sirri – bagi mengelakkan fitnah )
kerana jumhur fuqahak tidak membenarkan
berpuasa lebih daripada 30 hari.

17. Apabila seseorang telah melihat anak


bulan dan ia berpuasa, kemudian ia
bermusafir ke tempat yang jauh,
apabila ia sampai didapati ahli negeri itu
belum berpuasa, adakah ia perlu
berbuka atau terus berpuasa?
Ada 2 pendapat di sini:
Menurut Syeikh Ramli wajib ia mengikut
ahli negeri tersebut iaitu berbuka walaupun
ia telah melihat anak bulan kerana ia
sudah menjadi seperti ahli negeri tersebut.
Manakala menurut Imam Ibnu Hajar, ia
tetap perlu berpuasa dan tidak boleh
mengikut ahli negeri tersebut.
Jika digabung kedua-dua pendapat ini,
maka bagi sesiapa yang telah sampai ke
negeri lain dalam keadaan negeri
tersebut belum berpuasa dan ia hendak

24
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

menetap di situ sehingga Syawal


hendaklah ia mengikut pendapat Syeikh
Ramli iaitu berbuka kerana jika berlaku
Ramadhan 30 hari di negeri tersebut
kalau ia tidak berbuka ia akan berpuasa
selama 31 hari. Sekiranya ia hendak
menetap dalam tempoh tidak sampai ke
Syawal maka bolehlah ia mengikut
pendapat Ibnu Hajar iaitu perlu berpuasa.

18. Adakah puasa Ramadhan yang berjumlah


29 hari sama ganjarannya seperti puasa
Ramadhan yang berjumlah 30 hari ?
Dari segi ganjaran yang dijanjikan ianya
sama sahaja samada 29 atau 30 hari, cuma
untuk puasa selama 30 hari ianya lebih dari
segi perkara yang terdapat padanya seperti
sahur, berbuka, tarawih dan lain-lain.
Sebagai tambahan, menurut pendapat yang
kuat, sepanjang pensyariatan puasa
disepanjang hayat Rasulullah hanya 2 kali
sahaja Rasulullah berpuasa 30 hari,
selebihnya 29 hari. Menurut Syeikh Damiri
berlakunya 2 tahun puasa dalam keadaan

25
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

genap dan selebihnya 29 hari adalah supaya


tenang dan tetap hati umatnya yang
berpuasa 29 hari.

19. Apakah hukumnya apabila seseorang


bermusafir ke tempat lain apabila ia
sampai, negeri tersebut sedang berhari
raya dan mereka hanya berpuasa 29 hari
sahaja, manakala si musafir baru 28 hari,
apakah dia wajib qada’ 2 hari atau sehari
?
Wajib si musafir tersebut berbuka
berdasarkan hadith:

( ) "
)"
(
“ Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. melarang
berpuasa pada kedua-dua hari ini. Mengenai
hari raya puasa, ianya merupakan saat
berbuka kamu dari puasamu, dan manakala
hari raya korban, agar kamu dapat memakan

26
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

hasil korbanmu.” ( Diriwayatkan oleh Ahmad


dan imam hadith yang berempat)
Dan hanya perlu mengqada’ sehari sahaja
puasanya supaya cukup 29 hari. Jika dia
sampai ke negeri tersebut dia telah berpuasa
selama 29 hari maka ia terus berhari raya
dan tidak perlu mengqada’ kerana sekurang-
kurangnya Ramadhan itu 29 hari.

20. Wajibkah berniat pada setiap malam atau


memadai berniat sekali sahaja pada awal
Ramadhan untuk berpuasa sebulan ?
Mengikut mazhab Syafie, wajib berniat pada
setiap malam:

( )
“Barangsiapa yang tidak membulatkan
puasa sebelum fajar, maka tiadalah puasa
untuknya.” (Hadith riwayat Ahmad)
Tetapi bagi orang yang selalu lupa atau takut
lupa berniat, ia boleh bertaklid kepada
pendapat Imam Malik dengan berniat
berpuasa sebulan pada malam awal bulan

27
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Ramadhan walaupun begitu sunat juga


berniat pada tiap-tiap malam.
Niat puasa sebulan

“Sahaja aku berpuasa dibulan Ramadhan


pada tahun ini sepenuhnya kerana Allah
Taala”

21. Seperti yang diketahui niat tempatnya


di hati dan bukannya dengan lidah.
Bagaimana pula jika seseorang itu
bersahur supaya mengelakkan dia lapar
di siang hari atau seseorang itu
menahan diri dari berjimak takut terlajak
ke fajar, adakah ia dikira memadai
sebagai niat ?
Wajib berniat setiap malam atau sekiranya
telah niat puasa sebulan sunat juga berniat
setiap malam, namun jika terlupa, perbuatan
di atas telah memadai sebagai niat jika ada
terlintas di hati individu tersebut untuk
berpuasa pada esok hari.

28
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

22. Adakah diterima niat puasa seseorang


yang puasa Ramadhan dalam keadaan ia
sedang sembahyang ?
Diterima niatnya sekalipun dia sedang
bersembahyang. Ini hanyalah sebagai
contoh bahawa niat diterima bila-bila masa
sebelum fajar, walau dalam keadaan sedang
bersembahyang sekalipun.

23. Apabila seseorang telah berniat


berpuasa esok hari selepas
sembahyang tarawih kemudian dia
makan dan berjimak, adakah niatnya yang
sebelum itu terbatal?
Tidak perlu dia mengulangi niatnya kembali
kerana makan, minum dan jimak tidak
memutus dan membatalkan niatnya
kecuali sekiranya dia murtad setelah
berniat, kemudian bertaubat kembali Islam
maka wajib ia mengulangi kembali niatnya.

24. Bagaimana pula dengan niat puasa sunat


?
Bagi puasa sunat pula, tidak semestinya

29
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

dilakukan pada waktu malam. Boleh


berniat sebelum gelincir matahari selagi
tidak melakukan perkara yang
membatalkan puasa berdasarkan hadith
riwayat Muslim :

: ( ) : "
( )" : . :

Telah berkata Aisyah: “Nabi s.a.w. telah


masuk menemuiku pada suatu hari, maka
Baginda bertanya: Adakah padamu sesuatu
makanan? Jawab kami: Tidak, maka
Baginda berkata: maka jika begitu saya
berpuasa.” (Hadis Riwayat Muslim)

25. Seperti yang dimaklumi, boleh berniat


puasa pada waktu siang sebelum gelincir
matahari untuk puasa sunat selagi tidak
melakukan perkara-perkara yang
membatalkan puasa. Persoalannya
adakah diberi pahala bermula daripada
mula berniat ataupun terbit fajar ?

30
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Diberi pahala puasa bermula dari terbit fajar.

26. Jika seorang mualaf diajar berniat puasa


dengan lafaz:

Akan tetapi sukar untuk dia mengungkap


dan melafazkannya, apakah yang
memadai baginya?
Menyebut , , dan sandaran

kepada adalah sunat, memadai ia

berniat sahaja.

27. Bolehkah seseorang yang sakit


meninggalkan niat untuk berpuasa?
Dibolehkan sekiranya sakitnya itu berkekalan
dan sukar untuk disembuhkan pada adatnya.
Jika penyakitnya tidak berkekalan hendaklah
dia berniat puasa dahulu, tatkala datang sakit
barulah ia harus berbuka.

31
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

28. Apabila seseorang itu mencari nafkah


dengan kerja berat contohnya seorang
petani yang hendak mengetam atau
membanting padi keesokan harinya,
adakah harus dia meninggalkan niat
puasanya?
Wajib ia berniat pada malamnya kemudian
apabila dia kepenatan dan tidak dapat
menahan, maka harus dia berbuka.

29. Sahkah berpuasa jika memasukkan


. di dalam niat puasa?
Contohnya: sahaja aku berpuasa
(Ramadhan atau sebagainya) esok hari
.
Mengikut Imam Mawardi tidak sah
puasanya kerana ada unsur penangguhan
yang mengangkat hukum kerana tidak
diketahui secara pasti hendak berpuasa atau
tidak.

30. Seseorang yang sedang berpuasa


kemudian menganggap dirinya telah

32
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

meninggalkan puasa, bagaimana


puasanya ?
Menurut Imam Mawardi ada 2 pendapat di
sini:
Pertama: Dia masih dikira dalam keadaan
berpuasa selagi tidak melakukan perkara-
perkara yang membatalkan puasa.
Kedua: Batal puasanya kerana dia
menganggap dirinya telah meninggalkan
puasa sama seperti batalnya sembahyang
sekiranya berniat keluar dari sembahyang.
Jika digabungkan kedua-dua pendapat ini
adalah lebih baik dan selamat bagi orang
yang berpuasa wajib membatalkan puasanya
jika dia menganggap dirinya telah
meninggalkan puasa, jika berpuasa sunat ia
masih lagi dalam keadaan berpuasa selagi
mana tidak melakukan perkara-perkara yang
membatalkan puasa.

31. Bagaimana jika seseorang yang berpuasa


tidur sepanjang hari dari malam sebelum
sahur sehingga malam selepas berbuka ?

33
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Sah puasanya.

32. Jika seseorang mati ketika sedang


berpuasa, apakah hukumnya ?
Batal puasanya seperti seseorang yang mati
ketika solat, batal solatnya dan dikehendaki
ke atas waris membayar fidyah puasa untuk
hari tersebut.

33. Sekiranya seseorang berpuasa sunat,


adakah wajib ke atasnya meneruskan
puasa tersebut sehingga berbuka?
Terpulang kepadanya samada ingin
meneruskan puasanya atau berbuka, tetapi
berbeza dengan haji, wajib
menyempurnakannya walaupun haji yang
sunat.

)
(
“Seseorang yang berpuasa sunat berkuasa
ke atas dirinya samaada untuk meneruskan
atau berbuka “ Riwayat Ahmad

34
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

34. Antara puasa-puasa sunat yang


dianjurkan ?
Antara puasa-puasa sunat yang dianjurkan
adalah:
a. Puasa Sunat pada hari isnin dan
khamis.

( )
“Diangkat segala amalan pada hari Isnin dan
Khamis maka daku amat menyukai
amalanku diangkat dalam keadaan sedang
berpuasa.” Hadis Riwayat Tirmizi
b. Puasa di hari Arafah (9 Zulhijjah)

( )
“Berpuasa di hari Arafah akan diganjari Allah
s.w.t. pengampunan setahun sebelum dan
setahun selepasnya.” Hadis Riwayat Tirmizi
c. Puasa di hari Asyura (10 Muharram)

35
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

( )
“Puasa di hari Asyura akan diganjari Allah
s.w.t. selama setahun sebelumnya.” Hadis
Riwayat Tirmizi
d. Puasa hari Tasu’a (9 Muharram)

( )
“Sekiranya masih berbaki usiaku ditahun
hadapan pasti aku akan berpuasa pada hari
Tasu’a.” Hadis Riwayat Muslim
e. Ayyamul Bayad (3 hari dikala bulan
penuh setiap bulan dimulai 13, 14 dan 15
haribulan Islam melainkan 13 Zulhijjah).
f. Puasa 6 hari di bulan Syawal

( )
“Barangsiapa yang berpuasa dibulan
Ramadhan kemudian dituruti selepasnya 6
hari di bulan Syawal seolah-olah dia

36
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

berpuasa sepanjang tahun.” Hadis Riwayat


Muslim
g. Berpuasa sehari dan berbuka sehari.

( )
“Sebaik-baik puasa ialah puasa Nabi Daud
a.s., adalah Baginda berpuasa sehari dan
berbuka sehari dan Baginda tidak berganjak
apabila bertemu musuh.” Hadis Riwayat Abu
Daud

35. Apakah hukum berpuasa secara terus-


menerus tanpa berbuka puasa ( )?
Hakikat sebenar orang yang berpuasa terus
menerus ini telah berbuka walaupun dia tidak
makan berdasarkan hadith:

)
(
“ Apabila menjelang malam pada tahapnya
dan muncul siang pada tahapnya

37
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

sesungguhnya telah berbukalah seseorang


yang berpuasa” Hadis Riwayat Bukhari
Hukum melakukannya haram kerana
Rasulullah s.a.w. melakukan wisol (puasa
terus-menerus) kemudian diikuti pula oleh
sebahagian para sahabat, maka Rasulullah
s.a.w. menegahnya:

"
"
“Sesungguhnya aku menegah kamu daripada
melakukan puasa terus-menerus(wisol)
maka sahabat berkata: kami melihat Rasul
melakukan wisol, maka kami pun berwisol,
lalu Baginda berkata: sesungguhnya aku
tidaklah seperti kamu, sesungguhnya aku
telah diberi makan dan minum (oleh Allah
s.w.t.)"

Akan tetapi wajib ditunaikan sekiranya


seseorang itu bernazar berpuasa terus-
menerus.

38
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

36. Apakah hukum berpuasa setiap hari


sepanjang tahun ( .) melainkan hari
yang diharamkan berpuasa?
Makruh hukumnya dan hukum makruh ini
adalah kepada orang yang ditakuti memberi
kemudaratan kepada dirinya jika berpuasa
atau kepada orang yang akan mengabaikan
hak-hak yang perlu ditunaikan dengan puasa
tersebut. Sekiranya tidak memudaratkan dan
mengabaikan hak-hak tersebut maka
dibenarkan berdasarkan hadith Rasulullah
s.a.w. kepada Abi Darda’ yang telah
mengabaikan isterinya Ummu Darda’
"
"

“ Sesungguhnya untuk Tuhan kamu ke atas


kamu ada hakNya dan untuk ahli keluarga
kamu ke atas kamu ada haknya dan untuk
diri kamu ke atas kamu ada haknya, maka
berpuasalah dan berbukalah, berjagalah dan
tidurlah, datangilah ahli kamu dan berikanlah

39
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

setiap yang mempunyai hak akan haknya.”


Hadis Riwayat Jamaah

37. Apakah yang dimaksudkan dengan puasa


sunat?
Puasa-puasa sunat ini dilakukan secara
sukarela untuk mendekatkan diri kepada
Allah s.w.t. Ia merupakan ibadah Badaniah
yang mendapat kedudukan yang istimewa di
sisi Allah s.w.t.

)" "
(
“Barangsiapa yang berpuasa dijalan Allah
s.w.t. akan dijauhkan oleh Allah s.w.t.
wajahnya daripada api neraka sebanyak 70
tahun perjalanan.” Hadis Riwayat Bukhari

"
( )
“Setiap amalan anak Adam adalah untuk
dirinya melainkan puasa, sesungguhnya
puasa tersebut adalah untukKu dan akulah

40
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

yang akan memberi ganjarannya.” Hadis


Riwayat Bukhari dan Muslim

38. Mengapa dimakruhkan berpuasa sunat


Sabtu sahaja dan Ahad sahaja?
Dimakruhkan kerana ia menyerupai puasa
orang Yahudi yang berpuasa di hari Sabtu
dan orang Nasrani yang berpuasa di hari
Ahad. Maka perlu dibezakan dengan
mengiringkan bersama hari Sabtu atau Ahad
hari yang lain sebelum atau selepas kedua-
duanya tetapi dibolehkan berpuasa Sabtu
sahaja atau Ahad sahaja pada puasa nazar
qada’ dan kifarah.

39. Apakah perkara-perkara yang sunat


dilakukan ketika berpuasa?
1. Sahur serta melewatkannya.
2. Menyegerakan berbuka.
3. Beriktikaf.
4. Menjaga lidah.

40. Apakah hukumnya berpuasa pada hari


Jumaat sahaja tanpa berpuasa sehari

41
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

sebelum atau selepasnya?


Hukumnya adalah makruh berdasarkan
hadith:
: ,
":
( ) "
“Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: aku
mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
Jangan sekali-kali di antara kamu berpuasa
pada hari Jumaat, melainkan dia berpuasa
sehari sebelum atau selepasnya.” (Hadith
riwayat Bukhari dan Muslim)

41. Apakah yang dimaksudkan dengan hari


Syak dan apakah hukum berpuasa pada
hari tersebut ?
Yang dimaksudkan dengan hari syak itu ialah
hari yang tidak diketahui samada hari itu
adalah 30 Syaaban atau 1 Ramadhan
kerana tiada ketetapan munculnya anak
bulan Ramadhan. Hukum berpuasa pada
hari tersebut adalah makruh melainkan jika ia
bertepatan dengan hari yang biasa ia puasa,

42
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

seperti puasa pada hari Isnin dan Khamis,


berdasarkan hadith :

:
:
( )"
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata,
Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah kamu
mendahului Ramadhan dengan berpuasa
sehari mahupun dua hari melainkan
seseorang yang biasa berpuasa (pada hari
itu), maka berpuasalah ia.” Hadis Riwayat
Muslim

42. Bilakah yang dikatakan waktu sahur itu?


Waktu sahur itu bermula dari pertengahan
malam sehingga terbit fajar dan sunat
ditakhirkan (dilewatkan). Rasulullah
mentakhirkan bersahur kira-kira 15 minit
sebelum subuh berdasarkan hadis :

43
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

":
: ,
( ) " :
Dari Zaid bin Thabit berkata : “ Kami
bersahur bersama Rasulullah s.a.w. lalu
kami berdiri untuk menunaikan solat, saya
bertanya : Berapakah jarak antara
keduanya? Ujar Nabi s.a.w. : 50 ayat (lebih
kurang 15 minit ).”(Riwayat Bukhari dan
Muslim)
Ada juga pendapat yang menjadikan hadis
ini sebagai sandaran kepada waktu
melakukan “imsak” ( menahan diri sebagai
langkah waspada ketika menghampiri waktu
subuh)

43. Apakah doa semasa berbuka?


Diriwayatkan secara mursal bahawa Nabi
s.a.w. selalu berdoa ketika berbuka dengan
doa:

44
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

“ Ya Allah, keranaMu aku berpuasa dan


dengan rezekiMu aku berbuka.”

44. Jika ada kes seseorang itu wajib qada’


puasa Ramadhan, puasa nazar dan juga
puasa kifarah yang semuanya berjumlah 9
hari katakan, tetapi dia lupa dan tidak
pasti berapa harikah nazar, kifarah dan
juga Ramadhannya, tetapi dia pasti
semuanya berjumlah 9 hari, adakah
memadai dia berniat umum atau wajib
ditentukan juga?
Memadai ia niatkan umum:

“Sahaja aku berniat puasa esok hari yang


diwajibkan ke atasku.”

Tidak perlu ditentukan tetapi berlainan pula


dengan niat sembahyang yang perlu
ditentukan.

45. Apakah wajib qada’ ke atas seorang kafir


asli apabila dia masuk Islam, kanak-kanak
apabila baligh dan orang gila apabila ia

45
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

siuman kembali serta orang-orang yang


tidak dapat berpuasa dengan berbagai
alasan yang syar’ie ?
Tidak wajib qada’ ke atas kafir asli, tetapi
menurut Syeikh Ramli sunat dia
mengqada’kannya.
Tidak wajib qada’ ke atas kanak-kanak
sehingga ia baligh.
Tidak wajib qada’ ke atas orang gila
sehingga ia siuman.
Manakala bagi orang yang uzur syar’ie,
sepert haid, sakit, musafir dan sebagainya
wajib qada’ dan tiada dosa ke atasnya jika
meninggalkan puasa.

46. Jika seseorang meninggal dunia pada 15


Ramadhan dan sebelumnya dia tidak
berpuasa selama 5 hari, pasti dia tidak
dapat qada’ puasanya. Bagaimana
penyelesaiannya ?
Sekiranya seseorang itu tiada kesempatan
untuk mengqada’ puasanya dengan
keuzuran syar’ie seperti contoh di atas
tidaklah dia berdosa tetapi wajib dikeluarkan

46
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

fidyah daripada pusakanya samada dengan


izin warisnya atau pun tidak. Begitu juga
wajib fidyah bagi yang ada kesempatan
tetapi dia tidak mengqada’.

47. Bagaimana pula bagi seorang ibu yang


menyusukan anaknya yang khuatir akan
memberi kemudharatan pada dirinya
sahaja atau kepada dirinya dan anaknya?
Menurut Imam Syafie dan Ahmad, jika dia
berbuka kerana kekhuatiran terhadap
anaknya sahaja, maka dia wajib qada’ dan
membayar fidyah, tetapi jika yang
dikhuatirkan ialah keselamatan diri mereka
sendiri atau keselamatan diri mereka dan
juga anak, maka mereka hanya diwajibkan
mengqada’ sahaja.

48. Mengapakah dibezakan antara seorang


ibu yang mengandung atau menyusukan
anak yang berbuka disebabkan khuatir
mudharat pada dirinya sendiri atau
dirinya bersama anaknya hanya
dikenakan qada’ tanpa fidyah, manakala

47
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

pada ibu yang mengandung atau


menyusukan anaknya yang berbuka
kerana takut mudarat pada anaknya
dikenakan qada’ serta fidyah ?
Perbezaan berlaku kerana kes pertama
(berbuka disebabkan khuatir mudharat pada
dirinya sendiri atau dirinya bersama anaknya
) menyerupai seorang yang sakit maka kena
qada’ tanpa fidyah. Manakala bagi kes
kedua si ibu berbuka bukan disebabkan
dirinya tetapi disebabkan orang lain (iaitu
bayinya) dikenakan qada’ beserta fidyah .

49. Jika seseorang berbuka untuk membantu


binatang atau manusia yang dalam
bahaya, adakah ia wajib mengqada’ dan
membayar fidyah ?
Ya, wajib ke atasnya qada’ dan fidyah,
kerana ia berbuka bukan disebabkan dirinya
tetapi disebabkan pihak atau orang lain.

50. Jika seseorang sengaja melambat-


lambatkan qada’ puasanya sehingga
masuk ke tahun-tahun yang lainnya

48
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

bagaimanakah fidyahnya? Adakah wajib


berkali-kali mengikut tahun atau memadai
satu fidyah ?
Haram sengaja melambat-lambatkan qada’
sehingga melangkau tahun, dalam hal di
atas wajib keatasnya mengqada’ puasa
mengikut bilangan yang ditinggalkan sahaja
dan fidyahnya akan bertambah mengikut
bertambahnya tahun ia meninggalkan qada’.
Contoh : jika melangkau setahun satu fidyah
bersama dengan satu qada’, melangkau dua
tahun, dua fidyah tetapi qada’nya tetap satu.
Ini adalah pendapat Mazhab Syafie dan
penulis berpegang dengannya, namun
sememangnya ada pendapat mazhab lain
yang menyatakan tiada pertambahan fidyah
dengan melangkau tahun, penulis
menghormati pendapat tersebut.

51. Jika seseorang itu tidak mampu berpuasa


Ramadhan maka dia membayar fidyah,
kemudian pada puasa 6 hari di bulan
Syawal pun ia fidyahkan juga. Adakah ia

49
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

mendapatkan ganjaran yang sama iaitu


seolah-olah berpuasa setahun ?
Menurut Sultanul Ulama Izzuddin
Abdussalam, ia tetap mendapat ganjaran
yang sama.
Jika puasa yang wajibpun boleh difidyahkan
apatah lagi yang sunat, yang pentingnya niat
yang ikhlas untuk beribadat bagi mereka
yang tidak mampu lagi berpuasa. Sebagai
satu keringanan, rahmat dan peluang kepada
mereka.

52. Apakah hukumnya seorang isteri


berpuasa qada’ yang masih banyak
waktunya lagi untuk diqada’ atau puasa
sunat tanpa izin suaminya dan dalam
keadaan suaminya ada disisi ?
Haram keatas isteri mengqada’ puasa yang
masih banyak lagi ruang masa
mengqada’nya ( ) atau berpuasa
sunat tanpa keizinan suaminya ketika
suaminya berada di sisinya melainkan puasa
Arafah dan Asyura diharuskan tanpa izin
suami.

50
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

53. Apabila pemerintah mengarahkan


berpuasa istisqa’ (puasa minta hujan)
maka wajib rakyat melakukannya, tetapi
ada antara rakyat yang terpaksa berbuka
pada hari tersebut atas alasan yang
syari’e seperti haid . Adakah wajib ia
mengqada’ ?
Tidak wajib ia mengqada’, kerana kewajipan
itu bukannya wajib aini tetapi kewajipan itu
adalah bersebab iaitu atas arahan
pemerintah pada hari tertentu, apabila
berlalu hari tersebut maka terhapuslah
kewajipan tersebut.

54. Apakah boleh berpuasa qada’ pada hari


isnin dan khamis ?
Ya, harus berpuasa qada’ pada hari tersebut
bahkan ia turut mendapat pahala puasa
sunat hari isnin dan khamis sekaligus, begitu
juga pada puasa qada’ yang dilakukan pada
hari – hari yang sunat berpuasa seperti
puasa 6 hari di bulan Syawal.

51
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Mengenai niatnya, hanya perlu berniat puasa


qada’ sahaja dan telah terangkum puasa lain
yang lebih kecil daripadanya. Ianya sama
seperti kita mandi wajib dan terhasil juga
wudhuk sekiranya tiada perkara yang
membatalkan wudhuk dilakukan semasa
mandi wajib. Begitu jugalah solat tahiyyatul
masjid tidak perlu dilakukan jika kita masuk
ke dalam masjid kemudian terus solat
qabliah atau lain-lain.
Namun terdapat juga pendapat yang tidak
menerima gabungan puasa qada’ dengan
puasa sunat. Penulis turut menghormatinya.

55. Adakah batal puasa bagi orang yang gila


sebentar sahaja?
Batal puasanya walaupun sebentar.

56. Apakah hukum bagi orang yang hilang


akalnya disebabkan sakit atau dibius
atau memakan ubat disebabkan keperluan
kepada ubat tersebut ?

52
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Bagi kes-kes di atas, batal puasanya dan


hendaklah ia mengqada’ puasanya dan tidak
berdosa keatasnya.

57. Bagaimana jika hilang akal akibat


mengambil benda-benda yang haram?
Siapa yang hilang akal akibat benda yang
haram seperti arak , dadah dan lain-lain
semestinya wajib qada’ dan berdosa besar
perbuatannya kerana mengambil benda
tersebut dan meninggalkan puasa.

58. Jika berhenti haid di waktu tengahari


Ramadhan, adakah ia perlu menahan diri
untuk berpuasa?
Tidak perlu, hanya sunat sahaja ia menahan
diri untuk berpuasa dan keesokan harinya
barulah wajib berpuasa ke atasnya.

59. Bagaimanakah penyelesaian kepada


budak lelaki yang baligh ketika sedang
berpuasa?
Jika seorang kanak-kanak lelaki baligh ketika
berpuasa contohnya dia keluar mani ketika

53
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

tidur selepas sahur, maka jatuh wajib dia


menyempurnakan puasanya kerana ketika
itu telah tertaklif dengan kewajiban puasa
dan jika pada hari dia baligh itu dia tidak
berpuasa maka wajib dia mengqada’
puasanya.

60. Bagaimana pula jika kanak-kanak


perempuan haid ketika sedang berpuasa?
Bermula daripada hari dia keluar haid itu
telah diwajibkan segala syariat ke atasnya
dan hendaklah dia memberhentikan
puasanya kerana keluar haid dan bermula
daripada hari dia berhenti itu sehingga dia
suci kembali wajib ke atasnya qada’ puasa
tersebut.

61. Perbahasan mengenai pembayaran dan


pengiraan fidyah masakini
Fidyah puasa bermaksud mengeluarkan
kadar tertentu dari makanan asasi
setempat bagi setiap hari yang ditinggalkan
dari puasa bulan Ramadhan dan diberikan

54
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

kepada orang miskin. Kewajipan fidyah


puasa ini berdasarkan firman Allah :

Maka barangsiapa di antara kamu yang


tidak berkemampuan melakukan puasa
Ramadan. Maka diwajibkan membayar
fidyah, (iatu): memberi makan seorang
miskin. Al Baqarah 184
Perlu diberi perhatian bahawa pesakit yang
boleh meninggalkan puasa dan digantikan
dengan fidyah ialah hanya kepada pesakit
yang tiada kemungkinan sembuh dan
tidak boleh berpuasa lagi, tetapi bagi
pesakit yang mampu berpuasa maka wajib
mengqada’ puasa tersebut selepas
Ramadan.
Contohnya : seorang pengamal dialisis
tidak mampu berpuasa atau meneruskan
puasanya ketika sedang mengambil
rawatan tetapi dia masih boleh berpuasa
pada hari-hari yang lain, maka pesakit
tersebut perlu mengqada’ puasanya

55
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

selepas Ramadan dan tidak boleh


membayar fidyah.
Pembayaran dan pengiraan fidyah
masakini
Setiap satu hari puasa yang ditinggalkan
hendaklah dibayar dengan satu fidyah
bersamaan satu mudd (cupak) atau ¼
gantang.
Satu mudd menurut taksiran di dalam Kitab
Al Fiqh Al Manhaji bersamaan dengan 600
gram.
Makanan yang hendak dikeluarkan fidyah
mestilah makanan asasi penduduk
setempat dan harus menukar nilaiannya
dengan wang.
Katakanlah satu kilogram beras RM 3.00,
maka 600 gram beras ialah RM 1.80
Panggil orang ramai ke rumah dan buat
majlis makan, adakah boleh dinamakan
bayar fidyah ?
Tidak boleh, kerana fidyah mesti ditentukan
mendapat hak milik harta yang difidyah

56
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

kepada penerima secara jelas, jika buat


majlis makan ianya masih hak tuan rumah

62. Adakah boleh seseorang yang uzur atau


sakit yang tiada harapan diubati
mengeluarkan fidyah dalam keadaan dia
masih hidup?
Dibolehkan bahkan perlu ke atas seorang
yang uzur seperti tua yang amat sangat atau
sakit yang berkekalan membayar fidyah
ketika waktu hidupnya.

.....

“Dan ke atas orang-orang yang sulit


melakukannya, hendaklah mereka
membayar fidyah memberi makan orang
miskin.” Al Baqarah 184
Ibnu Abbas di dalam mentafsirkan ayat ini
mengatakan ayat ini tidak dinasakhkan dan
di tujukan kepada orang tua samada lelaki
mahupun perempuan yang tidak sanggup
berpuasa, hendaklah memberi makan
seorang miskin.

57
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

63. Jika seseorang meninggal dunia dalam


keadaan masih dibelenggu kewajiban
qada’ puasa sedang dia ada kesempatan
melakukannya semasa hayat, bolehkah
jika walinya ingin berpuasa menggantikan
orang yang meninggal tersebut ?
Imam Syafie di dalam Qaul Jadid tidak
membenarkan wali menggantikan puasa,
tetapi di dalam Qaul Qadim dibenarkan
bagi wali menggantikan orang yang telah
meninggal itu dan tidak perlu membayar
fidyah, dan maksud wali ialah kesemua
kerabatnya dan jika puasa itu dibuat oleh
orang lain sah dengan izin wali. Jika tiada
izin wali maka tidak sah. Ini berdasarkan
hadis ;

:
( )" " :
Dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda: “Barangsiapa yang meninggal
sedangkan ia masih mempunyai kewajiban
berpuasa, hendaklah digantikan oleh

58
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

walinya.” ( Riwayat Bukhari )


Dan hadith dari Ibnu Abbas r.a. bahawa
seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w.
lalu bertanya: “Ya Rasulullah, ibu saya
meninggal dunia padahal ia masih
mempunyai hutang puasa sebulan, apakah
boleh saya ganti mengqada’kannya? Maka
sabda Rasulullah s.a.w.:
“Seandainya ibumu mempunyai hutang,
apakah akan kamu bayar hutangnya?
Katanya: Ya, maka Rasulullah bersabda:
“Maka hutang kepada Allah lebih patut
untuk dibayar”. (Hadith riwayat Ahmad)

64. Adakah seorang musafir boleh berbuka


dan bagaimana pula seorang yang
musafir tanpa henti?
Harus bagi seseorang yang bermusafir
melebihi 2 marhalah berbuka dan bagi
permasalahan musafir yang berterusan tiada
henti atau berhenti seketika dan
perhentiannya tidak memungkinkan ia
mengqada’ puasa yang ditinggalkan maka
tidak boleh ia berbuka.

59
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

65. Sekiranya seorang yang sedang musafir


memilih hendak berpuasa, apakah
hukumnya?
Bagi sesiapa yang diberi keringanan dan ia
merasa mampu untuk berpuasa dan tidak
memberikan apa-apa mudharat maka harus
ia memilih samaada berpuasa atau berbuka.
Seorang sahabat Hamzah Aslami r.a.
bertanya kepada Rasulullah yang beliau
merasa kuat untuk berpuasa dalam
permusafiran adakah salah dia berbuka,
maka jawab Baginda s.a.w.
"
"
“Ianya adalah keringanan daripada Allah,
sesiapa yang mengambilnya adalah baik dan
sesiapa yang suka meneruskan puasanya
maka tiada salah ke atasnya.” Hadis
Riwayat An Nasaie
Bagi penulis, lebih baik bagi sesiapa yang
musafir melihat kepada keadaan dirinya, jika
dia seorang yang sukar melakukan puasa

60
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

sunat, lebih baik dia terus berpuasa dan tidak


mengambil rukhsah, tetapi jika dia sering
melakukan puasa sunat ataupun tidak sukar
untuk melakukan qada’ selepas Ramadhan,
maka lebih afdhal kepadanya mengambil
anugerah dan keringanan Allah tersebut.
Namun ada juga pendapat yang
menyatakan berpuasa lebih baik daripada
mengambil keringanan untuk berbuka
berdasarkan firman Allah di dalam surah Al
Baqarah Ayat 184 yang memberi kebenaran
untuk sesiapa yang sakit dan musafir untuk
berbuka , akan tetapi diakhir ayat tersebut
Allah s.w.t menyatakan :

Maksudnya “dan berpuasa lebih baik bagimu


jika kamu mengetahui”
Maka terserah kepada pembaca untuk
menilai kemampuan dan kewajaran puasa
pada diri mereka.

66. Apabila seorang musafir telah tiba ke


destinasinya dalam keadaan telah

61
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

berbuka, adakah dikenakan kifarah jika


dia menjimak isterinya?
Tidak dikenakan kifarah ke atasnya kerana
dia telah mengambil keringanan dengan
berbuka. Tetapi sunat kepadanya menahan
diri.

67. Seorang musafir telah sampai ke Mekah


dalam keadaan berpuasa. Adakah lebih
baik ia berbuka supaya menguatkan
tubuh badannya untuk melakukan umrah?
Rasulullah sewaktu memasuki kota Mekah
sewaktu peristiwa Pembukaan Mekah pada
20 Ramadhan, Baginda dalam keadaan
berbuka, setelah selesai solat dua rakaat di
Baitullah al-Haram, Baginda bersabda:

" "
“Wahai penduduk Mekah, sempurnakanlah
puasa kalian sesungguhnya kami golongan
yang musafir.”

Maka lebih afdhal bagi musafir berbuka


apabila ia baru sampai supaya ia dapat
menyegarkan badan untuk melakukan umrah

62
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

dan kebiasaannya apabila musafir yang baru


sampai berumrah tanpa berbuka, pasti
memenatkan dan bagi musafir peluang
berumrah amat terhad hanya sewaktu di
Mekah tetapi puasa boleh diqada’ pada
waktu-waktu lain dan ada keringanan
berbuka.

68. Bagaimanakah hukumnya jika seseorang


itu tidak sengaja atau dipaksa makan atau
muntah?
Sah puasanya sekiranya tidak sengaja atau
lupa atau dipaksa berdasarkan hadith :

": ,

( ) "
Daripada Abi Hurairah r.a. telah bersabda
Rasulullah s.a.w. : “Barangsiapa yang
terlupa dalam keadaan ia berpuasa
kemudian ia termakan atau minum maka
hendaklah ia meneruskan puasanya,
sesungguhnya dia seolah-olah diberi makan

63
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

dan minum oleh Allah s.w.t.”


Dan hadith:
": ,
)" ,
(
Daripada Abi Hurairah r.a. telah bersabda
Rasulullah s.a.w. “Siapa dipaksa muntah
maka tiadalah atasnya qada’ dan
barangsiapa muntah dengan sengaja maka
batal puasanya.” (Hadith riwayat Ahmad dan
Abi Daud)
Namun, jika ia termakan semasa berpuasa
sunat, menurut mazhab Syafie batal
puasanya. Hadith pertama di atas hanya
untuk puasa wajib.

69. Bagaimana pula dengan sisa makanan


yang ada terselit di celah gigi dan hanya
disedari di waktu siang?
Tidak membatalkan puasa tetapi wajib
membuang sisa tersebut dan batal jika ia
sengaja menelannya.

64
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

70. Apakah hukumnya seorang musafir yang


mengambil rukhsah (berbuka) telah
sampai ke destinasi atau orang sakit yang
telah berbuka kemudian sihat kembali,
adakah perlu kepada mereka menahan
diri ?
Adalah sunat hukumnya kepada mereka
menahan diri.

71. Yang manakah lebih utama berbuka


dahulu atau sembahyang Maghrib?
( ) ":
.
( )"
Dari Anas r.a.: “Adalah Rasulullah biasa
berbuka dengan beberapa kurma basah
sebelum sembahyang. Jika tiada maka
dengan kurma kering, jika tiada maka diteguk
beberapa teguk air.” (Hadith riwayat Abu
Daud)
Dari hadith di atas menunjukkan sunat

65
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

berbuka dahulu sebelum solat maghrib


dengan tamar atau air kemudian solat. Jika
selesai solat maka makan pula makanan
yang lainnya jika ada, akan tetapi jika
makanan berat telah terhidang maka lebih
baik ia makan terlebih dahulu berdasarkan
hadith Anas r.a.:

"
( ) ."
“Jika makanan malam telah dihidangkan,
maka makanlah dahulu sebelum solat
maghrib, janganlah makan malammu
dibelakangkan.” ( Riwayat Bukhari dan
Muslim)

72. Apakah neraca timbangan yang


menentukan seseorang yang sakit itu
berbuka?
Dibolehkan seseorang itu berbuka sekiranya
secara adatnya dengan puasa itu bertambah
sakitnya seperti gastrik, atau lambat sembuh
atau mendatangkan mudharat pada dirinya
atau orang lain seperti ibu yang

66
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

mengandung. Boleh berbuka dengan nasihat


doktor.

73. Sekiranya orang yang sakit itu berpuasa


dan rela menanggung penderitaan,
apakah hukumnya?
Firman Allah di dalam surah Al Haj Ayat 78 :
....

Maksudnya “Dan tidak aku jadikan kesulitan


di dalam beragama.”

Sah puasanya tetapi menurut Sayyid Sabiq


sekiranya ada kemungkinan ia mendapat
mudharat, makruh hukumnya dan
tindakannya juga seperti tidak mahu
menerima keringanan yang diberikan.

74. Jika kita diberikan keringanan yang


manakah lebih utama, berpuasa atau
berbuka?
Imam Abu Hanifah, Malik dan Syafie
berpendapat berpuasa lebih utama bagi
orang yang kuat melakukannya dan

67
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

berbuka lebih utama bagi yang tidak kuat


berpuasa. Sebagai tambahan Khalifah
Umar Abdul Aziz berpendapat bagi
yang susah hendak mengqada’
dikemudian hari, lebih utama ia berpuasa.
Demikian juga sekiranya timbulnya perkara
yang menyalahi syariat daripada puasanya
seperti ujub dan riak.

75. Adakah berbekam membatalkan puasa?


Tidak membatalkan puasa berdasarkan
hadith Ibnu Abbas:
( )
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. berbekam
semasa haji wada’ dalam keadaan Baginda
berihram dan berpuasa.”
Walaupun ada beberapa hadith yang
menyatakan terbatal puasa kerana berbekam
tetapi menurut Imam Mawardi hadith-hadith
tersebut telah dimansukhkan dengan hadith
di atas.

68
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

76. Apakah hukum menyuntik vitamin atau


glukos semasa berpuasa?
Batal puasanya seolah-olah telah
memasukkan makanan ke dalam badan.
Tetapi hukum suntikan pada asalnya harus
jika bahan yang disuntikkan tersebut adalah
ubat, bukannya makanan tambahan atau
apa-apa yang berbentuk makanan.

77. Seorang yang menghidap penyakit asma


dan menggunakan sejenis ubat berbentuk
gas dan menyedut gas yang dikeluarkan
untuk melegakan rasa lelah yang dialami
(inhaler atau nebulizer). Apakah batal
puasanya jika menggunakan rawatan
tersebut ketika berpuasa ?
Bagi penyakit asma atau lelah, amalan
penggunaan inhaler tidak membatalkan
puasanya kerana yang disedut itu ialah gas
dan untuk tujuan perubatan. Ini adalah fatwa
kebanyakan ulama masakini seperti Sheikh
Ben Baz dalam koleksi fatwanya (Fatawa ad-
Da’awah Sheikh Abdul Aziz Ben Baz) dan
merupakan pendapat majoriti ulama yang

69
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

bersidang di Seminar Feqh Perubatan ke 9


yang diadakan di Casablanca, Maghribi,
pada 8 -11 Safar 1418 bersamaan 1417 Jun
1997. Yang dianjurkan oleh Institut Kajian
Sains dan Perubatan Sultan Hassan II
dengan kerjasama Akademi Fiqh Islam serta
WHO di Morocco yang membincangkan
pelbagai isu perubatan yang berkaitan
puasa.
Keharusan penggunaan inhaler bagi pesakit
asma juga harus berdasarkan fatwa umum
dalam masalah ini oleh Syeikhul Islam Ibn
Taymiyah (Majmu’ Fatawa Ibn Taymiyah).
Keharusan ini meliputi teknik perubatan yang
tidak menggunakan makanan atau minuman.
Jika dari jenis debu maka diharuskan.
Imam Ibn Hazm al-Andalusi (Kitab al-
Muhalla) juga berpendapat tidak batal puasa
dalam urusan perubatan termasuk suntikan
atau menghirup serbuk.
Meskipun ada pendapat yang menyatakan
batal tetapi penulis lebih cenderung kepada
pendapat yang mengharuskan, ini adalah

70
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

berdasarkan pengalaman penulis yang juga


diuji Allah dengan asma.

78. Bagaimana pula rawatan yang melibatkan


penggunaan oksigen?
Rawatan yang menggunakan oksigen
melalui hidung tidak membatalkan puasa.

79. Apakah antara contoh-contoh penyakit


yang dikecualikan daripada berpuasa?
Antara penyakit-penyakit yang dikesan
membolehkan si pengidap dikecualikan
daripada berpuasa:
a. Leukimia
b. Kanser saluran usus
c. Kanser paru-paru
d. Pesakit AIDS yang serius
e. Meningitis (jangkitan selaput otak)
f. Peneumonia (jangkitan paru-paru)
g. Pyelonephritis (jangkitan salur kencing)
h. Septisemia (pemusnahan tisu akibat
toksin bakteria dalam salur darah)
Dan ada penyakit yang pesakitnya
dikehendaki berpuasa ketika penyakit

71
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

mereka terkawal akan tetapi diharuskan atau


dimestikan (mengikut keadaan) mereka
berbuka jika tahap kesihatan mereka
menurun lebih-lebih lagi yang turun secara
mendadak yang mengakibatkan kompilasi
yang teruk.
Contohnya:
a. Kerosakan buah pinggang atau hati
b. Asma

80. Adakah dibenarkan bagi wanita


menggunakan ubat penahan haid agar
dapat berpuasa sebulan penuh ?
Menurut Dr Yusuf Al Qaradhawi di benarkan
kepada wanita menggunakan ubat penahan
haid semasa Ramadhan dengan syarat tidak
mendatangkan kemudharatan.
Namun beliau menyarankan lebih baik bagi
wanita menuruti pusingan haidnya yang
fitrah.

81. Apakah batal puasa bagi seorang yang


melakukan onani sehingga keluar mani?

72
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Batal puasanya dan amat tidak wajar ianya


berlaku ketika Ramadhan.

82. Apakah hukum bercumbuan di antara


suami dan isteri di waktu puasa
Ramadhan ?
Dalam hal ini, tiada bezanya di antara
pasangan yang tua mahupun yang muda,
ataupun yang baru berkahwin kerana yang
diperhatikan ialah kemampuan mengawal
diri.
Makhruh hukumnya jika terangsang syahwat
atau bangkit nafsu seksnya kerana khuatir
berlakunya jimak yang akan dikenakan
kifarah. Sekiranya pasangan mampu
mengawal diri atau memang tidak
terpengaruh dengan rangsangan seperti
seorang yang lanjut usia atau orang muda
yang lemah tenaganya maka tidak makruh.
Seperti hadith daripada Aisyah r.a. yang
menyatakan Rasulullah juga turut mencium
dan menyentuh-nyentuh isterinya tetapi
Bagindalah yang paling mampu mengawal
nafsunya.

73
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

( )
Daripada Aisyah r.a. : “Adalah Nabi s.a.w.
biasa mencium ketika sedang berpuasa dan
bersentuhan di kala puasa dan Bagindalah
yang paling mampu mengawal nafsunya.”
Serta tiada bezanya diantara mencium itu di
pipi atau di tempat-tempat lainnya. Demikian
juga berpelukan atau menyentuh anggota
badan dengan tangan hukumnya sama
dengan mencium.

83. Sekiranya suami isteri bersentuhan tetapi


tidak sampai ke tahap jimak kemudian
terkeluar mani, adakah batal puasanya
dan wajibkah kifarah ?
Jika keluar mazi tidak mengapa tetapi jika
keluar mani batal puasa suami dan wajib si
suami qada’ tetapi tidak wajib kifarah.

74
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

84. Apakah hukumnya bagi seseorang yang


membinasakan puasa dengan jimak?
Sekiranya puasa tersebut puasa sunat atau
puasa qada’ maka tidak dikenakan ke
atasnya kifarah tetapi bagi puasa qada’
hendaklah ia mengqada’ kembali. Jika puasa
yang dibinasakannya itu puasa Ramadhan
maka wajib ke atas pasangan tersebut qada’
dan kepada suaminya dikenakan kifarah
manakala si isteri tidak dikenakan kifarah.
Jika yang melakukan itu pasangan yang
tidak berkahwin maka amat besarlah dosa
keduanya dan kifarah sama seperti
pasangan yang sah iaitu hanya lelaki sahaja
yang dikenakan. Dalam perlaksanaan
hukum kifarah itu hendaklah mengikut
turutan yang pertama membebaskan
seorang hamba sekiranya tiada berpuasa
selama 60 hari berturut-turut sekiranya tidak
mampu barulah memberi makan seramai 60
orang miskin.

85. Sekiranya seseorang itu menjimak


isterinya dan tidak menyedari bahawa

75
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

waktu telah terbit fajar, adakah dikenakan


kifarah dan qada’ ?
Ke atasnya dikenakan qada’ sahaja tanpa
kifarah.

86. Jika seorang lelaki dipaksa bersetubuh


dalam keadaan dia tidak rela (dipaksa),
bagaimanakah puasanya?
Al Mawardi di dalam kitab
menyatakan bahawa sekiranya ia tidak inzal
maka tidak perlu dia mengqada’ puasanya
dan kifarah tetapi sekiranya dia inzal maka
pendapat yang kuat menyatakan ia perlu
mengqada’ puasanya tanpa dikenakan
kifarah.

87. Seperti yang diketahui umum dilarang


berjimak di siang Ramadhan tetapi jika
puasanya telah batal, adakah dikenakan
kifarah sekiranya ia menjimak isterinya
?
Ia tidak dikenakan kifarah jika puasanya
telah batal sebelum melakukan jimak kerana
syarat dikenakan kifarah ialah apabila ia

76
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

membatalkan puasanya dengan melakukan


jimak. Meskipun begitu, amat tidak wajar jika
melakukan jimak di siang Ramadhan
walaupun telah berbuka terlebih dahulu,
kerana hikmah kedatangan Ramadhan
adalah untuk mendidik nafsu.

88. Apabila seorang yang haid telah suci


sebelum terbit fajar tetapi ia lewat mandi
iaitu selepas terbit fajar, apakah
hukumnya?
Wajib ke atasnya puasa kerana suci sebelum
terbit fajar dan sah puasanya walaupun lewat
mandi setelah terbit fajar.
Cuma perlu diambil perhatian melewatkan
mandi itu mestilah sebelum luputnya waktu
subuh kerana ia berkewajiban bersolat
subuh, sekiranya ia mandi selepas waktu
subuh berdosa kerana meninggalkan subuh
tetapi sah puasanya.

89. Apakah hukumnya jika seseorang itu


bercelak kemudian dia mendapati celak
itu turun melalui kerongkongnya?

77
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Harus hukumnya bercelak dan tidak


membatalkan puasanya walaupun ia terasa
celak tersebut mengalir di kerongkong
kerana mata bukanlah diiktibarkan sebagai
rongga terbuka seperti mulut, hidung ,
telinga, dubur, lubang zakar atau faraj.

90. Bagaimanakah pula dengan menitiskan


ubat ke dalam mata?
Hukumnya sama seperti bercelak, tidak
membatalkan puasanya.

91. Jika kahak atau hingus turun dari kepala


ke bahagian hidung yang zahir (bahagian
lubang hidung yang tidak bertulang)
kemudian masuk kembali kebahagian
rongga hidung atau hidung yang batin
(lubang hidung yang bertulang) lalu terus
ke kerongkong dan ditelan, apakah batal
puasanya?
Batal puasanya kerana kahak tersebut telah
keluar ke bahagian yang zahir kemudian
masuk kembali, seolah-olah memasukkan
sesuatu ke rongga hidung. Maka jika kahak

78
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

telah keluar ke had zahir hendaklah ia


mengeluarkannya ( menghembuskannya )
melainkan jika tidak mampu dikeluarkan
maka tidak batal atau pun dia sememangnya
berada dalam keadaan selesema dan tidak
mampu mengawalnya maka termasuk di
dalam perkara yang dimaafkan.

92. Apakah boleh mengorek hidung semasa


puasa?
Harus mengorek tahi hidung selagi mana
kawasan pengorekan tersebut di dalam had
zahir ( bahagian lubang hidung yang tidak
bertulang atau sekadar had garisan takuk
pertama di jari )

93. Ketika seseorang sedang berpuasa ia


menghidapi selesema atau gusi berdarah,
bagaimana puasanya ?
Perkara selesema dan gusi berdarah ini
diiktibar di dalam ilmu feqh sebagai
“umumul balwa” maka sebagai perkara
yang tidak dapat dielakkan ianya dimaafkan
kerana begitu sukar memeliharanya.

79
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Memadailah ia meludahkan jika gusinya


berdarah dan menghembus hingusnya. Jika
ada yang tertelan ia sememangnya tidak
dapat dielakkan maka dimaafkan.

94. Apabila seseorang mandi junub atau


sunat atau biasa kemudian telinganya
dimasuki air, adakah batal puasanya ?
Tidak batal puasanya, kerana bukan sengaja
memasukkan air.

95. Bagaimana pula jika dia menyelam?


Menurut Syeikh Ramli, jika segi adatnya
ia tahu jika menyelam nescaya masuk air
ke dalam telinga dan sekiranya perkara
ini sememangnya tidak dapat dipelihara
maka batal puasa dan haram hukumnya
jika puasa Ramadhan. Melainkan seseorang
yang profesionnya adalah penyelam yang
sememangnya menyediakan alat yang
menghalang air masuk ke dalam rongga.

96. Apabila seseorang mengayak tepung atau


menyapu sampah, debu tepung dan

80
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

sampah tadi masuk ke dalam mulut atau


hidungnya. Bagaimanakah puasanya dan
adakah boleh disamakan debu dengan
lalat atau nyamuk yang masuk ke dalam
mulut?
Tidak mengapa jika debu atau tepung masuk
ke mulut, berlainan pula dengan lalat dan
nyamuk yang membatalkan puasa serta
banyak mudharatnya.

97. Jika naik fajar ketika seseorang itu


dalam keadaan ada makanan di dalam
mulutnya dan tidak menelannya, tiba-
tiba ketika sedang mengemam makanan
tersebut secara tidak sengaja ia tertelan,
bagaimanakah puasanya ?
Jika dalam keadaan itu perlu ia
meluahkannya dan jika tertelan sedikit dalam
keadaan tidak sengaja tidak membatalkan
puasa.

98. Apakah hukum orang yang mengingkari


kewajipan berpuasa Ramadhan?

81
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Puasa di bulan Ramadhan adalah rukun


Islam yang ketiga. Perintah berpuasa ke atas
umat Islam adalah jelas melalui Al Quran dan
As Sunnah. Justeru sesiapa dengan jelas
sengaja menolak kewajipan berpuasa di
bulan Ramadhan adalah murtad.
Na’uzubillah min zalik.

99. Adakah boleh ketika berpuasa kita


menyejuk atau menyegarkan badan
sebagai contoh membasahkan baju,
mandi dan sebagainya untuk
menyejukkan badan?
Dibolehkan kita menyejukkan badan
berdasarkan hadith:
( ) ":
)"
(
Dari Abi Bakar bin Abdul Rahman berkata:
“Sesungguhnya saya telah melihat
Rasulullah s.a.w. mencurah air ke kepalanya
sewaktu berpuasa disebabkan kehausan dan

82
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

kepanasan.” (Hadith riwayat Ahmad, Malik


dan Abi Daud)

100. Jika seseorang melakukan pemeriksaan


dubur kerana disyaki buasir atau
sebagainya, lalu doktor telah menjolok
jarinya ke dalam dubur, adakah batal
puasanya ?
Banyak fatwa yang dikeluarkan oleh
institusi-institusi fatwa masakini seperti
Fatawa Al Lajnah Ad Daimah dan Majma’
Fiqh Islami yang memfatwakan tidak batal
jika melakukan proses memasukkan jari
atau alatan ke dalam rongga untuk tujuan
perubatan ataupun pemeriksaan.
Namun Majma’ Fiqh Islami menasihatkan
jika proses tersebut dapat ditunda ke luar
waktu puasa adalah lebih baik.

101. Antara contoh kajian semasa


mengenai isu-isu perubatan ketika puasa.

Keputusan Seminar Feqh Perubatan ke 9


yang diadakan di Casablanca, Maghribi, pada

83
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

8 -11 Safar 1418 bersamaan 1417 Jun 1997.


Yang dianjurkan oleh Institut Kajian Sains dan
Perubatan Sultan Hassan II dengan kerjasama
Akademi Fiqh Islam serta WHO menyatakan :

Perkara-perkara yang boleh membatalkan


puasa menurut Al Quran dan Hadis yang sahih
dari Nabi Muhammad SAW.
Tiga perlakuan yang boleh membatalkan
puasa: Makan, minum, dan melakukan
hubungan seks. Oleh yang sedemikian, apa-
apa bahan yang dapat melalui rongga samada
berbentuk pepejal atau cecair dalam apa
jumlah sekalipun, ianya boleh membatalkan
puasa.
Ahli majlis/peserta seminar tersebut telah
sepakat bersetuju bahawa perkara-perkara
berikut TIDAK MEMBATALKAN PUASA.
1. Ubat titis mata, titis telinga dan basuh
telinga
2. Ubat tablet bawah lidah yang digunakan
oleh pesakit Angina (Jantung).

84
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

3. Memasukkan ubat melalui faraj,


memasukan alat perubatan, membasuh,
spekulum dan jari doktor atau bidan
semasa pemeriksaan vagina (sebelum
bersalin).
4. Memasukkan teropong ke salur kencing
lelaki atau perempuan untuk penyediaan
x-ray.
5. Menampal, mencabut, mengorek dan
mencuci gigi atau menggunakan alatan
dan berus gigi, dengan syarat TIADA apa-
apa bahan yang memasuki perut dari
prosedur tersebut.
6. Suntikan melalui kulit, otot, sendi atau
pembuluh darah, KECUALI memberi
makanan melalui pembuluh darah.
7. Penderma atau menerima pemindahan
darah.
8. Oksigen dan Gas Bius.
9. Semua jenis bahan yang boleh menyerap
ke dalam badan melalui kulit seperti krim,
jelly atau plaster berubat.
10. Mengambil sampel darah untuk ujian
makmal.

85
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

11. Sesalur dan bahan perantara untuk


arteriografi (pemeriksaan x-ray khas
jantung) atau organ lain.
12. Teropong dalam rongga perut (endiskopi)
untuk mencari punca penyakit.
13. Membasuh mulut, berkumur atau
semburan mulut, dengan syarat tiada
bahan masuk kedalam perut.
14. Teropong ke dalam salur peranakan atau
memasukkan alat kedalamnya. (ie. UICD)
15. Mengambil tisu (biopsi) hati atau organ
lain.
Sementara itu majoriti peserta ( terdapat
minoriti yang tidak bersetuju ) menambah
perkara berikut tidak membatalkan puasa
16. Ubat titis hidung, semburan hidung and
ubat sedut.
17. Suntikan ke dalam dubur, teropong dan
pemeriksaan digital ke dalam dubur.
18. Pembedahan yang melibatkan bius
sepenuhnya jika pesakit mengambil
keputusan untuk berpuasa.

86
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

19. Mesin atau dialisis buah pinggang


melalui perut
20. Penggunaan teropong perut, dengan
syarat tidak memasukkan apa-apa bahan
cecair atau bahan seumpamanya ke
dalam perut.

87
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Pedoman
Tarawih
Dan
Witir

88
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

SOLAT SUNAT TARAWIH

Muqaddimah

Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau


beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan
rasa senang dan kelapangan hati selepas solat
fardhu Isya’. Kebiasaan yang dilakukan oleh
Rasulullah dan para sahabat ialah duduk berehat
setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih.

Ada juga pengamalannya dengan membaca zikir


ataupun doa setiap kali selepas salam iaitu
selepas solat dua rakaat, ada juga yang
mengadakan tazkirah ringkas dicelah selangan
empat rakaat tersebut sebagai pengisian
sebelum disambung semula dengan empat
rakaat lagi, sehingga cukup lapan rakaat ataupun
dua puluh rakaat. Semuanya ini adalah untuk
merealisasikan solat sambil mengambil
kerehatan, ia amat baik untuk kesihatan dan
kerehatan badan memandangkan umat Islam
baru sahaja lepas berbuka puasa. Tidak
melingkar seperti ular kekenyangan tetapi
89
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

kekenyangan berbuka yang disyukuri dengan


pembuktian ibadah.

Dalil Pensyariatan

Tarawih juga disebut dengan Qiyamullail di bulan


Ramadan atau Qiyamu Ramadan. Rasulullah
Shallallahu ‘Alayhis Salam. sangat
menggalakkan Qiyamu Ramadan atau solat
Tarawih. Abu Hurayrah berkata;
- -
»

Maksudnya : “Rasulullah Shallallahu ‘Alayhis
Salam. sangat menggalakkan solat Tarawih,
sekali pun Baginda tidak mewajibkannya.”
Baginda bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan
Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan
mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni
dosa-dosanya yang lampau.”

90
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan


malamnya dengan mengerjakan solat.

- -
-

» - -

. «
Maksudnya : ‘Aisyah Radhiallah ‘Anha berkata;
“Rasulullah Shallallahu ‘Alayhis Salam
mengerjakan solat Tarawih di masjid, kemudian
ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada
malam berikutnya Baginda Shallallahu ‘Alayhis
Salam mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-
sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada
malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di
masjd menunggu kedatangan Rasulullah
Shallallahu ‘Alayhis Salam tetapi beliau tidak
hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada
mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan

91
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam


itu hanya kerana takut kamu memikirkan solat itu
diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa itu
terjadi pada bulan Ramadan.

Hukum

Hukum mendirikan solat Tarawih adalah sunat


mu’akkadah (sunat yang sangat dituntut) kepada
ummat Islam lelaki dan wanita pada tiap-tiap
malam sepanjang bulan Ramadan.

Cara Solat Tarawih

Solat Tarawih boleh ditunaikan sama ada secara


berseorangan atau berjemaah berdasarkan
hadis;
:

Maksudnya : “Dari Jabir Radhiallah ‘Anhu,


Rasulullah Shallallahu ‘Alayhis Salam telah

92
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

bersolat tarawih bersama dengan kami di bulan


Ramadan sebanyak lapan rakaat kemudian
diikuti dengan Witir. Pada malam berikutnya kami
berhimpun di masjid dengan harapan Rasulullah
keluar bersolat bersama-sama dengan kami dan
kami menunggu sehingga masuk waktu subuh
(dan Rasulullah tidak keluar solat Tarawih pada
malam itu).”

Namun solat Tarawih lebih afdal dikerjakan


secara berjemaah di masjid, sebagaimana yang
telah dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu
‘Alayhis Salam dan Saidina Umar Radhiallah
‘Anhu yang dicatatkan di dalam Sahih Al-Bukhari:
-
-

.
93
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Maksudnya : “Daripada ‘Abdul Rahman bin


‘Abdul Qari, katanya: Pada satu malam di bulan
Ramadan aku keluar bersama dengan ‘Umar bin
Al-Khattab Radhiallahu ‘Anhu ke masjid. Didapati
orang ramai berselerakan. Ada yang solat
bersendirian, ada pula yang bersolat dan
kemudian sekumpulan jemaah (datang)
mengikutinya.
‘Umar berkata: “Jika aku himpunkan mereka
pada seorang imam adalah lebih baik.”
Kemudian beliau melaksanakannya maka
dihimpunkan mereka dengan (diimamkan oleh)
Ubai bin Ka’ab. Kemudian aku keluar pada
malam yang lain, orang ramai sedang bersolat
dengan imam mereka (Ubai bin Ka’ab).
Berkata ‘Umar: “Sebaik-baik bid’ah adalah
perkara ini, sedangkan yang mereka tidur (untuk
solat pada akhir malam) lebih baik dan
kebanyakan manusia ialah mereka yang bangun
di awal malam.” (Hadis riwayat Al Bukhari)

Ada juga sumber yang menyatakan Saidina


Umar Al-Khattab Radhiallahu ‘Anhu dan Saidina
Ali Karramallahu Wajhah telah memisahkan

94
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

jemaah muslimin dan muslimat dan imam dipihak


jemaah muslimatnya adakalanya lelaki dan
wanita. Ini adalah berdasarkan hadis ;

.
Maksudnya : “Daripada ‘Urwah Bin Az Zubair
Rahimahullah” sesungguhnya Umar Bin Al
Khattab Radhiallahu ‘Anhu mengerahkan orang
ramai untuk solat Tarawih, golongan lelaki
diimami oleh Ubai Bin Ka’ab dan pihak wanita
ditugaskan kepada Sulaiman Bin Abu Hasmah
dan ada riwayat yang menamakan Tamim Al
Dari.”(Riwayat Al Baihaqi)

Dan hadis dari ‘Arfajah Al-Tsaqafi :

: .
Maksudnya : “Sesungguhnya Ali Bin Abi Talib.
mengerahkan orang ramai untuk solat Tarawih,
dilantik seorang imam untuk lelaki dan seorang
95
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

perempuan. Kemudian ‘Arfajah mengatakan ”aku


menjadi imam golongan wanita”.

Waktu Solat Tarawih

Waktu mengerjakan solat Tarawih ini ialah


selepas menunaikan solat fardu Isya’
sehinggalah sebelum terbit fajar. Sekiranya
ditunaikan solat Tarawih sebelum solat fardu
Isya’ maka terbatal solat tersebut.

Meskipun solat sunat Tarawih dilakukan selepas


solat Isya’, akan tetapi tidak disyaratkan perlu
dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan solat
Isya’. Sebaliknya, pengamal boleh melewatkan
penunaian solat sunat Tarawih mengikut pilihan,
kerana solat sunat Tarawih boleh dibuat
sehingga sebelum terbit fajar solat Subuh.
Bahkan disunatkan melewatkan solat Tarawih ke
waktu seperdua atau sepertiga malam.

Bilangan Rakaat

96
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Solat Tarawih ditunaikan dengan mengumpulkan


dua rakaat, pada setiap takbiratul ihram sehingga
cukup bilangan rakaat yang dikehendaki.

Pada zaman Rasulullah Shallallahu ‘Alayhis


Salam, solat Tarawih dikerjakan sebanyak lapan
rakaat saja supaya tidak menimbulkan suatu
keberatan. Adakalanya Rasulullah solat bersama
para sahabat sebanyak lapan rakaat sahaja dan
bakinya disempurnakan di rumah masing-
masing. Rasulullah Shallallahu ‘Alayhis Salam
juga tidak memberatkan solat ini ditunaikan di
masjid kerana tidak mahu para sahabat berfikir
bahawa solat ini solat yang diwajibkan.

Penunaian solat Tarawih berjemaah di masjid


telah terputus sehingga pada zaman Saidina
Umar. Apa yang berlaku ialah Rasulullah
Shallallahu ‘Alayhis Salam telah melakukannya
berseorangan bagi mengelakkan kebimbangan
solat sunat ini dijadikan fardu oleh umat Islam
sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis-
hadis yang lalu.

97
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Namun kebimbangan itu telah tiada lagi pada


zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab, maka pada
zaman Saidina Umar Radhiallah ‘Anhu beliau
telah melakukan kembali solat Tarawih secara
berjemaah bahkan beliau menambahkan lagi
bilangan rakaat Tarawih, menjadikannya 20
rakaat dengan 10 salam kerana beliau
berpendapat bahawa orang-orang Islam pada
zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan
solat sebanyak itu.Solat ini juga dibuatkan
sebanyak 20 rakaat dan ditambah 3 rakaat solat
Witir.

Kedua-dua bilangan ini iaitu lapan dan dua puluh


ini mempunyai sandaran dalilnya yang
tersendiri, justeru umat Islam boleh memilih
untuk menunaikan Tarawih di dalam bilangan
rakaat yang mana satu mengikut kesesuaian
tempat dan keselesaan sendiri. Adalah amat
tidak wajar solat yang berstatus sunat ini menjadi
sebab pertikaian sesama umat tentang
bilangannya, ini adalah kerana perselisihan itu

98
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

membawa kepada terbukanya pelbagai pintu


fitnah.

Solat Tarawih boleh dibuat sebanyak lapan


rakaat, sesuai dengan keterangan ‘Aishah
Radhiallah ‘Anha setelah ditanya oleh Abi
Salamah bin Abdul Rahman :

- -
- -

Maksudnya : “Bagaimanakah solat Rasulullah


ketika Ramadhan?. Jawab Saidatina Aishah
“Rasulullah Shallallahu ‘Alayhis Salam tidak
pernah mengerjakan solat sunat, bulan Ramadan
atau bulan lainnya, lebih daripada sebelas
rakaat, Baginda mengerjakannya empat rakaat,
kemudian Baginda kerjakan lagi empat rakaat
(Jangan tanya tentang baik dan panjangnya),

99
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

kemudian Baginda menambah lagi tiga rakaat


(iaitu Witir).” (Riwayat Al-Bukhari)

Maksudnya : “Dari Jabir Radhiallah ‘Anhu,


Rasulullah Shallallahu ‘Alayhis Salam telah
bersolat Tarawih bersama dengan kami di bulan
Ramadan sebanyak lapan rakaat kemudian
diikuti dengan Witir. Pada malam berikutnya kami
berhimpun di masjid dengan harapan Rasulullah
keluar bersolat bersama-sama dengan kami dan
kami menunggu sehingga masuk waktu subuh
(dan Rasulullah tidak keluar solat Tarawih pada
malam itu).” (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah dan
Ibnu Hibban)

Begitu juga dengan solat Tarawih 20 rakaat,


terdapat juga dalil yang digunakan iaitu ;

100
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

:
,
Daripada Saib bn Yazid berkata,”Adalah kami
melakukan Qiamu Ramadan di zaman Saidina
Umar Al Khattab sebanyak dua puluh rakaat”.
Hadis riwayat Al Baihaqi

,
Dari Ibnu Abbas Radhiallah ‘Anhu, berkata,
“Adalah Nabi ‘Alaihis Salam bersolat di bulan
Ramadan tanpa berjemaah sebanyak dua puluh
rakaat dan diikuti Witir” Hadis riwayat Al Baihaqi

:
- -

.
Maksudnya : “Dari seorang sahabat, Al Saib Bin
Yazid Radhiallah ‘Anhu berkata : “Pada zaman

101
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Umar bin Al Khattab Radhiallah ‘Anhu mereka


mengerjakan solat pada bulan Ramadan
sebanyak dua puluh rakaat, mereka berdiri
dengan kadar bacaan dua ratus ayat, dan
mereka bersandar dengan tongkat-tongkat
mereka pada zaman Khalifah Usman Bin Affan
Radhiallah ‘Anhu disebabkan keletihan berdiri.”
Atsar ini diriwayatkan oleh Imam Al Baihaqi.

Apa yang dilakukan oleh Saidina Umar bukanlah


bid’ah kerana Rasulullah telah mengarahkan kita
agar mengikut apa yang ditetapkan oleh para
Khulafak Ur Rasyidin dalam sabdanya,
,

Maksudnya : “Berpegang teguhlah kamu semua


dengan sunnahku dan sunnah para Khulafak Ur
Rasyidin yang telah diberi petunjuk hidayah oleh
Allah Subhanahu Wa Ta’ala, berpeganglah kamu
dengannya seoleh kamu menggigit dengan gigi
geraham.” (Hadis riwayat Al-Tirmizi)

102
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Ada juga solat Tarawih yang dikerjakan


sebanyak 36 rakaat, iaitu solat Tarawih yang
dikerjakan oleh penduduk Madinah dan
merupakan pegangan Imam Malik Radhiallah
‘Anhu. Sebabnya penduduk Madinah melakukan
solat Tarawih sebanyak 36 rakaat ialah kerana
penduduk Mekah melakukan satu tawaf setiap
kali selesai dua kali salam (4 rakaat) Tarawih dan
kemudiannya mereka menambah dua rakaat
solat sunat Tawaf (tetapi mereka tidak tawaf
selepas berehat kali yang kelima-maknanya
mereka tawaf hanya 4 kali dan solat sunat Tawaf
8 rakaat) ini bermakna untuk menyamai
penduduk Mekah mereka melakukan gantian
kepada tawaf dan solat sunat Tawaf (Tarawih 20
rakaat + Solat Sunat Tawaf 8 rakaat dan 8 kali
tawaf yang ditukarkan dengan 8 rakaat = 36
rakaat).

Akan tetapi perlu diingat, Imam Al-Syafie dan


Imam Nawawi berpendapat perlaksanaan solat
Tarawih 36 rakaat ini adalah kepada penduduk
Madinah sahaja dengan kemuliaan persemadian
jasad Baginda dan tanah penghijrahan Baginda

103
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

dan penduduk di kawasan selain Madinah tidak


boleh menyaingi penduduk Mekah.

Niat Solat Tarawih

Meskipun solat Tarawih ini merupakan solat


sunat tetapi mesti dikhususkan niatnya sama ada
diniatkan dengan solat sunat Tarawih atau solat
Tarawih atau Qiamu Ramadan. Mesti juga
diniatkan pada setiap selepas dua rakaat dengan
satu salam, ini bermakna empat kali niat untuk
lapan rakaat. Tidak boleh diniatkan secara
borong dan secara sunat mutlak.
Niatnya:

Maksudnya : “Sahaja aku solat Tarawih dua


rakaat kerana Allah Taala.”

Maksudnya : “Sahaja aku solat Tarawih dua


rakaat mengikut imam kerana Allah Taala.”

104
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Bacaan Semasa Solat

Harus membaca surah-surah yang pendek


selepas bacaan surah Al Fatihah begitu juga jika
dibacakan sebarang sedutan ayat-ayat Al Quran.
Namun adalah sunat untuk menamatkan bacaan
seluruh bacaan Al Quran disepanjang bulan
Ramadan berbanding dengan hanya dibacakan
surah Al Ikhlas berulang kali.

1) Panduan Susunan Bacaan Surah dalam


Tarawih

RAKAAT SURAH

Rakaat
pertama

Rakaat
kedua
Rakaat
ketiga

105
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Rakaat
keempat
Rakaat
kelima
Rakaat
keenam
Rakaat
ketujuh

Rakaat
kelapan
Rakaat
kesembilan
Rakaat ke
sepuluh
Rakaat ke
sebelas
Rakaat
kedua belas
Rakaat
ketiga belas

106
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Rakaat
keempat
belas
Rakaat
kelima belas
Rakaat
keenam
belas
Rakaat
ketujuh
belas
Rakaat
kelapan
belas
Rakaat
kesembilan
belas
Rakaat ke
dua puluh

* Susunan bacaan surah di atas adalah sebagai


panduan, jika imam hendak membaca surah atau
ayat yang lain, silakan. Bahkan sunat
mengkhatamkan satu Al Quran dalam Tarawih
sepanjang Ramadan.

107
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

2) Bacaan Sebelum Dan Sesudah Tarawih 20


Rakaat.

Bacaan ketika hendak memulakan solat Tarawih :

Bacaan ini bukanlah satu kemestian untuk


memulakan solat Tarawih, ia merupakan
rangkapan selawat yang menandakan
bermulanya atau selangan antara rantaian solat
Tarawih. Tanpa bacaan ini pun solat Tarawih
boleh terus dilaksanakan.

Bilal

Bilal

108
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Jemaah

Bilal

Jemaah

Bilal

Jemaah

Bilal

109
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Jemaah

Bacaan yang menyelangi antara rakaat :

BACAAN
RAKAAT
BILAL MAKMUM

Kedua
,

110
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

,
Keempat

111
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Bacaan Doa Imam

112
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Keenam
,

113
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

,
Kelapan

114
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

115
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Bacaan Doa Imam

116
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Ke-
,
sepuluh

117
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Kedua
belas

118
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

119
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Bacaan Doa Imam

120
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Keempat
,
belas

121
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Keenam
belas

122
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Bacaan Doa Imam

123
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

,
Kelapan
belas

124
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Kedua
puluh

125
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

126
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Nota Penegasan :

Bacaan ini bukanlah satu kemestian untuk


memulakan solat Tarawih, ia merupakan
rangkapan selawat yang menandakan
bermulanya atau selangan antara rantaian solat
Tarawih. Kemeriahan bertarawih semakin terasa
dengan adanya sanjungan kepada Rasulullah
dengan selawatan ini. Tanpa bacaan ini pun
solat Tarawih boleh terus dilaksanakan.

127
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

DOA AKHIR TARAWIH

128
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

129
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Nota :
Kebiasaannya selepas berdoa Imam akan
berpesan untuk berniat puasa kepada jemaah.
Ini adalah doa yang telah disusun oleh para
ulama untuk memudahkan umat Islam berdoa
dengan doa yang begitu tertib susunannya dan
tinggi adab sasteranya hasil pemahaman mereka
daripada intipati Al-Quran dan As-Sunnah

Bacaan Sebelum Dan Sesudah Tarawih 8


Rakaat.

Ada pelbagai versi Selawatan untuk tarawih 8


rakaat.

Versi 1

Baca bacaan ketika hendak memulakan solat


Tarawih ( rujuk mukasurat 27 )

130
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Bacaan yang menyelangi antara rakaat :

BACAAN
RAKAAT
BILAL MAKMUM

,
Kedua

131
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Keempat

132
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Bacaan Doa Imam

133
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Keenam
,

134
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

,
Kelapan

135
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Bacaan Doa Imam

136
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Versi 2

Baca bacaan ketika hendak memulakan solat


Tarawih

Bilal

137
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Jemaah

Mulakan solat Tarawih dua rakaat.


Setelah tamat, sambung dua rakaat lagi untuk
rakaat yang ketiga dan keempat. Setelah salam,
imam berdoa

Bacaan Doa Imam

Mulakan kembali solat Tarawih dua rakaat untuk


rakaat kelima dan keenam.
Setelah tamat, sambung dua rakaat lagi untuk
rakaat yang ketujuh dan kelapan. Setelah salam,

138
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

imam berdoa dengan doa yang telah dipaparkan


sebelum ini

Kelebihan Solat Tarawih

Abu Hurayrah berkata;


- -
»

Maksudnya : “Rasulullah Shallallahu ‘Alayhis
Salam. sangat menggalakkan solat Tarawih,
sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau
bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu
Ramadan semata-mata kerana iman dan
mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni
dosa-dosanya yang lampau.”

139
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

SOLAT SUNAT WITIR

Pengertian

Witir ertinya ganjil, apabila disebut solat Witir


bermaksud solat yang tidak genap rakaatnya
iaitu yang ditutupi dengan solat satu rakaat yang
berbeza dengan solat-solat yang lain.

Hukum

Hukumnya sunat muakkadah, dikerjakan


sekurang-kurangnya satu rakaat dan sebaik-
baiknya tiga rakaat dua salam dan sebanyak-
banyaknya sebelas rakaat dengan enam salam .

»- -

Maksudnya : “Daripada Ibnu Umar, Rasulullah
Shallallahu ‘Alayhis Salam bersabda : “ Witir itu

140
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

adalah satu rakaat pada akhir malam.” (Hadis


riwayat Muslim)

Manakala hadis di bawah ini pula menunjukkan


pengamalan yang afdal ialah tiga rakaat, apabila
banyak hadis yang menyatakan Rasulullah
melakukan solat Tarawih sebanyak lapan rakaat
kemudian diikuti dengan tiga rakaat Witir serta
hadis berikut juga turut menunjukkan bahawa
sebanyak-banyak solat sunat Rawatib di waktu
malam ialah sebelas rakaat.

- -
.
Maksudnya : “Daripada Saidatina ‘Aisyah
Radhiallah ‘Anha : “Adalah Rasulullah tidak
melakukan di waktu Ramadan dan di waktu
lainnya solat sunat yang melebihi sebelas
rakaat.” (Hadis riwayat Al Bukhari)

Waktu Solat Witir

141
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Solat Tarawih adalah salah satu solat “Rawatib”


iaitu solat yang mengikuti setiap solat fardu,
maka waktunya juga adalah mengikut masuknya
waktu solat fardu. Oleh kerana solat Rawatib
boleh di qada’ mengikut pandangan yang Adzhar
di dalam Mazhab Al-Syafi’e maka solat Witir juga
boleh di qada’.

Namun solat Witir mempunyai waktunya yang


tersendiri iaitu selepas solat Isya’ hingga waktu
solat Subuh. Sekiranya solat Witir dilakukan
sebelum solat Isya’ sama ada secara sengaja
atau tidak maka ia dikira sia-sia. Melainkan jika
seseorang yang melakukan jamak taqdim,
sesudah selesai solat Isya’ jamak taqdim waktu
Maghrib masih belum tamat, dia boleh solat Witir
meskipun belum masuk waktu Isya’.

Oleh kerana solat Tarawih merupakan salah satu


daripada solat Rawatib maka ia tidak disunatkan
berjemaah kecuali di bulan Ramadan. Namun
walaupun solat Witir disunatkan berjemaah
selepas solat Tarawih, ia lebih afdal dilewatkan
ke akhir malam meskipun terpaksa solat

142
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

berseorangan, dengan syarat seseorang tersebut


berkeyakinan dia dapat bangun pada akhir
malam tersebut berdasarkan hadis riwayat Imam
Muslim daripada Jabir Radhiallah ‘Anhu ;

»- -

«
Maksudnya : “Barangsiapa yang bimbang tidak
dapat bangun pada penghujung malam,
hendaklah berWitir pada awal waktu dan sesiapa
yang amat suka bangun pada penghujung
malam, dia hendaklah berwitir pada penghujung
malam itu kerana solat pada waktu penghujung
malam adalah disaksikan oleh para malaikat dan
itulah yang paling afdal.”

Seseorang yang telah mengerjakan Witir,


kemudian hendak bersolat lagi selepas itu, maka

143
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

ia boleh bersolat tetapi tidak perlu mengulangi


Witir kerana Rasulullah telah bersabda:

Maksudnya : “Tidak ada dua Witir pada satu


malam”. (Riwayat Ahmad)

Walau bagaimanapun di dalam kitab Bahrul Mazi


mengatakan, sesiapa yang telah menjayakan
Witir pada awal malam, kemudian apabila ia
bangun di tengah malam dan mahu mengerjakan
Witir sekali lagi, maka ia hendaklah bersolat Witir
satu rakaat dengan niat untuk menggenapkan
Witir di awal malam tadi.
Setelah selesai ia mengerjakan solat satu rakaat
barulah boleh ia mengerjakan solat Tahajjud dan
solat sunat-sunat yang lain dan di akhir sekali
barulah ia solat sunat Witir. Keadaan ini dikira
satu Witir sahaja dalam satu malam.

Kelebihan

144
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Lebih afdal daripada sunat-sunat Rawatib


yang lain. Sabda Rasulullah Shallallahu
‘Alayhis Salam. :

Maksudnya: “Wahai ahli Al-Quran,


kerjakanlah solat Witir, sebab Allah itu Witir
(Maha Esa) dan suka sekali kepada Witir".
(Hadis riwayat Ahmad)

» - -

»
«
Maksudnya : “Daripada Kharijah Bin
Khuzafah Al ‘Adawi berkata, Rasulullah
telah datang kepada kami pada suatu ketika
lantas bersabda “ Sesungguhnya Allah

145
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Subhanahu Wa Ta’ala telah


menganugerahkan kepada kamu solat yang
lebih baik daripada “Unta Merah”.” Maka
kami pun bertanya apakah solat tersebut?
Jawab Baginda “ Solat Witir yang waktunya
diantara solat Isya’ sehingga terbitnya fajar.”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Berjemaah Atau Bersendirian

Solat Witir tidak disunatkan berjemaah kecuali di


bulan Ramadan. Namun walaupun solat Witir
disunatkan berjemaah selepas solat Tarawih, ia
lebih afdal dilewatkan ke akhir malam meskipun
terpaksa solat berseorangan, dengan syarat
seseorang tersebut berkeyakinan dia dapat
bangun pada akhir malam tersebut berdasarkan
hadis riwayat Imam Muslim daripada Jabir
Radhiallah ‘Anhu yang telah dikemukakan
sebelum ini.

Cara Mengerjakannya

146
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Satu Atau Dua Salam

Jika solat melebihi dari satu rakaat maka boleh


dilakukan sama ada dengan satu tasyahhud atau
dua tasyahhud, namun jika boleh dipisahkan
antara genap dan ganjil, lebih afdal, kerana ia
sunnah, berdasarkan hadis Ibnu Umar
Radiallahu ’Anhu : ”Bahawa Nabi Sallallahu
’Alayhi Wa Sallam memisahkan antara yang
genap dan ganjil”, (2 rakaat Witir satu salam +
satu rakaat Witir satu salam) dan kerana itu
dibaca jahar atau kuat pada rakaat yang ketiga,
dan sekiranya ia bersambung nescaya ia tidak
dibaca jahar atau kuat seperti rakaat ketiga solat
Maghrib.
Akan tetapi jika solat tiga rakaat sekaligus tanpa
diselangi salam juga diharuskan berdasarkan
hadis ‘Aisyah Radiallahu ’Anha yang
diriwayatkan oleh Imam Al Baihaqi : ”Rasulullah
Sallallahu ’Alayhi Wa Sallam tidak memberi
salam pada dua rakaat Witir.”
Namun bagi orang yang melakukan Witir lebih
daripada satu rakaat lebih afdal memisahkan

147
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

antara rakaat-rakaat dengan salam, iaitu lebih


afdal dari bersambung, kerana ia lebih
membanyakkan amalan dan hadis-hadisnya lebih
banyak, dan meniatkan Witir setiap dua rakaat
seumpamanya, sepertimana hadis Ibnu Hibban :
”Bahawa Nabi Sallallahu ’Alayhi Wa Sallam
memisahkan antara genap dan ganjil”.

Niat:

Maksudnya : “Sahaja aku solat sunat Witir satu


rakaat kerana Allah Ta’ala”.

Maksudnya : “Sahaja aku solat sunat Witir dua


rakaat kerana Allah Ta’ala”.

Rakaat pertama selepas al-Fatihah,


baca surah al-A’la

( )
148
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Rakaat kedua selepas al-Fatihah, baca


surah al-Kafirun. ( )
Rakaat ketiga selepas al-Fatihah, baca
surah:
i. Al Ikhlas ( )
ii. Al Falaq ( )
iii. An Nas ( )
# Semua bacaan-bacaan surah di atas
adalah berdasarkan kepada hadis yang
diriwayatkan di dalam Sunan Abi Daud
dan Al-Tirmizi daripada Saidatina
‘Aisyah Radhiallah ‘Anha.

Selepas bangun dari rukuk bacalah doa


qunut.
Selepas tahiyyat dan salam baca zikir :

149
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

1 ,
1 ,
1 ,
1 ,
1 ,
Selepas itu bertahlil sebanyak 33 kali.
Selepas itu pula bacalah doa yang diriwayatkan
di dalam Sunan Abi Daud daripada Saidina Ali
Karramallahu Wajhah :

Maksudnya : “Ya Allah ! Aku berlindung


dengan keredhaanMu daripada
kemurkaanMu, dengan keafiatanMu
daripada seksaanMu dan aku berlindung
denganMu daripadaMu, tidak terhitung

150
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

pujian ke atasMu, Engkaulah sebagaimana


Engkau telah memuji ke atas diriMu.”

Boleh ditambah dengan pelbagai doa’-doa’


yang merupakan senjata mukmin dan
pengutamaan kepada doa’ yang ma’tsur (
ada asalnya daripada Al-Quran dan Al-
Sunnah)

Qunut Dan Doa

Disunatkan qunut dalam solat Witir pada


pertengahan kedua bulan Ramadan. Qunut
dalam solat Witir ini adalah sama seperti qunut
solat Subuh pada lafaz, tempat, jahar bacaan
dan dikehendaki sujud sahwi jika ditinggalkan. Ia
juga boleh ditambah dengan doa-doa lain seperti
qunut yang dilakukan oleh Saidina Umar Al
Khattab Radhiallah ‘Anhu. Semua ini
berdasarkan hadis yang diriwayatkan di dalam
Sunan Abi Daud. Apabila Saidina Umar
Radhiallah ‘Anhu mengumpulkan manusia untuk
bertarawih secara berjemaah, Ubai bin Ka’ab

151
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

yang menjadi imam telah membaca qunut dan


Saidina Umar berkata kepadanya : “ Apabila
pertengahan Ramadan sunat dilaknat orang-
orang kafir dalam solat Witir setelah rukuk dan
ucapkan : “Ya Allah! Hancurkanlah orang-orang
kafir itu!” (iaitu Kafir Harbi – kafir yang
memerangi Islam)

Doa Qunut Biasa

, ,
, ,
, , ,

, ,

Maksudnya : “ Ya Allah , tunjukilah aku


sebagaimana orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang yang

152
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku


sebagaimana orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatlah hendaknya untukku apa-apa yang
telah Engkau berikan kepadaku. Jauhkan aku
dari segala kejahatan yang telah Engkau
tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sajalah
yang menetapkan, dan tiada sesiapapun yang
berkuasa menetapkan sesuatu selain
daripadaMu. Sesungguhnya tidak terhina orang
yang memperoleh pimpinanMu. Dan tidak mulia
orang yang dimusuhiMu, Engkau yang memberi
keberkatan.
Ya Allah Maha Tinggi Engkau. Maka hanya
untukMu yang Maha Menetapkan. Aku
meminta ampun dan bertaubat daripadaMu.
Dan segala puji-pujian ke atas Nabi
Muhammad , Nabi yang Ummi dan demikian
juga keatas kaum keluarga dan para
sahabatnya.”

Doa Qunut Umar

:
:

153
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Maksudnya : “Daripada ‘Ubaid Bin ‘Umair RA,


Sesungguhnya Umar RA telah melakukan qunut
selepas rukuk dengan mengucapkan
“ Ya Allah ya Tuhan kami, ampunkanlah kami,
ampunkanlah orang-orang mukmin dan Islam
lelaki dan wanita, jinakkanlah di antara hati-hati

154
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

mereka, perbaikilah hubungan di antara mereka,


bantulah mereka dalam menghadapi musuhM
yang juga merupakan musuh mereka.
Ya Allah ya Tuhan kami, laknatilah golongan kafir
terutamanya Ahli Kitab yang menyekat jalan
agamaMu, yang mendustakan UtusanMu, yang
membunuh pembantu-pembantuMu.
Ya Allah ya Tuhan kami, pecahkanlah kesatuan
mereka, gegarkanlah pendirian mereka dan
turunkanlah siksaanMu yang tidak akan dapat
dielak oleh kaum yang berbuat aniaya. Dengan
Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang
Ya Allah, sesungguhnya kami mohon
pertolongan dan minta ampunan kepadaMu dan
kami tidak mengkufuriMu, kami beriman
kepadaMu dan kami meninggalkan sesiapa yang
berbuat maksiat dan kufur kepadaMu.
Ya Allah, hanya Engkau yang kami sembah,
bagiMu kami solat dan sujud, kepadaMu kami
taat dan beramal, kami mengharapkan rahmatMu
dan takutkan azab seksaMu yang pedih,
sesungguhnya azab seksaMu akan menimpa
orang-orang kafir.”

155
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Bersolat Selepas Witir

Seseorang yang telah mengerjakan Witir


penamat, kemudian hendak bersolat lagi selepas
itu, maka ia boleh bersolat tetapi tidak perlu
mengulangi Witir kerana Rasulullah telah
bersabda:
( )
Maksudnya : “Tidak ada dua Witir pada satu
malam”. (Riwayat Ahmad)

Walau bagaimanapun di dalam kitab Bahrul Mazi


mengatakan, sesiapa yang telah menjayakan
Witir pada awal malam, kemudian apabila ia
bangun di tengah malam dan mahu mengerjakan
Witir sekali lagi, maka ia hendaklah bersolat Witir
satu rakaat dengan niat untuk menggenapkan
Witir di awal malam tadi.
Setelah selesai ia mengerjakan solat satu rakaat
barulah boleh ia mengerjakan solat Tahajjud dan
solat sunat-sunat yang lain dan di akhir sekali
barulah ia solat sunat Witir. Keadaan ini dikira
satu Witir sahaja dalam satu malam.
156
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Bacaan ketika hendak memulakan solat Witir:

Bilal

ditambah bagi malam - )


yang dimulai witir iaitu malam
(16

Jemaah

Bilal

Jemaah

Bilal

Jemaah

157
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

Bilal

Jemaah

Bilal

Jemaah

# Bacaan ini bukanlah satu kemestian untuk


memulakan solat Witir, ia merupakan rangkapan
selawat yang menandakan bermulanya solat
Witir. Tanpa bacaan ini pun solat Witir boleh
terus dilaksanakan.

158
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

RUJUKAN
.1

.2

.3

.4

.5

.6

.7

.8

.9

.
10
.
11
.
12
13

http://www.jakim.gov.my 14
http://www.brunet.bn/gov/mufti
159
101 Persoalan Puasa Dan Pedoman Tarawih

1.

160

You might also like