Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, JALAN KUALA KETIL,


08000, SUNGAI PETANI,
KEDAH DARUL AMAN

Nama : THACHAINI A/P TANGGAMANY

Angka Giliran : 2021252340017

No. K/P : 021105-02-1100

Program : PISMP

Ambilan : JUN 2021

Kumpulan/Unit : 22 A- BM

Nama Pensyarah :
CIK ASNIZA BINTI ZAKARIA

Tarikh Hantar : 19 MAC 2023

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar: THACHAINI _Tarikh : 19/3/2023


SOALAN

 Anda dikehendaki menghasilkan sebuah skrip drama yang bersesuaian dengan murid
sekolah rendah bagi tujuan pendidikan mata pelajaran Bahasa Melayu.

 Tema skrip hendaklah berkaitan dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. Skrip
yang dihasilkan boleh dipentaskan dalam tempoh 30 minit dan mengikut format yang
diberikan.
TAJUK : USAHA TANGGA KEJAYAAN

TEMA : KEMASYARAKATAN

WATAK PERWATAKAN:

 Watak Utama

 Raadhika
Seorang pelajar yang meneruskan ‘Master’ di Universiti.
Saling membantu orang lain.
Hormat-menghormati orang lain.

 Watak Sampingan
 Ibu Raadhika
Menyokong anaknya meneruskan pengajian tinggi.
 Haarshini
Kawan Pejabat
Menasihati Raadhika apabila menghadapi cabaran dalam pekerjaan.
 Geetha
Kawan Universiti
 Dewi
Setiausaha Raadhika
Pembantu Pejabat / kerani
 Raj
Pembantu Pejabat dan pelajar
 Professor Lee Kah Sheng
Pensyarah Universiti Putra Malaysia
 Pelayan Restoran
 NILAI MURNI DAN PENGAJARAN
1. Kita mestilah rajin belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan
dalam kehidupan.
2. Kita haruslah bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja atau tugas yang
diberikan.
3. Kita wajarlah saling –menghormati antara sesama kawan tanpa mengira umur,
bangsa dan sebagainya.
4. Kita patutlah mendengar nasihat atau jejak kaki yang telah mencapai
kejayannya dalam kehidupan.

SINOPIS

Raadhika merupakan seorang gadis yang rajin belajar dalam apa jua kehidupan.
Raadhika merupakan pelajar yang ingin meneruskan pengajian di Universiti Putra Malaysia.
Setelah tamat pengajian ‘Master’ di universiti tersebut, Raadhika telah bekerja di sebuah
pejabat. Pangkatnya lebih tinggi kerana mempunyai ijazah ‘Master’. Haarshini pula kawan
pejabat Raadhika yang sering ingin meneruskan pelajaran tetapi kerja dan kesuntukan masa
dia telah menjadi berputus asa untuk diteruskan pelajarannya. Namun begitu, dengan
mendengar kisah silam dan cabaran yang dihadapi oleh Raadhika telah diispirasikan
Haarshini untuk meneruskan pelajarannya. Daripada Kisah Silam tersebut, dibuktikan bahawa
Raadhika bijak mengurus masa dan sering mengikut jejak kaki pensyarah universiti iaitu
Professor Lee Kah Sheng dan juga menerima sokongan dari ibunya juga. Setelah
menamatkan ‘Master’ kini Raadhika merancang untuk meneruskan PHD untuk mencapai
kejayaan yang amat bagus sekali.
USAHA TANGGA KEJAYAAN

BABAK 1: BILIK PEJABAT RAADHIKA (DEPAN JENDELA KACA) – SIANG

Matahari kelihatan bersinar indah di kaki langit biru. Bangunan-bangunan tinggi


hingga mencakar langit kelihatan memenuhi seluruh bandar raya Kuala Lumpur. Jalanraya
penuh sesak dengan kenderaan.

Sesungguhnya hidup ini adalah satu perjuangan. Apabila fajar menyinsing di kaki
langit di pagi hari maka kita akan melangkah dan terus melangkah meneruskan kehidupan.
Raadhika sedang menghayati sepenuhnya kata-kata itu

Kelihatan Raadhika sambil menarik nafas yang panjang dan sedang melemparkan
pandangan kearah bangunan-bangunan tinggi melalui jendela kaca. Kisah silam yang pernah
dialaminya pada suatu ketika dahulu masih segar mengais-ngais di ingatannya. Seperti kata
pepatah rajin dan usaha itu adalah tangga kejayaan. Kalau orang lain boleh berjaya dalam
hidup mengapa kita tidak boleh. Kerana mereka juga sama macam kita manusia. Di kurniakan
akal dan kudrat.
BABAK 2: RESTORAN – SIANG

Pokok pangkalnya terletak pada diri kita sendiri. Nak berjaya dalam hidup kita kena gigih
berusaha. Kejayaan tak akan datang sekelip mata. Malahan jauh sekali kejayaan akan datang
bergolek. Dalam mencapai kejayaan sudah pasti ada pelbagai halangan dan rintangan yang
terpaksa dihadapi. Semua itu sudah menjadi lumrah dan asam garam dalam mencapai
kejayaan yang diimpikan.

Haarshini : “Apa? Kau nak belajar lagi?”

(Terkejut apabila Raadhika memberitahu yang dia hendak belajar lagi.)

Raadhika : “Ya!” (dia menjawab sambil mengangguk-anggukan kepala.)

: “Dengan belajar sajalah yang akan meningkatkan kerjaya aku pada masa
yang akan datang,”

Tergelak Haarshini apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Raadhika itu. Haarshini lalu
berasa pelik. Dengan gelagat yang ditunjukkan Raadhika itu.

Haarshini : “Kau ingat belajar ni senang. Hah! Mana nak bagi masa baca buku... Mana
nak bagi masa kerja lagi,”

Raadhika : “Bagi aku itu bukan satu halangan... Yang penting aku kena bijak bahagikan
masa... Antara kerja dan belajar,”

Haarshini : ”Cakap memang lah senang, Raadhika… Aku bukannya apa... Takut kau
sekerat jalan saja nanti...Sibuk dengan kerja kesudahannya belajar kau
tinggalkan,”
BABAK 3. RUANG PEJABAT – SIANG

Ternyata Haarshini tidak memberikan semangat dan perangsang kepadanya. Sebaliknya


seperti mahu mematahkan semangatnya. Tak mengapalah Haarshini bersikap sedemikian.
Sudah menjadi lumrah manusia. Perkara yang baik tidak semestinya mereka memberikan
sokongan. Bagi Raadhika dia menjadikan apa yang dikatakan Haarshini itu sebagai pembakar
semngat untuk mencapai cita- citanya.

Geetha : “Baguslah kau nak belajar lagi,”

Raadhika : “Aku dah daftar online pengajian luar kampus,”

Geetha : “Kau ambil bidang apa?”

Raadhika : “Aku ambil Ijazah Pengurusan dan Sumber Manusia,”

Geetha : “Universiti mana?” (Geetha tak putus-putus menyoal.)

Raadhika : “Universiti Putra Malaysia... Pengajian aku selama 4 Tahun,”

Geetha : ”Aku doakan semoga kau berjaya, Raadhika,”

Raadhika : “Terima kasih, Geetha!” (dia mengangguk-anggukkan kepala.)


BABAK 4. BILIK PEJABAT RAADHIKA – SIANG (sambungan)

Lamunannya yang jauh melayang itu lantas terhenti. Apabila kedengaran bunyi pintu biliknya
diketuk. Dia yang berdiri di tepi jendela kaca kemudiannya lalu berpaling kearah pintu.

Raadhika : “Masuk!” (Dia kemudiannya mengatur langkah kearah kerusi dan lalu
duduk.)

Pintu biliknya lalu terbuka. Dewi setiausahanya muncul sambil membawa surat-surat untuk

diminitkan.

Dewi : “Ini surat-surat untuk Puan Raadhika minitkannya,”

Raadhika : “Letakkan atas meja. Nanti saya minitkan,”

Dewi lalu meletakkan semua surat itu di atas meja.

Dewi : “Ada apa lagi, Puan Raadhika?” (soal Dewi dengan hormat.)

Raadhika : “Tak ada!” (sebaliknya menggeleng gelengkan kepala.)

:“Awak boleh pergi,”

Dewi lalu beredar meninggalkan biliknya. Sambil tersandar di kerusi pusing Raadhika
menyambung semula lamunannya yang terhenti buat seketika.
BABAK 5. EXT. RUANG TAMU RUMAH RAADHIKA – MALAM

Raadhika : “Permohonan saya untuk belajar telah diterima,”

Ibu Raadhika : “Ya ke, Raadhika? Tahniah,”

(sambut ibunya pula dengan rasa penuh gembira.)

Raadhika : “Saya akan mula mendaftar sebagai pelajar di Universiti Putra Malaysia pada
awal bulan depan,”

Ibu Raadhika : “Ibu rasa gembira sangat... Bila kamu dapat melanjutkan pelajaran di
universiti... Ibu doakan semoga kamu akan mendapat kejayaan yang
cemerlang.”

(Rasa kegembiraan semakin jelas kelihatan menebal di wajah ibunya.)

Raadhika : “Terima kasih, Ibu!” (angguknya pula dengan pantas.)

: “Saya akan jadikan kata-kata dan doa ibu itu sebagai pembakar semangat
untuk saya berjaya,”
BABAK 6. EXT. RESTORAN – SIANG

Memang banyak cabaran yang terpaksa dihadapinya apabila dia mengambil pengajian luar
kampus. Namun dia bukanlah seorang yang mudah mengalah apabila berdepan dengan apa
yang dinamakan sebagai cabaran dalam hidup ini. Dia berpegang teguh kepada prinsip sekali
dia melangkah ke depan dia tak akan berundur ke belakang semula.

Raadhika : “Malam tadi sampai pagi aku tak tidur,”

Geetha” : Kenapa pulak?”

Raadhika : ”Nak siapkan tugasan yang diberikan pensyarah. Minggu depan dah nak kena
hantar,”

Geetha : “Banyak ke?”(Tanya Geetha dengan penuh rasa penuh minat.)

Raadhika : “Banyak!”(angguknya.)

: “5 tugasan aku kena buat,”

Perbualan mereka yang rancak lantas terhenti. Apabila pelayan muncul sambal membawa
dulang yang berisi makanan dan minuman. Pelayan lelaki meletakkan makanan dan minuman
yang dipesan di atas meja.

Geetha : “Terima kasih!” (sambil memandang wajah pelayan.)

Pelayan : “Sama-sama, Cik! Silakan!”

(jemputnya sambil memandang wajah Geeta dan Raadhika silih berganti)

Geetha dan Raadhika sebaliknya lalu membalas dengan mengangguk-angguk diam.

Geetha : “Hah, makanlah! Aku belanja... Sebagai meraikan kejayaan kau dapat
sambung belajar di universiti,”

Raadhika rancak berbual dengan Geetha sambal menikmati hidagan yang dipesan.

Geetha : “Macam tulah belajar. Aku dulu pun macam tu jugak... Memanglah ada
cabaran dalam pengajian jarak jauh ni... Sebab kita bukannya sepenuh
masa… Tambah pulak kita terikat dengan kerja… Yang penting kita komited…
Kita pasti berjaya,”

Raadhika sebaliknya mendiamkan diri saja. Apabila mendengar kata-kata kawannya itu.
Raadhika : “Memang benar apa yang kau katakan itu.., Geetha. Dalam hal ni kita kena
bijak… Waktu kerja kita kerja… waktu belajar kita belajar… Jangan di campur
aduk… Baru kita dapat fokus kedua-duanya.

Geetha : “Eloklah macam tu… Tapi dalam kau berjaga untuk menyiapkan semua
tugasan tu kesihatan kau pun kena jaga jugak… Sebab bila kita kurang rehat
secukupnya kita mudah dapat sakit… Hah! Kau ingat pesan aku tu,”

Raadhika : “Baik, Geetha... Aku ingat pesan kau tu… Dalam sibuk bekerja dan belajar
aku tak lupa untuk bersenam… Bila badan kita sihat otak kita pun cergas,”
BABAK 7. EXT. KAWASAN KAMPUS – SIANG

Bagi Raadhika untuk mendapat keputusan yang cemerlang perlu rajin membaca dan bertanya
pensyarah apabila tidak faham apa yang diajarkannya. Dia berasa begitu amat seronok
apabila mengikuti pengajian jarak jauh. Banyak ilmu dan penemuan terbaru ditemuinya
melalui pembelajaran yang diikutinya.

Pensyarah : “Keputusan awak dalam peperiksaan sangat baik... Tahniah… Saya harap
awak terus kekalkan prestasi ini… Saya yakin… Awak akan menjadi pelajar
yang cemerlang apabila tamat belajar nanti,”

Raadhika : “Semua ini hasil tunjuk ajar Dr… Terima kasih, Dr… Saya akan terus
berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih banyak lagi… Pada masa yang
akan datang,” (Janjinya)
BABAK 8. INT. BILIK PEJABAT RAADHIKA – SIANG (sambungan)

Sekali lagi lamunannya yang jauh melayang itu lantas terhenti. Bila kedengaran pintu biliknya
diketuk.

Raadhika : “Masuk!”

Sebaik-baik pintu terbuka Raj melangkah masuk ke dalam bilik sambal tangannya memegang
borang yang dimasukkan dalam sampul surat saiz A4 berwarna perang.

Raadhika : “Hah, awak Raj duduklah,”

Raj : “Terima kasih, Puan Raadhika,”

(sambil menarik perlahan kerusi dan kemudiannya lalu duduk.)

Kesejukan alat penghawa dingin jelas terasa mengepung seluruh ruang bilik.

Raj : “Saya sebenarnya nak sambung belajar di peringkat master, Puan Raadhika… Jadi
sebagai pegawai atasan saya nak dapatkan kelulusan daripada Puan Raadhika untuk
cuti belajar,”

Raadhika berasa amat gembira mendengar apa yang dikatakan Raj itu.

Raadhika : “Bagus! Inilah peluang yang sangat baik untuk awak meningkatkan lagi
kerjaya awak pada masa depan… Saya luluskan permohonan awak ini,”

Raj : “Terima kasih, Puan Raadhika… Ini dia borang yang perlu Puan Raadhika
tandatangan sebagai menyokong permohonan saya,”

Raadhika lalu menyambut borang yang dihulurkan Raj itu dan membaca isi kandungannya.
Setelah membaca isi kandungannya lalu menurunkan tandatangan pada borang itu dan
menyerahkannya semula pada Raj.

Raadhika : “Bila ada master peluang kenaikan pangkat awak amat cerah… Saya harap
semua kakitangan di syarikat ini akan mengikut jejak langkah awak mengambil
pengajian luar kampus… Demi untuk meningkatkan diri dan kerjaya,”

Raj : “Baik, Puan Raadhika… Terima kasih kerana meluluskan permohonan


saya… Saya tak akan sia- siakan peluang ini… Saya yakin… Kakitangan yang
lain pasti akan menyahut saranan Puan Raadika… Dengan menjadikan ilmu
sebagai kunci utama untuk berjaya di masa depan,”

Raadhika : “Baguslah kalau macam tu!” (anggukkan kepala)


Raadhika : “Satu hari nanti saya akan bersara… Kalau tiada masalah awaklh yang akan
menggantikan tempat saya… Memang sewajarnyalah saya meberi kelulusan
kepada awak untuk belajar lagi… Sebagai pegawai atasan kita perlu ada ilmu
penuh di dada… Untuk mebawa syarikat kearah kecemerlangan,”

Raj : “Terima kasih, Puan Raadhika… Kerana telah memberikan suntikan


semangat kepada saya… Kalaulah sautu hari nanti Tuhan mengizinkan saya
untuk menggantikan tempat Puan Raadhika saya akan berusaha untuk
membawa syarikat ini kearah kecemerlangan dan penuh visi berbekalkan
dengan ilmu yang saya ada,”

Raadhika : “Saya dulu pun macam awak jugak, Raj… Bermula daripada bawah…
Kemudian saya ambil keputusan untuk belajar lagi… Sebab bagi saya tak akan
selama-lamanya saya akan menjadi kerani… Lepas dapat ijazah saya
kembangkan lagi ilmu yang saya dapat dengan ambil master selama 2 tahun…
Dengan master yang ada saya berjaya menjadi pegawai atasan,”

Raj : “Saya akan jadikan Puan Raadhika sebagai contoh pegawai atasan yang
berilmu dan cemerlang,”

Raadhika : “Saya juga berharap awak berjaya menjadi seorang pelajar yang cemerlang,”

Raj : “Terima kasih, Puan Raadhika… Kalau tak ada apalagi saya mohon pergi… Sebab
banyak kerja lagi yang perlu saya selesaikan… sebelum saya mula bercuti,”

Raadhika : “Baguslah macam tu, Raj… Sekurang-kurangnya orang yang akan


mengambil alih tempat awak nanti tidaklah menanggung beban kerja yang
awak tinggalkan,”

Raj kemudiannya lalu pergi dan meninggalkan bilik Raadhika sambal membawa borang yang
telah ditandatangan ketua jabatannya.
BABAK 9. EXT. RESTORAN – SIANG

Berbanding dengan sewaktu dia mengambil ijazah dulu. Dia masih lagi dapat menumpukan
perhatian terhadap kerja walaupun dalam masa yang sama mengikuti pengajian luar kampus
di Universiti Putra Malaysia. Tapi master lain kerana komitmen seratus peratus ditagih untuk
menyiapkannya sehingga selesai.

Haarshini : “Macam mana dengan pelajaran kau setakat ini?”

Raadhika : “Semuanya baik dan tak ada masalah. Aku juga dapat memberikan komitmen
pada kerja dan belajar dalam satu masa.”

Haarshini : “Sekarang bolehlah kau cakap sebab kerja tak banyak lagi... Bila kerja dah
banyak nanti dan kena siap cepat tambah pulak waktu tu peperiksaan dah nak
dekat barulah kau pening kepala... Fikir pasal kerja fikir lagi pasal baca buku,”

(Haarshini tersenyum)

Seperti biasa dia memgambil apa yang dikatakan Haarshini itu sebagai cabaran dan pencetus
semangat. Untuk membuktikan yang dia mampu menjadi pelajar cemerlang dengan
mengambil pengajian luar kampus. Apa yang dikatakan Haarshini itu memang tidak dapat
dinafikan. Macam- macam kerja baru yang datang. Kerja yang lama belum siap lagi.
BABAK 10. EXT. KAWASAN KAMPUS – SIANG

Hari demi hari bulan demi bulan tahun demi tahun. Pejam celik pejam celik sedar-sedar dia
telah berjaya menamatkan pengajian dengan memperolehi Ijazah Kelas Pertama dan
menerima anugerah sebagai pelajar cemerlang.

Raadhika : “Akhirnya, Ibu. Saya dah pun dapat ijazah. Sepertimana yang saya impikan
selama ini,” (suara yang penuh gembira)

Setelah menerima ijazah dan anugerah sebagai cemerlang dalam majlis koncokesyen yang
diadakan di Universiti Putra Malaysia.

Ibu Raadhika : “Ibu pun tumpang gembira dengan kejayaan kamu. Inilah hasil yang kamu
dapat daripada penat lelah dan pengorbanan kamu selama ini,”

Selain daripada ibunya, pensyarahnya juga turut tumpang gembira dengan kejayaan yang
telah diperolehinya itu.

Pensyarah : “Tahniah, Raadhika!”

(sambil mengangguk-anggukkan kepala dan berjabat tangan dengan Raadhika)

Pensyarah : “Memang saya dah duga... Sejak dari awal semester lagi awak telah
menunjukkan prestasi yang cemerlang... Anugerah ini sewajarnyalah menjadi
milik awak... Inilah habuan yang awak dapat. Hasil daripada usaha keras awak
selama ini,”

Raadhika : “Terima kasih, Dr… Dengan segala nasihat dan tunjuk ajar yang Dr. berikan
saya telah Berjaya mendapat kejayaan sepertimana pada hari ini… Saya tak
tahu macam mana hendak mebalas segala budi baik dan jasa Dr. hanya Tuhan
sajalah yang akan membalas kebaikan yang telah Dr. lakukan pada saya,”

Pensyarah : “Itu sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai pensyarah. Untuk


memastikan pelajaran pelajar saya di universiti berjaya… Memandangkan
awak begitu cemerlang dalam pelajaran saya cadangan supaya awak
menyambung dalam peringkat master pula,”

Raadhika : “Master?”

Pensyarah : “Ya! Ini untuk meningkatkan lagi kecemerlangan dan menambahkan lagi ilmu
pengetahuan awak,”

Raadhika : “Saya nak ambil tajuk apa, Dr?” (dengan penuh minat)
Pensyarah : “Awak ambil tajuk tentang komunikasi… Saya akan jadi penyelia… Saya
yakin… Dengan keputusan cemerlang yang awak dapat dalam pengajian luar
kampus awak mampu untuk meneruskan pengajian dalam peringkat master
pula,”
BABAK 11. EXT. BILIK PEJABAT RAADHIKA – SIANG (sambungan)

Dengan peransang dan dorongan daripada pensyarahnya dia menyambung pula pengajian
di peringkat master sehingga selesai. Sementara itu Haarshini berasa malu kerana selama ini
merendah-rendahkan kemampuannya untuk menyambung belajar lagi.

Haarshini : “Maafkan aku, Raadhika… Kerana selama ini memperkecilkan kau… Dengan
ijazah yang ada kau dah naik pangkat… Sekarang kau buat master pulak…
Tentu kau naik pangkat lagi…,”

(luahnya dalam nada suara yang perlahan)

Raadhika : “Sudahlah tu, Haarshini... Kau tak ada salah apa pun dengan aku… Satu hari
nanti kau akan naik pangkat juga… Rezeki naik pangkat ini Tuhan yang
menentukan,”

(sambil tersenyum dan memegang lembut bahu kawan sekerjanya itu yang tunduk
kebawah)

Perlahan-lahan Haarshini mengangkat semula muka dan mengangguk-angguk diam sambil


memandang wajah Raadhika. Sebagai tanda bersetuju dengan apa yang dikatakan kawan
sekerjanya itu. Mereka sama-sama masuk bekerja sebagai kerani di syarikat itu. Cuma
Raadhika sahaja sekarang yang naik pangkat sebagai pegawai atasan. Dia masih lagi kerani
walaupun sudah bekerja hampir 10 tahun.

Haarshini : “Aku dah ambil keputusan… Nak ikut macam kau sambung belajar lagi… Bila
ada ijazah nanti dapatlah aku naik pangkat… Itu pun kalau ada rezeki,”

Raadhika : “Aku sokong, Haashini,”

(Dia berasa amat gembira dan menepuk bahu kawan sekerjanya itu beberapa kali)

Raadhika : “Aku harapkan semoga cita-cita kau itu akan tercapai… Lagi satu walaupun
sekarang aku dah naik pangkat kau jangan bimbang… Aku tak akan berubah… Kau tetap
kawan aku… Sama-samalah kita bekerja dalam semangat satu pasukan… Demi untuk
syarikat ini,”
Dia masih lagi tersandar di kerusi sambil menengadah ke siling. Mengimbau kisah silam yang
baginya terlalu indah. Yang pernah dilaluinya pada suatu ketika dahulu. Seperti dikatakan
pensyarahnya ilmu ini perlu terus digali. Setelah memperolehi ijazah dan master dia
menyimpan hasrat untuk menyambung pengajian di peringkat PHD pula.

-TAMAT -

You might also like