Buku Kerja J3 Soalan Karangan Share

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 18

SOALAN KARANGAN CONTOH

PEPERIKSAAN UEC
PERKATAAN SINONIM BAGI KATA KUNCI
BIL. 关键词 KATA KUNCI
1. 原因 faktor, punca, sebab, pendorong 推动者, pencetus 引起的
2. 后果 kesan, akibat, impak 影响力, natijah 结果, risiko 风险,
implikasi
3. 措施 langkah, cara, strategi 策略, usaha 努力, tindakan 举动,
kaedah
4. 好处、优势 kebaikan, faedah, manfaat, kepentingan, kesan positif,
kelebihan, keutamaan
5. 坏处、缺点 kelemahan, kekurangan, keburukan, kesan negatif,
kepincangan
PERKATAAN SINONIM BAGI KATA KUNCI
BIL. 关键词 KATA KUNCI
6. 障碍、困难 masalah, halangan, cabaran 挑战, rintangan, krisis 危机,
konflik 冲突, kekangan 约束, kesukaran, kemusykilan,
ancaman 恐吓, kerenah 要求(很多)
7. 目标 objektif, matlamat, tujuan
8. 功能 peranan 角色, fungsi, tugas 任务, tanggungjawab 责任
9. 特点 ciri, kriteria 标准, syarat 条件, sifat, bentuk
10. 教训 、榜样 mesej, pengajaran, teladan, iktibar
11. 贡献 sumbangan, jasa, pengorbanan
12. 情况 situasi, keadaan, fenomena 现象, senario方案, suasana
13. 需求 kehendak, keperluan, keinginan
KERTAS MODUL 1 BUKU KERJA MS 84
1. Ibu bapa anda telah mengadakan majlis sambutan hari lahir untuk datuk
anda yang berusia 80 tahun di rumah. Anda sekeluarga dan saudara
terdekat telah bekerjasama untuk membuat persiapan untuk memeriahkan
suasana pada hari itu. Gambarkan suasana majlis sambutan hari lahir datuk
anda.
2. Anda merupakan pegawai kesihatan yang telah dijemput ke sebuah sekolah
untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Langkah-Langkah untuk
Mengatasi Masalah Obesiti dalam Kalangan Pelajar”. Sediakan teks ceramah
anda selengkapnya.
3. Semangat perpaduan harus diamalkan oleh masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum. Bincangkan kepentingan semangat perpaduan kepada
negara.
KERTAS MODUL 1 BUKU KERJA MS 84
4. Anda dan kawan, Omar sedang berbual-bual tentang perbuatan membakar
mercun pada musim perayaan sementara menunggu Ranjit di perhentian
bas. Tulis perbualan anda dengan Omar selengkapnya.

5. Anda menerima sepucuk surat daripada sahabat baik. Sahabat baik anda
ingin tahu tentang cara-cara seorang anak dapat berkomunikasi dengan
baik dengan ibunya. Balas surat sahabat baik anda itu.
Anda dikehendaki menggunakan nama dan alamat pengirim seperti yang
diberikan.
Ho Kit Ying
3, Jalan Tun Ismail,
Taman Orkid Desa,
72030 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
BUKU KERJA MS 84
1.父母要为80岁的爷爷在家庆祝生日。您一家人和亲
戚合作做准备庆祝生日会。形容生日宴会的情况。
2.您是卫生官员,您被邀请到学校演讲解决在学生当
中肥胖问题的方法。
3.大马人民各族间需要实践团结精神。讨论团结精神
对于国家的重要性。
4.聊天关于在节庆时烧鞭炮的举动。
5.您从您的好朋友那里收到一封信。您的好朋友想知
道关于孩子好好地和他妈妈沟通的方法。回复您朋
友的信。pengirim (寄信人)penerima (收信人)
KARANGAN CONTOH FORMAT CERAMAH
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua,
guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi. Selamat sejahtera saya ucapkan.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas jemputan
pihak sekolah kerana saya diberi peluang untuk menyampaikan ceramah pada
hari ini. Tajuk caramah saya pada hari ini ialah “Langkah-Langkah untuk
Mengatasi Masalah Obesiti dalam Kalangan Pelajar”.

Hadirin yang saya muliakan,

Para hadirin,

Sekian, terima kasih.


KARANGAN CONTOH FORMAT SYARAHAN
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi
bijaksana, Tuan Pengetua, guru-guru dan rakan sekalian. Selamat sejahtera
saya ucapkan. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah “______________”.

Hadirin yang saya muliakan,

Para hadirin,

Sekian, terima kasih.


KARANGAN CONTOH FORMAT PERBUALAN / DIALOG
Pada suatu hari, saya dan Omar sedang menunggu Ranjit di perhentian
bas. Kami berdua sedang berbual-bual tentang perbuatan membakar mercun
pada musim perayaan.

Jalil : Omar, semalam adakah kamu menonton berita?


Omar : Ada. Saya tahu kamu ingin bercerita tentang kejadian ngeri yang
berlaku akibat perbuatan membakar mercun, betul?
➢ sedih, mangsa cedera parah, terkorban, sikap manusia yang tidak
mematuhi undang-undang, kerajaan mengenakan hukuman berat,
menguatkuasakan 实行 undang-undang, kempen kesedaran, polis
mengambil tindakan membuat rondaan 巡逻

Selepas Ranjit tiba di perhentian bas, bas pun sampai. Kami bertiga
pun menaiki bas untuk pergi ke sekolah.
KARANGAN CONTOH FORMAT SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI
Ho Kit Ying
3, Jalan Tun Ismail,
Taman Orkid Desa,
72030 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

22 Oktober 2022.

Menemui sahabatku, Zahira yang berada di Taiping, Perak. Semoga saudari


dalam keadaan sihat di samping keluarga tersayang.

Saudari,
KARANGAN CONTOH FORMAT SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI
Apa khabar saudari? Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja. Saya
telah menerima surat saudari sejak dua hari yang lalu. Dalam surat tersebut,
saudari ingin mengetahui cara-cara seorang anak dapat berkomunikasi dengan baik
dengan ibunya. Oleh itu, saya akan berkongsi pendapat saya tentang perkara ini.

➢ berbincang dengan ibu apabila menghadapi masalah, bersabar, melancong


bersama, bertoleransi, aktiviti keluarga seperti berkelah, tidak
menimbulkan kemarahan ibu

Sekian sahaja coretan pada kali ini. Moga-moga cara yang saya kongsikan
dapat membantu saudari. Saya berharap kita dapat berjumpa pada masa yang akan
datang. Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada saya.

Sahabatmu / Yang benar,


Ho Kit Ying
KERTAS MODUL 2 BUKU KERJA MS 104
1. Anda dan rakan-rakan anda sedang berbasikal ke sekolah. Semasa dalam
perjalanan, anda ternampak seorang lelaki tua yang melintasi jalan raya
itu terjatuh. Ceritakan tindakan-tindakan anda dan rakan-rakan anda
untuk membantu orang tua itu.
2. Belakangan ini, hutan di Malaysia mengalami kemusnahan akibat kegiatan
pembalakan haram. Pada pendapat anda, apakah faedah hutan kepada
manusia?
3. Isu sama ada para pelajar boleh atau tidak boleh membawa telefon
bimbit ke sekolah hangat dibincangkan oleh semua pihak. Huraikan kesan
penggunaan telefon bimbit di sekolah kepada para pelajar.
KERTAS MODUL 2 BUKU KERJA MS 104
4. Sekolah anda telah mengadakan Hari Kantin baru-baru ini. Anda selaku
setiausaha Persatuan Kerjaya ditugaskan untuk menulis laporan tentang
aktiviti tersebut. Tulis laporan itu selengkapnya.

5. Anda sebagai Pengerusi Persatuan Penduduk diminta menulis sepucuk


surat kepada pihak berkuasa tempatan tentang keadaan simpang jalan di
kawasan perumahan anda. Keadaan simpang jalan itu sering mengundang
masalah serius kepada penduduk. Tulis surat anda selengkapnya.
Anda dikehendaki menggunakan nama dan alamat pengirim seperti yang
diberikan.
Encik Loh Kim Huat,
No. 3, Jalan Damai Indah 1,
Bandar Damai Indah,
56000 Cheras,
Wilayah Persekutuan.
BUKU KERJA MS 104
1. 您和朋友骑脚车去学校。在路途中,您看到一名年老的男
子在过马路时跌倒了。叙述您和朋友帮助那名老人的举动。
2. 最近,马来西亚的森林因为非法砍伐活动而面临毁灭。您
的意见,森林对人类有什么好处。
3. 课题关于学生们是否能够带手机到学校热烈的被所有人讨
论。说出在学校学生们使用手机的后果。pihak 方(部门)
pihak sekolah 校方 pihak polis 警方
4. 您的学校最近举办食堂日(义卖会)。您身为事业学会的
秘书被委任写这项活动的报告。
5. 您身为村民学会的主席被要求写一封信给有关单位(警察
或者市政厅)关于在您住家路口的情况。交叉路口的情况
经常引来严重的问题给人民。
KARANGAN CONTOH FORMAT SURAT KIRIMAN RASMI
Encik Loh Kim Huat,
No. 3, Jalan Damai Indah 1,
Bandar Damai Indah,
56000 Cheras,
Wilayah Persekutuan.
_________________________________________________________

Yang Dipertua 地方政府主席


Majlis Perbandaran Kajang,
Bandar Damai Indah,
56000 Cheras,
Wilayah Persekutuan. 17 NOVEMBER 2021.

Tuan,
KARANGAN CONTOH FORMAT SURAT KIRIMAN RASMI
Aduan tentang Keadaan Simpang Jalan di Bandar Damai Indah

Merujuk kepada perkara di atas, saya Loh Kim Huat sebagai pengerusi
Persatuan Penduduk Bandar Damai Indah ingin membuat aduan tentang
keadaan simpang jalan di kawasan perumahan kami. Tujuan saya
melaporkan perkara ini adalah kerana masalah ini telah menimbulkan
kesulitan dan ketidakselesaan dalam kalangan penduduk di Bandar Damai
Indah.

➢ simpang jalan tiada papan tanda 路牌 (告示牌), jalan utama banyak


kenderaan lalu-lalang, kesesakan lalu lintas, ketiadaan lampu
isyarat, perlanggaran pernah berlaku, kejadian kemalangan jalan raya.
KARANGAN CONTOH FORMAT SURAT KIRIMAN RASMI
6. Kami amat berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan
yang sewajarnya untuk menyelesaikan masalah yang sentiasa menghantui
kehidupan penduduk di sini. Kami amat berterima kasih atas kerjasama
yang akan diberikan oleh pihak tuan.

Yang benar,
______________
(LOH KIM HUAT)
Pengerusi Persatuan Penduduk,
Bandar Damai Indah.
TAMAT

You might also like