Hari 1 - Lelaki Yang Hening

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

HARI 1

Lelaki yang Hening


… hendaklah seperti orang yang tahu tapi pendiam.3

Dalam Alkitab, tidak tercatat satu kata pun yang pernah diucapkan oleh St Joseph. Dia betul-
betul senyap. Dia adalah Lelaki yang Hening, dan keheningan ini sepatutnya menarik perhatian
kita. Mudah untuk kita melihat keheningan St Joseph dan berhenti untuk bercakap mengenainya,
untuk berfikir bahawa bapa pemelihara Yesus hanyalah watak kecil dalam sejarah penyelamatan.
Kita boleh berfikir, oleh kerana St Joseph senyap maka dia tidak tahu apa yang sedang berlaku,
dan tidak menyedari misteri-misteri di sekelilingnya. Tetapi saya menjemput anda agar tidak
tertipu oleh kerana keheningannya. Keheningan St Joseph sepatutnya berkata dengan kuat
kepada kita.

Sepuluh perkara yang St Joseph tahu

Apakah perkara-perkara yang St Joseph tahu mengenai misteri-misteri di sekelilingnya? Jika kita
melihat kepada Kitab Suci, cukup jelas bahawa dia tahu banyak perkara. Berikut adalah sepuluh
perkara yang St Joseph tahu:

1. St Joseph tahu bagaimana untuk dibimbing oleh Allah. Lebih dari sekali, seorang
malaikat melawat tukang kayu yang rendah hati ini di dalam mimpi. St Joseph
tidak merespon mimpi-mimpi itu dengan rasa terganggu, keliru atau bingung. Dia
hanya melakukan apa yang diperintahkan kepadanya.

2. St Joseph tahu bahawa sebuah rancangan syurgawi sedang terlaksana. Allah


bukan sahaja mengarahkan kehidupan St Joseph, tetapi juga menggenapi janji-
Nya mengenai penyelamatan kepada semua orang. Melalui bimbingan malaikat-
malaikat, St Joseph dapat melihat bahawa sebuah karya agung Allah sudah
dimulai.

…………………………………………………………………………………………………

3 Sirakh 32:8
3. St Joseph tahu bahawa Yesus dikandung dari Roh Kudus. Dalam sebuah mimpi,
dia diberitahu oleh seorang malaikat, “sebab anak yang di dalam kandungannya
adalah dari Roh Kudus.”4 Misteri ini hanya diungkapkan kepada beberapa orang
sahaja. Sepanjang hidup Yesus, semua orang menganggap bahawa Dia adalah
anak kandung Maria dan Joseph. Realiti yang mengagumkan iaitu Yesus
dikandung dari Roh Kudus disembunyikan daripada hampir kesemua orang, tetapi
tidak bagi St Joseph.

4. St Joseph tahu bahawa Anak itu akan menyelamatkan umat Allah. Perkara ini
juga diungkapkan kepada bapa pemelihara Yesus di dalam sebuah mimpi. “Ia
akan melahirkan anak laki-laki dan engkau akan menamakan Dia Yesus, karena
Dialah yang akan menyelamatkan umat-Nya dari dosa mereka.”5

5. St Joseph tahu bahawa Anak itu mempunyai sebuah misi yang agung. Misi Yesus
diperjelas sewaktu Dia dikandung dan selepas kelahiran-Nya; misi itu disahkan
apabila Dia dipersembahkan di Bait Allah. Simeon dan Hana mengumumkan
identiti dan misi Juruselamat yang baru lahir itu. 6 St Lukas memberitahu kita
bahawa “… bapa serta ibu-Nya amat heran akan segala yang dikatakan tentang
Dia.7

6. St Joseph tahu bahawa Anak itu datang untuk semua orang. Dia datang bukan
hanya untuk menjadi Juruselamat kapada Umat Pilihan, tetapi seperti yang
Simeon telah katakan, “…terang yang menjadi penyataan bagi bangsa-bangsa
lain...”8 “Bangsa-bangsa lain” bermakna semua orang. St Joseph tahu bahawa
orang yang bekerja di sampingnya dalam kedai pertukangan kayunya bukanlah
sembarangan orang.

…………………………………………………………………………………………………

4 Matius 1:20
5 Matius 1:21
6 Lukas 2:25 – 38
7 Lukas 2:33
8 Lukas 2:32
7. St Joseph tahu bahawa ramai yang menantikan kedatangan Mesias termasuklah
Herodes. Apabila Orang Majus datang kepada Herodes untuk mencari Raja Orang
Yahudi, “maka dikumpulkannya semua imam kepala dan ahli Taurat bangsa
Yahudi, lalu dimintanya keterangan dari mereka, di mana Mesias akan
dilahirkan.”9 Seluruh Yerusalem mengharapkan kedatangan Mesias.10 Seorang
Malaikat muncul kepada Joseph dalam sebuah mimpi dan memberitahunya untuk
lari ke Mesir kerana Herodes hendak membunuh anak itu. 11 Adakah suami
Perawan Maria tahu bahawa Anak yang dipercayakan kepadanya adalah sungguh-
sungguh Mesias yang berkenaan? Besar kemungkinannya dia tahu.

8. St Joseph mengenal Bonda Maria dengan baik. Dia adalah suaminya. Mereka
tidak hanya berkongsi kehidupan harian, tetapi mereka juga berjalan bersama
dalam iman. Bonda Maria adalah Yang Dikandung Tanpa Noda, manusia yang
dipenuhi dengan rahmat terbesar yang pernah dicipta. Sebagai suaminya, St
Joseph merupakan orang yang Bonda Terberkati kongsikan suka dan duka serta
renungan di hatinya. Bayangkan keistimewaan berkongsi hidup dengan Perawan
Maria.

9. St Joseph mengenal Yesus dengan baik. Dia adalah lelaki yang terdekat dengan
Yesus. Sebagai bapa duniawi-Nya, dia hadir apabila Juruselamat kita dilahirkan.
Dia selalu memegang Anak Ilahi itu di lengannya, dekat dengan hatinya. Dia
menyediakan makanan untuk Dia yang akan memberi makan kepada ribuan orang
yang kelaparan. Dia membantu-Nya untuk belajar berjalan dan mengajarkan-Nya
mengenai perusahaan pertukangan kayu. St Joseph mempunyai keistimewaan
untuk hidup dan bekerja dengan Juruselamat!

10. St Joseph tahu pengajaran-pengajaran Tuhan kita. Tukang kayu yang rendah hati
itu diajar sendiri oleh Tuhan. Sewaktu Yesus diketemukan di Bait Allah semasa
berumur duabelas tahun, Dia sedang mengajukan soalan-soalan, yang mana ini
merupakan cara bangsa Yahudi mengajar. Daripada sekadar memberitahu
perkara-perkara kepada muridnya, sang guru menanyakan soalan-soalan untuk
membuka minda muridnya kepada kebenaran yang ingin disampaikannya.Yesus

…………………………………………………………………………………………………

9 Matius 2:4
10 Matius 2:3
11 Matius 2:13
adalah Guru Ilahi. Penemuan Tuhan kita di Bait Allah menandakan permulaan
pelayanan Yesus untuk mengajar. Sejak berumur duabelas tahun sehinggalah
Yesus memulai pelayanannya secara publik, Joseph dan Maria duduk dekat kaki
Tuhan dan menerima pengajaran Ilahi-Nya. Joseph dipenuhi dengan
kebijaksanaan Syurgawi Tuhan kita.

Jadi, apakah yang diketahui oleh Lelaki yang Senyap ini? Bersama dengan Perawan Maria
Terberkati, mungkin Joseph juga tahu banyak perkara mengenai rencana Allah untuk
keselamatan berbanding sesiapa pun. Terdapat pertentangan yang tertentu di antara apa yang
Joseph tahu berbanding dengan kesenyapannya. Keheningan inilah intisari misinya.

Keheningan merupakan sebahagian daripada misi unik sang tukang kayu yang rendah hati ini.
Tidak seperti para rasul, yang dipanggil untuk menjadikan Yesus dikenali di dunia, misi St
Joseph adalah untuk menyembunyikan Anak itu, menyelubungi dan melindungi Yesus
sehinggalah saat-Nya tiba. Joseph harus menyembunyikan Yesus daripada Herodes yang
berusaha membunuh-Nya. Selama masa kanak-kanak-Nya, Joseph terus merahsiakan identiti
Yesus sehinggalah pada hari Dia menyatakan diri-Nya. Dia menyempurnakan misinya dengan
baik kerana sebaik sahaja Yesus memulakan pelayanan publik-Nya, orang bertanya, “Bukankah
Ia ini anak tukang kayu?”12 Untuk misi ini, Allah memilih dan mempersiapkan seseorang yang
dapat menjaga keheningan. Menjadi senyap dan mengalihkan perhatian orang lain daripada
dirinya merupakan karisma utama St Joseph. St Joseph adalah Lelaki yang hening.

St Joseph dan misinya telah dipragambarkan dalam Perjanjian Lama. Tabut Perjanjian memberi
kita satu bayangan mengenai ketua keluarga ini. Semasa Umat Pilihan mengembara keluar dari
Mesir ke Tanah Perjanjian, Musa diarahkan oleh Tuhan untuk membina Tabut Perjanjian. Tabut
Perjanjian itu merupakan sebuah bejana emas yang menyimpan tongkat Harun, batu-batu tulis
yang bertuliskan Sepuluh Hukum Allah dan sebuah balang berisi manna.13 Dengan cara yang
misterius, ia juga merupakan tempat kehadiran Allah di antara Umat-Nya. Kehadiran Allah
dalam Tabut Perjanjian itu mempragambarkan Yesus, yang adalah Emmanuel, “…Allah beserta
kita.”14 Bejana emas itu menggambarkan Bonda Maria, bejana pilihan Allah yang membawa
Yesus di dalam rahimnya. Dia adalah Tabut Perjanjian yang Baru. Tabut Perjanjian itu
mempunyai selubung, tersembunyi daripada penglihatan manusia oleh sebuah khemah. Siapakah
khemah itu? St Joseph. Dialah yang menyelubungi, dia yang menyembunyikan Mesias itu
sehinggalah saat Dia menyatakan diri-Nya.

…………………………………………………………………………………………………

12 Matius 13:55
13 Ibrani 9:4
14 Matius 1:23
St Joseph, Lelaki yang Hening, doakanlah kami!

Memorare kepada St Joseph

Ingatlah, ya Suami Perawan Maria yang termurni, pelindungku yang terkasih, Santo Joseph,
belum pernah terdengar bahawa seorang pun yang mohon pertolonganmu dibiarkan seorang diri
tanpa penghiburan.
Terdorong oleh keyakinan ini, aku datang kepadamu, dan dengan segala hasrat hatiku, aku
mempercayakan diriku kepadamu. Janganlah menolak doaku, ya Bapa Pengasuh Juruselamat
kami, melainkan dengan penuh belas kasih dengarlah dan jawablah doaku. Amen.

Bapa Kami, Salam Maria, Kemuliaan…

You might also like