Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TRANSFORMASI SEKOLAH TS25

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada


usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian
murid dan sekolah berkualiti. 
Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya
mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan
kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran
(PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. 
TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;

 Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan


 Disokong  kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
  Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
 Komitmen komuniti yang padu 

Latar Belakang dan Objektif Program Transformasi Sekolah. 


Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana
Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan cadangan pelaksanaan TS25
KPM. Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah; 

 Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik;


 Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang
komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta
pembimbing kepimpinan; dan
 Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan
mengutamakan kemenjadian murid.
Matlamat dan Teras TS25 
Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM
telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua
sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu ;

 Memantapkan kepimpinan sekolah


 Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti
pembelajaran dan pengajaran
 Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan
demi kejayaan murid 

Matalamat Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha


ke arah melahirkan modal insan unggul melalui, yang akan dicapai menerusi
transformasi dalam lima teras yang berikut; 

 Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan


 Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
 Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
 Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
 Komitmen komuniti yang padu.

You might also like