Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Modul 6.

1_Aktiviti 2: Merancang PdP-KmR

Aktiviti 2 : Memindahkan Maklumat ke Dalam Templat


Perancangan PdP – KmR

Perancangan PdP-KmR Peringkat 1: Hasil Diharapkan


Lengkapkan maklumat bagi setiap mata pelajaran dalam kotak di bawah:

Peringkat 1: Hasil Diharapkan (Desired Result)

Hasil Pembelajaran (G):


SEJARAH :
Murid dapat menyatakan pelbagai kaum di Malaysia
SENI :
Murid dapat mengaplikasikan bahasa seni visual pada karya diorama dalam bidang
membentuk dan membuat binaan melalui media dan teknik binaan
BAHASA MELAYU :
Murid dapat bertutur untuk menyampaikan hujah dengan kritis dan kraetif.

Kriteria Kejayaan:
Murid dapat :
SEJARAH :
Menyatakan 5 kaum utama di Malaysia.
SENI :
Menyatakan 5 unsur seni visual yang diaplikasikan dalam pembinaan diorama.
BAHASA MELAYU :
Menyampaikan maklumat tersurat dan tersirat.

Kefahaman ( U ): Soalan Pencetus Idea - Essential Questions (Q):

1
Modul 6.1_Aktiviti 2: Merancang PdP-KmR

Murid akan memahami tentang …


SEJARAH :
1. Mengapakah kita perlu mengetahui dan
mengenali jenis-jenis kaum yang terdapat di
negara kita?
PESTA PAKAIAN KAUM MALAYSIA
2. Mengapakah kita perlu menghormati di antara
sesama kaum?
SENI :
1. Bagaimana kita boleh menggambarkan pelbagai
kaum di Malaysia dalam diorama?
2. Apakah unsur seni yang dapat dihasilkan dalam
pembinaan diorama?
BAHASA MELAYU :
1.Apakah kepentingan memupuk perpaduan
sesama kaum?
2. Bagaimanakah cara memupuk perpaduan dalam
kalangan pelbagai kaum di negara kita?

Pengetahuan ( K ): Kemahiran ( S ):
Murid mengetahui … Murid boleh membuat/melakukan ...

SEJARAH: SEJARAH :
Kaum di Malaysia berdasarkan pakaian. Melakukan akvititi mencari gambar pakaian
SENI: unsur seni visual yang dapat berdasarkan kaum di Malaysia.
diaplikasikan dalam membentuk SENI : mengumpul bahan yang diperlukan
diorama. BAHASA MELAYU : memberi pendapat tentang
BAHASA MELAYU: kepentingan cara-cara memupuk perpaduan dalam kalangan
perpaduan kaum. masyarakat Malaysia.

2
Modul 6.1_Aktiviti 2: Merancang PdP-KmR

Peringkat 2: Bukti Pentaksiran (Assessment Evidence)

Tugasan Pembelajaran (Task) / Kaedah Bukti (Evidence) / Instrumen


Pentaksiran Pentaksiran

SENI

Tugasan : Berasaskan projek –


1. Pengumpulan bahan yang diperlukan. a) Hasil kerja murid
2. Membuat aktiviti seni. b) Rakaman aktiviti bergambar

Kaedah Pentaksiran:
Pemerhatian : Murid menjalankan aktiviti seni

 Gunting dan lekat (Kolaj)


 Gosokan
 Tiupan
 Mewarna cat air

SEJARAH

Tugasan: Pengumpulan pakaian kaum Pelaksanaan tugas


Malaysia. Rakaman bergambar dan video

Kaedah Pentaksiran:
Lisan - pembentangan murid
Bertulis - laporan tugasan murid

BAHASA MELAYU

3
Modul 6.1_Aktiviti 2: Merancang PdP-KmR

Tugasan : Bertutur tentang kaum di Malaysia Pembentangan hasil perbincangan


dan menyatakan cara-cara memupuk kumpulan.
perpaduan kaum.

Kaedah Pentaksiran:
Pemerhatian – semasa murid memberi
pendapat dalam kumpulan
Lisan – sesi soal jawab dan perbincangan
Bertulis – cara-cara memupuk perpaduan kaum

Peringkat 3: Pelan Pembelajaran – Dirancang menggunakan Prinsip


WHERETO
SEJARAH

Aktiviti Pembelajaran (L):


1. Murid menonton vedio youtube kaum di Malaysia (Hook)
2. Murid diberi penjelasan oleh guru tentang kaum di Malaysia. (Where)
3. Murid berbincang bersama rakan sekumpulan bagi mendapatkan maklumat berkaitan
pakaian kaum di Malaysia. (Equip)
4. Guru menyediakan alatan dan bahan sejarah yang diperlukan bagi meningkatkan
kemahiran dan tahap kefahaman murid. (Tailored)
5. Guru membimbing murid menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa aktiviti pemilihan
kaum di Malaysia. (Rethink)
6. Murid diberikan tempoh masa untuk menjalankan aktiviti mengumpul pakaian kaum di
Malaysia. (Organized)
7.Murid diberi peluang untuk membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing. Hasil
kerja projek dinilai berdasarkan maklum balas rakan sebaya dan komen guru. Hasil pelaporan
bagi perkembangan murid dimaklumkan kepada murid dan ibubapa . (Evaluate)

SENI

4
Modul 6.1_Aktiviti 2: Merancang PdP-KmR

Aktiviti Pembelajaran (L):


1. Murid menonton video youtube tentang unsur kesenian dalam pembinaan diorama. (Hook)
2. Guru menjelaskan unsur-unsur kesenian yang boleh diaplikasikan dalam pembinaan
diorama (Where)
3. Murid berbincang bersama rakan sekumpulan bagi menjalankan aktiviti kesenian. Murid
meneliti bahan-bahan yang diperlukan semasa menjalankan aktiviti kesenian.
(Equip)
4. Guru menyediakan alatan seni yang murid perlukan supaya tiada keciciran bahan semasa
aktiviti kesenian dijalankan.(Tailored)
5. Murid sentiasa berhubung dengan guru untuk mendapatkan bimbingan dan komen
terhadap aktiviti kesenian yang dijalankan supaya murid dapat menyemak kefahaman dan
membuat pembetulan sekiranya perlu. (Rethink)
6. Murid diberikan tempoh masa untuk membina dan merekabentuk diorama. (Organized)
7.Murid diberi peluang untuk membentangkan pembinaan diorama berdasarkan maklum
balas rakan sebaya dan komen guru. Hasil pelaporan bagi perkembangan murid
dimaklumkan kepada murid dan ibubapa . (Evaluate)

BAHASA MELAYU

Aktiviti Pembelajaran (L):


1. Murid mendengar lagu “Saya anak Malaysia”. Kemudian, murid menyatakan maklumat
yang diperoleh dari lirik lagu. ( where )
2. Murid melihat video tentang aktiviti yang boleh memupuk perpaduan kaum. ( hook )
3. Murid membaca sambil menggaris isi-isi penting dalam petikan (Bersoal jawab secara
bertumpu dan bercapah berdasarkan petikan). ( equip )
4. Murid melengkapkan peta pemikiran tentang cara memupuk perpaduan kaum. ( rethink )
5. Murid menyenaraikan isi-isi penting yang terdapat dalam petikan melalui perbincangan
secara kelas .( evaluate )
6. Secara berkumpulan, murid memberi pendapat tentang cara-cara memupuk perpaduan
kaum dengan menggunakan maklumat yang diperoleh dari petikan dan perbincangan dalam
kumpulan.( tailored )
7. Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas ( lakaran dan
paparan isi dalam peta pemikiran ). Kemudian, menulis karangan dalam buku latihan
masing-
masing.( organised )

5
Modul 6.1_Aktiviti 2: Merancang PdP-KmR

You might also like