Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

KERTAS KERJA PERTANDINGAN

CABARAN UNIT BERUNIFORM (FASA 1) 2022


SMK TAMAN KOTA KULAI
KERTAS KERJA PERTANDINGAN CABARAN UNIT BERUNIFORM (FASA 1) 2022
SMK TAMAN KOTA KULAI

1. PENDAHULUAN

Pertandingan Cabaran Unit Beruniform merupakan satu aktiviti atau acara yang
diadakan sebagai satu kesinambungan daripada aktiviti kokurikulum mingguan sekolah. la
bertujuan untuk menggalakkan murid-murid aktif dalam bidang kokurikulum disamping
memberi ruang kepada murid-murid menimba pengalaman dan pengetahuan sebanyak mungkin di
sekolah.

2. ANJURAN

Unit Kokurikulum & Pengakap SMK Taman Kota Kulai

3. OBJEKTIF

Antara objektif aktiviti ini ialah seperti berikut :

3.1. Memupuk semangat bersatu padu dan berkerjasama dalam satu kumpulan dalam unit
beruniform.

3.2. Melahirkan murid yang berdedikasi dan berketerampilan serta mampu menjadi pemimpin yang
berkaliber.

3.3. Menyediakan platform tambahan kepada murid-murid yang berminat untuk lebih aktif dalam
bidang kokurikulum menjalani kepelbagaian aktiviti.

3.4. Memberi penghargaan kepada murid-murid yang mencapai kecemerlangan dalam aktiviti
kokurikulum.

4. KUMPULAN SASARAN

Melibatkan semua unit beruniform SMK Taman Kota Kulai sesi pagi dan sesi petang.

5. CADANGAN TARIKH, TEMPAT DAN MASA

Tarikh : Fasa 1 bermula pada perjumpaan unit beruniform bulan Julai 2022

Tempat berkumpul : Wakaf Kota / Dataran Harmoni


6. CADANGAN AKTIVITI

Cabaran Unit beruniform ini berbentuk explore race yang mana setiap kumpulan yang terdiri daripada
8 orang ahli akan bergerak ke tempat-tempat tertentu dalam kawasan sekolah untuk mendapatkan
maklumat bagi mengisi jawapan pada helaian soalan yang diberikan. setiap ahli kumpulan perlu
memberikan kerjasama mengikut kesesuaian keperluan kumpulan dalam menyelesaikan aktiviti ini.
Di akhir aktiviti, lima Kumpulan terpantas menyelesaikan soalan yang diberikan dengan betul akan
dikira sebagai pemenang.

7. PERATURAN PERTANDINGAN

Akan disampaikan oleh penganjur aktiviti sebelum pertandingan.

8. ANGGARAN BELANJA MENGURUS

Bil. Perkara kuantiti Anggaran harga seunit


1. Hadiah pemenang 10 kumpulan RM40.00
(sesi pagi & sesi petang)

JUMLAH RM400.00

9. SUMBER

Peruntukan Unit Kokurikulum SMK Taman Kota Kulai

10. PENUTUP

Adalah diharapkan agar aktiviti yang dirancang ini dapat dijalankan mengikut seperti ketetapan dan
berjaya mencapai objektif yang diharapkan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh, Diluluskan oleh,

...................................... ...................................... ......................................

( Shahrul Fatimi Bin Isa ) ( ) ( )


Pemimpin Pengakap
SMK Taman Kota Kulai

You might also like