Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SMK DARULAMAN

KOMPLEKS PENDIDIKAN JALAN STADIUM


05100 ALOR SETAR
KEDAH

KERTAS KERJA MENYELENGGARA NETWORKING SERTA MEMBUAT


PENGANTIAN PERALATAN YANG ROSAK

1 JULAI 2020
1.0 PENGENALAN
Sistem siaraya satu komponen penting di dalam pengurusan sesebuah
sekolah. Segala maklumat kepada pelajar-pelajar dan guru-guru dapat
disampaikan dengan adanya sistem siaraya yang berfungsi dengan baik.
Untuk memastikan sistem siaraya ini sentiasa berfungsi dengan baik,
penyelenggaraan perlulah dilakukan dari masa ke semasa. Kertas kerja ini
dibuat bertujuan untuk memperbaiki, membaikpulih dan menyelenggara
sistem siaraya di SMK Darulaman. Perkara ini adalah amat penting bagi
memastikan maklumat-maklumat dapat disampaikan kepada seluruh warga
sekolah. Dengan adanya sistem siaraya yang baik, pengurusan sekolah akan
menjadi lebih teratur dan cekap.

2.0 MATLAMAT
2.1 Memastikan sistem penyampaian maklumat sekolah lebih berkesan.
2.2 Memastikan alatan dan kemudahan siaraya sekolah sentiasa berfungsi
dengan baik.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memasukkan kebel sedia ada ke dalam paip untuk mengelakkan
kerosakan.
3.2 Membuat kepala network yang baharu.
3.3 Memasang Access Point di 2 lokasi kantin sekolah dan Dewan As-
Siddiq.
3.4 Menyambung talian internet ke surau SMK Darulaman.
3.5 Menyambung network dari bilik guru ke pejabat SMK Darulaman.

4.0 SASARAN
4.1 Makluman boleh didengari di seluruh kawasan sekolah.
4.2 Tiada gangguan teknikal semasa penggunaan sistem siaraya.

5.0 LOKASI PENAMBAHBAIKAN


5.1 Memasang Access Point di 2 lokasi kantin sekolah dan Dewan As-
Siddiq.
5.2 Menyambung talian internet ke surau SMK Darulaman.
5.3 Menyambung network dari bilik guru ke pejabat SMK Darulaman.
6.0 TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN
Tarikh cadangan : 6 - 7 Julai 2020
Tempat : SMK Darulaman
Masa : 8.00 pagi – 2.10 petang

7.0 PERBELANJAAN DAN SUMBER KEWANGAN


Bil Perkara Harga Kuantiti Jumlah
1. Network Kabel CAT5E UTP RM 165 1 RM165
2. Tp-Link Switch 8 TL-SF1005D RM 36 5 RM180
3 WHITE CABLE TIE RM3.68 1 RM3.68
4 YELLO CABLE TIE RM3.93 1 RM3.95
5 CABLE CLIP U-12MM RM3.40 2 RM6.80
6 CAT6 TEL PLUG RM0.80 20 RM16.00
7 20M PIPE RM1.60 25 RM40.00
8 20 U RM0.20 25 RM5.00
9 20 ELBOW RM0.40 15 RM6.00
10 13A SOKET RM5.00 1 RM5.00
11 MK PLUG RM6.00 1 RM6.00
12 3X3 RM0.50 1 RM0.50
13 PVC PIPE CUTTER RM23.00 1 RM23.00
14 ½” ELECTRIC TEE RM0.70 5 RM3.50
15 ¾” SPRING BENDER RM9.80 1 RM9.80
16 KNIGHT FIBER HAMMER RM15.00 1 RM15.00
17 22MM CABLE CLIP RM0.18 20 RM3.60
18 ACCESS POINT RM120.00 2 RM240.00
19 MAKAN DAN MINUMAN RM36.60 RM36.60
20 PAIP PVC 70
21 CABLE SPEAKER 1.5 290 x 6
22 HORN SPEAKER 20 INCI 1
23 DRIVER UNIT 1
24 WALL PLUG 3
JUMLAH RM1526.00

8.0 Sumber kewangan

Sumbangan diperolehi daripada PIBG SMK Darulaman


9.0 Penutup
Pemantapan sistem penyampaian maklumat adalah perkara yang
sangat penting di sekolah. Dengan adanya sistem siaraya yang berfungsi
dengan baik, pengurusan sekolah akan menjadi lebih mudah dan ini
membantu mempertingkatkan lagi prestasi kerja di kalangan kakitangan
sekolah.
Sehubungan dengan itu, kami amat berbesar hati agar pihak tuan
dapat membantu menjayakan rancangan ini demi kepentingan warga SMK
Darulaman .Pertimbangan dan kerjasama pihak tuan untuk menjayakan
hasrat murni kami ini, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh Disokong oleh

…………………………..…………….… ……………………………………………...
(MUHAMMAD RIZAL BIN ARSHAD) (EN AMRUL HIDAYAT BIN SHAHBUDIN)
Setiausaha PIBG YDP
SMK Darulaman PIBG SMK DARULAMAN

Disahkan oleh,

_______________________

You might also like