Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK

7/119/2019 27 JULAI 2019

FATWA BERKENAAN SEMINAR DAN


CERAMAH EN. WAN HIZAM BIN ABDULLAH SABIL

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-


119/2019 yang bersidang pada 27 Julai 2019 telah memutuskan bahawa:

1. Ajaran yang dibawa oleh Wan Hizam bin Abdullah Sabil adalah SESAT dan
MENYELEWENG daripada ajaran Islam. Ciri-ciri penyelewengannya termasuklah:

a) menyifatkan Allah SWT dengan sifat kekurangan seperti mengatakan


bahawa Allah SWT itu sunyi dan berkehendak kepada penciptaan makhluk
untuk dia kenali.

b) mempercayai teori al-Faydh dengan mengatakan manusia merupakan


limpahan dari Allah SWT yang bertentangan dengan akidah Islam.

c) Menafsirkan ayat-ayat al-Quran tanpa berteraskan disiplin ilmu Tafsir dan


Ulum al-Quran. Contohnya mentafsir surah al-Fatihah.

2. Mana-mana orang hendaklah menjauhi ajaran Wan Hizam bin Abdullah Sabil
sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan satu (1) dan dilarang daripada
berpegang pada, mempercayai, menyebarkan atau mengamalkannya. Mana-mana
orang yang berpegang pada, mempercayai, menyebarkan atau mengamalkan ajaran
sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan satu (1) hendaklah bertaubat.

3. Tiada seorang pun boleh memiliki, menyimpan, menyebarkan, mengedarkan,


memuat naik, memuat turun, menggantungkan atau menerbitkan apa-apa poster,
buku, majalah, risalah atau apa-apa bacaan lain sama ada dicetak, ditaip, ditulis
tangan atau dikeluarkan dalam apa-apa bentuk keluaran atau ulangannya,
termasuklah filem, audio visual, rakaman laman sesawang, media cetak atau media
elektronik yang mengandungi ciri-ciri ajaran sebagaimana yang dinyatakan dalam
perenggan satu (1).

1
4. Tiada seorang pun boleh bersubahat dalam melakukan mana-mana perkara
yang dilarang dalam perenggan dua (2) dan tiga (3) .

Bertarikh 27 Julai 2019


MJKPHSWP Kali ke 119/2019

DATUK DR ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI


Pengerusi
Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak
Wilayah Persekutuan

You might also like