Persatuan Ragbi Kubang Pasu: Kertas Kerja Kejohanan Ragbi Langkawi 7'S EDISI 5 2022

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

PERSATUAN RAGBI KUBANG PASU

KERTAS KERJA
KEJOHANAN RAGBI LANGKAWI 7’s
EDISI 5 2022

1
KEJOHANAN RAGBI LANGKAWI 7’S

L
EDISI 5 2022

angkawi

202
2
TARIKH
02 HIINGGA 04 DISEMBER 2022

TEMPAT
LADA SPORTS COMPLEX,
KUAH, PULAU LANGKAWI.

ANJURAN
PERSATUAN RAGBI KUBANG PASU

2
ULASAN PENASIHAT
MENGENAI PROGRAM

TAJUK
PROGRAM KEJOHANAN RAGBI LANGKAWI 7’S EDISI 5 2022

TARIKH 02 HIINGGA 04 Tempat LADA SPORTS COMPLEX, KUAH, PULAU


PROGRAM DISEMBER 2022 LANGKAWI.
Ulasan Penasihat:
Perkembangan sukan ragbi di Malaysia tidaklah sehebat bolasepak, di mana kita dapat
saksikan rakyat Malaysia lebih dekat di hati mereka dan lebih mengenali pemain bolasepak
berbanding pemain ragbi Malaysia. Malah, gaji dan elaun pemain ragbi pun masih jauh lebih rendah
daripada pemain bolasepak kita. Namun, jika kita saksikan perkembangan sukan ragbi seperti kelab
Saracens Kuala Lumpur, ianya adalah antara model terbaik dalam mencari bakat-bakat baharu dalam
sukan ragbi. Kelab-kelab lain seperti Cobra, KL Tigers juga merancakkan lagi arena pembangunan akar
umbi sukan ragbi negara. Apa yang menariknya kelab-kelab ini berfungsi dengan dana daripada tajaan
syarikat persendirian,
Maka dengan itu seharusnya sukan-sukan seperti ragbi atau sukan fizikal lain harus menjadi
agenda kerajaan yang mahukan rakyat mereka cergas dan cerdas dalam kehidupan seharian mereka.
Bukan sahaja bakat-bakat baharu dapat dicungkil malah sistem sokongan dalam industri sukan itu
turut boleh membawa anak-anak kita menjadi saintis sukan, penganalisis, perunding diet pemakanan
(dietician), jurulatih profesional mahupun semi-profesional, pengadil perlawanan dan banyak lagi
peluang-peluang yang boleh menjana kepakaran mereka bukan sahaja di Malaysia malah di luar
negara
Justeru, PERSATUAN RAGBI KUBANG PASU telah diamanahkan mengalas tanggung jawab
untuk menganjurkan KEJOHANAN RAGBI LANGKAWI 7’S EDISI 5 2022 sebagai menyahut cabaran ini
dalam menjulang nama Malaysia dipersada sukan ragbi dunia.

NAMA PENASIHAT SHAMSUDDIN BIN SHAARI

TANDATANGAN TARIKH

3
COP ASMI

RINGKASAN EKSEKUTIF

NAMA PROGRAM KEJOHANAN RAGBI LANGKAWI 7’S EDISI 5 2022


TARIKH 02 HIINGGA 04 DISEMBER 2022
TEMPAT LADA SPORTS COMPLEX, KUAH, PULAU LANGKAWI.
ANJURAN PERSATUAN RAGBI KUBANG PASU
1. Kategori Veteran ( lelaki sekurang-kurangnya 38 tahun ke atas)
PENYERTAAN 2. Kategori Senior ( Lelaki Terbuka)
3. Kategori Senior (Perempuan Terbuka)
4. Kategori bawah 16 tahun (Maksimum 16 tahun ke bawah)
KEJOHANAN RAGBI LANGKAWI 7’S EDISI 5 2022 bermatlamat untuk
menjadikan Pulau Langkawi sebagai salah satu tempat bertumpuan tinggi
untuk menggilap dan mengembangkan bakat individu atau pasukan ragbi di
seluruh tanah air.
Untuk mencapai matlamat tersebut PERSATUAN RAGBI KUBANG PASU
telah diamanahkan untuk menganjurkan pertandingan ragbi yang
melibatkan pasukan ragbi dari dalam dan luar negara. Program ini diadakan
bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan ragbi untuk
diketengahkan dan juga kepada pemain-pemain senior untuk mengasah
kemahiran mereka.
MATLAMAT Insyallah, dengan peruntukan yang ada, pihak pengurusan
PERSATUAN RAGBI KUBANG PASU akan menggunakannya dengan sebaik
mungkin bagi menjayakan dan menjulang nama baik Pulau Langkawi di
persada dunia. Kejohanan ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu produk
pelancongan (tourism) bagi negeri Kedah dan seharusnya akan memberikan
impak ekonomi kepada penduduk Langkawi khususnya.
Justeru itu, pihak PERSATUAN RAGBI KUBANG PASU memerlukan
sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak bagi merealisasikan
perancangan yang telah dirancang bagi melahirkan pemain ragbi bertaraf
antarabangsa.
1. Melahirkan bakat-bakat baru dalam sukan ragbi yang cerdik pandai di
samping mengamalkan gaya hidup yang sihat melalui aktiviti berteraskan
OBJEKTIF
kesukanan.
2. Memberi peluang kepada peserta untuk berani mencuba dan mencungkil
bakat-bakat baru dalam sukan ragbi yang boleh diketengahkan di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
3. Membentuk generasi baru yang seimbang dari aspek moral, spiritual,
4
emosi, jasmani dan mental sebagai belia pelapis kepimpinan negara di
masa depan.
PERBELANJAAN Sepeti yang tercatat di dalam lampiran

KERTAS KERJA
KEJOHANAN RAGBI LANGKAWI 7’S EDISI 5 2022

1.0 PENDAHULUAN

Dalam melahirkan sebuah generasi Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang,
aspek sukan merupakan salah satu aspek yang perlu diambil berat. Kementerian Belia
dan Sukan ( KBS ) pada tahun 2010 telah menyasarkan objektifnya untuk membina
masyarakat yang sihat, cergas dan berbudaya sukan ke arah perpaduan pembangunan
negara.

Di dalam mencapai objektif tersebut, KBS telah merangka strategi yang memberi
penekanan kepada perubahan minda dan sikap ke arah membentuk generasi belia yang
bertanggungjawab, dinamik, dan mempunyai daya kepimpinan yang baik melalui
pelbagai program yang diadakan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan
antarabangsa selain meramaikan bilangan rakyat ke arah peningkatan kualiti hidup
melalui strategi Sukan Untuk Semua dan pengenalan kepada konsep Malaysia Cergas.

Penglibatan golongan belia khususnya generasi muda di dalam Sukan Massa ini adalah
selaras dengan Dasar Pembangunan Sukan Negara. Sekurang-kurangnya 50 peratus
rakyat Malaysia perlu mengamalkan gaya hidup yang cergas dan sihat menerusi acara
sukan yang disertai dari peringkat akar umbi. Penerapan budaya kesukanan di kalangan
belia amatlah perlu sejajar dengan usaha melahirkan masyarakat Malaysia yang cergas
dan cerdas selain mengamalkan budaya sukan sepanjang hayat ke arah peningkatan
kualiti gaya hidup baik dari segi sosial dan fizikal.

2.0 TUJUAN KERTAS KERJA

Tujuan kertas kerja ini ialah untuk mendapatkan kelulusan dan peruntukan kewangan
untuk urus tadbir KEJOHANAN RAGBI LANGKAWI 7’S EDISI 5 2022

5
3.0 JENIS PROGRAM

Program ini adalah berkonsepkan kepada Pelancongan sukan. Dewasa ini konsep
pelancongan sukan menjadi trend pelancongan masa kini.

4.0 MATLAMAT

KEJOHANAN RAGBI LANGKAWI 7’S EDISI 5 2022 bermatlamat untuk menggalakkan


penyertaan peminat-peminat sukan ragbi khususnya kepada pelajar sekolah, pemain
ragbi senior serta veteran untuk mengembangkan kemahiran mereka di dalam
pertandingan sukan ragbi. Melaluinya juga , diharapkan agar KEJOHANAN RAGBI
LANGKAWI 7’S EDISI 5 2022 ini dapat membentuk generasi baru yang seimbang dari
aspek moral, spiritual, emosi, jasmani dan mental sebagai belia pelapis kepimpinan
negara di masa depan.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Melahirkan bakat-bakat baru dalam sukan ragbi yang cerdik pandai di samping
mengamalkan gaya hidup yang sihat melalui aktiviti berteraskan kesukanan.

5.2 Memberi peluang kepada peserta untuk berani mencuba dan mencungkil bakat-
bakat baru dalam sukan ragbi yang boleh diketengahkan di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa.

5.3 Membentuk generasi baru yang seimbang dari aspek moral, spiritual, emosi,
jasmani dan mental sebagai belia pelapis kepimpinan negara di masa depan.

5.4 Menjalin integrasi kaum dan saling mengukuhkan perasaan muhibbah dan
bersatu padu di kalangan murid-murid tanpa mengira batas kaum, bangsa dan
agama.

6
6.0 TARIKH PERLAKSANAAN
6.1 02 HIINGGA 04 DISEMBER 2022 ( Jumaat, Sabtu dan Ahad )

7.0 TEMPAT PROGRAM


Kejohanan ini akan diadakan di:
7.1 LADA SPORTS COMPLEX, KUAH, PULAU LANGKAWI.

8.0 SASARAN PENYERTAAN


Penyertaan peserta dikategorikan kepada:

8.1 Kategori Veteran ( lelaki sekurang-kurangnya 38 tahun ke atas)


8.2 Kategori Senior ( Lelaki Terbuka)
8.3 Kategori Senior (Perempuan Terbuka)
8.4 Kategori bawah 16 tahun (Maksimum 16 tahun ke bawah)

9.0 AHLI JAWATANKUASA

9.1 Ahli Jawatan Kuasa Induk dan Ahli Jawatan Kuasa KEJOHANAN RAGBI
LANGKAWI 7’S EDISI 5 2022
Sila rujuk Lampiran A

7
10.0 BELANJAWAN KEJOHANAN
BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)
.
1. STADIUM
LADA SPORTS COMPLEX, KUAH, PULAU
LANGKAWI. 3 hari 2 malam 6 000.00
2. BANTUAN MULA PERUBATAN
i. JPAM
ii. Paramedik
iii. PBSM
iv. Bantuan Ambulance 5 000.00
3. KEPENGADILAN
Elaun Pengadil
23 orang X RM 120.00 = RM 2 700.00 3 hari X RM 2 700.00 8 280.00
3 hari X RM 2 700.00 =
Penginapan Pengadil
1 bilik X RM 150.00 X 1 malam = RM 150.00 3 malam X RM 150.00 X
12 bilik 5 400.00
JUMLAH 24 680.00
4. PENGINAPAN
Penginapan urusetia
1 bilik X RM 100.00 X 1 malam _ RM 100.00 4 malam X RM 100.00 X
20 bilik 8 000.00
5. ELAUN
i. Elaun urusetia 35 orang X RM 150.00 5 025.00
ii. Tiket Feri 25 orang X RM 45.00 1 125.00
iii. Ball Picker 10 Orang X RM 50.00
iv. Makan dan minum X (3 hari) 500.00
70 orang X RM 60.00 = RM 4 200.00 3 hari X RM 4 200.00 12 600.00

6. PAKAIAN
Urusetia, Ball picker dan VIP,VVIP
2 helai X RM 30.00 = RM 60.00 80 orang X RM 60.00 4 800.00
JUMLAH 32 050.00
7. FASILITI KEJOHANAN
I. Bola Kejohanan (Tournament Ball) 12 biji X RM 150.00 1 800.00
1 biji X RM 150.00
ii. Pengurusan Padang
i. Line padang 300.00
ii. Padding post 4 PCS x RM 1 850.00 7 400.00
8
iii. Flag pole 500.00
iv. Khemah Peserta 10 biji X RM 200.00 2 000.00

JUMLAH 12 000.00
BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)
.
8. SERANTA
i. Buku Program 500.00
ii. Banner dan Back Drop Stage 1 500.00
iii. Ragbi online
3 hari X RM 1 800.00 5 400.00
iv. Publisiti 1 000.00
JUMLAH 8 400.00
9. HADIAH
1. HadiaH wang tunai
i. Johan Veteran - RM 3 000.00
N/Johan Veteran - RM 1 500.00 4 500.00
ii. Johan Senior - RM 4 000.00
N/Johan Senior - RM 2 000.00 6 000.00
iii. Johan U16 - RM 2 000.00
N/Johan U16 - RM 1 000.00 3 000.00
iv. Johan Perempuan - RM 2 000.00
N/Johan Peerempuan - RM 1 000.00 3 000.00

2. Piala Pusingan
i. Piala Pusingan
1 pcs X RM 300.00 4 pcs X RM 300.00 1 200.00
ii. Piala iringan
1 pcs X RM 200.00 4 pcs X RM 200.00 800.00
iii. Plaka
1 pcs X RM 30.00 16 pcs X RM 30.00 480.00
iv. Cenderahati VVIP
1 pcs X RM 30.00 10 pcs X RM 30.00 300.00

3. Medal
i. Kategori Veteran
15 pcs X RM 7.50 = RM 112.50 6 pasukan X RM 112.50 480.00
ii. Kategori Senior
12 pcs X RM 7.50 = RM 90.00 6 pasukan X RM 90.00 540.00
iii. Kategori U16
12 pcs X RM 7.50 = RM 90.00 6 pasukan X RM 90.00 540.00
iv. Kategori Perempuan
12 pcs X RM 7.50 = RM 90.00 6 pasukan X RM 90.00 540.00

9
JUMLAH 21 380.00
JUMLAH KESELURUHAN 98 510.00

12.0 PENUTUP

Semoga dengan penganjuran kejohanan ini dapat menyuntik semangat dan memberi
dorongan kepada Peminat Sukan Ragbi untuk terus bergiat aktif di dalam sukan ragbi
dan seterusnyanya mengangkat sukan ragbi di negeri Kedah ke tahap yang tertinggi
Akhir sekali, adalah menjadi harapan pihak penganjur agar kejohanan sukan ini menjadi
platfom kepada perpaduan antara komuniti sukan ragbi negeri Kedah yang lebih utuh
dan mantap.

10
LAMPIRAN A

JAWATANKUASA INDUK
KEJOHANAN RAGBI LANGKAWI 7’S EDISI 5 2022

PENASIHAT

SHAMSUDDIN BIN SHAARI


PRESIDEN
PERSATUAN RAGBI KUBANG PASU

PENGARAH KEJOHANAN

BADRUL MUNIR BIN SULAIMAN

TIMBALAN PENGARAH KEJOHANAN

NORHASRI BIN HASAN

BENDAHARI

MOHD FADLY EFFANDY BIN NORDIN

11
JAWATANKUASA PELAKSANA
KEJOHANAN RAGBI LANGKAWI 7’S EDISI 5 2022

BIL NAMA AJK PERINCIAN TIGAS TINDAKAN


 Menyediakan borang pendaftaran pasukan serta
 pengadil
 Menyemak borang pendaftaran pasukan dan
AJK
1. pemain
Pendaftaran
 Memastikan pasukan menerima air mineral dan ais
selepas pendaftaran yang telah dibuat.

 Memastikan padang dalam keadaan baik dan


boleh digunakan semasa kejohanan berlangsung
AJK
 Merujuk kepada Manual MRC bagi ukuran dan
2. Persiapa
standard padang bagi kejohanan
Tempat

 Melabelkan khemah bagi pasukan bertanding


AJK  Memastikan keperluan tambahan kejohanan
3. Urusetia & disediakan
Tugas Khas  Menyediakan papan maklumat dan jadual

 Menyediakan jadual perlawanan serta peraturan
 kejohanan
 Menyediakan borang perlawanan dan lain-lain
AJK yang difikirkan perlu
4. Pertandingan &  Mencatat borang keputusan perlawanan semasa
Teknikal  kejohanan berlangsung
 Mengemaskini keputusan perlawanan di dalam
jadual induk

 Memastikan kelengkapan padang seperti tiang


AJK bendera,
5. Kelengkapan  bangku simpanan, bola dan perkara yang difikirkan
Kejohanan perlu disediakan secukupnya .

 Menyediakan pengadil dan pembantu pengadil


yang
AJK  mencukupi
6.
Kepengadilan  Memastikan kelancaran perlawanan yang sedang
 Berlangsung

12
BIL NAMA AJK PERINCIAN TIGAS TINDAKAN
 Menguruskan tempahan piala, medal dan hadiah
iringan kepada pasukan bertanding serta para
AJK
7. pengadil.
Hadiah & Sijil

 Memastikan hadiah mencukupi dan


dikoordinasikan semasa majlis penyampaian
hadiah.
AJK
 Menyediakan sijil bagi urusetia, pengadil dan
Hadiah & Sijil
peserta kejohanan

 Mengumpul gambar dan video sepanjang


kejohanan
AJK  Berlangsung
Dokumentasi  Menyediakan laporan bertulis selepas tamat
kejohanan

 Mendapatkan khidmat bantuan daripada Klinik


 Kesihatan berhampiran bagi menyediakan pasukan
AJK
 medikal sepanjang kejohanan berlangsung
Kecemasan
9.  Memastikan pasukan medikal telah bersedia di
dan
padang sebelum kejohanan bermula
Keselamatan
 Menyediakan First Aid Kit

 Memastikan PA sistem dapat digunakan dan dalam


AJK
10. keadaan baik pada hari kejohanan
Siaraya
 Menyambut ketibaan VIP dan wakil penaja
kejohanan semasa kejohanan berlangsung
AJK
11.  Mengiringi VIP dan tetamu jemputan ke tempat
Sambutan
duduk yang disediakan

 Memastikan tempat kejohanan dalam keadaan


bersih sepanjang kejohanan berlangsung
AJK
12.  mengagihkan plastik sampah kepada setiap
Kebersihan
pasukan yang bertanding

 Memastikan makanan dan minuman yang


AJK
ditempah
13. Makanan &
 disediakan pembekal semasa kejohanan
Minuman
berlangsung.

13
BIL NAMA AJK PERINCIAN TIGAS TINDAKAN
 Sarapan pagi, makan tengah hari dan minum
petang bagi urusetia kejohanan.
 Menempah ais yang mencukupi bagi kegunaan
Kejohanan

 Menyediakan logo, poster, bunting dan banner


AJK Kejohanan
14
Buku Program  Menyediakan buku program kejohanan

 Menyediakan teks pengerusi majlis penutup
AJK  Memastikan majlis penutup dan pembahagian
15.
Juruacara hadiah berjalan dengan teratur dan sempurna

 Menyediakan tempat duduk yang sesuai bagi VIP


dan penaja
 Menyediakan tempat juru acara majlis, ucapan VIP
dan pembaca doa semasa upacara perasmian
AJK
16. penutup
Majlis Penutup
 Mendapatkan senarai nama VIP serta penaja
kejohanan yang hadir untuk majlis penutup
 Memastikan kelancaran majlis penutup kejohanan

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.......................................................... .........................................
(ZUMARDI BIN ZAINAL ABIDIN) ( )
SETIAUSAHA
PERSATUAN RAGBI KUBANG PASU

Tarikh : ........................... Tarikh : ...........................

14
JADUAL PERANCANGAN PROGRAM
KEJOHANAN RAGBI LANGKAWI 7’S EDISI 5 2022

02 DISEMBER 2022 (Jumaat)


8.00 am - Pendaftaran Pasukan (pendaftaran secara online)
3.00 pm - Perlawanan peringkat pusingan pertama bermula
8.00 pm - Jamuan perdana

03 DISEMBER 2022 (Sabtu)


8.00 am - Perlawanan peringkat pusingan pertama bermula (sambungan)
1.00 pm - Perlawanan berehat
2.30 pm - Perlawanan pusingan kedua bermula
6.30 pm - Perlawanan peringkat pussingan ke dua berakhir
8.00 pm - Perlawanan pusingan ke dua disambung semula
10.00 pm - Perlawanan dijangka tamat

04 DISEMBER 2022 (Ahad)


8.00 am - Perlawanan peringkat pusingan akhir bermula
1.00 pm - Perlawanan berehat
2.30 pm - Perlawanan pusingan akhir (sambungan)
6.30 pm - Perlawanan peringkat pusingan akhir dijangka tamat
8.00 pm - Perlawanan final untuk semua kategori
10.30 pm - Perlawanan dijangka tamat
11.00 pm - Upacara Penyampaian hadiah
11.30 pm - Majlis bersurai

15
LAMPIRAN B

SENARAI PASUKAN YANG AKAN MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM


KEJOHANAN RAGBI LANGKAWI 7’S EDISI 5 2022

BIL NAMA PASUKAN NEGERI NEGARA ALAMAT BILANGAN PESERTA


VETERAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
SENIOR
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.

16
BIL NAMA PASUKAN NEGERI NEGARA ALAMAT BILANGAN PESERTA
1. BAWAH 16 TAHUN
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
PEREMPUAN TERBUKA
1.
2.
3.
4.
5.
6.

RUMUSAN PERTANDINGAN
JUMLAH PASUKAN YANG MENYERTAI : 36 PASUKAN
i. Veteran - 6 Pasukan
ii. Senior - 12 Pasukan
iii. Bawah 16 tahun - 12 Pasukan
iv. P{EREMPUAN Terbuka - 6 Pasukan

17

You might also like