Kertas Penerangan 1: Kementerian Pendidikan Malaysia

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 39

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN

TEKNIK VOKASIONAL,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
KEMENTERIAN ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
PENDIDIKAN PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
MALAYSIA PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN 1
KOD DAN NAMA
EE-320-2:2012
PROGRAM /
PROGRAM’S CODE &
SINGLE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION & MAINTENANCE
NAME

TAHAP / LEVEL LEVEL 2

NO DAN TAJUK UNIT


EE-320-2:2012
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.
SINGLE PHASE WIRING
AND TITLE

1. IDENTIFY SINGLE PHASE WIRING SPECIFICATIONS AND


PROSEDURES
2. IDENTIFY SINGLE PHASE WIRING TOOLS, EQUIPMENT AND MA-
TERIALS
NO. DAN PERNYATAAN 3. CARRY OUT WIRING ACTIVITIES
AKTIVITI KERJA / WORK 4. CARRY OUT SINGLE PHASE EARTHING SYSTEM INSTALLATION
ACTIVITIES NO. AND 5. CARRY OUT SINGLE PHASE DISTRIBUTION BOARD (DB)
STATEMENT 6. CARRY OUT FITTING AND ACCESSORIES INSTALLATION
7. CARRY OUT WIRING SYSTEM VISUAL INSPECTION
8. CARRY OUT DEAD CIRCUIT TEST
9. CARRY OUT LIVE CIRCUIT TEST
10. PREPARE SINGLE PHASE WORK ACTIVITIES REPORT

Muka Surat / Page : 1


NO KOD / CODE NO. EE-320-2-2012-C02/P(1/10)
Drp / of : 38

TAJUK : PENGENALAN KEPADA PEPASANGAN ELEKTRIK SATU FASA

TUJUAN : Kertas penerangan ini akan menerangkan tentang pengenalan sistem


pendawaian (jenis-jenis sistem pendawaian), Peralatan kuasa dan alatan
tangan, peralatan PPE, alatambah dan alat perlindungan (accessories and
protection device), kabel dan litar kecil akhir (final sub circuit).
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 2
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C02/P(1/10)
Drpd/of : 38

PENERANGAN :
1.1 PROSES LAWATAN TAPAK DAN PENILAIAN
Rajah 1 Menunjukkan Carta Aliran Prosedur Lawatan Tapak dan Penilaian Kediaman Fasa
Tunggal.

1. Prinsip Asas Bekalan Elektrik


Sistem bekalan tenaga elektrik kepada pengguna melibatkan tiga proses iaitu:-
i. Proses penjanaan (generation)
ii. Proses penghantaran (transmission)
iii. Proses pengagihan (distribution)

1.1 Proses Penjanaan

1.3 Proses Pengagihan

Rajah 1 : Sistem Pembekalan Tenaga Elektrik Pengguna

Rajah 1
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 3
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C02/P(1/10)
Drpd/of : 38

1.2 TEKNIK MENGHASILKAN SUSUNATUR LUKISAN


i. Definasi Lukisan Pemasangan Elektrik

Lukisan pemasangan elektrik bolehlah ditakrifkan sebagai lukisan yang menerangkan


kedudukan alat lengkap dan peralatan elektrik, kaedah kawalan litar, saiz kabel yang
digunakan dan kadar arus perlindungan litar. Dengan ini ia dapat dijadikan panduan dan
memudahkan kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan elektrik Lukisan elektrik juga
dapat memberikan maklumat yang lengkap mengenai perancangan pemasangan dan
anggaran bekalan yang diperlukan bagi sesuatu pemasangan elektrik.

ii. Lakaran

Lakaran digunakan untuk membantu kita dalam menghasilkan idea yang hendak
disampaikan sebelum kerja-kerja lukisan akhir dilakukan. Ia dapat memberikan gambaran
sebenar sesuatu objek. pada permulaan rekabentuk, lakaran dibuat secara agakan tanpa
mengikut skala objek. Biasanya lakaran dilukis dengan menggunakan garisan secara tangan
bebas. Garisan ini akan menghubungkan titik-titik pada laluan yang betul

iii. Gambarajah lukisan pemasangan elektrik

Terdapat berbagai jenis gambarajah yang diperlukan dalam kerja pemasangan elektrik.
Diantaranya adalah:-

iv. Gambarajah Plan Tapak / Lokasi. (Location Diagram)

Gambarajah ini disediakan bagi menunjukkan kedudukan sebenar sesebuah premis di


sesuatu kawasan. Ia juga dapat menunjukkan topografi tanah, kemudahan
perhubungan ketapak projek dan kedudukan bangunan serta perkhidmatan-
perkhidmatan lain yang terlibat dengan projek ini. Dengan ini ia dapat memberi
kemudahan kepada jurutera projek, juruteknik atau pembekal mesin dan peralatan
menentukan kedudukan tapak pemasangan. Tujuan utama plan tapak dan lokasi
adalah:-

i. Untuk menentukan kedudukan lampu jalan atau lampu kawasan.


ii. Untuk menentukan laluan kabel ketapak pemasangan.
iii. Untuk menentukan saluran longkang atau peparitan agar laluan talian kabel
perkhidmatan dapat dirancang dengan sempurna.
iv. Membantu pihak pembekal tenaga elektrik menentukan kedudukan pencawang
dan membuat anggaran kos pembinaan.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 4
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C02/P(1/10)
Drpd/of : 38

Lukisan ini biasanya dilukis pada skala 1:100, 1:500 dan 1:1000.

Rajah 2 – Gambarajah Tapak /Lokasi

v. Gambarajah Plan Bangunan (Building Plan Diagram)

Gambarajah ini merupakan lukisan senibina. Ia menentukan jenis bangunan (kayu/


bata/ kerangka besi) dan kedudukan pintu, tingkap dan sebagainya. Dengan ini
permulaan kerja pemasangan elektrik serta kedudukan peralatan dan perkakasan
elektrik dapat ditentukan.

Rajah 3 – Gambarajah Plan Bangunan


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 5
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C02/P(1/10)
Drpd/of : 38

vi. Gambarajah tegak dan keratan (Sectioning Diagram)

Gambarajah ini disediakan bagi menunjukkan ketinggian sesuatu premis. Dengan ini
ketinggian dan kedudukan peralatan seperti lampu, soket-alir-keluar, kipas dan
sebagainya dapat ditentukan. Gambarajah ini sangat mustahak sekiranya melibatkan
pemasangan lampu dan kipas. Suruhanjaya Tenaga telah menetapkan peraturan bagi
menentukan ketinggian minima pemasangan peralatan elektrik (dari aras lantai
kebahagian bawah peralatan) iaitu:-

i. Kipas gantung di siling 240 sm


ii. Kipas melekat didinding. 205 sm
iii. Kotak fius agihan. 205 sm
iv. Suis 145 sm
v. Soket-alir-keluar (permukaan) 145 sm
vi. Soket-alir-keluar (tersembunyi) 30 sm

Rajah 4 – Gambarajah Tegak

Rajah 5 – Gambarajah Keratan


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 6
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C02/P(1/10)
Drpd/of : 38

vii. Gambarajah Susunatur (Layout Diagram)

Gambarajah ini disediakan bagi menunjukkan penempatan alat lengkap dan peralatan
pemasangan elektrik pada sesuatu premis samada didalam atau diluar bangunan.
Umpamanya lokasi pencahaya, soket alur keluar, kipas siling dan peralatan elektrik
yang lain. Gambarajah ini merupakan plan senibina atau arkitek bagi sesuatu
bangunan. Ia dilukis secara lukisan orthografik dari arah atas (plan) pada skala yang
sesuai dengan menggunakan simbol grafik elektrik. Skala yang biasa digunakan dalam
plan susunatur ini ialah 1:100.

Secara umumnya, gambarajah ini dapat menentukan samada pemasangan yang


dilakukan memenuhi kehendak, peraturan, selesa untuk digunakan dan peralatan
diletakkan ditempat yang sesuai. Ia juga dapat membantu kerja-kerja perancangan
peralatan di masa hadapan.

Bagi mengelakkan kekeliruan kepada pendawai elektrik, semua simbol perlulah dilukis
dengan jelas dan betul pada skala yang bersesuaian dengan saiz bilik dan bangunan
agar kelihatan menarik dan tidak mengelirukan. Amnya skala yang lazim digunakan
adalah 1/8 atau 1/16. Disamping itu maklumat yang diberikan mestilah lengkap dan
tepat seperti jenis suis, kadaran, jenis kelengkapan, bilangan litar-kecil-akhir dan
sebagainya.

Rajah 6 – Gambarajah Susunatur


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 7
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C02/P(1/10)
Drpd/of : 38

viii. Gambarajah Pendawaian (Wiring Diagram)

Gambarajah ini menunjukkan bentuk kumpulan dan sambungan kabel pendawaian


yang sebenar. Bentuk perjalanan kabel dan kedudukan komponen perlulah dikekalkan
sama dengan keadaan sebenar. Tujuan gambarajah ini adalah untuk memberi
kemudahan kepada pekerja pendawaian melakukan kerja serta menyurih nya untuk
mencari kerosakan litar atau membuat tambahan litar. Gambarajah litar pendawaian
lampu dan soket alir keluar (SAK) tidak perlu disediakan dalam pemasangan rumah
dan industri kerana ianya mudah dilakukan. Diantara litar-litar pendawaian ini ialah:-

i. Litar lampu dengan kawalan suis sehala, suis dua hala dan suis pertengahan.
ii. Litar SAK 13A (litar jejari)
iii. Litar SAK 13A (litar gelang)
iv. Litar SAK 15A.
v. Litar penghawa dingin.
vi. Litar pemanas air.

Rajah 7– Gambarajah Litar Pendawaian Lampu

Tetapi bagi litar pendawaian yang rumit dan kompleks seperti pemasangan panel
kawalan penghidup motor atau kawalan lampu yang rumit, gambarajah pendawaian
perlu disediakan. Tanpa bantuan gambarajah ini, sambungan litar tidak dapat
dilakukan dengan baik dan kemungkinan akan berlaku kesilapan sambungan.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 8
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C02/P(1/10)
Drpd/of : 38

Rajah 8 – Gambarajah litar pendawaian kawalan motor

ix. Gambarajah Satu Garisan (Single Line Diagram)

Gambarajah ini digunakan untuk menunjukkan susunan turutan asas unit kawalan dan
pengagihan bekalan kepada beban-beban dalam sesuatu pemasangan elektrik. Setiap
blok akan mewakili satu litar beban.Pada pemasangan elektrik, gambarajah ini
diperlukan bagi merancang keperluan pendawaian terutamanya pada pemasangan
yang besar dan mempunyai panel kawalan. Umumnya, gambarajah ini merupakan
gambaran asas yang ringkas bagi menunjukkan kawalan dan pembahagian sesuatu
litar elektrik kepada beberapa unit agar mudah di fahami. Ia juga dapat menunjukkan
laluan perjalanan sesuatu system pendawaian. Dengan ini panjang dan saiz kabel
yang digunakan dapat dianggarkan dengan tepat.Ketika melukis gambarajah ini, anak
panah arah aliran perlu dilukis dengan nama atau tugas setiap bahagian dicatitkan.

Rajah 9 – Gambarajah satu garisan

Rajah 10 – Gambarajah Satu Garisan Pepasangan Litar Motor


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 9
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C02/P(1/10)
Drpd/of : 38

x. Gambarajah Skematik (Schematic Diagram)

Gambarajah ini digunakan bagi menunjukkan sambungan sesuatu litar elektrik secara
urutan logik dan mudah. Ia juga menunjukkan kaedah pengagihan dan perpindahan
tenaga elektrik dari peringkat awal hingga kepada pengguna atau beban.Sambungan
beban perlulah ditulis dalam bentuk yang mudah difahami. Contoh:-

i. 3 – 1 x 36w (P) diertikan sebagai 3 bilangan pencahaya pendaflour 1 x 36w dan P


menunjukkan pencahaya yang digunakan dari jenis pendaflour.
ii. 2 – 1 x 60w (T) dimana ia mengandungi 2 bilangan pencahaya tungsten 1 x 60w.
iii. (M) – menunjukkan lampu dari jenis mercury/ raksa.

Gambarajah ini bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja menganggar keperluan arus


litar, saiz kabel, kadar alat perlindungan dan kadar arus peralatan pada pemasangan
elektrik.

Aturan melukis gambarajah skematik hendaklahmengikut garis panduan yang telah


ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

i. Semua alat lengkap dan komponen perlulah dilukis dalam bentuk simbol piawai
pada ukuran yang sesuai.
ii. Nama dan kadaran setiap alat lengkap atau komponen perlulah ditulis
berhampiran dengannya.
iii. Jarak diantara alat lengkap atau komponen adalah 2 – 3 sm, berdasarkan saiz
kertas yang digunakan.
iv. Setiap litar kecil akhir perlulah ditulis nombor.
v. Setiap alat perlindungan perlulah ditulis kadarannya dengan jelas berhampiran
dengannya.
vi. Jumlah fius atau pemutus litar akan menentukan saiz kotak agihan yang
digunakan.
vii. Nama kotak agihan, bilangan kutub, bilangan hala dan jenis binaannya hendaklah
ditulis berhampiran kotak.
viii. Setiap kabel perlulah ditulis saiz dan jenisnya
ix. Setiap litar-kecil-akhir perlu ditulis beban, kadaran arus / kuasa dan bilangan
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 10
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C02/P(1/10)
Drpd/of : 38

Rajah 11 – Gambarajah skematik

xi. Petunjuk Lukisan (Drawing Legend)

Petunjuk digunakan bagi membantu melaksanakan tugas dengan sempurna. Petunjuk


digambarkan dengan menggunakan simbol-simbol elektrik yang lengkap dengan keterangan
dan kuantiti.

Rajah 12 – Petunjuk Lukisan


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 11
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C02/P(1/10)
Drpd/of : 38

1.3 JENIS-JENIS PENGALIR

i. Pengalir

Pengalir ialah bahan yang membenarkan pengaliran elektron atau arus dengan bebas
mengalir melaluinya. Wayar kuprum ialah satu pengalir yang baik kerana ia memegang
banyak elektron bebas. Atom kuprum itu sendiri dipegang oleh sturktur yang membentuk
kuprum apabila ia menjadi pepejal. Tetapi elektron yang berada di orbit luaran atom
kuprum tidak terikat dengan kuat kepada nukleusnya.

Dengan memberikan satu daya elektrik bertindak ke arah yang tertentu di dalam wayar
kuprum, tenaga elekrtik akan berpindah melalui pengalir oleh arah pergerakan elektron
bebas yang berpindah dari satu atom ke satu atom yang lain disekitarnya. Wayar kuprum
mempunyai rintangan yang paling rendah. Ini membolehkan pengaliran arus bergerak
dengan baiknya. Kerintangan (resistivity) ialah juta ohm per centimeter.

Perak (argentum) ialah salah satu daripad pengalir yang baik tetapi kuprum lebih banyak
digunakan kerana ianya lebih murah. Aluminium juga pengalir yang baik seperti kuprum
apabila digunakan dengan betul dan pada kebelakangan ini penggunaannya telah
bertambah kerana harganya telah turun.

ii. Jenis-jenis pengalir

 Perak
Suatu pengalir yang terbaik tetapi mahal untuk kegunaan pengalir biasa.
Digunakan untuk dawai fius jenis katrij dan menyalut sesentuh pada suis
dan pengalir dalam komponen elektronik. Diperbuat daripada bahan ini
kerana rintangannya yang rendah untuk kemudahan arus mengalir.

 Kuprum

Suatu pengalir kedua terbaik. Biasanya digunakan sebagai pengalir kabel


dan busbar atau pengalir-pengalir selain daripada kabel yang digunakan
dalam pemasangan. Nilai kerintangan ialah 17.5/mm.

Kebaikan bahan ini ialah :-


 Memberi rintangan yang rendah

 Lembut dan senang dibentuk.


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 12
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C02/P(1/10)
Drpd/of : 38

 Senang di sadur dengan timah.

Antara kabel menggunakan pengalir jenis kuprum iaitu :-


 Kabel penebat pvc (single pvc)

 Kabel pvc atau getah bersalut pvc/getah (pvc/pvc)

 Kabel berpenebat pvc berperisai (pvc/swa/pvc)

 Kabel penebat mineral (MICS)

 Kabel penebat kerta bersalut plumbum (PILC)

 Aluminium
Suatu pengalir yang ringan dibandingkan dengan pengalir lain. Digunakan
sebagai kabel / dawai talian atas atau kabel bukan boleh lentur bagi voltan
rendah. Nilai kerintangan ialah 28.4/mm.

1.4 JENIS-JENIS KABEL


Jenis-jenis kabel
 PVC kabel – Poly Vinyl Chloride.
 PVC/SWA/PVC – Armoured cable( PVC-Stell wire Armoured-PVC).
 MICC – Mineral Insulated Copper Covered.
 PICDSTA –Paper Insulated Cover Double Sheat Tar Armoured.
 XLPE – Cross Line Poly Ethylene.
 Kord dan Kabel Boleh Lentur

PVC kabel – Poly Vinyl Chloride ( PVC Kabel-kabel penebat pvk atau getah
bersalut pvk / getah )

Kabel ini biasanya digunakan untuk pendawaian domestic dan kabel


perhidmatan oleh pihak berkuasa bekalan termasuk pada semua jenis
pendawaian alat-alat elektrik dan alat-alat kawalan. Kabel PVC ini mempunyai
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 13
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C02/P(1/10)
Drpd/of : 38

ketahanan terhadap minyak, kebanyakan jenis asid dan alkali serta tidak
menggalakkan kebakaran.

Penebat atau penyalut jenis PVC ini boleh digunakan ke tahap suhu sekeliling
65°C dan terdapat juga jenis yang istimewa dimana boleh digunakan pada suhu
130°C untuk masa yang singkat.Walaubagaimanapun terdapat juga keburukan
kabel jenis ini iaitu pada suhu dibawah 0°C, penebat pvc ini akan menjadi retak
dan pecah apabila dibengkokkan.

ii. PVC/SWA/PVC – Armoured cable( PVC-Stell wire Armoured-PVC)


( Kabel penebat pvk berperisai (pvc/swa/pvc) – armoured cable )

Kabel ini biasanya digunakan untuk pendawaian domestik dan kabel


perhidmatan oleh pihak berkuasa bekalan. Mempunyai perisai sebagai
perlindungan mekanikal.Penebatan PVC yang digunakan adalah teguh dan
boleh tahan panas sehingga 85°C. Pengalir biasanya dibuat dari aluminium atau
tembaga.

Terdapat dalam beberapa teras iaitu :-


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 14
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C02/P(1/10)
Drpd/of : 38

 2 teras.
 3 teras.
 4 teras.
 Pelbagai teras ( multicore cable).

Kegunaannya :-

 Untuk penyambungan di antara alatubah dan papan pembahagian voltan


rendah.
 Untuk penyambungan di antara alatubah dan papan agihan voltan rendah.
 Untuk penyambungan di antara alatubah dan papan suis utama pengguna.
 Untuk sistem pembahagian pelbagai pengguna .
 Untuk sistem pemasangan lampu- lampu jalan dan awam.

Terdapat 4 warna yang biasa digunakan :-


 Merah untuk Fasa Merah.
 Kuning untuk Fasa Kuning.
 Biru untuk Fasa Biru.
 Hitam untuk Neutral.

iii. XLPE – Cross Line Poly Ethylene


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 15
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C02/P(1/10)
Drpd/of : 38

Maksud “XLPE” ialah Cross Link Ethylene. Penebatnya dibuat dari bahan plastik
yang diberi nama “Cross Link Poly Ethylene” yang menggantikan kertas. Penebat
plastik pepejal ini disalut pada setiap pengalir fasa yang terdiri dari pengalir
aluminium dan tembaga.

Sebab menggantikan penebat plastik ialah :-


 Mudah dibentuk mengikut saiz pengalir dengan cara “Tool & Die” mengeliling
pengalir agar tiada rongga terjadi di antara pengalir dan plastik.

 Plastik adalah bahan yang ringan dan mudah penjagaanya .

 Pemasangan yang mudah jika dibandingkan kabel jenis lain

 Tidak mudah menyerap air.

 Kehilangan daya elektrik adalah rendah.

 Harganya mahal jika dibandingkan jenis kabel lain.

 “Thermoset Plastik” digunakan untuk perencat nyalaan disebabkan bahan ini


tidak mudah berubah nilai dan bentuk serta dapat menahan tekanan haba
geseran ataupun tarikan.

 Pembawa arus yang tinggi dari kabel PILCDSTA.

Kegunaanya :-
 Kawasan pencemaran kimia dan minyak.

 Kawasan tidak rata atau tempat tinggi.

 Kawasan paya atau tanah berat

Panduan penerangan
 XLPE Power Cable – Federal Power & Telecoms Sdn Bhd.

 BS 6622 : 1985.

 IEC 502.

Pengalir dari jenis aluminium dan tembaga.

Kelebihan Kabel XLPE :-


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 16
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C02/P(1/10)
Drpd/of : 38

 Mudah dibentuk apabila panas

 Lebih ringan

 Tidak menyerap air

 Kehilangan daya dielektrik rendah

 Harganya lebih murah

 Tidak mudah bertukar bentuk oleh geseran dsb.

 Tidak mudah cair jika terkena pelarut

 Suhu operasinya tinggi

 Kekuatan fizikal dan mekanikalnya tinggi

 Sehingga 69kV

Kelemahan Kabel XLPE


 Keras berbanding dengan paper dan PVC, oleh itu susah untuk
dibengkokkan

 Bentuknya bulat, tidak sectorial, oleh itu saiz kabel menjadi lebih besar

1.5 FUNGSI KABEL DAN PENGENALAN WARNA MENGIKUT STANDARD MS IEC 60364

FUNGSI KABEL PENGENALAN WARNA

Pengalir perlindungan Hijau dan kuning


Pengalir litar satu fasa Merah atau kuning atau biru
Fasa R bagi litar 3 fasa Merah
Fasa Y bagi litar 3 fasa Kuning
Fasa B bagi litar 3 fasa Biru
Positif bagi litar 2, 3 dawai arus terus (a.t) Merah
Negatif bagi litar 2 dawai arus terus (a.t) Hitam
Negatif bagi litar 3 dawai arus terus (a.t) Biru
Dawai tengah bagi litar 3 dawai (a.t) Hitam

Jadual 6: Pengenalan warna kabel


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 17
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C02/P(1/10)
Drpd/of : 38

1.6 JENIS-JENIS PERANTI PELINDUNG


Perlindungan
i. Perlindungan arus lebihan

Peraturan IEE 473 menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan pelindung


lebihan arus ialah sebarang alat yang boleh memutuskan litar bekalan secara
sendiri (automatik) apabila berlaku lebihan arus pada sesuatu litar itu. Oleh kerana
itu alat ini mestilah dipasang pada dawai permulaan iaitu pada dawai hidup secara
siri dengan litar itu.

ii. Pemutus litar

Berfungsi untuk memutuskan litar dari litar lengkap ke litar terbuka menyebabkan
pengaliran arus terhenti. Selain itu pemutus litar ini juga bertindak sebagai
perlindungan jika berlaku sebarang litar pintas atau lebihan arus. Mempunyai
mekanisma menendang suis dari posisi tertutup kepada terbuka

Rajah 11 : Menunjukkan contoh pemutus litar MCB

iii. Pemutus litar bocor ke bumi (PLBK)

Berfungsi sebagai perlindungan kepada kebocoran arus ke bumi dan pengasing


litar. Pemutus litar dibuat dalam berbagai bentuk jenis kendalian di antaranya ialah
jenis isian minyak, jenis hembusan gas, jenis hembusan angina, jenis vakum dan
jenis miniatur. PLBK yang lazim digunakan sekarang ialah jenis miniatur.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 18
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C02/P(1/10)
Drpd/of : 38

Rajah 12 : Menunjukkan contoh peranti perlindungan


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 19
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C02/P(1/10)
Drpd/of : 38

iv. Fius

Fius ialah nama peranti yang menggunakan dawai sebagai unsur dan akan lebur
apabila arus yang melebihi had kadarannya mengalir ke dalam fius itu dan
seterusnya litar akan terputus (mematikan bekalan elektrik). Kadaran fius ini
bergantung kepada jenis bahan unsur yang digunakan, luas keratan rentas dan
panjang sesuatu bahan.

Jenis fius

i) Fius Dawai Semula [ BS 3036 ]


ii) Fius Katrij [ BS 1362 ]
iii) Fius Kapasiti Pemutus Tinggi [ BS 88 / BS 1362 ]

Rajah 10: Menunjukkan contoh fius dawai semula


1.7 SISTEM PENDAWAIAN

Sistem pendawaian ialah suatu sistem pemasangan litar elektrik yang merangkumi
pengalir, penebat, perlindungan mekanikal dan aksesori-aksesori elektrik. Sistem
pendawaian boleh dijalankan dengan berbagai-bagai cara mengikut jenis perlindungan
mekanikal, keadaan pemasangan dan jenis penebat kabel boleh digunakan. Jenis
sesuatu sistem pendawaian boleh dinamakan dengan berpandukan kepada kaedah-
kaedah pemasangan kabel dan jenis salutan pada kabel. Tetapi tiada satu sistem pun
yang boleh dianggap sebagai unggul di bawah semua keadaan.

Jenis sistem pendawaian

a. SISTEM PENDAWAIAN PERMUKAAN

Sistem pendawaian permukaan ialah satu sistem di mana kabel-kabel dalam sesuatu
pemasangan yang dipasang pada permukaan dinding atau siling tanpa sebarang
pelindung tambahan.

Ciri-ciri pemilihan

Berikut ialah beberapa ciri-ciri yang dianggap sesuai bagi sistem pendawaian
permukaan:

 Bekalan voltan jenis satu fasa (fasa tunggal).

 Bangunan diperbuat daripada kayu atau batu.


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 20
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C02/P(1/10)
Drpd/of : 38

 Kos perbelanjaan murah.

 Bilangan kabel atau litar akhir yang perlu dipasang adalah sedikit.

 Kerosakan mekanikal kemungkinan amat kurang.

 Memerlukan masa yang singkat untuk menyiapkan pendawaian.

 Kadar kuasa beban yang paling kecil.

i. Jenis-jenis kabel yang digunakan

Kabel-kabel yang digunakan mestilah daripada jenis bersalut, ini adalah kerana kabel
yang dipasang secara sistem permukaan akan terdedah kepada keadaan sekeliling
dan kerosakan mekanikal. Jenis kabel yang sesuai digunakan di bangunan rumah
kediaman adalah kabel pvk atau getah.

ii. Kaedah pemasangan kabel

Kaedah pemasangan kabel bagi sistem ini dibuat dengan disokong oleh klip ke
permukaan dinding, tiang atau siling. Sebelum sistem ini dijalankan pastikan
permukaan pendawaian bukan daripada bahan jenis logam. Bagi pendawaian
permukaan yang dibuat di bangunan batu atau simen, kabel akan diklipkan atas atau
satu bilah papan (wooden batten) yang sebelum ini dipakukan ke dinding atau
siling.Terdapat dua jenis klip kabel yang biasa digunakan iaitu klip aluminium dan
plumbum.Saiz klip yang digunakan perlu dipilih agar sesuai dengan jumlah bilangan
kabel yang perlu disokong.

Rajah 11 - Pendawaian klip plumbum


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 21
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C02/P(1/10)
Drpd/of : 38

Jarak maksimum di antara klip yang menyokong kabel merujuk jadual di bawah.

Jadual 1 – Jadual Jarak bagi penyokong kabel

Jarak maksimum bagi klip


Kabel Getah tanpa perisai, pvk atau plumbum Kabel penebat
Garispusat -bersalut mineral salut
keseluruhan Kabel berperisai kuprum atau salut
Umum Dalam karavan
kabel aluminium
Mendatar Menegak Mendatar Menegak Mendatar Menegak Mendatar Mengek
1 2 3 4 5 6 7 8 9
mm mm mm mm mm mm mm mm mm
9 250 400 600 800
9 15 300 400 350 450 900 1200
15 20 350 450 150 250 400 550 500 2000
20 40 400 550 450 600

b. SISTEM PENDAWAIAN TERSEMBUNYI

Bagi sistem pendawaian tersembunyi, kabel-kabel litar dipasang di dalam dinding atau siling
dan tidak kelihatan langsung, kecuali penghujung kabel yang digunakan untuk sambungan
ke terminal aksesori-aksesori (alatambah).

iv. Ciri-ciri pemilihan sistem pendawaian tersembunyi

a) Bekalan voltan satu fasa (fasa tunggal).


b) Keseluruhan bangunan diperbuat daripada batu atau simen.
c) Memerlukan suasana bangunan kemas dan cantik.
d) Kerosakan mekanikal dapat dikurangkan.
e) Bilangan kabel yang perlu dipasang banyak
f) Memerlukan tempoh ketahanan kabel lebih lama.
g) Kadar kuasa yang dipasang adalah kecil.
h) Jenis-jenis kabel yang digunakan

Jenis-jenis kabel yang sesuai digunakan bagi sistem ini adalah sama dengan sistem
permukaan iaitu kabel bersalut pvk.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 22
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C02/P(1/10)
Drpd/of : 38

v. Kaedah pemasangan kabel


Kaedah pemasangan kabel yang dijalankan dalam sistem tersembunyi ialah dengan
membenamkan kabel-kabel ke lurah dinding atau siling yang telah disediakan. Pada
kebiasaannya pendawaian dibuat ketika peringkat pembinaan bangunan iaitu sebelum
kerja-kerja menurap simen dijalankan. Oleh itu, kabel-kebel yang dipasang mestilah
disusun dengan rapi agar tidak berlaku sebarang kerosakan mekanikal ke atas kabel.

Rajah 12 – Pemasangan Kabel


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 23
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C02/P(1/10)
Drpd/of : 38

Jadual 2 - Jarak Penyokong Konduit

Jarak maksimum di antara pelana dan bar


Saiz nominal konduit
1 Logam keras Penebatan kertas Lembut
Mendatar Memugak Mendatar Memugak Mendatar Memugak
2 3 4 5 6 7

(mm) (mm) (mm) (mm) (mm) (mm) (mm)


Tidak melebihi 16 0.75 1.0 0.75 1.0 0. 0.5
1.75 2.0 1.5 1.75 0.4 0.6
Lebih 16 dan tidak
2.0 2.25 1.75 2.0 0.6 0.8
lebih 25
2.25 2.5 2.0 2.0 0.8 1.0
Lebih 25 dan tidak
lebih 40
Melebihi 40

i) Faktor ruang

Faktor ruang ialah satu nisbah daripada jumlah keseluruhan luas keratan rentas
kabel (termasuk penebat dan sebarang salutan) dengan luas keratan rentas dalam
bagi konduit atau sesalur atau salur.

Kotak-kotak logam akan dipasang ke permukaan dinding atau siling sehingga siap
keseluruhan bangunan. Selepas siap kerja pemasangan kotak-kotak itu barulah
disalurkan kabel ke dalamnya. Terdapat berbagai-bagai saiz nominal sesalur yang boleh
didapati:

Jadual 3 – Jadual Saiz Nominal Sesalur

Faktor kabel bagi sesalur Faktor bagi sesalur


Dimensi
Luas muka sesalur Faktor
Jenis pengalir keratan Faktor (mm x mm)
rentas 50 x 37.5 767
pengalir
50 x 50 1037
(mm²)
1.5 7.4 75 x 25 738
Pejal 2.5 10.2 75 x 37.5 1146

1.5 8.1 75 x 50 1555

2.5 11.4 75 x 75 2371

Lembar 4 15.2 100 x 25 993


6 22.9 100 x 37.5 1542
10 36.3 100 x 50 2091
100 x 75 3189
100 x 100 4252
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 24
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C02/P(1/10)
Drpd/of : 38

c. SISTEM PENDAWAIAN KONDUIT (CONDUIT WIRING)

Dalam sistem pendawaian konduit ialah suatu sistem yang menggunakan konduit-
konduit dan akan dipasang ke dinding atau sebagainya dan di dalamnya akan di
salurkan kabel.

Ciri-ciri pemilihan sistem pendawaian konduit

a. Sekiranya punca kerosakan mekanikal pada sesuatu bangunan


terlalu banyak.

b. Memerlukan satu sistem pembumian yang baik.

c. Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang.

d. Bekalan voltan satu fasa dan tiga fasa.

e. Kadar kuasa beban yang dipasang lebih besar.

Jenis-jenis kabel yang digunakan

Semua jenis kabel boleh digunakan sama ada bersalut satu lapis atau dua lapis.

Jenis-jenis konduit

Terdapat tiga jenis konduit yang biasa digunakan iaitu :

i. Konduit logam tolok berat – digunakan sebagai sistem


pendawaian.

ii. Konduit bukan logam – diperbuat daripada polivivinil klorid dan


digunakan di luar bangunan seperti gerai-gerai makanan dan rumah
kediaman.

iii. Konduit boleh lentur - digunakan sebagai konduit penyambung di


antara konduit tetap atau pengasing ke motor-motor elektrik.

Saiz nominal konduit ialah 16mm, 20mm, 25mm dan 32mm.

Pemilihan saiz nominal konduit bergantung kepada bilangan kabel yang perlu
dipasang dan rujuk pada jadual yang diberi di bawah.

Jadual 4 - Faktor konduit dilarian lurus pendek

Garispusat konduit
Faktor
mm
16 290
20 460
25 800
32 1400
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 25
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C02/P(1/10)
Drpd/of : 38

Jadual 5 Jadual faktor kabel larian lurus pendek dan faktor kabel dilarian lurus panjang atau
larian yang mengandungi bengkok

Faktor kabel dilarian


Faktor kabel dilarian
Luas muka keratan panjang atau larian
Jenis pengalir lurus pendek
rentas pengalir mm² yang mengandungi
bengkok
Faktor Faktor
1 22 16
1.5 27 22
2.5 39 30
Pejal
4 43
6 58
10 105
1.5 31
2.5 41
Lembar 4 58
6 88
10 146
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 26
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C02/P(1/10)
Drpd/of : 38

Jadual 6 – Faktor conduit di larian yang mengandungi bengkok


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 27
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C02/P(1/10)
Drpd/of : 38

iv) Cara-cara pemilihan saiz nominal konduit

a) Kabel penebat pvk teras tunggal di dalam konduit larian lurus


dengan panjangnya tidak lebih 3 meter, perlu rujuk jadual yang diberi .

1) Pastikan faktor kabel yang perlu digunakan daripada jadual


yang diberi.

2) Campurkan kesemua faktor kabel tersebut dan bandingkan


dengan faktor konduit pada jadual faktor konduit yang diberi.

3) Saiz nominal konduit yang sesuai, sekiranya faktor konduit


sama atau lebih daripada jumlah faktor kabel.

b) Kabel penebat pvk teras tunggal di dalam konduit larian lurus


dengan panjangnya lebih 3 meter atau sebarang panjang larian yang
mengandungi bengkok atau offset.

1) Pastikan faktor kabel yang diperlukan.

2) Campurkan kesemua faktor kabel tersebut dan bandingkan


dengan faktor konduit mengikut panjang larian dan jumlah bengkok
serta offset dalam larian.

3) Saiz nominal konduit yang sesuai sekiranya faktor konduit


sama atau lebih daripada jumlah faktor kabel.

v) Kaedah pemasangan kabel

Konduit-konduit yang telah ditentukan saiz dan panjangnya akan dibebenangkan di


kedua-dua penghujung. Apabila kerja-kerja bebenang siap pada kesemua konduit
yang diperlukan, sambungkan konduit-konduit tersebut mengikut keperluan dengan
mengunakan aksesori-aksesori tertentu (sesiku, tee dan sebagainya) dan
pasangkan ke permukaan dinding atau siling dengan disokong oleh pelana dan bar.
Jarak maksimum di antara pelana dan bar yang menyokong konduit bolehlah
merujuk jadual di bawah. Setelah kesemua kerja pemasangan siap barulah kerja
menyalurkan kabel dijalankan. Pastikan kabel-kabel daripada satu litar akhir
dimasukkan atau disalurkan ke dalam konduit yang sama adalah bertujuan untuk
mengelakkan daripada terhasilnya aruhan disekeliling konduit.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 28
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C02/P(1/10)
Drpd/of : 38

d. SISTEM PENDAWAIAN SESALUR (TRUNKING)

Sistem pendawaian sesalur merupakan suatu sistem yang menggunakan sesalur


logam atau bahan penebat pada kebiasaannya bersegi empat dan dipasang secara
menegak atau mendatar di permukaan dinding atau besi rangka bangunan.

i) Ciri-ciri pemilihan

i. Bekalan voltan satu fasa dan tiga fasa.

ii. Bangunan besar dan bertingkat.

iii. Memerlukan pemasangan kabel yang banyak.

iv. Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang.

v. Memerlukan perlindungan mekanikal yang lebih.

vi. Memerlukan keselamatan ke atas kabel atau pengguna yang


lebih.

ii) Jenis-jenis kabel

Semua jenis kabel boleh dipasang di dalam sistem ini.

iii) Kaedah pemasangan

Kotak-kotak logam akan dipasang ke permukaan dinding atau siling sehingga siap
keseluruhan bangunan. Selepas siap kerja pemasangan kotak-kotak itu barulah
disalurkan kabel ke dalamnya. Terdapat berbagai-bagai saiz nominal sesalur yang
boleh didapati.
Jadual 7 – Saiz Nomnal Sesalur

Faktor kabel bagi sesalur

Luas muka
Jenis pengalir keratan Faktor
rentas
pengalir
mm²
1.5 7.4
Pejal 2.5 10.2
1.5 8.1
2.5 11.4
Lembar 4 15.2
6 22.9
10 36.3
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 29
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C02/P(1/10)
Drpd/of : 38
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 30
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C02/P(1/10)
Drpd/of : 38

iv) Cara pemilihan saiz nominal sesalur

a) Pastikan faktor kabel yang perlu digunakan daripada jadual faktor


kabel.

b) Jumlahkan kesemua faktor kabel tersebut dan bandingkan dengan


faktor sesalur daripada jadual faktor sesalur.

c) Saiz nominal sesalur yang sesuai sekiranya faktor sesalur sama


atau lebih daripada jumlah faktor kabel.

Bagi saiz kabel dan jenis kabel atau saiz sesalur selain daripada yang diberi, jumlah
kabel yang perlu dipasang faktor ruangnya haruslah tidak melebihi 45%.

a. SISTEM PENDAWAIAN SALUR

Sistem pendawaian salur merupakan suatu sistem yang menggunakan salur logam
atau bahan penebat dan dipasang di bawah lantai ketika peringkat pembinaan
bangunan.

i) Ciri-ciri pemilihan

1. Bekalan voltan satu fasa dan tiga fasa.

2. Kabel yang perlu dipasang terlalu banyak.

3. Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang.

4. Kemungkinan membuat perubahan kedudukan beban pada masa


akan datang.

5. Memerlukan susunan alat-alat tetap atau meja berbaris.

6. Memerlukan kekemasan dan kecantikan.

7. Memerlukan perlindungan yang lebih.

i. Jenis-jenis kabel yang digunakan

Semua jenis kabel boleh digunakan dalam sistem pendawaian salur.

ii. Kaedah pemasangan kabel


Kerja pemasangan biasanya dijalankan ketika peringkat pembinaan bangunan sebelum
bahan pelapik lantai dipasang. Kerja-kerja memasang kotan salur didahului kemudian
diikuti oleh penyaluran kabel di dalamnya. Pelapik lantai biasanya boleh dibuka bagi
tujuan pemasangan semula atau penambahan kabel atau sebagainya.
iii. Sistem pendawaian kabel penebatan mineral pelapik kuprum

Sistem ini dinamakan seperti itu kerana keseluruhan sistem pendawaian dibuat
dengan menggunakan kabel jenis tersebut.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 31
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C02/P(1/10)
Drpd/of : 38

iv. Ciri-ciri pemilihan

Sistem ini biasanya digunakan pada tempat yang terlalu banyak kerosakan
mekanikal seperti berikut :

i) Suhu sekeliling terlalu panas.

ii) Kawasan berminyak.

iii) Tindakan kesan kimia.

iv) Kawasan yang mudah terbakar.

v. Kaedah pemasangan kabel

Kaedah pemasangan kabel bagi sistem pendawaian penebatan mineral pelapik


kuprum boleh dilakukan dengan pelbagai cara, di antaranya ialah :

i) Secara diklip ke permukaan dinding atau siling


ii) Secara sistem konduit.

iii) Secara sistem sesalur.

iv) Secara sistem salur.

e. SISTEM PENDAWAIAN KABEL PENEBATAN KERTAS PELAPIK PLUMBUM

Pemberian nama sistem ini adalah sama dengan sistem penebatan mineral iaitu
disebabkan keseluruhan sistem pendawaian dibuat dengan menggunakan kabel
penebatan kertas pelapik plumbum.

i) Ciri-ciri pemilihan

i. Untuk pemasangan di dalam tanah.

ii. Untuk beban yang mengalir arus tinggi.

iii. Memerlukan perlindungan mekanikal yang tinggi.

I. Kaedah pemasangan

 Dengan menggunakan sistem salur atau konduit atau saluran.

 Dengan ditanam terus kabel di dalam tanah.

f. SISTEM PENDAWAIAN SEMENTARA

Sistem pendawaian sementara biasanya pada pemasangan yang digunakan dalam


jangka masa yang pendek seperti pesta keramaian, tapak pembinaan bangunan dan
sebagainya.Kaedah pemasangan dan jenis-jenis kabel yang digunakan adalah sama
dengan sistem pendawaian tetap.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 32
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C02/P(1/10)
Drpd/of : 38

a. SISTEM PENDAWAIAN TIDAK BERTEBAT

Pemasangan kabel tidak bertebat adalah tidak dibenarkan untuk dijadikan sistem
pendawaian di rumah kediaman. Ini adalah kerana keselamatan pengguna tidak
terjamin. Sistem pendawaian tidak bertebat hanya dibenarkan untuk pemasangan
yang berikut sahaja dan dilindungi sepenuhnya daripada kerosakan mekanikal.

a) Sebagai pengalir perlindungan litar, pengalir bumi dan dawai


pengikat.

b) Sebagai dawai luar bagi pengalir sepusat.

c) Sebagai pengalir untuk litar voltan lampu rendah.

d) Sebagai pengalir dalam sistem sesalur

1. Sebagai dawai pemungut untuk kren bergerak atau troli.

1.8 PEMASANGAN AKSESORI

i. Suis

Suis ialah satu alat mekanikal yang boleh memutus dan menyambungkan arus
litar secara manual dalam keadaan normal. Saiz piawai yang digunakan
dipemasangan domestik mengikut piawai BS 3676. Suis yang terdapat dalam
sistem fasa tunggal mestilah daripada jenis suis kutub tunggal. Terdapat berbagai-
bagai jenis suis kutub tunggal yang digunakan pada masa ini berbeza-beza dari
segi bentuk, kawalan dan sebagainya. Diantaranya adalah seperti berikut :

i) Suis satu hala.


ii) Suis dua hala
iii) Suis perantaraan

Rajah 13 : Menunjukkan contoh suis


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 33
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C02/P(1/10)
Drpd/of : 38

ii. Soket Keluaran

Soket alur keluar ialah alat yang mempunyai beberapa sesentuh pembawa arus
yang tetap dan disambung kepada pemasangan pendawaian tetap.Kegunaannya
adalah untuk membolehkan alat elektrik mudah-alih disambung ke litar akhir
dengan menggunakan palam yang sesuai. Contoh soket keluaran adalah seperti :

i) Soket keluaran 3 pin 13A (suis soket outlet - S/S/O 13A)


ii) Soket keluaran 3 pin 15A (suis soket outlet - S/S/O 15A)
iii) Soket keluaran 3 pin 15A (soket outlet - S/O 15A) tanpa suis

S/S/O Jenis 3 pin 13A BS 1363 S/O Jenis 3 pin 5A BS


196

S/S/O Jenis 3 pin 15A BS 1363 S/O Jenis 3 pin 15A BS 1363
Rajah 14 : Menunjukkan contoh soket keluaran S/S/O dan S/O

1.9 AKTA DAN PERATURAN ELEKTRIK

Setiap Orang Kompeten perlu mengetahui apa yang terkandung dalam Akta
Bekalan Elektrik dan Peraturan-Peraturan Elektrik, dimana didalamnya terkandung
segala peruntukan bagi pengawalseliaan industri pembekalan elektrik, pembekalan
elektrik pada harga yang munasabah, pelesenan mana-mana pepasangan elektrik,
pengawalan mana-mana pepasangan, loji dan kelengkapan elektrik berkenaan dengan
perkara yang berhubung dengan keselamatan orang dan penggunaan elektrik dengan
cekap dan bagi maksud yang berkaitan dengannya.

i. Akta Suruhanjaya Tenaga 2001

1.0 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Suruhanjaya Tenaga
yang mempunyai kuasa untuk mengawal selia aktiviti pembekalan tenaga di
Malaysia, dan menguatkuasakan undang-undang pembekalan tenaga, dan bagi
perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

1.1 Suruhanjaya Tenaga Malaysia ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Tenaga


2001 sebagai pengawal baharu untuk industri tenaga di Semenanjung Malaysia
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 34
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C02/P(1/10)
Drpd/of : 38

dan Sabah. Suruhanjaya ini ditubuhkan untuk memastikan bahawa industry


tenaga dimajukan dengan cara cekap agar Malaysia bersedia untuk menghadapi
cabaran baharu globalisasi dan perlonggaran, dengan kerapnya dalam industry
bekalan tenaga.

ii. Akta Bekalan Elektrik 1990 (Kawalan Kompeten)

2.0 Tiada pepasangan atau loji atau kelengkapan elektrik selain daripada yang dipunyai
oleh pehak berkuasa bekalan boleh dikerja atau dikendalikan kecuali oleh atau
dibawah kawalan orang-orang yang memiliki apa-apa kelayakan dan memegang apa-
apa perakuan sebagaimana ditetapkan.
2.1 Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan
dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebehi sepuluh ribu ringgit
dan, jika pelanggaraan itu diteruskan, dikenakan denda tidak melebehi satu ribu ringgit
bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama pelanggaran itu diteruskan
selepas sabitan.

iii. Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 (AKTA 447) Mengenai Senggaraan

3.0 Bahagian IV – Penyenggaraan Pepasangan.


3.1 Peraturan 110 (1) Sesuatu pepasangan hendaklah disenggara dalam
keadaan baik dan berfungsi dan langkah-langkah awasan hendaklah dipatuhi pada
setiap masa untuk mencegah bahaya.
3.2 110 (2) – Tanggungjawab untuk menyenggara pepasangan terletak pada pemunya,
pengurusan atau pemegang lesen atau penghuni pepasangan, pengkhidmat atau
ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
3.3 110 (3) – Sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan domestik, hendaklah
diperiksa, diuji dan ditentukur oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap
lima tahun.
3.4 110 (4) – Mana-mana geganti (relay) dan peranti (devise) perlindungan sesuatu
pepasangan hendaklah diperiksa, di uji dan di tentukur (setting) oleh orang kompeten
sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun.
3.5 110 (5) – Tiada seorang pun, kecuali orang kompeten atau yang dibawah kawalan
orang kompeten, boleh mengusahakan untuk menjalankan apa-apa kerja pada sesuatu
pepasangan.

iv. MS 1936: 2006 / IEC 60364

4.0 Peraturan MS IEC 60364 dan Peraturan IEE adalah merupakan sebuat peraturan yang
diguna pakai untuk menentukan keseragaman dan mutu sesebuah pemasangan bagi
pendawaian elektrik. Perbezaan yang ketara ialah MS IEC 60364 di guna pakai
diperingkat Antarabangsa manakala Peraturan IEEE hanya diguna pakai di Negara bekas
Jajahan British.

4.1 Definisi:-
 The IEE 16th Edition is a familiar standard with Malaysian Engineers.
 IEE 16th Edition is known as BS 7671 “Wiring Installation for Buildings”.
 IEC 60364 “Electrical Installation of Buildings” was adopted as a Malaysian Standard
(MS) in 1996.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 35
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C02/P(1/10)
Drpd/of : 38

v. MS 1979: 2007 (Code of Practice - COP) Pemasangan Elektrik Pada Bangunan

5.0 Malaysian Standard telah pun dibangunkan berdasarkan kepada bahan sumber yang
terkandung di dalam panduan MS IEC 60364 tentang pemasangan elektrik pada
bangunan.

5.1 Dalam menyatakan keperluan keselamatan kepada pengguna, standard ini menyebutkan
dengan jelas amalan berkaitan dengan pemasangan elektrik pada bangunan untuk rumah
kediaman dan tempat tinggal. Tambahan pula, standard ini juga membincangkan contoh
tertentu bila dan di mana bentuk lain bagi pemasangan elektrik voltan rendah (LV)
memberi kesan terhadap keselamatan pengguna tanpa makluman; selagi bekalan elektrik
awam LV adalah daripada system TT dan pemasangan tidak bercanggah dengan yang
diperintahkan oleh jurutera elektrik rekabentuk professional.

5.2 Sembilan pulu satu kod amalan bentuk standard ini dengan setiap amalan mempunyai
nombor rujukan tersendiri. Urutan kemunculan dalam senarai amalan secara umunya
mengikut aliran empat belas isu seperti yang dibincangkan dalam panduan MS IEC 60364
berkenaan pemasangan elektrik pada bangunan.

5.3 Setiap daripada kod amalan adalah penyataan ringkas berhubung keperluan berkaitan
seperti yang ditetapkan oleh pertimbangan keselamatan elektrik untuk perlindungan
pengguna; seperti mana norma industry Malaysia dan bagi setiap peraturan.

vi. Based on latest instruction by regulatory body

1.0 Peraturan-Peraturan ini menetapkan syarat asas perkhidmatan, iaitu tugas dan kewajipan
serta hak asasi kakitangan setiap organisasi sebagaimana yang diluluskan oleh Majlis
mengikut Perkara 11.1 Konvensyen mengenai Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan
Pembangunan.

1.1 Peraturan boleh didefinisikan sebagai gabungan organisasi, peraturan, dan sekatan yang
mengakibatkan tingkah laku selaras dengan kebolehpasaran, akauntabiliti, ketelusan dan
kestabilan.

1.2 Dalam konteks ini, Peraturan-Peraturan yang baik sepatutnya dapat dilihat sebagai daya
penggerak untuk perkhidmatan kewangan yang berkualiti dan boelh dipercayai.

1.10 AKTA KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN 514 (OSHA) 1994

Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 merangkumi dan melindungi semua orang
yang bekerja dalam semua aktiviti ekonomi termasuk perkhidmatan awam, badan berkanun
dan sector swasta kecuali mereka yang bekerja di atas kapal perdangan dan angkatan
tentera.

Tujuan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994:-

 Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang


bekerja.
 Untuk melindungi orang-orang di tempat kerja (selain daripada orang-orang yang sedang
bekerja).
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 36
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C02/P(1/10)
Drpd/of : 38

 Untuk menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan yang bersesuaian dengan fisiologi


dan psikologi orang-orang yang sedang bekerja.
 Untuk mengadakan suatu system perundangan yang berasas kepada peraturan-
peraturan dan tata amalan industry disamping peruntungan Akta.

1.11 KEPERLUAN KEBENARAN UNTUK MENGAKSES TAPAK

i. Kad Hijau (Green Card)

Tujuan Pendaftaran Personel Binaan di CIDB adalah untuk memberi kesedaran dalam
aspek keselamatan dan kesihatan untuk semua Personel Binaan di tapak bini di
samping mewujudkan budaya keperihatinan kebajikan personel binaan melalui Skim
Perlindungan Insuran Berkelompok.

Pendaftaran Personel Binaan adalah berdasarkan Akta 520 (Pindaan 2011) – Seksyen
33 (Kewajipan Pendaftaran Personel Binaan) yang mewajibkan semua Personel Binaan
yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti di tapak pembinaan dan berumur 16 tahun dan ke
atas berdaftar dan memegang kad perakuan Pendaftaran Personel Binaan CIDB.

Mandatori bagi setiap Personel Binaan yang bekerja dalam bidang pembinaan seperti
termaktub di bawah seksyen 33:

Seseorang Tidak boleh terlibat atau diambil atau mengaku janji untuk terlibat atau
diambil sebagai personel binaan melainkan jika dia berdaftar dengan Lembaga dan
memegang suatu perakuan pendaftaran yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga di
bawah Akta ini.

Seksyen 33 (1). (Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994


(Akta 520)
Pekeliling Kursus Kad Hijau CIDB – Bil 1/2000
Pekeliling Kursus Kad Hijau CIDB – Bil 1/2001

Denda RM 5,000 dikenakan kepada kontraktor utama dan personel sekiranya bekerja di
tapak pembinaan dengan tidak memiliki Kad Hijau yang sah.

Rajah 3: Contoh Kad Hijau (Green Card)


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 37
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C02/P(1/10)
Drpd/of : 38

ii. Pasport Keselamatan (Safety Pasport)

Passport Keselamatan digunakan untuk bekerja di premis-premis pembinaan di bawah


kawal selia Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB). Kursus ini telah diiktiraf
oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Passport ini
mempunyai insurans hayat (tertakluk pada kelulusan CIDB).

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 telah menggariskan


tanggungjawab majikan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan setiap pekerja
termasuk para kontraktor dengan memberikan maklumat dan latihan kepada mereka.
Setiap kontraktor dan individu yang berurusan dengan organisasi diwajibkan mengikuti
kursus keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi mendapatkan kad passport.
Objektif bagi program latihan Passport Keselamatan:
 Menerangkan semua perundangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP).
 Menerangkan punca utama yang menyebabkan kemalangan atau penyakit
pekerjaan.
 Menjelaskan bahawa semua kemalangan dan penyakit boleh dicegah.
 Menyatakan definisi, punca dan kategori hazard di tapak projek.
 Menerangkan kaedah kawalan risiko di tapak projek.
 Kaedah pembelajaran terbaru secara interaktif, maya dan kendiri.

Rajah 4: Contoh Passport Keselamatan TNB


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 38
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C02/P(1/10)
Drpd/of : 38

SOALAN :

1. Sistem bekalan tenaga elektrik kepada pengguna melibatkan tiga proses, sila nyatakan
penerangan tentang proses tersebut.
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………

2. Senaraikan jenis-jenis sistem pendawaian yang umum digunakan di negara kita


………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………

3. Terangkan Jenis-jenis bahan pengalir yang biasa digunakan dalam pepasangan penguna
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………

4. Terangkan Jenis-jenis bahan penebat yang biasa digunakan dalam pepasangan penguna
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………

5. Nyatakan fungsi pelindung mekanikal dan terangkan dengan jelas kepenggunaan


mengikut jenisnya.
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 39
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C02/P(1/10)
Drpd/of : 38

Rujukan .

1. Factories And Machinery Act & regulation ( 139 ) – MDC Publisher Sdn. Bhd.
2. Pemasangan & Penyelengaraan Elektrik – Abd. Samad Hanif.

Rujukan

1. Law of Safety and Health at Work . Norman Selwyn.


2. National Program for Occupational Safety and Health in Construction. C. Ray
Asfahl
3. Akta Bekalan Elektrik 1994 . ILBS Malaysia
4. Undang – Undang Malaysia. Akta Kilang dan Jentera 1967 ( FMA 1967 ). ILBS

1. MD. NASIR HAJI ABD. MANAN (2010), PENDAWAIAN ELEKTRIK DI BANGUNAN


KEDIAMAN PANDUAN BERPANDUKAN MS IEC 60364, Edisi Pertama , IBS BUKU SDN.
BHD., ISBN 978-967-950-307-4

2. ABD. SAMAD HANIF (2000), Pemasangan dan Penyenggaraan ELEKTRIK Edisi Kedua,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. ISBN 983-62-4063-2

You might also like