Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

PERMAINAN TRADISIONAL

LOMPAT GETAH
NORSYAMIZA SYAHIRA BINTI SAMMURI (09DEV22F2020)
SYASYA NADIA BINTI JAMIL (09DEV22F2019)
MAIZURA IZATY BINTI MUHAIDI (09DEV22F2021)
MOHAMMAD HAKIM BIN KHAIRON AMRAN (09DEV22F2017)
SEJARAH DAN PENGENALAN PERMAINAN
LOMPAT GETAH

Permainan lompat getah merupakan permainan tradisional


yang dimainkan sejak zaman nenek moyang kita lagi.
Permainan ini sering dimainkan oleh kanak-kanak perempuan
dan lelaki pada waktu petang. Permainan ini dinamakan “lompat
getah”kerana bahan yang digunakan adalah getah halus
berbelang. Selain “lompat getah”,permainan ini juga disebut
sebagai “lompat tali” atau “zero point” oleh masyarakat
sesetengah tempat. Tempat permainan dimainkan adalah di
kawasan lapang yang lantainya tidak berlubang.
ALATAN PERMAINAN
Permainan ini menggunakan getah
yang disambung panjang dan
dimatikan hujungnya supaya tidak
terburai ketika permainan berlangsung.
ARAHAN

Pemain memerlukan sekurang-kurangnya tiga


orang pemain, iaitu seorang yang memegang
hujung kanan getah dan seorang di hujung kiri
getah, manakala seorang lagi sebagai orang
yang akan melompat. Walau bagaimanapun,
permainan akan lebih memyeronokkan jika
lebih ramai yang bermain
CARA BERMAIN
1.
Bagi menentukan giliran, kebiasaannya kaedah lai lai li tam
plom akan digunakan, diikuti oleh ow som (jika tiga pemain
sahaja). Jika ramai pemain, "ibu" kedua-dua pasukan perlulah
ow som.

2.
"Ibu" memulakan permainan, diikuti "anak-anak". Jika "anak"
melanggar giliran, kesemua ahli pasukan termasuk "ibu" akan
mati dan pasukan lawan pula yang akan bermain.
CARA BERMAIN
Pada awal permainan, getah dipegang tegang pada paras

3.
tapak kaki. Semua yang melompat ketika ini perlu menyebut
"zero point" atau "kosong game" (bagi orang Kelantan).
Pemain tidak boleh menyentuh tali. Jika tidak, pemain itu akan
mati.

4.
Kemudian, getah dipegang pada paras lutut. Pemain perlu
melompat tanpa mengenai getah.
CARA BERMAIN
5.
Paras berikutnya ialah paras paha. Namun, paras ini boleh
ditinggalkan dengan persetujuan kedua-dua pasukan. Lompatan
tidak boleh mengenai getah.

6.
Paras pinggang. Pemain boleh melompat dengan menyentuh
getah. (nak lagi mencabar tak boleh sentuh tali,, ikut
persetujuan,,
CARA BERMAIN
7. Paras dada.(Boleh kena tali)

8.
Paras telinga. (orang yang memegang getah perlu berwaspada
demi keselamatan mata dan muka andai kata getah di hujung
yang satu lagi terlucut daripada pegangan)
CARA BERMAIN
9. Paras kepala.

10.
Sejengkal dari atas kepala. Boleh dikecualikan dengan
persetujuan kedua-dua pasukan.
CARA BERMAIN
11.
Giant,(Bahasa Kelantan) atau merdeka (Bahasa indonesia),
Tangan harus ditegakkan keatas kepala, untuk lebih
mencabar,,

12.
Huruf Z ( Permain harus melepasi ini,ketinggian diparas
pinggang)
CARA BERMAIN

13. Huruf C ( Permain harus bijak melompak jauh , sebelum tali


dilepaskan, di paras pinggang juga)

Melompat pada paras pinggang sambil menutup mata. Jika ada

14.
pemain yang mati pada paras yang sebelum ini, pemain itu boleh
dihidupkan kembali jika pemain lain tolong membuat satu lompatan
lengkap untuknya (bilangan mengikut persetujuan kedua-dua
pasukan). Merupakan penamat kepada pusingan pertama permainan.
VIDEO TUNJUKCARA
KESIMPULAN

Konklusinya, permainan tradisional amat sesuai dimainkan oleh


kanak-kanak kerana ianya dapat memperkembangkan fizikal, emosi,
sosial, dan kognitif kanak-kanak secara optima. Lompat getah ini
mencabar pergerakan psikomotor melompat kanak-kanak dimana
mereka perlu mencari "skill" untuk melepasi setiap cabaran yang
ditetapkan iaitu bermula daripada cabaran yang mudah hingga ke
paras sukar. Akhir sekali, kanak-kanak dapat meningkatkan kognitif
dimana permainan ini memebolehkan mereka berfikir apakah cara
yang sesuai untuk melepasi setiap peringkat permainan lompat getah
ini. Demikian, permainan tradisional memebolehkan perkembangan
kanak-kanak secara holistik.

You might also like