Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (2)


Jalan Abang Haji Openg No. Tel : 03-77288441
60000 Kuala Lumpur No. Fax : 03-77284659

Email : wba0057@moe.edu.my

Ruj. Kami: SKTTDI(2)600-2/1/2 ( )


Tarikh : November 2022
Ketua Balai
Balai Polis Taman Tun Dr Ismail,
60000, Kuala Lumpur.
U.p: Pegawai Perhubungan Sekolah
Sarjan Shah Affendi

Tuan,

JEMPUTAN BAGI MENGADAKAN PAMERAN KERJAYA PEGAWAI POLIS SEMASA HARI


KANAK-KANAK SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (2) akan
menganjurkan Hari Kanak-Kanak seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 29 November 2022 (Selasa)


Masa : 07.45 pagi
Tempat : Dewan Bitara, SK Taman Tun Dr Ismail (2)

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati ingin menjemput pihak tuan untuk
membuka ‘booth’ Pameran Kerjaya sebagai seorang pegawai polis bagi murid-murid yang hadir
pada hari tersebut..
4. Oleh hal demikian, besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat memberikan maklum balas
bagi mengesahkan persetujuan tuan sebelum 23 November 2022. Tuan boleh berhubung terus
melalui aplikasi Whatsapp ditalian 012-3102441(Penolong Kanan Hem SK TTDI (2), En.
Kamaruddin).

5. Kerjasama daripada pihak tuan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima
kasih.
Sekian.
"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

(AZLINDA SHAM BINTI ABDULLAH SANI)


Guru Besar
SK Taman Tun Dr. Ismail (2)
Kuala Lumpur

CHALLENGE TOWARDS EXCELLENCE

You might also like