Laporan Keseluruhan PKK 2022

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN KESELURUHAN 2022

PENGAKAP KANK-KANAK

LAPORAN KESELURUHAN

Unit beruniform Pengakap Kanak-Kanak mempunyai ahli seramai 29 orang. Perjumpaan Unit
Beruniform Pengakap Kanak-Kanak diadakan setiap 2 minggu sekali. Setiap kali perjumpaan, semua
murid akan berkumpul di Dataran ilmu mengikut unit masing-masing. Guru Penasihat unit akan
mengambil kehadiran ahli unit masing-masing. Selepas itu murid-murid akan beredar ke kelas di
mana perjumpaan diadakan.

Pada perjumpaan pertama, guru penasihat melaksanakan pemilihan ahli jawatankuasa Pengakap
Kanak-Kanak bagi sesi 2022. Guru Penasihat menerangkan mengenai tugas-tugas setiap ahli
jawatankuasa. Pada perjumpaan pertama juga, guru penasihat menerangkan aktiviti-aktiviti yang akan
dilaksanakan sepanjang tahun mengikut perancangan aktiviti tahunan yang telah dibina.

Pada perjumpaan kedua, guru penasihat juga memberi pendedahan dan bimbingan kepada murid-
murid tentang Latar Belakang Pengakap Kanak-Kanak dan Skim Lencana yang akan diambil oleh
mereka. Pada waktu itu juga, sekawan diperkenalkan dan ahli sekawan dibentuk.

Kehadiran murid secara keseluruhannya adalah amat baik. Kerjasama yang diberikan oleh ahli PKK
dalam menjalankan aktiviti juga adalah sangat baik. Pada tahun ini juga seramai 10 ahli PKK dapat
menyertai perkhemahan Pelarasan Lencana yang telah diadakan di SK Bandar Rinching pada
peringkat Daerah pada 2 hingga 3 September 2022. Kesemua 10 orang murid ini telah berjaya lulus
dalam Ujian Pelarasan Lencana Gangsa, Perak dan Emas yang telah diuji. Murid-murid tersebut
berjaya mendapatkan lencana-lencana kemahiran seperti lencana berbasikal, lencana pengumpul hobi
dan lain-lain lencana yang perlu diambil bagi melayakkan mereka menyertai Perkhemahan Pelarasan
Lencana Peringkat Daerah. Ahli PKK pada tahun ini juga dapat menyertai perkhemahan Unit
Beruniform Peringkat sekolah yang telah diadakan pada 2 dan 3 Disember 2022. Kesemua ahli PKK
juga berjaya menduduki ujian lencana keahlian yang dianjurkan oleh Unit PKK dan telah mendapat
Lencana Keahlian. Aktiviti ini dapat memberi pengalaman baru serta wadah untuk menguji sikap
kerjasama serta ketahanan murid dari segi emosi dan fizikal.

Secara keseluruhannya aktiviti yang telah dirancang dapat diO/jalankan. Walaupun ada ketikanya
aktiviti yang dirancang tidak dapat dijalankan pada tarikh yang ditetapkan kerana pihak sekolah
mengadakan latihan serta pertandingan permainan dan sebagainya.

MASALAH YANG DIHADAPI

1. Pencapaian individu kurang memuaskan kerana murid-murid kurang terlibat dalam aktiviti
yang dianjurkan oleh pihak luar kerana kekangan kewangan.
2. Ada beberapa orang murid tidak dibenarkan oleh ibu bapa untuk menghadiri perkhemahan unit
beruniform yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
3. Beberapa aktiviti tidak dapat dilaksanakan secara sepenuhnya kerana memberi laluan kepada
aktiviti-aktiviti sekolah yang lain seperti sukan merentas desa dan lain-lain.

CADANGAN UNTUK MENGATASI MASALAH YANG DIHADAPI

Menggalakkan murid menyertai aktiviti yang diadakan oleh pihak sekolah dan pihak luar serta
mendapat sokongan moral dan kewangan yang baik daripada ibubapa dan agensi luar.

Disediakan oleh,
.........................................
CIK NURUL HAKIMAH BINTI SUDIN
Penasihat Pengakap Kanak-Kanak
SK Jalan Bukit Satu

You might also like