Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH

GGGD5022
SEKOLAH DAN MASYARAKAT

TUGASAN
REFLEKSI PEMBELAJARAN

NAMA NUR DIANAH BINTI MOKHTAR

SET 30

NO MATRIK P130818
REFLEKSI PEMBELAJARAN SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah
kurnianya dapat saya sempurnakan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran
kesibukan tugasan seharian.

Pertama sekali menerima tugasan bagi subjek GGGD5022 Sekolah dan Masyarakat,
persoalan pertama yang timbul dan muncul dalam kotak minda saya ialah mampukah saya
menyiapkan tugasan berkumpulan iaitu melaksanakan mini kajian serta tugasan individu iaitu
book review memandangkan pada masa yang sama terdapat juga beberapa tugasan yang lain
yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Situasi ini sedikit sebanyak telah memberi
tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan
tersebut. Walau bagaimanapun, saya tetap tidak pernah berputus asa dan memberi banyak
alasan serta helah untuk menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah ditetapkan, seperti
bak kata pepatah hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Sebaliknya, saya menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut
arahan yang telah diberikan. Hal ini demikian kerana, saya memikirkan bahawa tugasan yang
diberikan tidaklah begitu sukar memandangkan tajuk yang dibincangkan bukanlah suatu tajuk
yang asing bagi saya. Malah, terdapat pelbagai medium untuk saya mencari maklumat yang
berkaitan dengan tugasan yang diberikan iaitu melalui internet, buku-buku di pusat sumber,
dan sebagainya.

Di samping itu, semasa dalam proses untuk menyiapkan tugasan individu iaitu book
review yang telah diberikan oleh pensyarah pembimbing saya, iaitu Dr Johdi Salleh , saya
mengalami masalah untuk mencari buku yang bersesuaian yang boleh saya gunakan untuk
menyiapkan tugasan ulasan buku. Pada mulanya saya telah menggunakan buku Membangun
Negara Madani (Visi dan Kerangka Dasar Reformasi) yang telah ditulis oleh Perdana Menteri
terkini kita iaitu Anwar Ibrahim. Walau bagaimanapun, perkataan dan bahasa yang digunakan
agak tinggi hingga menyebabkan saya sukar untuk memahami dengan baik isi dan maksud
yang ingin disampaikan. Saya seterusnya membuat keputusan untuk menukar buku. Saya
telah melakukan carian di laman sesawang internet tentang buku-buku yang berkaitan dengan
subjek Sekolah dan Masyarakat. Akhirnya, saya telah memilih buku yang bertajuk Isu-isu
dalam Masyarakat Islam sebagai buku yang perlu saya ulas setelah mendapat persetujuan dan
kebenaran daripada Dr Johdi.
Selain itu, semasa dalam proses untuk menyiapkan tugasan berkumpulan yang
diberikan oleh pensyarah pembimbing, saya juga mengalami masalah untuk mencari buku-
buku rujukan yang bersesuaian berkaitan dengan tajuk tugasan kami iaitu Impak Pandemik
dalam Pembelajaran di Sekolah. Hal ini demikian kerana, buku-buku yang berkaitan dengan
tajuk tugasan yang terdapat di pusat sumber adalah terhad tambahan pula kekangan dari segi
masa juga menyukarkan saya untuk bertandang ke perpustakaan. Selain itu, semasa mencari
bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk tugasan di laman internet juga merupakan satu
cabaran kepada saya. Hal ini demikian kerana, bukanlah mudah untuk mencari sesuatu bahan
yang betul-betul sahih di dalam laman sesawang kerana terdapat sesetengah laman telah
ditokok tambah isu kandungannya dengan kandungan-kandungan yang negatif.

Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran yang telah saya nyatakan di atas, saya telah
berusaha untuk mengambil inisiatif untuk berbincang dan berkolaborasi dengan rakan-rakan
sekumpulan. Perbincangan dan kolaborasi ini sesungguhnya sangat membantu saya untuk
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna kerana saya berpeluang untuk bertanya kepada
rakan-rakan dan pensyarah tentang cara-cara melaksanakan tugasan dan apabila terdapat
kekeliruan terhadap tajuk tugasan. Selain itu, saya juga meluangkan masa untuk bersama-
sama rakan memilih bahan-bahan yang tepat, berkongsi idea dan pendapat, pengetahuan serta
kemahiran. Kolaborasi sebegini telah banyak membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini
dengan baik.

Di samping itu, dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya telah memperoleh banyak
ilmu berkaitan dengan sejarah ketamadunan Islam di seluruh pelusuk dunia yang saya dapati
dari tugasan ulasan buku. Saya sedar bahawa sebagai seorang bakal guru saya perlu
memantapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan bukan sahaja dari ilmu sejarah bahkan
ilmu-ilmu lain seperti ilmu sains, ilmu bahasa dan sebagainya.

Dengan melaksanakan tugasan ini, saya turut mempelajari banyak pengetahuan yang
baru. Tugasan berkumpulan telah meningkatkan daya pemikiran saya untuk menganalisis dan
menilai sesuatu peristiwa mahupun perkara yang dibicangkan. Saya semakin memahami
kesan atau impak pandemik dalam pembelajaran di sekolah. Dengan ilmu inilah, saya
berharap saya mampu untuk mengubah pelajar-pelajar kita apabila saya melangkah ke alam
perkerjaan sebagai seorang guru nanti.

Selepas menyempurnakan tugasan ini, saya telah mendapati bahawa semangat


kerjasama merupakan suatu aspek yang penting yang perlu diamalkan. Hal ini demikian
kerana , melalui semangat bekerjasamalah kami dapat berbincang dan seterusnya
menghasilkan kerja kursus yang berkualiti. Selain itu, kemahiran yang tinggi terhadap
penggunaan komputer juga merupakan suatu perkara yang wajib kerana secara
keseluruhannya tugasan ini perlu disiapkan dengan menggunakan komputer.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr Johdi


Salleh atas kesudian beliau untuk meluangkan masa memberi tunjuk ajar dan membimbing
saya serta rakan-rakan lain dalam menyempurnakan tugasan ini. Selain itu, beliau juga
mempunyai kesabaran yang tinggi untuk menerangkan dengan jelas dan terperinci tentang
tugasan ini dan akhirnya saya mampu menyempurnakan tugasan yang diarah oleh beliau tepat
pada masa yang telah ditetapkan.

You might also like