Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

BAB 1

Bab ini menceritakan persiapan Jusoh iaitu salah seorang anak buah ketua kampung Banggul
Derdap ke rumah ketua mereka. Pada masa yang sama , dia terlihat Tok Imam , Dogol dan Lebai
Debasa yang membawa jamung masing-masing bergegas untuk hadir ke mesyuarat telah melewati
rumahnya. Kemudian disambung kisah mengenai anak beranak yang samseng dan ditakuti oleh
penduduk kampung iaitu Pak Kasa dan Semaun. Mereka berdua sememangnya tidak mahu
bermuafakat dalam kampung tersebut. Keganasan kedua-dua anak beranak ini amat diketahui oleh
penduduk kampung kerana Semaun dikatakan sering menakik keting lembu penduduk kampung
yang lain. Pada mulanya Jusoh beranggapan mesyuarat itu bertujuan membincangkan perihal anak
beranak yang telah menghuru-harakan kampung. Bermacam cacian dan tanggapan buruk telah dia
lemparkan kepada mereka. Namun , Pak Senik iaitu ketua kampung , menyatakan perihal yang lebih
penting daripada itu. Pak Senik menyatakan projek tanaman padi dua kali setahun. Projek ini
merupakan peluang mereka untuk mendapatkan bantuan kemudahan seperti kampung lain. Mereka
disuruh oleh kerajaan menanam padi dua kali setahun dan keuntungan daripada itu akan menjadi
hak milik mereka. Pak Senik menerangkan mereka hanya perlu menanam padi dan menuainya.
Segala kemudahan lain akn disdiakan oleh kerajaan. Kerajaan mahu penduduk kampung
bermuafakat dan hidup tolong menolong sebelum menyalurkan bantuan. Mereka berlima iaitu Pak
Senik, Toki mama , Lebai Debasa , Dogol dan Jusuh runsing memikirkan siapakah yang sanggup
memujuk Pak Kasa dan Semaun untuk bekerjasama melaksanakan tugasan tersebut. Pak Senik
akhirnya menawarkan diri untuk cuba memujuk anak beranak itu setelah keempat-empat anak
buahnya memberikan pelbagai alasan. Mereka digambarkan gentar akan keganasan Pak Kasa. Pak
Senik bertekad untuk memujuk mereka kerana dia berpendapat mereka juga manusia biasa yang
mempunyai akal fikiran dan hati perut. Pak Senik sangat berharap mereka akan bersetuju kerana dia
ingin menyatukan penduduk kampungnya walau apa jua keadaan sekali pun.

BAB 2

Bab ini menceritakan kehidupan Semaun dan keluarganya . Semaun seorang diir mengusasahkan
tanah bendang milik keluarganya. Dia merupakan seorang yang rajin dalam melaksanakan segala
tugasannya. Semek iaitu adik kepada Semaun merupakan seorang anak dara yang amat menyayangi
abangnya dan bergantung kepada abangnya. Semaun merasakan dia mempunai tanggungjawab
yang besar dalam keluarga tersebut kerana bapanya sudah tua dan telah jatuh sakit. Ibunya pula
tidak pandai menguruskan bendang. Ketika Semaun sedang berehat di bendang , Pak Kasa
memanggilnya pulang kerana kehadiran Pak Senik. Pak Senik menyatakan hasrat kerajaaan terhadap
kampung mereka dan meminta keluarga Pak Kasa bersetuju untuk bersama-sama mengusahakan
padi dua tahun sekali. Semaun sememangnya tidak bersetuju atas cadangan tersebut. Semaun
berpendapat tanah milik nenek moyang mereka tidak boleh diseksa begitu. Tanah tersebut telah
membuahkan rezeki kepada keluarga mereka turun-termurun. Dia tidak mahu bersikap tamak. Dia
berpendapat tanah tersebut mempunyai perasaan dan sudah pasti tanah itu tidak mahu dipaksa
bekerja . Bagi Semaun , setahun sekali tanah itu bekerja sudah memadai . Biarlah tanah itu berehat
setelah dia menabur bakti kepada manusia. Kita manusia yang punya akal fikiran sepatuntnya wajar
memikirkan tentang hal ini. Pak Senik merasakan Keluarga Pak Kasa yang tidak bergaul dengan
penduduk kampung itu bodoh keran berfikiran begitu. Namun dia tidak bertindak apa-apa mahukan
mematahkan kata-kata Semaun. Dia Cuma geram akan tindakan Semaun yang kurang wajar baginya.
Pak senik masih mahu meneruskan rancangan tanaman padi itu dan dia benar-benar ingin melihat
kesudahan daripada tindakan keluarga itu.

Bab 3

Pada pagi seterusnya , Semaun seperti biasa turun ke bendang untuk menamatkan petak terakhir
yang perlu ditebas. Kesakitan Pak Kasa berlarutan dan semakin kritikal. Semek tidak dapat menahan
air matanya apabila dia membuang darah setengah cawan akibat batuk yang dialami oleh bapanya.
Sementara itu , Semaun juga mengimbas kembali kisah Dogol yang cuba memusnahkan petak
sawahnya. Namun dia bersabar memikirkan keadaan adiknya yang sedang membesar dan
ibubapanya yang sering sakit. Dia juga teringat akan tindakan lebai Debasa dan Jusoh yang begitu
garang terhadapnya beberapa tahun lalu. Tiba-tiba lamunan Semaun terhenti apabila melihat adik
perempuannya terkejar-kejar ke arah bendang untuk memaklumkan kondisi bapanya yang telah
tenat. Semaun buntu atas apa yang perlu dilaksanakan kerana dia sedia maklum bahawa penduduk
kampung tidak akan membantunya . Dia tidak akan mendapat pertolongan daripada Tok Imam
sekalipun. Pada masa yang sama , ibunya telah membongkarkan kisah sebenar Pak Kasa. Mereka
sekeluarga sebernarnya tidak pernah melakukan keganasan. Pak Kasa telah menanggung pelbagai
tuduhan sedangkan dia tidak bersalah. Selepas meneliti daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku
terhadap keluarganya , Semaun terlintas untuk meminta bantuan Pak Senik.Dia menyedari Pak senik
merupakan sebab utama mereka masih menetap di kampung tersebut. Keputusan Semuan untuk
meminta bantuan pak senik tidak sia-sia kerana Pak Senik telah cba sedaya upaya menenangkan Pak
Kasa dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Namun , Pak Kasa akhirnya pergi bertemu ilahi. Pak Senik juga
menolong Semaun menguruskan jenazah ayahnya. Barulah mereka sekeluarga sedar akan kebaikan
Pak Senik. Semaun juga telah memohon kemaafan atas kekerasannya tempoh hari dan
mengucapkan terima kasih kepada pak senik. Hati Semaun terguris dan darahnya menyirap apabila
orang kampung biadap bertanyakan mayat bapanya. Namun, Semaun simpan akan kemarahannya
kerana bimbang tiada siapa yang sudi mengusung mayat bapanya ke kubur.

Bab 4

Dogol diceritakan seorang yang busuk hati. Dia telah merancang pelbagai perkara untuk mengusir
Semaun daripada kampung itu. Dogol juga bersikap tidak adil atas tugasan yang diberikan oleh Pak
Senik. Dogol dikehendaki membahagikan lembu-lembu yang telah diberikan kepada kerajaan kepaa
penduduk untuk dijaga namun dogol tidak memberikan seekor pun kepada keluarga Semaun.
Perangai Dogol diketahui oleh Pak Senik. Bukan itu sahaja dogol juga mahu Semaun dihumban ke
dalam penjara dengan menyebarkan pelbagai fitnah untuk membuatkan Semaun berang. Dogol
berhasrat Semaun bertindak kasar terhadap Pak Senik agar hasratnya lebih mudah tercapai. Lembu-
lembu yang dipelihara oleh Dogol sedang bunting , oleh itu dogol membawa lembunya ke hujung
kampung berdekatan dengan rimba untuk meragut rumput-rumput panjang disitu . Rumput yang
belum pernah diragut lembu lain.Kemudian Dogol bergegas ke rumah Pak Senik untuk mengetahui
berita tentang Semaun. Dogol naik berang apabila dia mendengar Pak Senik ingin berusaha lagi
memujuk Semaun. Disini bermulah pertengkaran Pak Senik dan Dogol. Pak senik memaklumkan
bahawa dia mengetahui segala tindakan buruk Dogol terhadap Semaun selama ini. Hal ini
menimbulkan keresahan di dalam hati Dogol sehingga Dogol berhasrat untuk menghapuskan Pak
Senik juga agar cita-citanya tercapai. Sepanjang perjalanan Dogol memikirkan muslihat untuk
menjerumuskan Semaun dan Pak Senik ke dalam jebak. Dogol telah bercadang untuk menyatakan
kepada orang ramai bahawa keganasan dan kebinatangan Semaun berpunca dari sifat lemah lebut
dan tolak ansur Pak Senik. Dan untuk melumpuhkan keganasan itu , puncanya wajib dirombak
terlebih dahulu. Terlintas juga di hati Dogol bahawa dia akan menggantikan Pak Senik. Setelah
sampai di kawasan dia menambat lembu , Dogol cemas apabila melihat tompokan darah di atas
rumput dan lembunya tiada di situ . Dengan pantas Dogol mendapat muslihat untuk mengenakan
Semaun , Dogol menghebohkan cerita Semaun telah membunuh lembunya yang bunting
kemudiannya diheret masuk ke hutan , kemudiannya dilapah dan dijual semuanya. Dia menceritakan
kisah itu kepada semua penduduk kampung untuk mendapatkan simpati serta menyemarakkan
semangat penduduk kampung untuk membakar rumah Semaun . Namun apabila tiba dirumah
Semaun , hasrat mereka terhenti kerana kehadiran Pak Senik .Pak Senik menyoal mereka dengan
mendalam akan kematian lembu Dogol. Sekiranya dijual pasti tiada bangkai , manakala sekiranya
dimakan binatang buas pastinya meninggalkan bangkai . Pak Senik mengambil keputusan untuk
mencari bangkai tersebut , sekiranya bangkai itu tidak dijumpai mereka akan bakar rumah Semaun
sehingga rentung. Nasib menyebelahi Semaun apabila bangkai diketemui di hutan rimba dan kesan-
kesan pada lembu jelas kerja pak belang. Barulah sekarang penduduk kampung menyedari perangai
buruk Dogol yang mereka-reka cerita untuk memburukkan Semaun. Mereka begitu marah sehingga
ingin mencincang Dogol , namun dihalang oleh Pak Senik. Pak Senik mahukan Dogol mendapat
balasan daripada tuhan. Dogol pula telah melarikan diri.Persengketaan Dogol memeningkan kepala
Pak Senik yang memikirkan masa depan orang kampung kerana dia telah tua.

Bab 5

Kesudahan cerita berakhir apabila Dogol telah mati diterkam harimau. Seluruh kampung telah
berpakat untuk mengumpan harimau tersebut menggunakan bangkai lembu Dogol. Semaun
ditugaskan untuk menembak harimau tersebut daripada ran ditemani oleh Pak Senik. Namun
rancangan mereka menjadi sebaliknya apabila Dogol juga berhasrat untuk membunuh harimau
tersebut untuk membuktikan keberaniannya. Apabila das pertama dilepaskan terhadap harimau itu ,
harimau mengaum dan melihat terdapat kelibat orang dibelakang pokok kemudiannya terus
menerkam kelibat itu . Kelibat itu adalah si Dogol. Reaksi orang kampung leboh teruja akan
kematian harimau tersebut berbanding dengan meratapi kesedihan atas kematian Dogol.

You might also like