Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

Pentaksiran Alternatif: Menuju ke Arah Transformasi

Sistem Pentaksiran di Malaysia


Noor Azreen Bt Abd Aziz
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia
hb100009@siswa.uthm.edu.my

Sulaiman Bin Yamin


sulaimn@uthm.edu.my

Abstrak

Pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dan bilik darjah merujuk kepada proses
pengumpulan, analisis, sintesis dan interpretasi keseluruhan maklumat berkaitan
pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan membantu pihak sekolah membuat
keputusan bagi penambahbaikan serta mencapai matlamat dalam pengajaran dan
pembelajaran. Pentaksiran dijalankan untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan
pelajar secara berterusan. Kertas kerja ini membincangkan mengenai definisi, penilaian
sebagai proses pengajaran-pembelajaran, jenis pentaksiran dalam bilik darjah,
perbandingan antara pentaksiran tradisional dengan alternatif, kekangan pelaksanaan
pentaksiran alternatif, dan kepelbagaian aktiviti yang membolehkan perlaksanaan
pentaksiran alternatif. Perbincangan definisi pentaksiran berfokus kepada fungsi
pentaksiran manakala penilaian sebagai proses pengajaran-pembelajaran
membincangkan mengenai penilaian merupakan sebahagian daripada proses
pengajaran dan juga pembelajaran. Terdapat beberapa jenis pentaksiran di dalam bilik
darjah yang mempunyai tujuan pelaksanaan yang berbeza. Pentaksiran merupakan
salah satu komponen penting dalam pengajaran-pembelajaran. Pentaksiran tradisional
vs. pentaksiran alternatif membincangkan mengenai keperluan atau kepentingan
untuk melakukan transformasi dalam sistem pentaksiran negara. Seterusnya,
kekangan pentaksiran alternatif adalah kerana kegagalan pendidik mempelbagaikan
aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran. Kekangan ini termasuklah kekangan
masa, bebanan kerja, tahap pengetahuan, kemahiran, sikap, kesahan dan
kebolehpercayaan dalam pentaksiran. Kertas kerja diakhiri dengan kepelbagaian
aktiviti pentaksiran alternatif dan cadangan bagi mengatasi kekangan tersebut.

Kata kunci: penilaian dalam pengajaran-pembelajaran, pentaksiran alternatif

1. Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang giat membangun ke


arah mencapai Wawasan 2020 dan kemajuan dari segala aspek dan
komponen pembangunan. Pelbagai usaha yang telah dijalankan bagi
memperbaiki, mengekalkan dan meningkatkan kemajuan ini seiring
dengan perkembangan dunia pada masa kini terutama dalam sistem
pendidikan negara. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang
terkandung dalam Rancangan Malaysia Ke sembilan (RMK-9) telah
menggariskan enam teras strategik bertujuan untuk mengukuhkan
sistem pendidikan negara. Enam teras tersebut ialah membina negara
bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah
kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion
keguruan dan juga melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.
Pendidikan berperanan dalam membangunkan modal insan yang
mempunyai jati diri, berketerampilan, berkeperibadian mulia ,
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Modal insan yang ingin
dilahirkan ini juga berupaya untuk berfikir secara kreatif dan kritis,
berkemahiran menyelesaikan masalah dan mempunyai ketahanan serta
kebolehan untuk berhadapan dengan cabaran dunia global yang sering
berubah-ubah mengikut peredaran zaman. Terdapat beberapa fokus
utama dalam membangunkan modal insan yang telah menggariskan
pelan tindakan bagi merangka strategi pembaharuan kepada struktur
kurikulum pendidikan kebangsaan dan juga kepada sistem pentaksiran
kebangsaan. Fokus 2: meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu
pengetahuan dan Fokus 4: memantapkan sistem pentaksiran dan
penilaian supaya lebih holistik serta menggariskan beberapa strategi
yang perlu dilaksanakan bagi memantap dan memperkukuhkan
pelaksanaan sistem pendidikan negara (Ghani, 2008).

Pengertian istilah pentaksiran atau assessment adalah berasal daripada


perkataan Greek “Assidere” iaitu bermaksud “duduk di sisi” (Adimin,
2011). (Ghafar, 2011) mendefinisikan pentaksiran adalah proses
mengukur proses penilaian; proses yang sistematik yang melibatkan
pengumpulan, penganalisisan dan penterjemahan keterangan tentang
tahap pencapaian pelajar terhadap objektif pengajaran. Proses ini
berperanan membantu seseorang sama ada guru atau pentadbir
membuat keputusan secara holistik tentang keseluruhan perkara yang
telah dilaksanakan bagi proses penambahbaikan pada masa akan
datang. (Airasian, 2004) menyatakan bahawa pentaksiran adalah
pengumpulan ,sintesis dan interprestasi maklumat di mana pengujian,
pengukuran dan penilaian memainkan peranan untuk membantu guru
dalam membuat keputusan pembelajaran. Pentaksiran meliputi pelbagai
prosedur yang digunakan untuk memperolehi maklumat tentang
pembelajaran pelajar (pemerhatian, penilaian prestasi atau projek, ujian
kertas dan pensil) dan pembentukan nilai pertimbangan mengenai
kemajuan pembelajaran (Linn & Miller, 2005).

Justeru itu, pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dan bilik darjah


merujuk kepada proses pengumpulan, analisis, sintesis dan interpretasi
keseluruhan maklumat berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang
bertujuan membantu pihak sekolah membuat keputusan bagi membuat
penambahbaikan serta mencapai matlamat dalam pengajaran dan
pembelajaran.

2. Penilaian sebagai Proses Pengajaran-Pembelajaran

Penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek


penting yang dapat membantu meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran di samping dapat mencungkil potensi dan
bakat pelajar (Ali, 2008). Proses pengajaran dan pembelajaran tidak
lengkap jika penilaian tidak diambil kira. Tiga komponen utama yang
terkandung dalam setiap pelajaran (Rajah 1). Komponen pertama ialah
objektif di mana kenyataan berkaitan dengan apa yang ingin dicapai oleh
guru dan pelajar. Setelah mengetahui apa yang patut dicapai, rancangan
pengajaran akan disediakan untuk mewujudkan pengalaman yang
sesuai bagi membantu pelajar capai objektif berkenaan bergantung
kepada kebolehan, kemahiran dan bakat serta minat pelajar yang
pelbagai. Merancang dan menyediakan keadaan yang menimbulkan
pengalaman yang sesuai merupakan komponen kedua dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

(Wahid & Jahya, 2009) dalam bukunya yang bertajuk Pendidikan


Pembangunan Modal Insan menyatakan bahawa timbunan pengalaman
terjadi sama ada dialami sendiri, melalui pembacaan, dari suka dan
duka sebuah pengembaraan, dari sesuatu sesi perbincangan, dari
pelbagai pertemuan intelektual dan yang seumpamanya. Kesemua
kaedah penimbunan pengalaman ini merupakan rutin harian setiap
pelajar, aktiviti seperti itu bertapak semenjak di peringkat sekolah
rendah lagi sehingga ke peringkat tertinggi cuma yang berbeza adalah
darjah pemberatan dan tahap keseriusannya. Komponen ketiga ialah
menilai pengetahuan, kemahiran, sikap dan tingkah laku pelajar berkait
dengan objektif pelajaran.

Objektif pengajaran mestilah membolehkan pelajar memperoleh ilmu


dan kemahiran serta mampu mempamerkan perubahan tingkah laku
seperti yang dikehendaki oleh guru. Penilaian sangat penting dalam
proses pengajaran. Guru perlu membuat pelbagai pertimbangan semasa
pengajaran sesuatu topik berdasarkan persoalan yang timbul sebelum,
semasa, atau selepas pengajaran. (Ghafar, 2011) menunjukkan aliran
penilaian dalam pengajaran. Bermula dengan objektif pengajran, diikuti
dengan proses pengajaran yang sesuai sehingga ke penilaian hasil.
Terdapat beberapa jenis penilaian yang terlibat di dalam proses
pengajaran ini (Rajah 2)

Dahulunya, penilaian dianggap hanyalah penentu pencapaian pelajar


pada akhir satu sesi pembelajaran. Tetapi kini penilaian merangkumi
aktiviti mendapat informasi dan membuat perbandingan semasa
pembelajaran dan pengajaran itu berlangsung. Sistem penilaian kini
memberi penekanan kepada penilaian berterusan yang bertujuan
membantu pembelajaran pelajar. Di samping menjalankan penilaian
berterusan, informasi itu perlu direkodkan oleh guru bagi melihat
kemajuan pelajar dan pelajar yang masih belum menguasai topik atau
satu unit akan diberikan pengajaran pemulihan. Dengan cara ini,
penilaian dapat digunakan dengan lebih efektif.

Penilaian untuk pembelajaran adalah bertujuan untuk meningkatkan


pembelajaran. Ia adalah proses mencari dan mentafsir bukti untuk
digunakan oleh guru dan pelajar untuk membuat keputusan dalam
pembelajaran pelajar (Dikli, 2003). Pada masa yang sama, penilaian juga
boleh bertindak sebagai alat pengukur untuk menunjukkan kecekapan
dan keberkesanan guru. Di peringkat bilik darjah, penilaian boleh
dijadikan sebagai alat mengajar yang baik dan keputusan pelajar boleh
memaklumkan pelbagai keputusan pengajaran.
(Nordin & Bakar, 2008) menunjukkan tiga langkah penting yang mesti
dipatuhi oleh guru semasa membuat penilaian pembelajaran (Rajah 3).
Yang pertama ialah jawapan yang diberikan oleh pelajar hendaklah
diperiksa dengan betul atau salah sahaja. Oleh itu, markah, gred serta
peratus tidak sesuai digunakan. Langkah kedua ialah jawapan-jawapan
yang telah diperiksa akan dikembalikan kepada pelajar supaya pelajar
dapat melihat sendiri hasil pembelajaran yang telah dikuasai mahupun
belum dikuasainya. Langkah yang terakhir pula ialah semasa kertas
dipulangkan, guru dengan serta-merta menjalankan kerja-kerja
pemulihan dan pengukuhan. Dengan melalui ketiga-tiga langkah ini,
secara tidak langsung penilaian telah menjadi sebahagian daripada
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

2.1 Pentaksiran dalam Bilik Darjah

Terdapat empat jenis pentaksiran iaitu pentaksiran penempatan,


pentaksiran formatif, pentaksiran diagnostik dan juga pentaksiran
sumatif. Setiap pentaksiran antara keempat-empatnya mempunyai
tujuan pelaksanaan yang berbeza. Pentaksiran penempatan bertujuan
mengukur tingkah laku untuk kemasukan, pentaksiran formatif untuk
memantau kemajuan pembelajaran. Pentaksiran diagnostik
dilaksanakan bagi mengenal pasti punca masalah pembelajaran
manakala pentaksiran sumatif pula untuk mengukur pencapaian di
akhir sesuatu topik atau unit.

3.0 Pentaksiran Alternatif

(Saptu & Said, 2011) menyatakan bahawa definisi pentaksiran autentik,


pentaksiran alternatif, pentaksiran secara terus, pentaksiran prestasi
dan pentaksiran portfolio, kesemuanya merujuk kepada alternatif ke
arah kepelbagaian ujian pencapaian yang standard. Menurut (Logsdon,
2011), pentaksiran alternatif mempunyai bentuk pentaksiran yang
berbeza di mana dapat menampung ketidakupayaan pelajar. Satu
pentaksiran yang silih berganti boleh mengurangkan kesan
ketidakupayaan pelajar kepada keupayaan untuk menunjukkan apa
yang pelajar fahami. Pentaksiran alternatif juga merupakan penggunaan
pendekatan bukan tradisional dalam menilai prestasi pelajar (Aurbach &
Associates, 2011).

Pentaksiran alternatif secara umumnya ditakrifkan sebagai mana-mana


kaedah penilaian yang merupakan alternatif selain pentaksiran
tradisional seperti ujian pensil-kertas. Pentaksiran alternatif
menghendaki pelajar untuk menunjukkan kemahiran dan pengetahuan
yang mana tidak dapat dinilai dengan menggunakan ujian yang
ditetapkan masa seperti pentaksiran sumatif. Ia bertujuan untuk
mendedahkan kemahiran pemikiran kritikal dan mentaksir pelajar
dengan meminta pelajar untuk menyelesaikan tugasan terbuka yang
mengambil tempoh lebih daripada satu kelas untuk melengkapkannya
(Companies, 2011).
Jesteru itu, pentaksiran alternatif adalah pentaksiran di mana pelajar
menghasilkan atau mencipta jawapan sendiri terhadap sesuatu
persoalan, boleh berbentuk esei atau lukisan, yang bertentangan dengan
kaedah memilih daripada jawapan yang telah diberikan, seperti yang
lazimnya dilihat pada ujian aneka pilihan. Pentaksiran alternatif
termasuk menjawab soalan pendek, esei, penilaian prestasi,
persembahan lisan, pameran, dan juga portfolio. Pentaksiran alternatif
ini menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengekspresikan diri
secara kreatif melalui pilihan pelajar sendiri. Pentaksiran alternatif
merupakan semua aktiviti pentaksiran yang dijalankan selain daripada
aktiviti pentaksiran tradisional yang menekankan konsep pensil-kertas
untuk menguji dan mngukur. Maka, pentaksiran alternatif boleh dirujuk
sebagai pentaksiran formatif atau pentaksiran untuk pembelajaran.

Walaubagaimanapun, pentaksiran tradisional sudah berabad lama


digunakan dalam sistem pentaksiran diserata dunia. Analisis perbezaan
antara pentaksiran tradisional dengan pentaksiran alternatif sentiasa
dikemukakan. Terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua
pentaksiran ini dari aspek ciri-ciri, kegunaan dan format lazim (Jadual
1).

3.1 Pentaksiran Tradisional vs. Pentaksiran Alternatif

Kementerian berhasrat untuk melonjakkan kecemerlangan pelajar, guru


dan sekolah dari segala aspek sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) ke arah memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian, kemakmuran masyarakat
dan negara sehingga boleh mengangkat nama dan sistem pendidikan
Malaysia di arena antarabangsa dan secara tidak langsung akan dapat
menambah modal insan yang berkemahiran untuk membantu
pembangunan negara dan individu tersebut. Beberapa usaha telah
dijalankan bagi memperbaiki, mempertingkat dan memperkasakan
sistem pendidikan negara. Pentaksiran alternatif merupakan salah satu
kaedah yang mana dilihat mampu memberikan satu bentuk pentaksiran
menyeluruh potensi pelajar dengan penekanan diberikan pada aspek
penting iaitu potensi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Menurut (Bailey, 1998), pentaksiran tradisional adalah secara tidak


langsung, tidak autentik, one-shot, speed-based, dan rujukan norma.
(Law & Eckes, 1995) menggariskan isu yang sama dan menyatakan
bahawa pentaksiran tradisional adalah ujian-peristiwa tunggal (single-
occasion tests) iaitu hanya mengukur apa yang pelajar boleh lakukan
pada suatu masa tertentu. Walau bagaimanapun, skor ujian tidak dapat
menunjukkan perkembangan pelajar tersebut. Selain itu, ia tidak dapat
menggambarkan kesukaran pelajar semasa melakukan ujian. (Bailey,
1998) juga menyebut bahawa tiada maklum balas yang disediakan
kepada pelajar dalam pentaksiran ini. (Law & Eckes, 1995)
menunjukkan kebanyakan ujian yang seragam mentaksir hanya
kemahiran berfikir pelajar yang rendah. (Dikli, 2003) menyatakan
bahawa pentaksiran tradisional sering memberi tumpuan kepada
kemampuan hafalan dan melihat kembali pembelajaran, yang mana
tahap kemahiran kognitif yang lebih rendah. Sistem pentaksiran pada
masa kini berpandukan kurikulum yang hanya mencakupi kebolehan
pelajar mengingat dan kemahiran menghafal semata-mata. Kemahiran
yang lain tidak diaplikasi, dianalisis, disintesis dan dinilai dalam sesuatu
penilaian (Begum & Farooqui, 2008). Pentaksiran alternatif mula
digunakan sebagai satu kaedah yang baru dalam sistem pendidikan
disebabkan oleh kesedaran yang semakin meningkat yang mana
sebelum ini dipengaruhi oleh ujian berdasarkan kurikulum dan
pengajaran sahaja (Dikli, 2003). Selain itu, alat pentaksiran tradisional
hanya memerlukan pelajar untuk memaparkan pengetahuan mereka
dengan cara yang telah ditentukan terlebih dahulu.

Sebaliknya pentaksiran alternatif, mentaksir kemahiran berfikir yang


lebih tinggi. Pelajar mempunyai peluang untuk menunjukkan apa yang
mereka belajar. Jenis alat pentaksiran ini memberi tumpuan kepada
perkembangan dan prestasi pelajar tersebut iaitu, sekiranya seorang
pelajar gagal untuk melaksanakan tugas yang diberikan pada masa
tertentu, pelajar tersebut masih mempunyai peluang untuk
menunjukkan kebolehan pada bila-bila masa yang berbeza dan keadaan
yang berbeza. Sejak pentaksiran alternatif dibangunkan dalam konteks
dan dari semasa ke semasa, guru mempunyai peluang untuk mengukur
kekuatan dan kelemahan pelajar dalam pelbagai bidang dan situasi (Law
& Eckes, 1995).

Pentaksiran alternatif atau pentaksiran untuk pembelajaran adalah


proses pembelajaran secara berterusan. Pentaksiran ini dijalankan
untuk memastikan setiap pelajar memahami dan dapat menterjemahkan
kehendak tugasan. Guru juga dapat menentukan apa yang boleh
dibantu dalam meningkatkan prestasi pelajar. (Reeves, 2000)
mempercayai bahawa penekanan kepada penilaian prestasi dapat
memberi keupayaan kepada pelajar dalam mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan sebenar. Pentaksiran
yang bersifat alternatif adalah seperti pentaksiran kerja kursus/portfolio,
projek, persembahan, aktiviti jasmani, kokurikulum, sahsiah, budi
pekerti dan pembinaan jati diri pelajar dapat dilaksanakan. Melalui
pentaksiran ini bukan sahaja dapat menilai kemajuan pelajar, malahan
proses pembinaan modal insan yang holistik dapat juga diteruskan
sejajar dengan saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin (Khan, 2009).

Menurut daripada kajian terdahulu, pentaksiran tradisional seolah-olah


tidak mempunyai ciri-ciri yang positif pada semuanya. Walau
bagaimanapun, ini tidak benar. Pentaksiran tradisional juga mempunyai
kelebihan seperti mana terdapat kelemahan pada pentaksiran alternatif.
Sebagai permulaan, strategi pentaksiran tradisional yang lebih objektif,
boleh dipercayai dan juga sah. Ini dapat dilihat daripada ujian sumatif
yang seragam dan mempunyai standard yang tertentu. Sebaliknya,
pentaksiran alternatif, membawa beberapa kebimbangan dari segi
subjektiviti, kebolehpercayaan dan kesahihannya dalam sistem
pendidikan.

Selain itu, pentaksiran alternatif boleh membebankan guru dari segi


masa dan juga tenaga (Law & Eckes, 1995). Sebagai contoh,
kepelbagaian produk dalam portfolio, yang dilihat sebagai salah satu
kekuatan yang paling penting, boleh membawa masalah kepada guru
dalam segi praktikal (Bailey, 1998). Guru mungkin sukar untuk menskor
dan memerlukan masa yang panjang untuk menilai prestasi pelajar,
tidak seperti ujian aneka pilihan, yang praktikal untuk diskor.

4. Kekangan Pelaksanaan Pentaksiran Alternatif

Pelaksanaan pentaksiran alternatif diperingkat sekolah dan dalam bilik


darjah agak sukar untuk dilaksanakan. Berdasarkan kajian yang
dilaksanakan oleh (Rahman & Ali, 2008) mendapati terdapat beberapa
faktor permasalahan yang menghalang dan mengehadkan pelaksanaan
pentaksiran kerja kursus/protfolio yang mana sebahagian daripada
pentaksiran alternatif atau dikenali sebagai pentaksiran berasaskan
sekolah (PBS). Faktor guru adalah yang paling penting dalam
melaksanakan pentaksiran alternatif. Dapatan kajian tersebut
menunjukkan guru-guru mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran
yang sederhana tinggi dalam melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus.
Masalah yang dihadapi oleh guru-guru ialah tidak mempunyai masa
mencukupi untuk menyelia dan membimbing pelajar serta mengganggap
proses melaksanakan pentaksiran mengganggu tugas-tugas yang lain.
Begitu juga kajian (Noor & Sahip, 2010) yang menunjukkan bahawa
jadual waktu guru-guru yang agak padat menyukarkan guru untuk
melaksanakan pentaksiran tersebut.

Kajian oleh (Begum & Farooqui, 2008) pula menyatakan bahawa guru
sangat optimis mengenai perubahan sistem pentaksiran. Hasil kajian
menunjukkan bahawa walaupun kerajaan telah melaksanakan sistem
pentaksiran baru, kebanyakan guru-guru tidak mendapat latihan yang
secukupnya untuk melaksanakan projek tersebut. Guru yang tidak
terlatih akan mempunyai kefahaman yang sedikit seterusnya akan
menyebabkan markah tidak dapat diagihkan dengan berkesan akibat
ketidakmampuan guru tersebut. Jika pentaksiran alternatif ini
dilaksanakan tanpa menyediakan latihan kepada guru-guru yang
mencukupi, jurang yang besar akan wujud antara strategi yang digubal
oleh kerajaan dengan realiti sebenar dalam bilik darjah. Dalam artikel
(Seng, 2009) yang bertajuk School-based Assessment: The Concept of
School based Assessment menyatakan bahawa terdapat perbezaan
persepsi mengenai makna pentaksiran berasaskan sekolah di antara ibu
bapa, stakeholder, pelajar-pelajar mahu pun guru-guru. Hal ini adalah
kerana masyarakat di Malaysia sudah lazim dengan pentaksiran
tradisional sejak zaman merdeka lagi.

Sehubungan daripada kekangan yang membataskan pelaksanaan


pentaksiran alternatif, pelbagai aktiviti pentaksiran ini dikemukakan
supaya guru dapat memilih dan menggunakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu mempunyai kemahiran dalam
mengaitkan sukatan pelajaran kurikulum dan aktiviti pentaksiran
alternatif yang ingin dijalankan bagi mematuhi prinsip asas pentaksiran
alternatif (Saptu & Said, 2011).

5. Kepelbagaian Aktiviti yang Membolehkan Perlaksanaan


Pentaksiran Alternatif

Gambaran yang lebih baik terhadap pengajaran dan pembelajaran dapat


diberikan dengan menggunakan pelbagai pentaksiran dalam bilik darjah.
Profil pentaksiran dalam bilik darjah yang berlainan (Rajah 4).

 Pentaksiran prestasi: Pelajar dikehendaki untuk mencipta


sesuatu produk atau merumuskan tindak balas yang
menunjukkan penguasaan dalam kemahiran atau kefahaman
tentang proses atau konsep. Lazimnya, pentaksiran prestasi
"autentik" kerana distrukturkan berdasarkan sesuatu masalah
atau situasi sebenar.
 Pemerhatian guru: Guru memerhatikan pelajar-pelajar yang
terlibat dalam pelbagai tugas atau aktiviti dengan menggunakan
senarai semak, skala kedudukan, dan sebagainya, untuk
merekodkan prestasi pelajar dalam mencapai satu penanda aras
yang tertentu.
 Persidangan: Guru dan dialog pelajar, menilai kemajuan pelajar
untuk mencapai satu atau lebih matlamat yang tertentu.
 Pentaksiran sendiri: Pelajar memikirkan dan menilai kerja mereka
sendiri dengan kriteria taksiran yang dibangunkan oleh guru atau
pelajar.
 Pentaksiran rakan sebaya: Pelajar menilai kerja antara satu sama
lain dengan kriteria penilaian yang dibangunkan oleh guru atau
pelajar-pelajar.
 Pentaksiran kerja kursus/portfolio: Kerja pelajar direkodkan
dalam koleksi bahan-bahan yang dipersetujui oleh pelajar atau
guru, menjangkaui tempoh masa, yang menggambarkan proses
pembelajaran pelajar, perkembangan, dan pencapaian dalam cara
yang teratur dan sistematik.

6. Kesimpulan

Pentaksiran alternatif merupakan pentaksiran autentik atau pentaksiran


formatif atau pentaksiran untuk pembelajaran. Berdasarkan kajian-
kajian yang telah dibuat, jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan
pentaksiran alternatif dapat dijalankan dengan baik, konsisten dan
berterusan di sekolah-sekolah berdasarkan kepada tahap pengetahuan,
kemahiran dan sikap guru-guru yang tinggi. Oleh itu, guru-guru perlu
dilatih dengan menghadiri kursus, seminar atau mesyuarat berkaitan
bagi mempertingkatkan pengetahuan serta kemahiran. Guru juga perlu
dilatih supaya menjalankan tugas secara profesional, telus, adil dan
tidak memihak kepada mana-mana golongan atau individu. Kekangan
dari segi masa, jadual yang padat dan tenaga boleh diatasi dengan
membahagikan tugasan kerja yang sama rata antara setiap guru di
sekolah. Pihak pentadbir perlu bijak membahagikan tugasan kerja, bagi
guru subjek yang perlu melakukan pentaksiran, tugasan kerja yang
berat harus dielakkan untuk memastikan pentaksiran dapat dijalankan
dengan jayanya tanpa sebarang alasan.

Dalam usaha untuk menegakkan dan mempertahankan mutu kualiti


pentaksiran dalam sistem pendidikan di Malaysia, ketelusan dalam
sistem pentaksiran baru ini memerlukan gandingan yang kukuh
kerjasama daripada pelbagai pihak. Bagi memastikan pentaksiran
dilaksanakan dengan betul, beberapa cadangan telah dikemukakan oleh
(Begum & Farooqui, 2008) dalam kajiannya iaitu;
 penyelia akademik perlu diberi tanggungjawab untuk memantau
 guru besar perlu membuat mesyuarat dan memeriksa rekod
semua guru-guru setiap penggal
 suatu jawatankuasa perlu dibentuk di setiap sekolah untuk
memeriksa rekod tersebut
 ibu bapa perlu menyedari bahawa anak-anak tidak boleh menjadi
mangsa kepada guru, jika disyaki ibu bapa harus membuat aduan
dengan segera kepada guru besar
 guru besar perlu mengaturkan mesyuarat bersama ibu bapa
selepas setiap penggal dan menyelesaikan segala aduan oleh ibu
bapa
 satu elemen bimbingan dan kaunseling boleh diperkenalkan. Ia
akan memberi peluang untuk mengetahui guru-guru yang
mempunyai masalah dalam pelaksanaan sistem baru ini.

Sehubungan itu, guru perlu memahami segala jenis pentaksiran sama


ada pentaksiran tradisional mahu pun pentaksiran alternatif bagi
mewujudkan pengalaman pembelajaran yang baik kepada pelajar secara
tidak langsung proses pembinaan modal insan yang holistik dapat
diteruskan sejajar dengan saranan kementerian. Jesteru itu, dapat
dirumuskan bahawa pentaksiran alternatif atau pentaksiran untuk
pembelajaran merupakan salah satu pilihan dalam sistem pentaksiran
yang dapat memperkayakan pengetahuan guru dan pelajar melalui
kepelbagaian aktiviti serta berupaya meningkatkan pembelajaran pelajar
melalui produk yang dihasilkan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.
Rujukan

Adimin, J. (2011). Peperiksaan vs Pentaksiran. Retrieved from


http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2008&dt=0303&pub=DuniaPendidik
an&sec=Perspektif&pg=ps_01.htm

Airasian, P. W. (2004). Classroom assessment: concepts and applications (5th ed.):


McGraw-Hill.

Ali, Z. (2008). Perlaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Di


Sekolah Menengah Luar Bandar Daerah Kuantan, Pahang. Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai.

Aurbach & Associates, I. (2011). About Alternative Assessment, from


http://www.aurbach.com/alt_assess.html

Bailey, K. M. (1998). Learning about language assessment: dilemmas, decisions, and


directions: Heinle & Heinle Publishers.

Begum, M., & Farooqui, S. (2008). School Based Assessment: Will it Really Change the
Education Scenario in Bangladesh? International Edution Studies, 1(2), 45-53.

Companies, M.-H. (2011). Alternative Assessment Primer, from


http://teachingtoday.glencoe.com/howtoarticles/alternative-assessment-primer

Dikli, S. (2003). Assessment at a distance: Traditional vs. Alternative Assessment. The


Turkish Online Journal of Education Technology-TOJET, 2(3).

Education, N. J. S. D. o. (1999). New Jersey World Languages Curriculum Framework.

Ghafar, M. N. A. (2011). Pembinaan & Analisis Ujian Bilik Darjah (2 ed. Vol. 371.26).
Skudai: Penerbit UTM Press.

Ghani, T. H. A. b. A. (2008). Membangun Modal Insan. Retrieved from


http://sppkkedah.blogspot.com/2009/10/membangun-modal-insan.html

Khan, A. (2009). Tidak Lagi Bergantung 100% Kepada Peperiksaan-TPM. Retrieved


from http://sppkkedah.blogspot.com/2009/10/tidak-lagi-bergantung-100-
kepada.html

Law, B., & Eckes, M. (1995). Assessment and ESL: on the yellow big road to the
Withered of Oz: Peguis Publishers.

Linn, R. L., & Miller, M. D. (2005). Measurement and Assessment in Teaching (9th ed.):
Pearson Prentice Hall.

Logsdon, A. (2011). Alternative Assessment - What Is an Alternative Assessment?, from


http://learningdisabilities.about.com/od/learning_disability_terms_A/g/alternative
_assessment.htm
Noor, N. M., & Sahip, S. (2010). Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Berasaskan
Sekolah Bagi Matapelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah Kebangsaan
Daerah Johor Bahru, Kawasan Skudai.

Nordin, A. B., & Bakar, B. A. (2008). Penaksiran dalam Pendidikan & Sains Sosial (Vol.
150.287). Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rahman, M. A. B. A., & Ali, Z. B. (2008). Perlaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus


Kemahiran Hidup Bersepadu Di Sekolah Menengah Luar Bandar Daerah
Kuantan, Pahang. Retrieved from
http://eprints.utm.my/10757/1/PELAKSANAAN_PENTAKSIRAN_KERJA_KU
RSUS_KEMAHIRAN_HIDUP_BERSEPADU_DI_SEKOLAH_MENENGAH_L
UAR_BANDAR_DAERAH_KUANTAN.pdf

Reeves, T. C. (2000). Alternative assessment approaches for online learning


environments in higher education. Journal of Educational Computing Research,
23(1).

Saptu, S., & Said, H. (2011). Pentaksiran Alternatif dalam Memperkayakan Pengetahuan
dan Meningkatkan Pembelajaran

Paper presented at the International Conference on Measurements and Evaluation in


Education (ICMEE) Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Schlepphege, J. (2010 ). The Portfolio - An Alternative Assessment Method in the


Foreign Language Classroom Available from
http://books.google.com.my/books?id=QeskybO_iqkC&dq=alternative+assessme
nt&source=gbs_navlinks_s

Seng, T. E. (2009). School – based Assessment. The Concept of School based


Assessment. Retrieved from http://www.teo-education.com/teo/?p=455

Wahid, A. H., & Jahya, Z. (2009). Pendidikan Pembangunan Modal Insan (Vol.
370.9595). Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Lampiran

Objektif

Pengalaman-
Penilaian
Pembelajaran

Rajah 1: Perkaitan antara tiga komponen penting dalam proses


pengajaran-pembelajaran
Sumber: (Nordin & Bakar, 2008)
Rajah 2: Penilaian dalam pengajaran
Sumber:(Ghafar, 2011)

Pengajaran- Pengajaran-
Penilaian Pembetulan
Pembelajaran Pembelajaran

Rajah 3: Penilaian dalam proses pengajaran-pembelajran


Sumber: (Nordin & Bakar, 2008)

Jadual 1: Perbezaan antara Pentaksiran Tradisional dan Pentaksiran


Alternatif

Ciri-ciri Pentaksiran Tradisional Ciri-ciri Pentaksiran Alternatif


 Ujian tidak autentik  Ujian yang autentik
 Tumpuan utama sumatif, dan  Pentaksiran termasuk memberi
hasilnya tidak selalu digunakan tumpuan kepada formatif, dan
dalam pengajaran keputusan secara langsung
 Penekanan dibuat kepada digunakan dalam pengajaran
produk  Penekanan dibuat kepada proses
 Diskret-mata ditaksir pembelajaran serta produk
 Pelajar diberikan markah  Tugas-tugas pentaksiran ini
berdasarkan bilangan atau melibatkan aplikasi serta
peratusan yang betul integrasi kandungan
 Ujian diskor dengan mudah instruksional
dan cepat  Tugasan seringkali berbentuk
 Item yang sering digunakan open-ended, menawarkan
adalah aneka pilihan, suai pelbagai pilihan dan input, serta
padan, atau betul/salah mencapai kemuncak terhadap
 Item ujian pengetahuan pasif prestasi individu atau kumpulan
(Pelajar hanya diperlukan  Pentaksiran yang holistik
untuk mengenali jawapan yang  Pemarkahan memerlukan
betul,bukan untuk penghakiman serta
menghasilkannya) menggunakan kriteria
 Pentaksiran ini biasanya dinilai pemarkahan (contohnya, rubric)
untuk  Pentaksiran ini sering
kesahan statistik dan memlibatkan tugasan yang
kebolehpercayaan memerlukan pelbagai langkah
dan masa yang panjang untuk
selesai serta berterusan
 Tugas menghendaki pelajar
menunjukkan ilmu pengetahuan
secara aktif melalui penyelesaian
masalah, membuat kesimpulan,
serta lain-lain kemahiran
kognitif yang kompleks termasuk
psikomotor dan juga afektif
 Tugasan adalah berasaskan
situasi atau menggunakan
konteks dunia sebenar
 Pntaksiran ini selalunya belum
dinilai untuk kesahan statistik
atau kebolehpercayaan
Kegunaan Kegunaan
 Untuk mentaksirkan hasil  Untuk mentaksir;
pembelajaran  hasil pembelajaran dan
 Untuk membolehkan proses
perbandingan seluruh populasi  proses instruksional dan
objektif
 Bagi menggalakkan;
 penglibatan pelajar
 pelajar berhak ke atas
pembelajaran dan
pentaksiran
 kerjasama antara pelajar
dan guru
 Merancang pengajaran yang
berkesan
Format lazim Format lazim
 Respons ujian aneka pilihan  Portfolio dan jurnal
 Ujian diskret-mata  Demonstrasi
 Persidangan dan pemerhatian

Sumber: (Education, 1999; Saptu & Said, 2011; Schlepphege, 2010 )

•Kerja kursus/ •Ujian yang


Projek standad
•Lukisan •Ujian di akhir
•Demostrasi sesuatu unit
•Video/Tape audio pembelajaran
•Ucapan •Guru
•Experiman melaksanakan
•Penulisan laporan Ujian kertas-
Prestasi ujian
•Perbahasan
pensil

Pemerhatian
Komunikasi
dan
Personal
Pandangan

•Interaksi dalam •Persidangan


bilik darjah individu
•Penglibatan •Perbincangan
pelajar kumpulan kecil
•Temu duga

Rajah 4: Profil Pentaksiran


Sumber: (Education, 1999)

You might also like