Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Halatuju peradaban timur dan barat: Dialog atau Konflik

Peradaban terdapat pelbagai maksud antaranya ialah sekelompok manusia yang


membentuk sebuah bangsa dan negara bangsa melalui sejumlah pencapaian dan
pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik,
sopan-santun bagi membentuk akhlak yang baik dan budi Bahasa yang mulia
bagi individu dan kelompok manusia.
Terdapat dua bentuk peradaban iaitu timur dan barat. Peradaban timur merujuk
kepada masyarakat islam dan asia manakala peradaban barat ialah masyarakat
bukan asia seperti Amerika Syarikat dan Eropah.

Dua Teori Barat

1. Teori Huntington. Pihak Amerika dan barat yang didokong oleh


kapitalisme terlibat secara langsung dalam pertelingkah iaitu konfusius
dan islam.
2. Teori Brian. Demokrasi adalah hasil dari pengislahan yang dilakukan
terhadap agama islam pada awal kurun ke-16. Brian menekan bahawa
pentingnya untuk mengetepikan ijtihad ulamak dan bergantung kepada
dialog atau perbincangan yang betul.

Konsep Dialog Peradaban


Dialog peradaban atau interaksi peradaban merujuk kepada tindak balas atau
komunikasi yang melibatkan dua pihak atau lebih. Ini bermaksud interaksi
peradaban ialah interaksi antara individu atau masyarakat yang mewakili
sesuatu peradaban. Dialog Peradaban antara masyarakat Islam dan Asia sendiri
telah lama berlaku sebelum kedatangan kuasa Barat ke rantau ini.
Kepentingan Dialaog Peradaban

Dialog peradaban membawa kebaikkan terhadap negara dan masyarakat.


Kerjasama dialog beradaban ini amat penting bagi menghalang Barat
mendominasi tamadun seperti tamadun islam dan asia. Mereka(islam dan asia)
menggunakan dialog yang berlandaskan agama yang membawa kasih sayang,
hormat-menghormati dan saling percaya.

Siapa Perlu Berdialog

Peradaban barat tidak mewakili wilayah tetapi adalah sifat sejagat. Dengan itu,
mustahil untuk berlakunya dialog antara peradaban Timur dan Barat yang
banyak ketidaksamaan. Halangan utama berlakunya dialog antara peradaban
Timur dan Barat ialah sifat Barat yang menebal dalam diri meraka iaitu
semangat jingoism dan superiority. Manakala peradaban Timur yang
mengamalkan nilai-nilai murni, berteraskan agama dan sikap toleransi maka
telah berlaku dialog antara beberapa wilayah.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, dalam membicarakan tentang halatuju peradaban Timur


dan Barat, ingin menegaskan di sini bahawa sememangnya realiti dunia pada
hari ini mengalami pertembungan peradaban atau konflik seperti yang
dikemukakan oleh Samual Huntington. Peradaban Barat tidak mungkin tunduk
kepada peradaban Timur. Dialog hanya boleh berlaku di antara peradaban yang
mempunyai kerangka pemikiran yang sama.

You might also like