Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 40

BAHAGIAN PERKEMBANGAN KURIKULUM

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI


2021
TINGKATAN 3

BORANG PENTAKSIRAN INDIVIDU

Nama Muhammad Iman Fitri Bin Md Daud

No. Kad Pengenalan : 0 6 1 1 0 4 0 2 0 3 0 5

No. AngkaGiliran :

Tingkatan : 3 Arif

Tajuk Kerja Lapangan : AMALAN KITAR SEMULA DI TAMAN SEROJA, SUNGAI


LALANG, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH

Dimensi Pentaksiran Tahap Penguasaan Skor


Mengumpul Maklumat
Merancang
Mengaplikasi
Membuat Refleksi
Berkomunikasi
Etika dan Kerohanian
KESELURUHAN

PERAKUAN MURID
Saya memperakui bahawa Kerja Lapangan ini adalah hasil kerja saya sendiri, melainkan petikan,
grafik, foto dan gambar rajah yang dinyatakan sumbernya.

Tandatangan: Iman Fitri…

PERAKUAN GURU

Tandatangan :…………………………………

Nama :…………………………………
Tarikh :………………………………....
SEKOLAH MENENGAH SULTAN ABDUL HALIM
06009 JITRA KEDAH

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI


2021

AMALAN KITAR SEMULA DI TAMAN SEROJA,


SUNGAI LALANG, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH.

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD IMAN FITRI BIN MD DAUD


TINGKATAN : 3 ARIF
NAMA GURU : MUHAMMAD HAFIZUL NAIM BIN ABDUL
SHUKOR
JADUAL PERANCANGAN KERJA
HARI TARIKH AKTIVITI CATATAN
PERANCANGAN KERJA:
• MENULIS TAJUK TENTANG “AMALAN KITAR
SEMULA DI ______________________”
• MUAT TURUN LOKASI KAWASAN KAJIAN
SELASA - 17 OGOS – DARIPADA APLIKASI GOOGLE MAPS.
AHAD 22 OGOS • MELAKAR LOKASI KAWASAN KAJIAN Siap
BERDASARKAN PETA DARIPADA GOOGLE MAPS.
PERANCANGAN KERJA
• MENULIS TAJUK TENTANG “AMALAN KITAR
SEMULA DI ______________________”
• MUAT TURUN LOKASI KAWASAN KAJIAN
DARIPADA APLIKASI GOOGLE MAPS.
• MELAKAR LOKASI KAWASAN KAJIAN
OBJEKTIF KAJIAN:
SAYA MENJALANKAN KAJIAN LAPANGAN BERTAJUK
KITAR SEMULA DI _______________ BAGI MENCAPAI
OBJEKTIF-OBJEKTIF YANG BERIKUT –
MENYENARAIKAN OBJEKTIF:
1) MENGHURAIKAN MAKSUD KITAR SEMULA DAN
ISNIN – 23 OGOS – MENGENAL PASTI SISA KITAR SEMULA.
AHAD 29 OGOS 2) MENGENALPASTI JENIS BAHAN KITAR SEMULA Siap
DI KAWASAN KAJIAN.
3) MENGHURAIKAN KEPENTINGAN AMALAN
KITAR SEMULA DI KAWASAN KAJIAN.
4) MENJELASKAN KESAN NEGATIF TERHADAP
ALAM SEKITAR JIKA AMALAN KITAR SEMULA TIDAK
DIAMALKAN DI KAWASAN KAJIAN.
5) MENCADANGKAN LANGKAH – LANGKAH YANG
BOLEH MEMUPUK AMALAN KITAR SEMULA.
KAEDAH KAJIAN:
SAYA MENJALANKAN KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
DI KAWASAN __________ DENGAN MENGGUNAKAN
KAEDAH-KAEDAH YANG BERIKUT:
ISNIN - 30 OGOS – 5 1) PEMERHATIAN - MEMERHATI TONG-TONG
AHAD SEPTEMBER KITAR SEMULA DAN CATAT NOTA Siap
2) SOAL SELIDIK - MENGGUNAKAN 10 ORANG
RESPONDEN UNTUK MEMBANTU MENYELESAIKAN
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
3) RUJUKAN - SAYA TELAH MENJALANKAN
KAEDAH RUJUKAN DENGAN MERUJUK BUKU TEKS
DAN LAMAN SESAWANG.
KAWASAN KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:
SAYA MENGENALPASTI KAWASAN KAJIAN IAITU
KAWASAN PERUMAHAN SAYA. SELAIN ITU, SAYA
MENYENARAIKAN PANDANG DARAT FIZIKAL DAN
PANDANG DARAT BUDAYA. SAYA JUGA
MEMPERKENALKAN SEJARAH DAN LATAR BELAKANG
BANDAR SAYA. DI SAMPING ITU, SAYA
6 MENYENARAIKAN KEMUDAHAN DAN FASILITI YANG
ISNIN - SEPTEMBER TERDAPAT DI KAWASAN KAJIAN SAYA. SAYA Siap
SELASA – 14 MENYEDIAKAN PETA YANG DIAMBIL DARIPADA
SEPTEMBER GOOGLE MAPS IAITU PETA KAWASAN TAMAN
SEROJA, PETA BANDAR SUNGAI PETANI DAN PETA
SEMENANJUNG MALAYSIA SEBAGAI LAMPIRAN.
SAYA MELAKAR PETA TOPOGRAFI KAWASAN KAJIAN
SAYA DENGAN LENGKAP DAN KEMAS IAITU PETA
LAKAR TAMAN SEROJA SEBAGAI BUKTI KAJIAN.

HASIL KAJIAN:
SAYA DAPAT MENGENAL PASTI AMALAN KITAR
SEMULA YANG BERLAKU DI KAWASAN KAJIAN SAYA.
SELAIN ITU, SAYA JUGA DAPAT MENGHURAIKAN
MAKSUD KITAR SEMULA DAN MENGENAL PASTI SISA
KITAR SEMULA. DI SAMPING ITU, SAYA MAMPU
15 MENGENALPASTI JENIS BAHAN KITAR SEMULA DI
RABU - SEPTEMBER KAWASAN KAJIAN DAN JUGA BOLEH Siap
KHAMIS – 30 MENGHURAIKAN KEPENTINGAN AMALAN KITAR
SEPTEMBER SEMULA DI KAWASAN KAJIAN. SETERUSNYA, SAYA
DAPAT MENJELASKAN KESAN NEGATIF TERHADAP
ALAM SEKITAR JIKA AMALAN KITAR SEMULA TIDAK
DIAMALKAN DI KAWASAN KAJIAN DAN JUGA MAMPU
MENCADANGKAN LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH
MEMUPUK AMALAN KITAR SEMULA.

RUMUSAN:
SAYA MERUMUS FAEDAH YANG PELAJAR DAPAT
BELAJAR DARIPADA KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
INI. SAYA JUGA MENGEMUKAKAN CADANGAN DAN
PENGALAMAN SEMASA MENJALANKAN KAJIAN. SAYA
JUMAAT - 1 OKTOBER JUGA MENYELITKAN UNSUR-UNSUR ALAM SEKITAR
SELASA –5 DAN BERHARAP AGAR MASYARAKAT DAPAT Siap
OKTOBER MENGAMALKAN AMALAN KITAR SEMULA.

JADUAL PERANCANGAN KERJA:


SAYA MENCIPTA DAN MENGEMASKINI JADUAL KERJA
BAGI MELAPORKAN PERANCANGAN SAYA DENGAN
LENGKAP DAN TEPAT.
RUJUKAN:
SAYA MENYENARAIKAN RUJUKAN SAYA DARIPADA
INTERNET DAN ORANG RESPONDEN.

LAMPIRAN:
SAYA MELAMPIRKAN SOALAN KAJIAN, KERANGKA
RABU - 6 OKTOBER TUGASAN, SURAT KEBENARAN SEKOLAH, BORANG
ISNIN – 11 SOAL SELIDIK KERJA LAPANGAN GEOGRAFI Siap
OKTOBER BERSAMA JAWAPAN RESPONDEN BERSERTA
GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN.
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
PENGHARGAAN 7
PENDAHULUAN 8
OBJEKTIF KAJIAN 9
KAEDAH KAJIAN 10
KAWASAN KAJIAN:
PETA GOOGLE MAP - PETA KAWASAN TAMAN SEROJA,
PETA BANDAR SUNGAI PETANI 11-15
PETA SEMENANJUNG MALAYSIA
PETA TOPOGRAFI KAWASAN KAJIAN SAYA
HASIL KAJIAN
KONSEP KITAR SEMULA
AMALAN KITAR SEMULA - JENIS BAHAN KITAR SEMULA 16-23
KEPENTINGAN AMALAN KITAR SEMULA
LANGKAH-LANGKAH
RUMUSAN
KESIMPULAN SECARA RINGKAS DAN TEPAT TENTANG KAJIAN
YANG DIJALANKAN. MENGEMUKAKAN CADANGAN DAN 24
PENGALAMAN SEMASA MENJALANKAN KAJIAN. MENYELITKAN
UNSUR-UNSUR ALAM SEKITAR DAN SEMANGAT MENCINTAI
DAN MENGHARGAI KAWASAN SENDIRI.
RUJUKAN
LINK INTERNET 25
ORANG RESPONDEN
LAMPIRAN
SOALAN KAJIAN
KERANGKA TUGASAN
SURAT KEBENARAN SEKOLAH 26-40
BORANG SOAL SELIDIK
JAWAPAN RESPONDEN
GAMBAR YANG BERKAITAN
PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan rasa terima kasih kepada semua pihak


yang telah membantu saya untuk menjayakan kajian ini.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Pengetua Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim iaitu
Encik Zuraisham Bin Azmi, kerana beliau telah memberi
kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja lapangan ini.
Selain itu, kepada guru mata pelajaran geografi saya Pn. Hayati
bin Isa, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana
beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada
kami sepanjang kajian ini dijalankan.
Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada ibu saya Nurul
Ashikin Binti Senawi dan bapa saya iaitu Md Daud Bin Saad,
kerana mereka telah banyak memberi sokongan dan dorongan
kepada saya demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan
dengan jayanya. Seterusnya saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang telah banyak
memberi maklumat dan membantu saya dalam mengumpul dan
merekod maklumat kajian ini.
Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 5
orang responden yang telah sanggup memberi kerja sama yang
baik terhadap saya semasa kajian ini dijalankan. Sesungguhnya
dengan bantuan daripada semua pihak sama ada secara
langsung atau tidak langsung maka kerja lapangan ini dapat
disiapkan dengan jayanya.
PENDAHULUAN

Kajian lapangan ini merupakan tugasan wajib seperti yang


diarahkan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk dijalankan
oleh setiap pelajar tingkatan 3 bagi memperoleh markah
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Tajuk kajian bagi kajian
lapangan saya adalah Amalan Kitar Semula dan saya
Muhammad Iman Fitri Bin Md Daud pelajar tingkatan 3 Arif dari
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim telah melakukan kajian ini
di kawasan Taman Seroja, Sungai Lalang, Sungai Petani, Kedah.
Antara sebab utama saya memilih kawasan Taman Seroja,
Sungai Lalang, Sungai Petani, Kedah sebagai kawasan kajian
kerana ia merupakan tempat tinggal saya dan berdekatan dengan
Bandar Sungai Petani. Ini akan memudahkan urusan saya untuk
membuat kajian kerana berhampiran dengan rumah saya. Selain
itu, saya juga mahir dengan kawasan ini justeru memudahkan
saya mendapat data-data yang berguna untuk direkodkan dalam
kerja lapangan saya.
Tempoh masa yang diberikan kepada saya telah saya
gunakan dengan sebaiknya dari 16 Ogos 2021 sehingga 16
Oktober 2021 iaitu selama 2 Bulan. Sepanjang saya melakukan
kajian ini, saya telah menemu bual 5 orang responden bertujuan
untuk mengumpulkan data-data dengan tepat. Saya sangat
bersyukur dan berterima kasih kepada semua responden kerana
telah memberi kerjasama yang baik dan akhirnya saya berjaya
menyiapkan kerja lapangan ini dalam tempoh masa yang
diberikan.
OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalankan kajian lapangan bertajuk Amalan Kitar Semula


di Taman Seroja, Sungai Lalang, Sungai Petani, Kedah bagi
mencapai dan memenuhi objektif-objektif yang berikut:
1. Menghuraikan maksud kitar semula dan mengenal pasti sisa
kitar semula.
2. Mengenalpasti jenis bahan kitar semula di kawasan kajian.
3. Menghuraikan kepentingan amalan kitar semula di kawasan
kajian.
4. Menjelaskan kesan negatif terhadap alam sekitar jika
amalan kitar semula tidak diamalkan di kawasan kajian.
5. Mencadangkan langkah-langkah yang boleh memupuk
amalan kitar semula.
KAEDAH KAJIAN

Saya menjalankan kerja lapangan Geografi di kawasan Taman


Seroja, Sungai Lalang, Sungai Petani, Kedah dengan
menggunakan kaedah-kaedah yang berikut:
1) Kaedah Pemerhatian
Pemerhatian dibuat melalui tinjauan dan penglihatan di kawasan
Taman Seroja, Sungai Lalang, Sungai Petani, Kedah. Saya telah
membuat pemerhatian tentang latar belakang ciri fizikal dan
budaya kawasan kajian dan memerhati kegiatan kitar semula dan
tong-tong kitar semula sambil mencatat nota yang penting.

2) Kaedah Soal Selidik


Soal Selidik ini dijalankan secara dalam talian melalui Google
Forms. Sejumlah 5 orang responden menjawab soalan-soalan
dalam borang soal selidik yang telah disediakan.

3) Kaedah Rujukan
Saya telah menjalankan kaedah rujukan dengan melayari Internet
dan laman sesawang dan aplikasi tertentu bagi mendapatkan
maklumat yang diperlukan bagi kajian lapangan saya.
KAWASAN KAJIAN

Taman Seroja atau dikenali sebagai ‘Seroja Parkhomes’ dalam


Bahasa Inggeris terletak di pekan kecil Sungai Lalang berdekatan
Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Pandang darat fizikal ialah
pelbagai pokok manakala pandang darat budaya pula ialah
rumah saya, jalan raya, jalan raya utama, petempatan dan
masjid.

Kawasan ini terletak hanya 3 km dari Bandar Sungai Petani.


Sungai Lalang merupakan pekan kecil yang semakin berkembang
apabila kerajaan membangunkan kawasan perindustrian utama.
Latar belakang kawasan kajian iaitu Taman Seroja dibangunkan
pada tahun 2000 apabila kawasan perindustrian di sekitar Bandar
Sungai Petani semakin pesat berkembang.

Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan disediakan seperti


pusat perniagaan, stesen minyak, pondok polis, klinik desa dan
sekolah. Pekan Sungai Lalang ini juga menjadi pekan satelit bagi
Bandar Sungai Petani yang semakin maju.
PETA KAWASAN TAMAN SEROJA
PETA BANDAR SUNGAI PETANI

Taman
Seroja
PETA SEMENANJUNG MALAYSIA

Taman
Seroja
PETA TOPOGRAFI
HASIL KAJIAN
Berikut ialah hasil kajian saya berdasarkan 5 objektif kajian dan 3
kaedah yang dilakukan:

• KONSEP KITAR SEMULA


Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, kitar semula didefinisikan
sebagai kaedah atau teknik memproses bahan seperti tin, botol,
kertas dan plastik yang telah digunakan supaya dapat digunakan
semula. Dalam kata lain, ia merupakan proses mengolah dan
memperolehi produk seakan baharu daripada barangan lama
yang boleh digunakan semula. Ia merupakan komponen utama
bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga
bagi 3R :
1. Reduce bermaksud ‘Kurangkan’ iaitu mengurangkan
pembuangan sampah atau barangan lama yang boleh
digunakan semula.
2. Reuse bermaksud ‘Gunakan Semula’ iaitu menggunakan
bahan buangan atau barangan lama sekiranya masih elok.
3. Recycle bermaksud ‘Kitar Semula’ iaitu mengitar semula
barangan atau sampah terpakai untuk dijadikan barangan
dan produk baharu seperti bekas pensel dan tabung duit
dalam pelbagai kegunaan.
Oleh itu, kitar semula ini dapat mengurangkan bahan buangan
dan penggunaan bahan mentah untuk menghasilkan produk
baharu seperti kertas, aluminium, kaca dan plastik. Justeru, kitar
semula ini dapat mengurangkan penggunaan tenaga yang
banyak untuk menghasilkan produk ini dan mengurangkan
pencemaran alam sekitar seperti pembakaran dan pembuangan
bahan buangan di pelbagai kawasan serta mengurangkan
pelepasan dan pengeluaran gas rumah hijau yang
membahayakan masyarakat. Kesimpulannya, Kitar Semula
merupakan kaedah atau teknik memproses bahan supaya dapat
digunakan semula yang mesra alam dan bebas pencemaran.
AMALAN KITAR SEMULA
Amalan kitar semula ini sememangnya pengurusan sisa domestik
yang terbaik bagi menjaga keseluruhan ekosistem bumi daripada
terjejas. Amalan ini merangkumi segenap lapisan masyarakat
bagi menggalakkan penggunaan semula bahan buangan dalam
pelbagai inovasi produk dan barangan. Hal ini secara tidak
langsung mampu mengelakkan pembaziran sumber tenaga yang
banyak untuk sentiasa menghasilkan produk tersebut yang mana
ia menggunakan banyak sumber alam ini. Oleh itu, setiap
penduduk di muka bumi ini hendaklah sentiasa mengamalkan
amalan kitar semula demi menjamin kelangsungan ekosistem
bumi daripada musnah.
Antara amalan yang dapat dilakukan dan diamalkan berkaitan
dengan kitar semula ini ialah:
• Menjual atau membeli barangan kitar semula untuk
mendapatkan wang tambahan serta mendapat barangan
terpakai daripada bahan buangan sehingga mengurangi
penggunaan sumber alam yang baru. Contohnya, jika
sebuah syarikat mengumpulkan surat khabar lama dan
mengitarnya semula menjadi kertas untuk percetakan, ia
dapat menjimatkan penggunaan sumber baharu.
• Menggunakan semula barangan terpakai dengan
mengubahsuainya menjadi barangan dapat digunakan
semula. Contohnya, kita dapat membuat kapal mainan
daripada botol plastik yang tidak terpakai.
• Menghasilkan produk baharu daripada barangan terpakai
dengan mengasingkannya serta mencairkannya supaya
mudah untuk diproses, kemudian dibentuk menjadi pelbagai
jenis dan bentuk dan boleh diguna semula seperti produk
baharu. Kaedah ini menjimatkan penggunaan sumber alam
supaya generasi yang akan datang masih dapat menikmati
hasil sumber kekayaan alam negara kita.
JENIS BAHAN KITAR SEMULA
Antara jenis bahan buangan yang dapat dikitar semula seperti:
1) Kertas
Semua jenis kertas seperti surat khabar, buku, majalah, risalah,
kertas ukuran A4, kertas warna, kertas kajang, kertas lukisan,
poster dan pelbagai lagi jenis kertas boleh dikitar semula menjadi
produk baharu. Semua jenis kertas ini perlulah dimasukkan ke
dalam tong kitar semula yang berwarna biru untuk dikutip oleh
pusat kitar semula setempat bagi menghasilkan produk kertas
yang baharu dan boleh digunakan sekali lagi.
2) Kaca
Semua jenis kaca seperti botol kaca, tingkap, pinggan dan gelas
kaca, kaca lutsinar dan pelbagai lagi jenis kaca boleh dikitar
semula menjadi barangan baharu. Semua jenis kaca ini mestilah
dimasukkan ke dalam tong kitar semula yang berwarna coklat
untuk dikutip oleh pusat kitar semula setempat bagi menghasilkan
barangan kaca yang baharu dan boleh digunakan semula.
3) Plastik dan Aluminium
Semua jenis plastik dan aluminium seperti botol plastik, pinggan
dan gelas plastik, penyembur cecair, bekas peluntur, bekas tong
minyak, tin aluminium, bekas makanan dalam tin, besi buruk dan
pelbagai lagi jenis kaca boleh dikitar semula menjadi produk
baharu. Semua jenis plastik dan aluminium ini mestilah
dimasukkan ke dalam tong kitar semula yang berwarna oren
untuk dikutip oleh pusat kitar semula setempat bagi menghasilkan
barangan plastik dan aluminium yang baharu dan boleh
digunakan semula.
KEPENTINGAN AMALAN KITAR
SEMULA
Amalan kitar semula amat penting untuk memastikan ekosistem
utama iaitu bumi tidak terjejas. Antara kepentingannya ialah:
• Memelihara sumber alam semula jadi
Sumber alam semula jadi yang terdiri daripada tanah-tanih,
taburan hutan, lautan dan udara yang terbentang luas ini adalah
sumber semula jadi yang terhad kerana ia memakan masa yang
lama untuk terhasil. Oleh itu, sumber alam perlulah dipelihara dan
dijaga dengan baik kerana sumber ini amat penting untuk
digunakan dalam sektor yang penting seperti sektor pembinaan,
pengeluaran produk, perkilangan dan sebagainya. Dengan
mengamalkan kitar semula, kita dapat bersama memelihara
sumber alam agar kemandirian spesies haiwan dan tumbuhan
serta habitatnya tidak terjejas dan ekosistem bumi dapat dijaga
dengan rapi.
• Mengurangkan pencemaran alam
Pencemaran alam dapat dikurangkan daripada terus berlaku
apabila amalan kitar semula dilaksanakan. Sikap segelintir
manusia tidak bertanggungjawab yang membuang sisa-sisa
pepejal ke dalam sungai dan laut dapat menyebabkan
pencemaran alam yang buruk berlaku seterusnya mengakibatkan
insiden yang tidak diingini antaranya banjir kilat, bekalan air
tercemar dengan sisa kimia berbahaya, ekosistem flora dan fauna
terjejas dan habitatnya musnah dek kerana sikap yang buruk.
Justeru, masyarakat perlu mengamalkan amalan kitar semula
kerana ia dapat mengasingkan sisa pepejal di punca dengan
mengikut jenisnya. Hal ini dapat mengurangkan pembuangan
sampah secara tidak terkawal dan mengurangkan pembaziran
sisa-sisa pepejal yang boleh digunakan semula serta
mengelakkan kawasan tersebut menjadi punca penularan wabak
penyakit berjangkit.
• Menjimatkan kos dan perbelanjaan
Kita dapat menjimatkan kos dan perbelanjaan sesuatu produk
dan barangan apabila amalan kitar semula diterapkan. Pembelian
produk dan barangan secara tidak terkawal mengakibatkan kos
bertambah dengan banyak untuk membeli barang lain dan
berlaku pembaziran sumber alam untuk menghasilkan sesuatu
barangan berulang kali. Oleh itu, masyarakat tidak perlu
berbelanja lebih sekiranya mereka mengitar semula barangan
keperluan seperti pakaian dan buku. Tambahan pula, kos bagi
menguruskan tapak pelupusan sampah dapat dikurangkan dari
hari ke hari berikutan jumlah sampah berkurangan kesan
daripada penerapan amalan kitar semula dalam diri kita.

• Mengurangkan penggunaan tenaga dan sumber


alam
Proses untuk menghasilkan barangan yang baharu memerlukan
tenaga elektrik yang banyak. Jadi, amalan kitar semula ini mampu
mengurangkan pembuatan sesuatu produk dan barangan dengan
hanya menggunakan semula dan mengitar semula produk-produk
tersebut untuk digunakan semula dalam pelbagai fungsi. Hal ini
membolehkan penjimatan tenaga elektrik daripada membazir dan
juga pengurangan penggunaan sumber alam untuk menghasilkan
kaca, kertas, aluminium dan plastik. Oleh itu, kita dapat
mengurangkan kesan pelepasan gas rumah hijau yang boleh
menyebabkan peningkatan suhu atmosfera bumi dan
mengelakkan berlakunya pemanasan bumi.
• Mewujudkan persekitaran yang bersih dan indah
Sisa-sisa terbuang dapat dikurangkan secara berterusan apabila
masyarakat melaksanakan amalan kitar semula di kawasan
setempat. Persekitaran kawasan sekeliling menjadi lebih bersih
dan indah kerana kurangnya pembaziran dan pembuangan
sampah di merata-rata tempat serta penggunaan semula
barangan dalam pelbagai fungsi. Oleh itu, kita dapat hidup
dengan tenang dan damai kerana tiada pencemaran alam sekitar.
Justeru, kita mestilah mengamalkan amalan kitar semula dengan
mengurangkan sisa-sisa terbuang melalui penggunaan semula,
pengurangan sisa dan kitar semula.
LANGKAH-LANGKAH
Berikut adalah langkah-langkah untuk menggalakkan orang ramai
mengamalkan amalan kitar semula:

• Mengadakan kempen dan memberi dorongan


amalan kitar semula
Pihak berkuasa hendaklah mengadakan kempen kitar semula
barangan terpakai bagi memupuk masyarakat untuk bersama
mengitar semula barangan lama menjadi baharu. Dengan cara
ini, semangat bagi menjaga dan mencintai alam sekitar dapat
diterapkan dalam diri. Selain itu, dorongan amalan kitar semula
dalam bentuk cabutan bertuah, baucer dan wang tunai secara
berkala mestilah ditawarkan kepada masyarakat. Sudah tentu
masyarakat akan sentiasa giat dan rajin mengamalkan amalan
kitar semula.

• Meningkatkan kadar pulangan barangan kitar


semula
Rakyat akan lebih tertarik dan berasa berbaloi untuk
mengamalkan kitar semula sekiranya kadar pulangan yang lebih
tinggi diberikan bagi barangan kitar semula. Oleh itu, rakyat dapat
menjadikan amalan kitar semula ini sebagai sumber pendapatan
yang lumayan.
• Menyediakan perkhidmatan pusat kitar semula
bergerak
Dengan mengambil konsep perpustakaan bergerak, sudah tentu
ia memudahkan urusan orang ramai untuk mengitar semula
barangan terpakai apabila pusat kitar semula bergerak melalui
kediaman kita. Oleh itu, masyarakat akan lebih rajin dan mudah
mengitar semula barangan kerana ia melalui dengan kediaman
kita.

• Memperbanyakkan kemudahan dan fasiliti kitar


semula
Pihak berkuasa mestilah menambahbaik kemudahan untuk kitar
semulaa dengan menambah tong-tong kitar semula di pelbagai
kawasan dengan jarak antara 5-10 meter untuk menjimatkan
masa orang ramai untuk mencari tong kitar semula. Selain itu,
pembinaan pusat pengumpulan barangan kitar semula mestilah
dekat dengan kawasan perumahan dengan jaraknya ialah 1 km.
Oleh itu, masyarakat dapat menjimatkan dan mengurangkan
wang, masa dan tenaga untuk pergi ke tong-tong kitar semula
dan pusat pengumpulan barangan kitar semula bagi Bersama
mengamalkan amalan kitar semula.
RUMUSAN
Kesimpulannya, saya dapat mengenal pasti amalan kitar semula
yang berlaku di kawasan kajian saya. Selain itu, saya juga dapat
menghuraikan maksud kitar semula dan mengenal pasti sisa kitar
semula. Di samping itu, saya mampu mengenalpasti jenis bahan
kitar semula di kawasan kajian dan juga boleh menghuraikan
kepentingan amalan kitar semula di kawasan kajian. Seterusnya,
saya dapat menjelaskan kesan negatif terhadap alam sekitar jika
amalan kitar semula tidak diamalkan di kawasan kajian dan juga
mampu mencadangkan langkah-langkah yang boleh memupuk
amalan kitar semula.
Tambahan pula, saya dapat menambah pengalaman dan
kemahiran dalam menjalankan kerja lapangan untuk dijadikan
rujukan saya pada masa hadapan. Saya berharap pada suatu
hari nanti masyarakat dapat menerapkan amalan kitar semula
dalam diri agar semangat untuk kita sentiasa mencintai dan
menghargai kawasan sendiri bersih dan suci daripada segala sisa
terbuang. Semoga ekosistem alam sekitar dan kemandirian
spesies terjaga apabila masyarakat di seluruh bumi bersama-
sama menjaga alam sekitar dengan mengamalkan amalan kitar
semula.
RUJUKAN
INTERNET
1. Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara -
https://jpspn.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/131
2. Wikipedia Kitar Semula -
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kitar_semula
3. Google Maps - https://maps.google.com/
4. Dewan Bahasa Dan Pustaka -
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=kitar+semula&d=10
2572&#LIHATSINI
5. IPendidikan - https://www.ipendidikan.my/kepentingan-kitar-
semula.html
6. Buku Teks Geografi Tingkatan 1 -
http://online.anyflip.com/jgoso/ijwc/mobile/index.html
7. Pendahuluan Kerja Lapangan Geografi -
https://www.mysumber.com/pt3-geografi-2019-kegiatan-
ekonomi.html

ORANG RESPONDEN
Seramai 5 orang responden menjawab borang soal selidik Kerja
Lapangan Geografi (KLG) melalui Google Forms
Antaranya:
1. Muhammad Izzat Bin Abu Hasan (15 Tahun)
2. Muhammad Safiuddin Bin Mohd Ruzuan (15 Tahun)
3. Muhammad Irfan Bin Zhulkefli (15 Tahun)
4. Muhammad Irham bin Muhamad Nasir (15 Tahun)
5. Mohd Hayazi Bin Abu Hasan (26 Tahun)
LAMPIRAN
• SOALAN KAJIAN:

SEKOLAH MENENGAH SULTAN ABDUL


HALIM

TUGASAN KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 2021


23

Calon dikendaki menjalankan kerja lapangan tentang satu amalan kitar

semula di kawasan tempat tinggal anda.

Kajian peta tersebut haruslah merangkumi perkara berikut:

1.1 Latar belakang ciri fizikal dan budaya kawasan kajian.

1.2 Melukis peta lakar kawasan kajian.


Geografi

1.3 Menulis konsep/definisi amalan kitar semula dan menghuraikan

amalan kitar semula di kawasan kajian

1.4 Mengenal pasti dan menghuraikan kepentingan tersebut terhadap alam

sekitar di kawasan kajian

1.5 Cadangan usaha-usaha untuk meningkatkan amalan tersebut.


• KERANGKA TUGASAN:

KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN KERJA LAPANGAN


GEOGRAFI 2021

BIL. PERKARA HURAIAN


Tajuk Amalan Kitar Semula di _______________________
Menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat, realistik dan
Perancangan mempamerkan sikap bersungguh-sungguh.
1. • Jadual kerja Hari Tarikh Aktiviti Catatan
(jadual/ carta alir (2M))

Penulisan KLGT3 (2 bulan)


1. Penghargaan Ditujukan kepada semua pihak yang membantu murid dalam menjalankan
kajian. Contohnya, ibu bapa, pengetua sekolah, guru geografi, responden,
pegawai-pegawai yang terlibat dan rakan-rakan.
2. Pendahuluan (2M) Huraian secara ringkas tentang tajuk kajian, kawasan kajian, tempoh kajian
dan perkara yang menjadi pokok pembicaraan kajian.
Objektif kajian Menyatakan tujuan kajian dijalankan. Murid dikehendaki menyenaraikan
3. sekurang-kurangnya 5 objektif kajian.

a) Latar belakang kawasan kajian (2M) Menjelaskan latar belakang kawasan kajian dengan tepat.
(ciri fizikal dan ciri budaya)
4. c) Peta Google Maps kawasan kajian Menyediakan peta Google Maps yang betul, relevan dan lengkap.
(3M)

b) Peta Lakar kawasan kajian (3M) Melukis peta lakar yang betul, relevan dan lengkap.
• Tajuk
• Simbol peta topografi
• Petunjuk
• Arah mata angin
• Bingkai

5. Kaedah kajian Mengumpul dan mengurus maklumat daripada pelbagai sumber (perpustakaan,
media elektronik, orang sumber, agensi berkaitan) yang boleh dipercayai,
Mengumpul maklumat menggunakan bersesuaian dengan tajuk kerja lapangan dan terkini.
kaedah yang sesuai.
Bilangan responden
Memperoleh maklumat daripada
pelbagai sumber seperti soal 1. Soal selidik daripada 5 orang responden
selidik
Hasil kajian
Mengenal pasti definisi dan menghuraikan amalan-amalan Kitar Semula.
6. a) Definisi/Konsep Amalan (Fakta +
Huraian + Contoh) (6M)

b) Kepentingan (Fakta + Huraian + Menghuraikan 5 kepentingan yang berkaitan dengan terperinci, jelas dan
Contoh) relevan serta menunjukkan keaslian.
(9M)

c) Langkah (Fakta + Huraian + Contoh) Mencadangkan 4 langkah untuk meningkatkan amalan tersebut.
(9M)

7. Rumusan Kesimpulan secara ringkas dan tepat tentang kajian yang dijalankan.
Mengemukakan cadangan dan pengalaman semasa menjalankan kajian.
Menyelitkan unsur-unsur alam sekitar dan semangat mencintai dan
menghargai kawasan sendiri.
Rujukan Cara Tulis Rujukan
Orang Sumber (5 orang yang ditemu bual):
1. Muhammad Izzat Bin Abu Hasan (15 Tahun)
2. Muhammad Safiuddin Bin Mohd Ruzuan (15 Tahun)
3. Muhammad Irfan Bin Zhulkefli (15 Tahun)
4. Muhammad Irham bin Muhamad Nasir (15 Tahun)
5. Mohd Hayazi Bin Abu Hasan (26 Tahun)
8.
Internet

1. Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara -


https://jpspn.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/131
2. Wikipedia Kitar Semula - https://ms.wikipedia.org/wiki/Kitar_semula
3. Google Maps - https://maps.google.com/
4. Dewan Bahasa Dan Pustaka -
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=kitar+semula&d=102572&#LIHATSINI
5. IPendidikan - https://www.ipendidikan.my/kepentingan-kitar-
semula.html
6. Buku Teks Geografi Tingkatan 1 -
http://online.anyflip.com/jgoso/ijwc/mobile/index.html
7. Pendahuluan Kerja Lapangan Geografi -
https://www.mysumber.com/pt3-geografi-2019-kegiatan-ekonomi.html

Lampiran • Soalan kajian

• Kerangka tugasan

• Surat kebenaran sekolah

9. • Borang soal selidik

• Jawapan responden

• Gambar yang berkaitan

*Perancangan dilaksanakan selama 2 bulan.


• SURAT KEBENARAN SEKOLAH:

SEKOLAH MENENGAH SULTAN ABDUL HALIM

06009 JITRA KEDAH DARULAMAN

NO TEL : 04 7143209

......................................................................................................................................................

16 OGOS 2021

Kepada sesiapa yang berkenaan

TUAN/PUAN

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) GEOGRAFI

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Muhammad Iman Fitri Bin Md Daud No. Kad pengenalan
061104020305 pelajar tingkatan 3 Arif adalah pelajar dari sekolah ini. Murid ini dikehendaki
menjalankan kajian untuk memenuhi keperluan PT3 mata pelajaran Geografi.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati jika pihak tuan dapat memberikan
kerjasama kepada murid terbabit untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Hasil PT3 akan
dinilai oleh guru. Bagi tujuan ini semua murid akan menjalankan kerja lapangan di luar waktu
persekolahan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

4. Kerjasama dan bantuan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

...............................................

(ZURAISHAM BIN CHE AZMI)


Pengetua,
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim,
06009 Jitra,
Kedah Darul Aman.
• BORANG SOAL SELIDIK:
Soal Selidik ini dijalankan secara dalam talian melalui Google
Forms. Sejumlah 5 orang responden menjawab soalan-soalan
dalam borang soal selidik yang telah disediakan.
• JAWAPAN RESPONDEN:
• GAMBAR YANG BERKAITAN:

Gambar tin minuman yang


sudah tidak digunakan
dikumpulkan untuk dikitar
semula.

Contoh poster kitar semula


yang boleh digunakan
untuk menjalankan
kempen kitar semula.
Gambar penerangan tentang kegunaan dan cara cara
menggunakan tong kitar semula dengan betul.

Gambar tong kitar


semula yang diletakkan
di tempat awam seperti
taman permainan dan
kawasan perumahan.
Gambar majlis pelancaran kempen kitar semula di kawasan
taman.

Gambar pemilik Kerja


Lapangan Geografi
Gambar Muhammad
Iman Fitri bin Md Daud
dari kelas 3 Arif

You might also like