Soalan Sejarah k1 Terkini

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

TERHAD

SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SARATOK
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2021

SEJARAH 1249/1
KERTAS 1
Nov.
1 jam Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B , C dan D . Bagi
setiap soalan , pilih satu jawapan sahaja . Hitamkan jawapan anda pada kertas
jawapan objektif yang disediakan.

4. Jika anda hendak menukar jawapan , padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baharu

Kertas peperiksaan ini mengandungi 15 halaman bercetak

[ Lihat halaman sebelah

TERHAD
TERHAD 2 1249/1

1 Apakah kerajaan yang wujud selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka?

A Kerajaan Jambi
B Kerajaan Srivijaya
C Kerajaan Majapahit
D Kerajaan Johor Riau

2
WILAYAH NAUNGAN

Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka memperoleh ciri negara bangsa di atas?


I Persahabatan
II Perkahwinan
III Peperangan
IV Perdagangan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

3 Nasionalisme membawa maksud

A Mendapatkan kebebasan politik


B Perjuangan membina sebuah empayar
C Perasaan cinta terhadap bangsa dan negara
D Perasaan cinta yang mendalam terhadap penjajah

[ Lihat halaman sebelah


TERHAD
TERHAD 3 1249/1

4 Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC)
merupakan antara institusi pendidikan yang menyemarakkan nasionalisme menentang
penjajah. Bagaimanakah institusi pendidikan ini berfungsi menyemarakkan
nasionalisme?
A Menerima kunjungan ulama dari Sumatera Barat
B Mendedahkan pelajar dengan pemodenan Islam
C Mewujudkan sistem pendidikan madrasah
D Melahirkan golongan yang memimpin rakyat

5
o Jerman
o Turki Utmaniyyah

Negara di atas telah membentuk pakatan ketenteraan yang dikenali sebagai

A Pakatan Kuasa
B Tengah Pakatan Bertiga
C Kuasa Berikat
D Pakatan Axis

6 Mengapakah layanan yang lebih kejam diberikan Jepun terhadap orang Cina berbanding
orang Melayu dan India ?

A Menyertai tentera British


B Menguasai ekonomi Tanah Melayu
C Permusuhan daripada Perang China – Jepun
D Terlibat dalam pentadbiran awam penjajah

[ Lihat halaman sebelah


TERHAD
TERHAD 4 1249/1
7

Gambar 1
Mengapakah orang Melayu membantah Malayan Union?
A Kedudukan orang Melayu tergugat
B Raja kehilangan kuasa
C Pembesar menguasai satu per tiga ekonomi
D British menguasai ekonomi di kawasan bandar

8 Mengapakah tindakan Brooke diangggap bertentangan dengan Perlembagaan 1941?

A Mempunyai perlembagaan sendiri


B British tidak boleh menguasai Sarawak
C Sarawak telah dijanjikan untuk berkerajaan sendiri
D British tidak memberi hak pentadbiran

9 Apakah kesan British mengehadkan peluang pentadbiran kepada penduduk Sabah?

A Ketinggalan dalam sosioekonomi


B Kurang mendapat pengalaman
C Kemunduran dalam sosioekonomi
D Hanya terlibat dalam sektor tradisional

[ Lihat halaman sebelah


TERHAD
TERHAD 5 1249/1

10 Gambar 2 menunjukkan tokoh-tokoh yang menentang penubuhan Persekutuan Tanah


Melayu.

Gambar 2

Mengapakah golongan di atas membidas kerajaan British?


A British tidak menjaga kebajikan rakyat
B British mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu
C British menyebabkan ekonomi Tanah Melayu merosot
D Mengadakan rundingan secara tertutup dengan UMNO

11 Gambar berikut menunjukkan Raja-raja Melayu bergambar di hadapan King’s House,


Kuala Lumpur pada 21 Januari 1948, selepas menandatangani Perjanjian Persekutuan
Tanah Melayu 1948.

Gambar 3
Apakah manfaat Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap sistem
pemerintahan beraja di Tanah Melayu?

[ Lihat halaman sebelah


TERHAD
TERHAD 6 1249/1

A Penubuhan Majlis Raja-Raja


B Pemansuhan sistem pewarisan takhta
C Pengenalan Sistem Raja Berperlembagaan
D Pentadbiran diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong

12
AGI IDUP AGI NGELABAN

Pasukan keselamatan manakah yang menggunakan cogankata berikut untuk menaikkan


semangat anggotanya?
A Senoi Praaq
B Gerila Kinabalu
C Special Constables
D Sarawak Rangers

13 Apakah kesimpulan yang anda boleh buat berdasarkan maklumat berikut?

Malayan Chinese Association (MCA) di Kuala Lumpur pada 27 Februari 1949

A Bukan semua orang Cina menyokong komunis


B Kerakyatan automatik kepada orang Cina
C MCA menjaga kepentingan orang Cina
D MCA memiliki pemimpin yang hebat

14 Maklumat berikut merujuk parti politik tanah air.


Tahun 1949
Pengasas Dato’ Onn Jaafar
Parti Politik Independence Of Malayan Party ( IMP )

Apakah asas penubuhan parti politik tersebut?


A Bercorak radikal
B Rumpun bangsa
[ Lihat halaman sebelah
TERHAD
TERHAD 7 1249/1
C Perpaduan kebangsaan
D Menolak kerjasama kaum

15 Gambar berikut berkaitan dengan pemimpin negara.

Dato’ Abdul Razak Bin Hussein


Gambar 4
Apakah sumbangan beliau dalam bidang pendidikan?
A Menyediakan pendidikan percuma
B Mewujudkan sekolah berbilang bangsa
C Melaksanakan pengajaran bahasa Melayu
D Mengasaskan sistem pendidikan kebangsaan negara

16 Pernyataan yang manakah berkaitan dengan syarat untuk menjadi calon Pilihan Raya
MPP 1955

I Berdaftar dalam senarai pemilih pillihan raya

II Berpengetahuan luas dalam Bahasa Melayu

III Telah tinggal di PTM dalam tempoh 12 bulan

IV Menetap di PTM dalam tempoh 6 bulan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
[ Lihat halaman sebelah
TERHAD
TERHAD 8 1249/1

17 Manifesto Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Umum 1955.

• Mencapai kemerdekaan dalam masa 4 tahun


• Mewajibkan pendidikan kepada semua kaum

Apakah maksud manifesto?


A Perlembagaan politik
B Hasrat masyarakat pelbagai kaum
C Dasar parti politik
D Masalah rakyat

18 Mengapakah Tunku Abdul Rahman merancang perjalanan rombongan ke Karachi


menggunakan kapal laut ?

A Mendapatkan sokongan negara serantau


B Berjumpa dengan Perdana Menteri India
C Memberi peluang bertemu wakil Pakistan
D Menyusun strategi berunding dengan British

19 Apakah persamaan takrifan kemerdekaan mengikut negarawan berikut

A Berkorban demi negara


B Gerakan mempertahankan hak
C Bebas daripada politik penindasan
D Gagasan menyokong pembangunan

[ Lihat halaman sebelah


TERHAD
TERHAD 9 1249/1

20 Gambar berikut menunjukkan Buku Merah yang dilancarkan pada tahun 1961 dalam
Rancangan Malaya Kedua.

Gambar 6
Mengapakah rancangan ini diperkenalkan?
A Mengawal kemasukan buruh luar
B Mengurangkan beban kewangan kerajaan
C Menilai pelaksanaan rancangan pembangunan
D Memantau kecekapan pengurusan syarikat

21 Apakah asas sistem perundangan negara kita ?

A Perlembagaan Persekutuan
B Yang di-Pertuan Agong
C Senarai Persekutuan
D Badan Kehakiman

22 Mengapakah rakyat Malaysia perlu menghargai tokoh nasionalis negara?

A Memelihara maruah
B Memupuk semangat patriotisme
C Mendapat pengiktirafan
D Menyusun semula masyarakat

[ Lihat halaman sebelah


TERHAD
TERHAD 10 1249/1

23 Apakah perkara terma rujukan utama dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1957?

A Sistem pilihan raya


B Hal ehwal imigresen
C Penetapan sempadan negeri
D Kewarganegaraan yang sama

24 Maklumat berikut berkaitan dengan pindaan Perlembagaan 1965.

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj membawa usul pindaan


perlembagaan yang dinamakan pindaan Singapura pada 7 ogos 1965.

Apakah badan yang berkuasa meluluskan pindaan perlembagaan tersebut?

A Dewan Undangan Negeri


B Parlimen
C Majlis Raja-Raja
D Jemaah Menteri

25 Seorang pegawai tertinggi angkatan tentera telah dijatuhi hukuman.


Pihak manakah yang berkuasa memberi pengampunan kepada pegawai tersebut?

A Perdana Menteri
B Menteri Pertahanan
C Yang di-Pertuan Agong
D Mahkamah Persekutuan

[ Lihat halaman sebelah


TERHAD
TERHAD 11 1249/1

26 Bagaimanakah mekanisme semak dan imbang telah berperanan memastikan


kestabilan negara ?

A Mengatasi kemasukan pengaruh luar


B Memudahkan dasar kerajaan diluluskan
C Mengekalkam status quo orang Melayu

D Meredakan pertikaian parti politik

27 Maklumat berikut berkaitan dengan kerajaan tempatan.

⚫ Majlis Daerah
⚫ Majlis Perbandaran
⚫ Majlis Bandaraya

Apakah persamaan sumbangan majlis di atas?


A Menyediakan kemudahan awam
B Memajukan sektor pelancongan
C Memberi pinjaman kewangan
D Menyediakan perkhidmatan pendidikan

28 Apakah kesan sekiranya undang-undang Negeri tidak selaras dengan sesuatu undang-
undang Persekutuan?

A Campur tangan Yang di-Pertuan Agong


B Undang-undang Kerajaan Persekutuan terbatal
C Undang-undang Negeri boleh dikuatkuasakan
D Undang-undang Persekutuan mengatasi undang-undang Negeri

29 Mengapakah Barisan Sosialis di Singapura menentang pembentukan Malaysia?

A Menjejaskan perpaduan kaum


B Bimbang kepentingan rakyat terancam
C Menganggapnya sebagai penjajahan baru
D Ingin mencapai kemerdekaan dengan segera [ Lihat halaman sebelah
TERHAD
TERHAD 12 1249/1

30 Maklumat di bawah merupakan tindakan Indonesia berhubung dengan pembentukan


Malaysia

⚫ Melancarkan dasar konfrontasi


⚫ X

Apakah X ?

A Menduduki Sabah
B Meminta bantuan China
C Melakukan serangan gerila
D Melapor kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

31 Maklumat berikut berkaitan dengan usaha memerangi komunis

⚫ Rancangan Briggs
⚫ Operasi Hammer

Mengapakah kedua-dua usaha tersebut didapati sangat berkesan dalam menangani


kegiatan komunis

A Hati rakyat telah dimenangi


B Tindakan ketenteraan yang berkesan
C Peruntukan kewangan yang besar
D Kawalan keselamatan yang ketat

32 Bagaimanakah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) berusaha mengatasi masalah


rusuhan kaum di negara kita?

A Menangguhkan Parlimen
B Mewujudkan pusat perlindungan
C Melaksanakan perintah berkurung
D Menguatkuasakan Akta Hasutan 1948

[ Lihat halaman sebelah


TERHAD
TERHAD 13 1249/1

33 Apakah peranan Institut Bahasa, Kesusateraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM)?


A Pusat penerbitan
B Pusat penyelidikan
C Pusat pengumpulan
D Pusat penterjemahan

34 Rukun Negara ialah ikrar yang perlu dihayati oleh rakyat Malaysia.
Apakah kesan ikrar tersebut terhadap negara?

I Memupuk keharmonian negara


II Memantapkan hubungan serantau
III Memperkasa semangat kenegerian
IV Meningkatkan kesejahteraan rakyat
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

35 Apakah matlamat kerajaan memperkenalkan Dasar Pembangunan Nasional pada tahun


1991?

A Mencapai perpaduan negara


B Menyekat kemasukan imigran
C Memperkukuh sektor pertahanan
D Menyeragamkan sistem kewangan

36 Bagaimanakah pengenalan Zon Perindustrian Bebas dapat memajukan sektor


perindustrian negara ?

I Menarik pengusaha melabur


II Bandar terancang
III Pusat penyelidikan dan Inovasi
IV Merangsang ekonomi kawasan sekitar
[ Lihat halaman sebelah
TERHAD
TERHAD 14 1249/1
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

37 Negara-negara Komanwel merupakan rakan dagang Malaysia yang utama.


Apakah kesan hubungan tersebut terhadap negara kita?

A Pemodenan teknologi dilaksanakan


B Penubuhan institusi kewangan
C Pembangunan agensi kerajaan
D Peningkatan ekonomi negara

38 Tunku Abdul Rahman telah mencetuskan idea penubuhan OIC pada tahun 1971.
Apakah matlamat penubuhan pertubuhan tersebut?

A Mengekalkan keamanan dunia


B Meningkatkan hubungan perdagangan
C Menjaga kepentingan masyarakat Islam
D Memperjuangkan hak asasi manusia

39 Gambar 7 menunjukkan sebahagian daripada penglibatan Malaysia dalam isu


kemanusiaan

Gambar 7

[ Lihat halaman sebelah


TERHAD
TERHAD 15 1249/1

Bagaimanakah program ini membantu rakyat Palestin?

A Penubuhan pusat pengajian


B Membekalkan makanan
C Menjalankan misi pengaman
D Menjana semula ekonomi

40 Matlamat berikut berkaitan dengan kerjasama yang terjalin antara Malaysia dengan
Singapura.

Malaysia dan Singapura bersetuju bekerjasama untuk melakukan


penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pencegahan
kebakaran di tanah gambut.
Mengapakah penyelidikan tersebut dilakukan?

A Menangani isu jerebu


B Mengurangkan hakisan sungai
C Menyuburkan kawasan
D Memantapkan pertahanan

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

[ Lihat halaman sebelah


TERHAD
TERHAD 15 1249/1

You might also like