Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 18

MPU 1153

RAJA BERPELEMBAGAAN

OLEH :
ISI KANDUNGAN

No Kandungan Muka Surat


1. PENGENALAN 2
2. KEDUDUKAN RAJA RAJA
3. PILIHAN SEORANG RAJA
4. YANG DIPERTUAN AGONG (YDPA)
5. FUNGSI DAN PERANAN YDPA
6. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK
BOLEH DILAKUKAN OLEH YDPA
7. MAJLIS RAJA-RAJA
8. KRISIS PERLEMBAGAAN 1983
9. KRISIS PERLEMBAGAAN 1993
10. RUJUKAN

1
PENGENALAN

Negara kita mengamalkan jenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem perlembagaan
dikenali sebagai Raja berperlembagaan. Sistem kerajaan ini iaitu Raja berperlembagaan
mengiktiraf Raja sebagai ketua negara. Namun, konsep trias politica atau politik tiga
serangkai digunakan dalam sistem Raja berperlembagaan yang moden. Konsep ini
memberi maksud bahawa Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan
kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara. Setelah seorang Raja mempunyai kuasa
pemerintahan yang penuh ia dipanggil monarki mutlak.

Masa kini, perwakilan demokrasi sering dikaitkan dengan sistem Raja berperlembagaan.
Dengan itu, kerajaan masih berada dibawah kuasa rakyat tetapi raja mempunyai peranan
tradisional di dalam sesebuah negara. Melihat kepada hakikat masa kini, perdana menteri
yang merupakan pilihan rakyat yang lebih dilihat memerintah negara dan bukannya Raja
yang dikatakan sebagai ketua negara. Akan tetapi, terdapat juga Raja yang bergabung
dengan kerajaan yang tidak demokratik seperti Raja Jepun. Pada Perang Dunia II, Raja
Jepun telah bergabung dengan kerjaan tentera yang dipimpin oleh seorang diktator.

Terdapat juga Raja Berperlembagaan yang berlandaskan Sistem Perwarisan iaitu mewarisi
takhta mengikut jurai keturunan dan ada juga yang melalui sistem demokratik. Misalnya, di
Malaysia, Yang di-Pertuan Agong akan dipilih oleh Majlis Raja-Raja pada setiap lima tahun.

Contoh-contoh negara yang mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan


pada hari ini ialah Malaysia (Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V), Monaco, Jordan,
Nepal, Maghribi, Kemboja dan lain-lain.

2
KEDUDUKAN RAJA-RAJA

3
PILIHAN SEORANG RAJA

4
YANG DI PERTUAN AGONG ( YDPA )

Mengikut Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah
Ketua Negara. Pada tahun 1957, apabila negara ini mencapai kemerdekaan, jawatan Yang
di-Pertuan Agong telah diwujudkan sebagai satu lambang perpaduan rakyat Malaysia.

Peraturan perlantikan Yang di-Pertuan Agong termaktub dalam Jadual III Perelmbagaan
Persekutuan. Menurut Jadual III Perelmbagaan Persekutuan, semua Raja Melayu layak dilantik
menjadi Yang di-Pertuan Agong melainkan jika ia adalah seorang remaja, atau telah diberitahu
kepada Penyimpanan Mohor Besar Raja-raja bahawa ia tidak berkehendak dipilih atau Majlis
Raja-Raja mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa ia adalah tidak sesuai untuk
menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong disebabkan kelemahan akal atau tubuhnya
atau oleh kerana apa-apa sebab yang lain. Walaubagaimanpun, terdapat beberapa ciri
kelayakan untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong iaitu, hanya raja-raja sahaja yang boleh dipilih
dan hanya raja-raja yang boleh mengundi. Pada kebiasaannya, pemilihan YDPA berdasarkan
senarai yang disusun mengikut kekananan raja-raja pada tahun 1957. Kekananan ini diukur
berdasarkan senarai keutamaan atau protocol dalam kalangan raja sebagaimana yang diiktiraf
oleh mereka. Peraturan ini tidak lagi digunapakai selepas semua Raja dari negeri-negeri telah
dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong. Pusingan ini berakhir selepas Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Sultan Perak dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IX.
Selepas itu satu senarai baru yang dikenali sebagai senarai yang disusun semula dan
digunapakai sekarang adalah berpandukan kepada kekananan negeri yang Rajanya telah
dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong (Yang di-Pertuan Agong pertama hingga ke sembilan).

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong

Kuasa memilih Yang di-Pertuan Agong diserahkan kepada Majlis Raja-Raja. dan pemilihan ini
dijalankan secara undi sulit. Baginda dipilih dari Sembilan orang raja Melayu mengikut aturan
yang terkandung dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Malaysia. Undian majlis perlu
sekurang-kurangnya lima diperlukan untuk meluluskan suatu usul. Jika raja itu gagal
memperolehi undi majoriti, maka proses pengundian semula akan dijalankan, iaitu dengan
mencalonkan nama Raja yang kedua dalam senarai kekananan untuk diundi. Proses hanya

5
akan selesai selepas baginda menerima tawaran jawatan Yang di-Pertuan Agong. Selepas
pengiktirahan Yang di-Pertuan Agong dari Majlis Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
hendaklah maklumkan keputusan ni secara bertulis kepada Dewan Negara,Dewan Rakyat.
Perdana Menteri akan mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai keputusan pemilihan jawatan
Yang di Pertuan Agong. YDPA hanya boleh menjalankan tugas-tugas rasmi selepas baginda
menandatangani sumpah jawatan dalam satu istiadat di hadapan Majlis Raja-Raja dan Ketua
Hakim Negara, Mahkamah peresekutuan dengan ditandatangani saksi oleh dua seorang Raja
yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai saksi-saksi.

Pemecatan Yang di-Pertuan Agong

Sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda haruslah menjalankan kuasa-kuasa dan tugas
disamping menurut nasihat Jemaah Menteri. Namun, YDPA tidak boleh dipecat dari jawatan
oleh Jemaah Menteri mahupun Parlimen. Kuasa ini adalah terletak kepada Majlis Raja-Raja
sebagaimana telah ditunjukkan berkuasa memilih Baginda menyandang jawatan tertinggi ini.
Jika YDPA ingin meletakkan jawatannya, baginda perlu mengutus surat yang ditandatangani
olehnya kepada Majlis Raja-Raja. Oleh itu, mereka hendaklah terhenti daripada memegang
jawatan apabila terhenti daripada menjadi seorang Raja. Perlembagaan telah memperuntukan
bahawa sesuatu ketetapan bagi majlis ini memecat Yang di -Pertuan Agong dari jawatan tidak
boleh diluluskan melainkan apabila sekurang-kurangnya lima orang ahli Majlis Raja-Raja
mengundi menyokongnya.

FUNGSI DAN PERANAN YDPA

6
YANG di-Pertuan Agung mempunyai bidang kuasa yang luas seperti yang ditetapkan oleh
Perlembagaan. Fungsi sebagai Ketua Negara dapat dilihat dalam tiga cabang kerajaan, iaitu
eksekutif, perundangan dan kehakiman.

Eksekutif

Fasal 39 Perlembagaan memberi kuasa eksekutif kepada Yang di-Pertuan Agong. Walaupun
terdapat beberapa pengecualian dalam Perlembagaan mengenai kuasa dan kedudukan
Yang di-Pertuan Agong, secara lazim baginda menerima nasihat dari Kabinet atau lebih
khusus, Perdana Menteri.
Walaupun bertindak atas nasihat Kabinet atau Menteri atau selepas berunding atau atas
cadangan seseorang atau sesuatu pertubuhan (selain Kabinet), Yang di-Pertuan Agong
boleh bertindak mengikut budi bicara dalam tiga fungsi Perlembagaan iaitu:
1. Melantik seorang Perdana Menteri.

2. Bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen.

3. Meminta mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan semata-mata mengenai keistimewaan,


kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja dan mengambil tindakan dalam mesyuarat
itu.

Perundangan

Badan Perundangan yang juga dikenali sebagai badan Legislatif ialah badan yang
bertanggungjawab dan mempunyai kuasa untuk menggubal, meminda dan meratifikasi
undang-undang. Kuasa perundangan Persekutuan adalah terletak kepada Parlimen yang
mengandungi Yang di-Pertuan Agong dan dua majlis, iaitu Dewan Negara dan Dewan
Rakyat. Semua rang undang-undang perlu diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan
Negara sebelum dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan raja.
Dalam Badan Perundangan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk:

1. Memanggil Parlimen untuk bermesyuarat dari semasa ke semasa.

2. Memberhentikan dan membubarkan Parlimen.

3. Memberi ucapan dalam mana-mana majlis Parlimen.

7
4. Memperkenankan Rang Undang-Undang.

Selain itu, Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa melantik dua orang senator untuk
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang untuk Wilayah Persekutuan Labuan dan
Putrajaya serta mempunyai kuasa melantik 44 orang senator lain.

Kehakiman

Kuasa kehakiman di negara ini terletak pada Mahkamah Agong, Mahkamah Rayuan,
Mahkamah-Mahkamah Tinggi dan Mahkamah-Mahkamah Bawahan. Dalam Badan
Kehakiman ini, kuasa Yang di-Pertuan Agong adalah untuk:

1. Melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan,


Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah
dan Sarawak, Hakim Mahkamah Agung, Hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah
Tinggi atas nasihat Perdana Menteri dan setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.
2. Melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi
untuk menjadi Pesuruhjaya Kehakiman (yang mempunyai kuasa sebagai Hakim
Mahkamah Tinggi) atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua
Hakim Negara Mahkamah Persekutuan. Hal ini merupakan suatu langkah sementara
sebelum pelantikan tetap sebagai Hakim Mahkamah Tinggi.

3. Memanjangkan perkhidmatan seorang hakim yang berumur lebih 65 tahun tetapi


dengan syarat, lanjutan perkhidmatan itu tidak melebihi enam bulan setelah
mencapai umur 65 tahun.

4. Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara dapat mengemukakan cadangan kepada
Yang di-Pertuan Agong untuk menyinkirkan seorang hakim Mahkamah Persekutuan
atas alasan tertentu. Setelah itu, Yang di-Pertuan Agong akan melantik ahli-ahli untuk
tribunal khas untuk menyingkirkan hakim tersebut dari jawatannya. Yang di-Pertuan
Agong boleh menggunakan budi bicara baginda untuk menerima atau menolak
cadangan tribunal untuk menyingkirkan atau mengekalkan hakim tersebut.

5. Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara boleh mengishtiharkan darurat apabila


suatu darurat besar sedang berlaku seperti hal-hal keselamatan, kehidupan, ekonomi
atau ketenteraan awam berada dalam keadaan yang terancam.

6. Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri Melaka, Pulau
Pinang, Sabah dan Sarawak serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan

8
Labuan. Baginda juga dapat melantik jawatan tertentu bagi Melaka, Pulau Pinang dan
Wilayah Persekutuan, manakala di Sabah dan Sarawak, kuasa perlantikan diturunkan
kepada Yang Dipertuan Negeri.

Selain itu, Yang di-Pertuan Agong mempunyai fungsi lain dalam negara seperti menjadi
pemerintah tertinggi Angkatan Bersenjata. Baginda mempunyai kuasa untuk
mengampunkan dan menangguhkan hukuman bagi kesalahan yang dibicarakan oleh
Mahkamah Tentera dan semua kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumper dan Labuan. Baginda juga melantik Ketua Angkatan Tentera dan boleh
mengisytiharkan darurat tanpa persetujuan Jemaah Menteri atau Perdana Menteri.

Baginda juga bertanggungjawab untuk menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan
Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Kaum Bumiputera ini perlu diberi keistimewaan dalam
perkhidmatan awam, biasiswa dan Pendidikan awam. Hak-hak ini perlu diperlihara agar
sesiapa tidak merasakan kehilangan hak yang dinikmati mereka selama ini. Yang di-Pertuan
Agong juga mempunyai tanggungjawab untuk melindungi hak-hak kaum lain yang sah
melalui peruntukan lain.

Yang di-Pertuan Agong juga merupakan sumber penghormatan dan kebesaran dalam
negara kerana baginda adalah mercu pihak berkuasa negara, piagam utama Perlembagaan
dan simbol kenegaraan tertinggi bagi Malaysia. Baginda mengurniakan anugerah dan
penghormatan kepada warganegara dan bukan warganegara serta mengurniakan darjah
kebesaran kepada ketua-ketua negara asing dalam istiadat engurniaan bintang-bintang
bersempena dengan Hari keputepraan Baginda. Oleh itu, tindakan mempersenda,
mengeluarkan kata-kata hasutan terhadap Baginda merupakan kesalahan di sisi
undang-undang.

Sebagai Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong melantik diplomat-diplomat Malaysia di luar
negara dan juga menerima mengadap diplomat-diplomat asing yang ditugaskan di Malaysia
sevelum diplomat-diplomat asing itu mula menjalankan tugas mereka.

Selain daripada tugas-tugas dan tangungjawab yang dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan
Agong, baginda juga bercemar duli menghadiri pelbagai majlis dan acara.

9
PERKARA PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN OLEH
YDPA

1. Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan fungsinya sebagai Raja Negerinya
kecuali fungsinya sebagai Ketua agama Islam.

2. Yang di-Pertuan Agong tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang baginya ada
apa-apa saraan.

3. Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melibatkan diri secara aktif dalam apa-apa
perusahaan komersil.

4. Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menerima apa-apa jua jenis 1emolumen yang harus
dibayar atau terakru kepadanya sebagai Raja Negerinya di bawah peruntukan
Perlembagaan Negeri itu atau peruntukan mana-mana undang-undang Negeri.

5. Yang di-Pertuan Agong tidak boleh, tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja, meninggalkan
Persekutuan selama lebih daripada lima belas hari, kecuali semasa lawatan Negara ke
suatu negara lain.

6. Tiada apa-apa jua boleh menghalang Yang di-Pertuan Agong daripada menjalankan
apa-apa kuasa yang terletak hak padanya sebagai Raja Negerinya sama ada
berseorangan atau bersama-sama dengan mana-mana pihak berkuasa lain:

(a) bagi meminda Perlembagaan Negeri itu; atau

(b) bagi melantik seorang Pemangku Raja atau anggota Majlis Pemangku Raja
sebagai ganti mana-mana Pemangku Raja atau anggota Majlis Pemangku Raja,
mengikut mana-mana yang berkenaan, yang telah mati atau yang tidak berupaya
kerana apa-apa sebab untuk masing-masing melaksanakan tugas jawatan Pemangku
Raja atau anggota Majlis Pemangku Raja.

1
Emolumen bermaksud segala saraan dalam bentuk wang yang harus dibayar kepada penjawat awam,
termasuk gaji.
10
MAJLIS RAJA-RAJA

Pada tahun 1948, Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara formal hasil daripada perancangan
British yang ingin menggantikan Mesyuarat Raja-Raja Negeri- Negeri Bersekutu yang dikenali
sebagai Majlis Raja-Raja Melayu (Durbar). Majlis raja-raja merupakan sebuah badan rasmi
yang ditubuhkan mengikut perkara 38 Perlembagaan Perseketuan Malaysia sebagai tempat
untuk Raja-Raja dan semua Yang di-Pertuan Negeri bertemu dan berbincang.

Keanggotaan

Majlis ini dianggotai oleh semua Sembilan Raja Melayu dan empat Yang di-Pertuan Negeri di
Malaysia. Pemangku raja bagi negeri Yang di-Pertuan Agong akan mewakili negeri baginda
dalam Majlis Raja-Raja. Secara kasarnya, Semua Raja dan Yang di-Pertua Negeri secara
automatik menjadi Ahli Majlis Raja-Raja.Yang di-Pertuan Agong hanya akan menganggotai
Majlis Raja-Raja apabila hari kedua mesyuarat Majlis Raja-Raja dan sewaktu membincangkan
hal-hal agama islam, amalan adat istiadat dan kebesaran raja-raja. Walau bagaimanapun, Y.
Timbalan Perdana Menteri tidak tergolong dalam Majlis Raja-Raja.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja akan diadakan 3 kali setahun iaitu berlangsung selama 2 hari
setiap kali perjumpaan. Sebelum mesyuarat, menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri
akan menjalankan perjumpaan untuk menyediakan kertas kerja yang akan dibincangkan dalam
mesyuarat. Mengikut peraturan hanya Duli Yang Hanya Mulia (DYMM) Raja-Raja sahaja yang
layak mempengerusikan mesyuarat dan ia akan diketuai mengikut giliran yang ada dalam
susunan sebagai mana yang ditetapkan oleh Majlis. Ketua menteri pula akan hadir sebagai
penasihat DYMM Raja-Raja dan semua Yang di-Pertua Negeri masing-masing. Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong hanya berangkat hadir pada mesyuarat hari kedua dengan
diiringi YAB Perdana Menteri sebagai penasihat. Oleh itu, mesyuarat ini telah dikenali sebagai
mesyuarat ‘tertinggi’ di Malaysia. Yang di-Pertuan Agong biasanya hanya hadir jika mesyuarat
tersebut akan melantik Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang
seterusnya atau mempertimbangkan polisi negara.

11
Fungsi dan Peranan

Majlis Raja-Raja bukan sahaja agung tetapi unik kerana badan ini adalah institusi tunggal yang
sedemikian rupa wujud di dunia pada masa kini. Apabila negara mencapai kemerdekaan,
penubuhan Majlis Raja-Raja telah dikanunkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan
Persekutuan. Fungsi dan tugas-tugas mengikut Jadual Kelima Perlembagaan Persekutuan
adalah seperti berikut:-

1. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi
Persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga
2. Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau

upacara ugama meliputi seluruh Persekutuan;

3. Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau

memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang menurut Perlembagaan ini

memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau

selepas berunding dengan Majlis Raja-raja;

4. Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182;

5. Memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum atau meremitkan, menggantung atau

meringankan hukuman-hukuman di bawah Fasal (12) Perkara 42

6. Menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara ( contoh: perubahan-perubahan


tentang dasar imigresen) dan apa-apa jua perkara lain yang difikirkan.

Majlis Raja-Raja hendaklah diminta membuat fikiran yang adil dan rasional sebelum dibuat
apa-apa perubahan tentang dasar mengenai tindakan pentadbiran di bawah perkara 153
(mengenai kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, bumiputera serta juga hak kaum-kaum
lain).

12
KRISIS PERLEMBAGAAN 1983

Krisis ini bermula daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah
mengusulkan untuk meminda Perkara 66 dalam Parlimen. Perkara 66 ini adalah perkara
mengenai perkenan oleh YDPA dan Yang di-Pertuan Negeri ke atas undang-undang yang
diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi Perlembagaan Persekutuan serta
Dewan Undangan Negeri bagi Pelembagaan Negeri.

Sebelum kewujudan krisis ini, segala Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh Parlimen
hanya akan menjadi undang-undang apabila mendapat persetujuan dan tandatangan Yang Di
Pertuan Agong. Hal ini tidak dipersetujui oleh Tun Dr Mahathir kerana kadang kala ianya
mengambil masa yang sangat lama untuk mendapatkan tandatangan Yang Di Pertuan Agong
seterusnya menimbulkan masalah dalam urusan pentadbiran.

Bukan itu sahaja, Tun Dr Mahathir telah meminta agar kuasa dalam perkara ini diberikan
kepada Perdana Menteri juga kerana beliau mula meragui kreadibiliti Raja-Raja. Menurut
beliau, jawatan Perdana Menteri merupakan pilihan rakyat manakala raja-raja pula mengikut
jurai keturunan. Beliau mengkhuatiri masalah dalaman yang dihadapi oleh keturunan raja-raja
tersebut. Tindakan Tun ini bukanlah untuk menghapuskan kedudukan Raja Berperlembagaan,
malah akan menjelaskan lagi fungsi raja berpelembagaan dalam pemerintahan demokrasi.

Pindaan yang Tun lakukan menyebut sekiranya atas apa-apa sebab sekalipun satu rang
undang-undang tidak diperkenan oleh Yang Di Pertuan Agong dalam tempoh 15 hari setelah ia
dipersembahkan, akan menjadi undang-undang.

Rang undang-undang yang diutarakan oleh Tun Dr Mahathir tersebut telam mendapat kelulusan
daripada parlimen namun ditentang oleh Majlis Raja-Raja yang bersidang di Kota Kinabalu
kerana menurut perkara 38(4) 2 yang menyebut bahawa sebarang pindaan mengenai
kedudukan Raja-Raja mestilah mendapatkan persetujuan Majlis Raja-Raja terlebih dahulu.

13
Pada 20 November 1983, Majlis Tertinggi UMNO telah menghantar beberapa wakil antaranya
Abdul Ghafar Baba, Dato’ Harun Idris, Marina Yusof, Kamaruddin Mat Isa dan Dato’ Mustafa
Jabar untuk menemui raja-raja dan menjelaskan perihal pindaan ini namun tetap tidak
membuahkan sebarang keputusan. Seterusnya, Tun Dr Mahathir telah meminta sokongan
rakyat dengan mengadahkan sesi penerangan rapat umum secara berterusan.

Hal ini akhirnya telah menyebabkan toleransi antara kedua-dua pihak ini. Keputusan telah
dicapai dimana dalam tempoh 60 hari selepas sesuatu rang undang-undang diserahkan kepada
Yang Di Pertuan Agong (bukannya 15 hari seperti yang dipinda), maka ia secara automatik
menjadi undang-undang walaupun tidak ditanda-tangani. Setelah satu Rang Undang-Undang
diluluskan oleh Parlimen, Rang Undang-Undang tersebut akan dikemukakan kepada YDPA. 30
hari pertama, baginda akan memberi perkenan atau mengembalikannya semula kepada
Parlimen. Parlimen akan melakukan pindaan selanjutnya. Sekiranya parlimen tetap meluluskan
maka 30 hari yang seterusnya, tempoh YDPA untuk memberi pekenan atau tidak akan
dijalankan sekali lagi. Selepas itu, undang-undang tersebut secara automatik akan menjadi
undang-undang tidak kira sama ada ia mendapat perkenan baginda atau tidak.

14
KRISIS PERLEMBAGAAN 1993

15
KESIMPULAN

Akhir kata, sebagai rakyat Malaysia kita harus bersyukur dan berasa bertuah dengan sistem
kerajaan atau sistem pemerintahan negara kita amalkan kerana tanpanya kita tiada garis
panduan dan negara kita akan berpecah-belah. Sebagaimana kita tahu negara Malaysia terdiri
daripada rakyat yang berbilang kaum dan etnik yang berlainan, namun negara kita masih hidup
dalam suasana aman dan makmur serta bertolak ansur antara satu sama lain. Ini kerana,
sistem pemerintahan negara Malaysia telah berjaya dan mampu menjalankan kestabilan
negara kita dari segi politik, ekonomi dan sosial. Ini menyebabkan kepercayaan terhadap
pelabur-pelabur asing untuk melabur di negara kita dikukuhkan. Sama seperti rakyat Malaysia
yang menaruh kepercayaan terhadap sistem pemerintahan yang negara kita amalkan. Banyak
kemajuan yang telah negara kita capai dari pelbagai aspek sehingga nama Malaysia dikenali di
seluruh dunia semenjak negara kita mencapai kemerdekaan. Jikalau kita lihat pada hari ini,
negara kita sedang pesat membangun dan bertambah maju selaras dengan Wawasan 2020
serta pada masa yang akan datang. Setiap warga Malaysia percaya bahawa kebijaksanaan dan
ketelusan para pemimpin untuk mentadbir negara ini mampu mengurus tadbir negara Malaysia
dengan baik.

16
RUJUKAN

"KRISIS PERLEMBAGAAN 1983." Azalina Othman Said. Digital Team, 14 June 2016. Web. 13 June
2017. http://azalinaothmansaid.com/?p=2333

Latiff, Hambali Abdul. "DEMI MELAYU - PERKARA 66 PERLEMBAGAAN WAJAR DIPINDA."Rakyat


Malaysia. Hambali Abdul Latiff, 30 Nov. 2010. Web. 13 June 2017.
http://hambali1.blogspot.my/2010/11/demi-melayu-perkara-66-perlembagaan.html

Lawnet Percetakan Nasional Malaysia Berhad “ Undang-Undang Malaysia dan


Perlembagaan Persekutuan- Bahagian I Pemilihan Yang di Pertuan Agong” Retrieved from
14 june 2017
http://www.kptg.gov.my/sites/default/files/article/perlembagaanpersekutuan.pdf

Webmaster. "Sistem Raja Berpelembagaan." Sistem Raja Berpelembagaan. Istana Negara, Kuala
Lumpur, n.d. Web. 13 June 2017.
http://www.istananegara.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=68&Itemid=609

Sharuddin, Oleh : Ziauddin. "Bidang Kuasa Yang Di-Pertuan Agong." Hikmatun. Ahmad Nizam
Awang, 07 Jan. 2007. Web. 13 June 2017. Diambil daripada
https://hikmatun.wordpress.com/2007/01/08/bidang-kuasa-yang-di-pertuan-agong/

"Pengajian Am & Geografi STPM." Perkara Yang Tidak Boleh Dibuat Oleh Yang Di-Pertuan Agong.
Cikgu Nik Mie, n.d. Web. 13 June 2017. Diambil daripada
http://wwwcikgunikmie.blogspot.my/2010/01/perkara-yang-tidak-boleh-dibuat-oleh.html

17

You might also like