Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 24

KOD DAN NAMA KURSUS

SKBL 3173

ANALISIS WACANA

TAJUK TUGASAN

KOHESI PENANDA WACANA DALAM TEKS UCAPAN BELANJAWAN

NAMA PENSYARAH

DR NORHAYATI BINTI ALIAS

DISEDIAKAN OLEH

NASUHA BINTI CHE EMBI (A165346)

NURUL HAIDA BINTI A BAKAR (A165799)

PIRIYA TARCHEENEE A/P P GANASAN (A167033)


1.0 PENGENALAN

Bagi seorang pemimpin, ucapan merupakan salah satu komunikasi rasmi untuk
menyampaikan sesuatu perkara kepada pendengar. Ucapan pemimpin negara merupakan satu
wacana yang dapat memberi impak yang besar dalam pemerintahan negara. Setiap ucapan
yang disampaikan berperanan mengukuhkan kuasa, mempertahankan idea, menyampaikan
ideologi atau kepentingan lain. Schaffner (1997) yang dipetik dalam Wong Shin Shin (2007)
menegaskan bahawa bahasa politik dapat dilihat melalui penggunaan bahasa secara khusus,
manakala Wareing (1999: 11) pula menyatakan bahawa kuasa politik wujud di sebalik makna
bahasa. Bagi menghuraikan dan memahami penggunaan bahasa dalam sesebuah wacana,
maka analisis wacana (discourse analysis) boleh diaplikasikan.

Teks ucapan ialah wadah untuk menyampaikan idea yang disusun serta mendedahkan
sesuatu maklumat kepada khalayak (Smith, 2017). Teks ucapan yang berkesan amat penting
bagi memastikan makna keseluruhan ucapan dapat disampaikan kepada khalayak. Susunan
teks yang berterabur dan tidak berkesinambungan akan menyebabkan matlamat sesuatu
pengucapan “tergantung”. Halliday dan Matthiessen (2014) mendakwa bahawa teks merujuk
kepada “… any passage, spoken or written, of whatever length, that forms a unified whole”
dan disifatkan sebagai unit semantik. Istilah “semantik” yang dimaksudkan bukan sahaja
merujuk makna perkataan, malah merangkumi keseluruhan sistem makna sesuatu bahasa
yang dizahirkan melalui nahu dan kata.

Pendapat yang sama diberikan oleh Brown dan Yule (1988) bahawa sesebuah teks ucapan
harus terdiri daripada ciri-ciri linguistik tertentu agar binaannya mempunyai kesinambungan
dan kepaduan yang jelas bagi menyampaikan sesuatu yang bermakna. Oleh itu,
kesinambungan yang diperkatakan boleh dijelaskan melalui taksonomi kohesi yang
digagaskan oleh Halliday dan Hasan (1976). Teori ini menjelaskan fungsi kohesi sebagai
pengikat yang menghubungkan satu bahagian dengan bahagian lain sehingga terbentuk satu
kesatuan teks yang boleh difahami. Kohesi juga berperanan mewujudkan ketekstualan kepada
teks dan melayakkannya diiktiraf sebagai wacana. Walaupun kohesi bukan satu-satunya
syarat untuk menghasilkan sesebuah wacana kerana terdapat beberapa syarat lain seperti
berkepadaan, berintekstualiti, bersituasi, bermaklumat, berketerimaan dan bertujuan, namun,
kohesi merupakan syarat asas untuk menjadikan teks bertaraf wacana berbanding dengan
syarat-syarat lain (Idris, 2014).
Kohesi boleh diperlihatkan sebahagiannya melalui “alatan nahuan” dan sebahagian lagi
melalui “alatan leksikal”. Alatan nahuan berperanan mempertalikan unsur linguistik dengan
unsur linguistik lain antara ayat. Alatan nahuan terdiri daripada empat jenis, iaitu
penghubung, pengguguran, penggantian dan rujukan. Kemudian, Halliday dan Hasan (1976)
mencerakinkan unsur penghubung kepada penghubung tambahan, penghubung sebab-
musabab, penghubung tempoh/masa dan penghubung berlawanan. Penghubung tambahan
berperanan sebagai pemberi maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan
sebelumnya. Penghubung berlawanan pula digunakan untuk menunjukkan pertentangan
maklumat antara sesuatu yang baharu diperkatakan dengan yang sebelumnya dalam wacana
yang sama. Penghubung sebab-musabab merujuk penghubung yang menyatakan sebab dan
akibat berlakunya sesuatu perkara. Penghubung tempoh/masa pula berperanan untuk
menunjukkan kronologi masa berlakunya sesuatu. Nahuan penghubung bukan sahaja dikenali
sebagai “penanda wacana” oleh Asmah (2008), namun turut dipanggil dengan istilah lain
seperti semantic conjuncts (Quirk et al., 1985), pragmatic connectives (Van Dijk, 1979) dan
discourse connectives (Blackmore, 1992).

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah untuk:

1. mengenal pasti penanda wacana dalam teks ucapan belajawan 2018,2019, 2020
dan;

2. menganalisis unsur dan fungsi penanda wacana dalam teks ucapan belanjawan
2018, 2019, 2020

3.0 PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan kepada objektif kajian, maka kajian ini bertunjangkan kepada beberapa
persoalan kajian seperti di bawah:

1. Apakah jenis penanda wacana dalam teks ucapan belanjawan 2020?


2. Apakah unsur dan fungsi penanda wacana dalam teks ucapan belanjawan 2020?

4.0 KAJIAN BERKAITAN

Terdapat beberapa kajian yang dikaji berdasarkan penanda wacana. Menurut Sanat Md. Nasir
(2005), beliau mengkaji analisis wacana kritis plus dalam perbandingan dalam ucapan bajet
2006. Artikel ini berusaha untuk menganalisis bahan ucapan bajet 2006 oleh Perdana Menteri
Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Menteri Kewangan, pada 30
September 2005 di Dewan Rakyat. Bahan ini dinalisis dengan menggunakan asas Model
Analisis Wacana Kritis yang dipelopori oleh Fairclough. Namun, model ini diubah suai dan
ditambah dengan berdasarkan Model Tatabahasa Wacana Mega oleh Sanat (2005). Model
Fairclough itu mengemukakan Model Konsepsi Tiga Dimensi Wacana, iaitu teks. Daripada
kajian itu didapati menggambarkan keserasian antara bentuk dengan teksnya sebagai genre,
wacana dan gaya pengucapnya.

Kajian seterusnya adalah Penanda Wacana Dalam Teks Pelan Pembangunan Negara
oleh Nor Hazila Mat Lazim dan Idris Aman (2018) bertujuan untuk menghuraikan unsur
penanda wacana dan menjelaskan kerasionalan penggunaan penanda wacana dalam
menjamin kelancaran maklumat atau gagasan utama yang terkandung dalam teks pelan
pembangunan negara. Untuk itu, teks Rancangan Malaysia Kesebelas yang disampaikan oleh
Perdana Menteri Malaysia keenam dimanfaatkan sebagai data kajian dan kerangka teori Nahu
Fungsian Sistemik diterapkan. Dapatan hasil menunjukkan bahawa penanda wacana
penambahan mendominasi teks pelan pembangunan negara. Penggunaannya merupakan satu
wasilah bagi menambah maklumat-maklumat baru atau gagasan penting negara.

Kajian ini memaparkan gelagat penggunaan penanda wacana yang rencam dan
bervariasi dalam teks pelan pembangunan negara di mana penggunaannya tidak terbatas
kepada unsur penghubung sahaja malah terhasil juga melalui unsur adverba. Pemanfaatan
penghubung sebagai unsur penanda wacana mempunyai signifikan penggunaannya dalam
mempertalikan ayat dan perenggan yang terdapat dalam teks pelan pembagunan negara.
Manakala penanda wacana yang berunsurkan adverba pula dapat memperlihatkan dengan
jelas isi utama yang terkandung dalam teks Rancangan Malaysia Kesebelas. Bagaimanapun,
pemanfaatan keduadua unsur penanda wacana tersebut dapat menghasilkan sebuah teks atau
wacana yang berketenunan, berketujuan, berkepadaan, dan bermaklumat.
Melalui pengkajian ini, penanda wacana berlawanan tidak dimanfaatkan dalam teks
pelan pembangunan negara kerana teks ini hanya menerangkan, mengemukakan dan
menjelaskan usul, gagasan, fakta dan matlamat penting negara dan tiada penghujahan yang
berlaku. Hal ini bertepatan dengan genre teks pelan pembangunan negara yang bersifat
ekspositori atau eksplanatori. Teks ini bukan sahaja menjelaskan ‘apa’, ‘untuk apa’, ‘untuk
siapa’, ‘bila’, dan ‘bagaimana’ malah menerangkan secara terperinci sebab, akibat, faktor
mengenai sesuatu perkara, persitiwa, proses yang akan dijalankan, dan juga keadaan yang
dianggap berkepentingan kepada negara. Dengan mengemukakan penjelasan yang jitu dan
tuntas tersebut, khalayak dapat memahami gagasan-gagasan yang terkandung dalam teks
pelan pembangunan negara.

Akhirnya, kajian Unsur penanda wacana dalam teks ucapan belanjawan 2019 dapat
berhubung dengan kajian pengkaji. Penanda wacana dapat menstrukturkan aliran huraian
yang logik dan sistematik oleh pewacana kepada pembaca atau pendengar. Dengan cara ini,
pembaca atau pendengar dapat mengikuti perkembangan sesuatu idea yang ingin
disampaikan oleh pewacana. Secara keseluruhan, teks ucapan Belanjawan 2019 yang
disampaikan oleh pewacana mempunyai penggunaan unsur penanda wacana yang pelbagai.
Walau bagaimanapun, penghubung penambahan, adverba tujuan dan adverba manfaat dilihat
sebagai tiga unsur penanda wacana yang kerap digunakan oleh pewacana dalam usaha
pembikinan teks ucapannya. Namun begitu, teks ucapan ini juga sarat dengan beberapa jenis
penanda wacana lain seperti penghubung ruang-masa, penghubung sebab-bersyarat,
penghubung penjelasan, penghubung aposisi, penghubung perkara, adverba waktu, adverba
rujukan, adverba ulasan, adverba tolak ansur dan adverba pengandaian.

Hal ini kerana, wacana ucapan belanjawan itu tidak dihasilkan dengan sebegitu
mudah, malah dicipta dengan proses yang kompleks melalui penggemblengan beberapa unsur
penanda wacana lain. Objektif kajian tercapai apabila penghubung penambahan menjadi
unsur penanda wacana yang paling dominan dalam wacana teks ucapan Belanjawan 2019.
Hal ini jelas membuktikan bahawa genre teks Belanjawan 2019 telah memanfaatkan
penghubung penambahan sebagai wadah untuk menambah maklumat penting kepada seluruh
isi negara Malaysia. Pengutaraan cadangan, ideologi, fakta, laporan dan dasar yang
terkandung dalam teks ucapan ini telah membuktikan bahawa teks Belanjawan 2019
memiliki ciri bermaklumat, berketenunan, berkepadaan dan bertujuan. Pemanfatan
penghubung penambahan ini digandingkan dengan sifat wacana belanjawan yang bersifat
ekspositori untuk memberikan penerangan tentang perancangan kewangan negara kepada
khalayak (Muhammad Faizul Abd Hamid, Mohd Azidan Abdul Jabar dan Muhammad Alif
Redzuan Abdullah. (2019).

5.0 METODOLOGI KAJIAN


Teks kajian yang dipilih ialah teks ucapan belanjawan dari tahun 2018 hingga 2020.
Teks ucapan belanjawan 2018 telah dibentangkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang
keenam iaitu Dato Seri Najib Mohd Razak pada hari Jumaat 27 Oktober 2017 manakala
ucapan bagi teks belanjawan 2019 telah disampaikan oleh Menteri Kewangan Malaysia,
Yang Berhormat Tuan Lim Guan Eng, di Dewan Rakyat pada hari Jumaat, 2 November 2018
dan teks ucapan belanjawan yang terakhir iaitu belanjawan 2020 telah dibentang oleh Menteri
Kewangan Malaysia juga iaitu Yang Berhormat Tuan Lim Guan Eng, di Dewan Rakyat pada
hari Jumaat 11 Oktober 2019.

Bagi mencapai sasaran kajian, proses analisis terhadap data kajian akan dilakukan
mengikut beberapa tahap, iaitu (i) pemilihan data, (ii) pengekodan data, (iii) pengenalpastian
kehadiran penanda wacana (iv) pengaplikasian teori, (v) penghuraian dapatan analisis kajian
dan yang terakhir (vi) perumusan atau kesimpulan. Secara analoginya, tahap pertama
melibatkan proses memilih data dengan menggunakan kaedah melayap dan mengimbas.
Kaedah melayap dan mengimbas dilakukan terlebih dahulu untuk mengenal pasti sama ada
data mentah yang dipilih mempunyai unsur penanda wacana yang menjadi fokus kajian.
Melayap ialah pembacaan pantas keseluruhan teks secara sepintas lalu (Creswell, 2017).
Kaedah ini merupakan langkah yang mustahak untuk memperoleh maklumat berguna.
Mengimbas pula merupakan pembacaan untuk mengesan kedudukan maklumat khusus
(Creswell, 2017). Cara ini akan memberikan gambaran keseluruhan tentang kandungan data
tersebut. Tahap kedua meliputi langkah pengekodan pada setiap perenggan data. Pengekodan
merupakan suatu sistem simbol yang diberikan makna sewenang-wenangnya (Asmah, 2008).

Ketika perbincangan dapatan kajian dilakukan, label rujukan dinyatakan agar mudah
difahami. Misalnya, A1.a) mewakili bahagian A, perenggan 1 dan ayat pertama (a).
Maknanya, setiap perenggan dilabelkan mengikut bahagian dalam teks ucapan. Pengekodan
pada setiap perenggan yang dilakukan dapat memperlihatkan maklumat yang wujud semasa
proses analisis. Proses ketiga pula dilakukan berdasarkan objektif pertama kajian. Kehadiran
penanda wacana pada awal ayat dikenal pasti secara menyeluruh daripada bahagian A hingga
N. Pengaplikasian pendekatan sistem penghubung Halliday dan Matthiessen (2014) dan
adverba anafora Asmah (2008) pula dijalankan pada tahap keempat. Tahap keenam ialah
penghuraian hasil 2019 kajian berdasarkan objektif kedua. Penghuraian secara eksplisit dapat
menggambarkan rasional penggunaan penanda wacana. Tahap terakhir merupakan rumusan
kajian yang dilakukan dan pernyataan tentang implikasi kajian.

6.0 ANALISIS DATA

Hasil kajian mendapati bahawa unsur penghubung dalam teks ucapan belanjawan
2018, 2019 dan 2020. Teks-teks ucapan ini digembleng bersama-sama beberapa jenis
penanda wacana berserta fungsinya dan adverba anaphora.

6.1 ANALISIS DATA DALAM TEKS UCAPAN BELANJAWAN 2018

Penanda Penanda Wacana Jumlah Peratus(%)


Penghubung
Penambah Justeru 8
Manakala 12
Bahkan 1
Bukan itu sahaja 3
Selain itu 13 45
Di samping itu 6
Sementara itu 2
Tambahannya 1
Sebagai tambahan 4
Lantaran itu 1
Berlawanan
Tetapi 6 9
Walau bagaimanapun 1
Namun 3

Musabab Oleh sebab itu 1


Kerana 23
Sehubungan itu 3 26
Oleh yang demikian 2
Oleh itu 1
Turutan Pertama-tamanya 1
Selanjutnya 13 20
Ketiganya 1
Seterusnya 8
Jumlah 114 100
Jadual 1 menunjukkan jumlah dan peratus jenis penanda wacana dalam teks ucapan
belanjawan 2018
Rajah 1 menunjukkan analisi data dalam teks ucapan belanjawan 2018

Penanda penghubung penambah merupakan penanda penghubung yang paling banyak


digunakan iaitu sebanyak 45% (51 kali) diikuti dengan penanda penghubung musabab
sebanyak 26% (30 kali) dan seterusnya penanda penghubung turutan sebanyak 20% (23 kali)
dan yang terakhir ialah penanda musabab sebanyak 9% (10 kali).

6.1.1 Penanda penghubung penambah

Berdasarkan dapatan kajian, penghubung penambahan menunjukkan penggunaan


yang paling tinggi dalam teks ucapan belanjawan 2018. Penghubung tambahan merujuk
penghubung yang memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang
diperkatakannya (Halliday & Matthiessen, 2014). Yang berikut merupakan contoh penanda
penanda penghubung penambah dalam ucapan belanjawan 2018:

1) 67. Selain itu, industri pelancongan kesihatan turut diperkukuh menjadi sumber
pendapatan negara, termasuklah menyediakan end-to-end service kepada pelancong
kesihatan ke Malaysia.
2) (m/s16, p4) Justeru, marilah kita sama-sama memberi tepukan kepada Kak Wan
Azizah binti Wan Salleh, yang berada di atas sana, contoh Sahabat AIM yang telah
berjaya menjadi jutawan di bidang ternakan dan pemprosesan ayam, dengan modal
permulaan hanya sebanyak 500 ringgit daripada AIM sejak 1993.
6.1.2 Penanda penghubung berlawanan
Kohesi penghubung perlawanan berfungsi untuk menyatakan hubungan yang
bertentangan atau yang berlawanan antara ayat dalam sesebuah teks (Wong, 1993).
Hubungan ini terjadi apabila wujudnya keadaan yang menyebabkan sesuatu klausa
atau ayat menidakkan klausa atau ayat yang yang lain. Contoh bagi penanda
penghubung berlawanan yang dipetik dalam teks ucapan belanjawan ialah:

1. (m/s 12,p6) Memang benar, sekalipun kerangka Maqasid ini tidak tertulis atau
termaktub secara rasmi dalam mana-mana dokumen Kerajaan, akan tetapi secara
berhemah, amalan dan praktisnya terzahir menerusi sekian-sekian falsafah dan
sekian-sekian dasar negara, yang bersambung-sambung dan bertali-temali.

6.1.3 Penanda penghubung musabab


Penanda wacana penghubung musabab ialah penanda wacana yang merupakan
sebab berlakunya sesuatu. Berdasarkan rajah 1, penanda penghubung musabab ini
merupakan penanda yang ketiga paling banyak digunakan dalam belanjawan. Berikut
ialah contoh ayat bagi penanda penghubung musabab.

1. (m/s 32, p3) Maka hal PTPTN ini usahlah dipolitikkan, tapi peminjam perlu
bertanggungjawab membayar balik, kerana generasi kini dan akan datang turut
memerlukannya, sebagai mana anda semua.
2. (m/s 6, p3) Oleh sebab itu, seandainya saya dan rakan-rakan anggota kabinet
mengadakan lawatan rasmi ke luar negara, janganlah sewenang-wenangnya sesiapa
pun menuduh bahawa, kita hendak menggadaikan kedaulatan Tanah Air.

6.1.4 Penanda penghubung turutan

Nik Safiah Karim (2009), penanda wacana juga berfungsi untuk menejlaskan
urutan masa atau berlakunya sesuatu secara bersiri. Selain itu, penanda wacana ini
digunakan untuk mengemukakan maksud perkara yang berlaku pada masa itu, selepas
atau sebelumnya. Berikut merupakan contoh bagi penanda penghubung turutan dalam
teks ucapan belanajwan 2018.
1. (m/s 5, p6) Selanjutnya, Kerajaan pula mengunjurkan ekonomi Malaysia bakal
mencapai kadar pertumbuhan tahunan antara 5.2 hingga 5.7 peratus pada 2017,
yakni lebih tinggi daripada unjuran pada bulan Mac lalu iaitu 4.3 hingga 4.8
peratus.

2. (m/s 22, p3) Seterusnya, satu bilion ringgit diperuntukkan kepada Tabung
Pengangkutan Awam bagi modal kerja dan pembelian aset seperti bas dan teksi;

6.2 ANALISIS DATA DALAM TEKS UCAPAN BELANJAWAN 2019

Wacana ialah unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit
tersebut. Oleh sebab wacana ialah unit bahasa yang tertinggi, maka wacana dapat
direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga meliputi peristiwa bahasa. Bab ini
melaporkan dapatan analisis data wacana penghubung berdasarkan Belanjawan 2019.
Kajian ini telah dianalisis melalui data wacana penghubung antaranya;
i) Penghubung Penambah
ii) Penghubung Berlawanan
iii) Penghubung Musabab
iv) Penghubung Tuntutan

6.2.1 Analisis Peratusan Perbandingan Wacana Dalam Teks Belanjawan 2019.


Rajah 2 menunjukkan jumlah perbandingan peratusan dalam teks Belanjawan 2019

BIL JENIS WACANA JUMLAH PERATUSAN


KESELURUHAN
1 PENAMBAH 12 50%
2 BERLAWANAN 5 21%
3 MUSABAB 5 21%
4 TURUTAN 2 8%
Jadual 2 menunjukkan jumlah keseluruhan penggunaan wacana dalam teks Belanjawan
2019.

Berdasarkan dapatan kajian yang didapati bahawa 50 peratus kekerapan penggunaan


wacana penambah yang membawa jumlah sebanyak 12 kata wacana. Penghubung
tambahan mempunyai kekerapan yang paling dominan antara penghubung berlawanan,
musabab serta turutan. Hal ini demikian kerana teks Belanjawan 2019 merangkumi fakta
yang jelas semata-mata dan perlukan maklumat tambahan bagi menyokong dan memberi
penjelasan kepada fakta yang telah dinyatakan. Penghubung ayat tambahan merupakan
inti atau butiran yang memberikan tambahan kepada sesuatu perkara yang diutarakan oleh
penyampai. Ciri menambah ini juga termasuk penegasan dan pisahan atau pilihan.

6.2.2 Penghubung Penambah


Penghubung ayat tambahan merupakan inti atau butiran yang memberikan
tambahan kepada sesuatu perkara yang diutarakan oleh penyampai. Ciri
menambah ini juga termasuk penegasan dan pisahan atau pilihan. Terdapat
penggunaan penghubung penambah dalam analisis data Belanjawan 2019.

BIL PENGHUBUNG JUMLAH PERATUSAN


PENAMBAH
1 Tambahan pula 1 18%
2 Disamping itu 2 37%
3 Selain dari itu 8 26%
4 Justeru 1 19%
Jadual 3 menunjukkan jumlah keseluruhan penghubung tambahan yang terdapat dalam
teks Belanjawan 2019

Rajah 3 menunjukkan jumlah peratusan penghubung tambahan yang terdapat dalam teks
Belanjawan 2019

BIL PENGHUBUNG CONTOH AYAT MUKA SURAT


TAMBAHAN
1 Tambahan pula "Tambahan pula, M/S 8
pelbagai agensi
kerajaan kini dalam
proses menimbang
semula kontrak
rundingan terus atau
tender terhad
bernilai RM19
billion yang telah
ditandatangani
kerajaan lalu."
2 Di samping itu "Di samping itu, M/S29
kerajaan akan
mengambil langkah
berikut,"
3 Selain itu "Selain itu, M/S39
dicadangkan juga
potongan cukai
tambahan diberi
kepada majikan...."
4 Justeru "Justeru itu, M/S20
kerajaan akan
mengkaji semula
undang-undang
buruh....."
Jadual 4 menunjukkan contoh penggunaan penghubung tambahan dalam teks Belanjawan
2019
6.2.3 Penghubung Berlawanan
Kedua, penanda penghubung tentangan iaitu penanda penghubung yang
digunakan untuk menunjukkan pertentangan maklumat antara ayat yang sebelumnya
dengan yang berikutnya, contohnya tetapi, namun begitu, walaupun, walau
bagaimanapun, namun begitu,walaupun demikian, dan sebaliknya. Terdapat
penggunaan penghubung berlawanan dalam analisis data Belanjawan 2019.

BIL PENGHUBUNG JUMLAH PERATUSAN


BERLAWANAN
1 Tetapi 2 38%
2 Sungguhpun begitu 0 0%
3 walaubagaimanapun 0 0%
4 namun 3 62%
Jadual 5 menunjukkan jumlah keseluruhan penghubung berlawanan yang terdapat dalam
teks Belanjawan 2019
Rajah 4 menunjukkan jumlah peratusan penghubung berlawanan yang terdapat dalam
teks Belanjawan 2019

BIL PENGHUBUNG CONTOH AYAT MUKA SURAT


BERLAWANAN
1 Tetapi "Oleh yang M/S 5
demikian, reformasi
institusi adalah
perlu untuk
meningkatkan
ketulusan disiplin
fiskal yang bukan
sahaja dapat
mengelak
berulangnya salah
laku, tetapi dapat
memastikan
kestabilan
makroekonomi"
2 Sungguhpun begitu - -
3 Walaubagaimanapun - -
4 Namun "Namun, terdapat M/S19
isu struktur yang
mengakibatkan
pengangguran
jangka masa
panjang...."
Jadual 6 menunjukkan contoh penggunaan penghubung berlawanan dalam teks
Belanjawan 2019

6.2.4 Penghubung Musabab


Ketiga, penanda penghubung musabab, iaitu penanda penghubung yang digunakan
untuk menunjukkan musabab atau kesan berlakunya sesuatu yang dinyatakan dalam ayat
yang sebelumnya, contohnya kerana, oleh itu, maka, oleh sebab itu, dan oleh yang demikian.
Terdapat penggunaan penghubung penambah dalam analisis data Belanjawan 2019.

BIL PENGHUBUNG JUMLAH PERATUSAN


MUSABAB
1 Oleh itu 1 20%
2 Kerana 2 40%
3 Oleh yang demikian 2 40%
Jadual 7 menunjukkan jumlah keseluruhan penghubung berlawanan yang terdapat dalam
teks Belanjawan 2019
Rajah 5 menunjukkan jumlah peratusan penghubung musabab yang terdapat dalam teks
Belanjawan 2019

BIL PENGHUBUNG CONTOH AYAT MUKA SURAT


MUSABAB
1 Oleh itu "Oleh yang M/S3
demikian, reformasi
institusi adalah
perlu untuk
meningkatkan
ketulusan
disiplin...."
2 Kerana "Seterusnya, M/S 3
Akautan Negara
Malaysia telah
mengesahkan
kenyataan oleh
Jabatan Kastam
Diraja Malaysia
dan Lembaga Hasil
Dalam Negeri
bahawa hasil
kutipan cukai telah
terlebih lapor
kerana tidak
membayar balik
GST."
3 Oleh yang demikian "Oleh yang M/S3
demikian, di
samping bertekad
ke arah
melaksanakan
konsodilasi fisikal,
kerajaan akan
mengimbangi
keutamaan
pembangunan......"
Jadual 8 menunjukkan contoh penggunaan penghubung berlawanan dalam teks
Belanjawan 2019

6.2.5 Penghubung Turutan


Keempat, penanda penghubung turutan yang menunjukkan urutan masa atau
peristiwa berlakunya sesuatu, contohnya, kemudian, lepas itu, sebelumnya, pertama,
dan akhirnya. Terdapat penggunaan penghubung turutan dalam analisis data
Belanjawan 2019.

BIL PENGHUBUNG JUMLAH PERATUSAN


TURUTAN
1 Selepas itu 2 100%
2 akhirnya 0 0%
3 kemudian 0 0%
Jadual 9 menunjukkan jumlah keseluruhan penghubung turutan yang terdapat dalam teks
Belanjawan 2019
Rajah 6 menunjukkan jumlah peratusan penghubung turutan yang terdapat dalam teks
Belanjawan 2019

BIL PENGHUBUNG CONTOH AYAT MUKA SURAT


TURUTAN
1 Selepas itu "Selepas itu, M/S19
kerajaan juga
komited membantu
isi rumah untuk
mengukuhkan
kedudukan
ekonomi isi
rumah....."
2 Akhirnya - -
3 Kemudian - -
Jadual 10 menunjukkan contoh penggunaan penghubung berlawanan dalam teks
Belanjawan 2019
6.3 ANALISIS DATA DALAM TEKS UCAPAN BELANJAWAN 2020

Unsur Penanda wacana dalam teks ucapan belanjawan 2020 dapat ditemui sebenarnya
banyak kerana data yang hanya dalam 136 halaman. Perbincangan berikutnya akan
menhuraikan pelbagai penanda wacana dalam teks kajian berdasarkan konteks ayat. Berikut
adalah jadual yang disenaraikan dengan jenis penanda wacana seperti penghubung
penambah, penghubung berlawanan, penghubung musabab dan penghubung turutan:

Penghubung Penanda Wacana Jumlah Peratus(%)


Penambah Disamping itu 7
Selain itu 14
Justeru 6
Sementara itu 1
Selain daripada itu 1 51
Sebagai tambahan 5
Lantaran itu 1

Berlawanan Akan tetapi 1


Sesungguhpun 2 15
Walau bagaimanapun 7

Musabab Oleh itu 14


Oleh yang demikian 2
Akibatnya 1 32
Walaupun 3
Sehubungan itu 2
Turutan Akhir sekali 1 2
Jumlah 16 68 100
Jadual 11 menunjukkan jumlah dan peratus jenis penanda wacana dalam teks ucapan
belanjawan 2020
Rajah 2 menunjukkan peratusan jenis penanda wacana dalam teks ucapan belanjawan 2020

6.3.0 UNSUR PENANDA WACANA DAN FUNGSI PENGGUNAANNYA

6.3.1 Penghubung Penambahan

Berdasarkan dapatan kajian, penghubung penambahan menunjukkan penggunaan yang paling


tinggi dalam teks ucapan Belanjawan 2020. Penghubung tambahan merujuk penghubung
yang memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakannya
(Halliday & Matthiessen, 2014). Namun begitu, penghubung penambahan yang dimanfaatkan
oleh pengucap memegang dua fungsi iaitu, sebagai penunjuk positif dan berlawanan. Fungsi
penghubung penambahan positif berperanan sebagai penambah unsur-unsur lain untuk
meluaskan ayat sebelumnya. Penghubung penambahan berlawanan pula merujuk
penambahan unsur lain yang mempunyai tentangan dengan ayat sebelumnya. Yang berikut
merupakan contoh penghubung penambahan positif dan berlawanan:

(1) 45. Di samping itu, sebanyak RM10 juta akan disediakan kepada MDEC untuk
melatih usahawan mikro-digital dan pakar teknologi bagi memanfaatkan e-Marketplaces dan
platform media sosial. Seramai 100 daripada usahawan mikro-digital ini, yang majoritinya
terdiri daripada wanita dan belia, telah berjaya menjana pendapatan sebanyak RM23 juta
dalam tempoh hanya enam bulan sekaligus mengubah kehidupan mereka.
(2) 36. Selain itu, Kerajaan akan memperuntukkan RM210 juta untuk mempercepatkan
infrastruktur digital di bangunan awam terutamanya sekolah dan kawasan berimpak tinggi
seperti taman perindustrian. Keutamaan akan diberikan kepada lokasi di negeri yang dapat
memudahkan dan mempercepat pelaksanaan NFCP.

(3) #PerantisKerja (Apprentice@Work) adalah program insentif Program Pendidikan dan


Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam bentuk elaun tambahan sebanyak RM100
sebulan untuk pelajar semasa menjalani latihan industri dalam kursus TVET bertujuan
menggalakkan lebih ramai belia menyertai kursus TVET. Justeru, Kerajaan juga akan
melanjutkan potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat yang
menyertai Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) bagi tempoh dua tahun lagi. Sebagai
tambahan, potongan cukai dua kali yang telah diberikan kepada syarikat yang melaksanakan
Program Internship Berstruktur (SIP) yang diluluskan oleh TalentCorp bagi pelajar yang
mengikuti bidang kejuruteraan dan teknologi akan diperluaskan kepada semua bidang
akademik yang lain.

Data (1) menunjukkan contoh penghubung penambahan positif. Pemanfaatan penanda


wacana selain itu menunjukkan bahawa pengucap menambah informasi lain pada ayat
selepasnya. Data (2) menunjukkan contoh penggunaan penghubung penambahan berlawanan.
Antara penghubung penambahan yang ditemui dalam teks ucapan Belanjawan 2020 ialah di
samping itu, selain itu, justeru, sebagai tambahan dan sebagainya.

6.3.2 Penghubung Berlawanan

Berdasarkan dapatan kajian, penghubung berlawanan juga menunjukkan penggunaan yang


sederhana dalam teks ucapan Belanjawan 2020. Penghubung berlawanan merujuk
penghubung yang memberikan maklumat berlawanan kepada sesuatu perkara yang
diperkatakannya (Halliday & Matthiessen, 2014). Yang berikut merupakan contoh
penghubung penambahan positif dan berlawanan:

(1) 103. Kerajaan akan terus melabur dalam membina sekolahsekolah baharu selaras
dengan peningkatan populasi penduduk. Walau bagaimanapun, pada masa lalu keadaan
sekolah sedia ada sering diabaikan. Bagi memastikan sekolah-sekolah sedia ada menyediakan
persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif untuk anak-anak kita, Kerajaan akan
menambah peruntukan penyelenggaraan dan menaik taraf sekolah daripada RM652 juta
seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 kepada RM735 juta pada tahun 2020
seperti berikut:

Data (1) menunjukkan contoh penghubung berlawanan. Penanda wacana berlawanan seperti
walau bagaimanapun menunjukkan bahawa pengucap memberi bertentangan dengan
informasi lain pada ayat selepasnya. Antara penghubung penambahan yang ditemui dalam
teks ucapan Belanjawan 2020 ialah walau bagaimanapun, sesungguhpun begitu,tetapi, akan
tetapi dan sebagainya.

6.3.3 Penghubung musabab

Penghubung musabab merupakan penghubung yang dimanfaatkan untuk menyatakan sebab


terjadinya sesuatu perkara atau peristiwa (Alarcon & Morales, 2011). Penghubung jenis ini
berperanan untuk menunjukkan hubungan antara sebab dan akibat daripada sesuatu perbuatan
atau peristiwa. Lazimnya, penghubung jenis ini digunakan dalam dua ayat yang berbeza, iaitu
apabila ayat pertama berperanan untuk menunjukkan sebab dan ayat berikutnya merujuk
kesan daripada sebab tersebut. Berdasarkan teks ucapan belanjawan yang dikaji, terdapat
beberapa penghubung musabab-bersyarat yang digunakan, iaitu ini kerana, oleh itu dan hal
ini demikian, oleh hal yang demikian. Yang berikut merupakan contoh penghubung
musabab-bersyarat dalam teks ucapan Belanjawan 2020:

(1) Pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan merupakan


sebahagian daripada geran persekutuan. Sejak tahun 1969, kadar Pemberian Khas tahunan ini
iaitu sebanyak RM26.7 juta untuk Sabah dan RM16 juta untuk Sarawak belum pernah
disemak semula. Oleh itu, buat pertama kalinya bermula tahun 2020, Kerajaan Pakatan
Harapan bercadang untuk menggandakan kadar tersebut kepada RM53.4 juta untuk Sabah
dan RM32 juta untuk Sarawak. Bagi menunjukkan keperihatinan terhadap rakyat di Sabah
dan Sarawak, Kerajaan akan menggandakan lagi kadar Pemberian Khas sehingga RM106.8
juta untuk Sabah dan RM64 juta untuk Sarawak dalam tempoh lima tahun.

(2) 219. Oleh yang demikian, Belanjawan yang dibentangkan pada hari ini telah
mengambil kira kesemua cabaran tersebut. Untuk meningkatkan kemampanan pertumbuhan
ekonomi, negara memerlukan dasar perindustrian yang lebih komprehensif. Intervensi
Kerajaan melalui dasar tertentu amat diperlukan untuk meningkatkan daya saing dan
produktiviti negara, mengutamakan pelaburan dalam sektor strategik, menyemarakkan
semula industri berasaskan eksport dan menggalakkan keusahawanan. Tidak syak lagi,
Belanjawan ini adalah belanjawan yang berorientasikan pertumbuhan, dengan langkah-
langkah terancang yang dirangka bagi mengoptimumkan impak ke atas pertumbuhan
ekonomi, penjanaan peluang pekerjaan dan perubahan struktur tanpa menjejaskan komitmen
Kerajaan untuk memulihkan keadaan fiskal dalam jangka sederhana.

Berdasarkan data (1), penanda wacana oleh itu digunakan untuk menerangkan perkara yang
dinyatakan pada klausa utama ayat sebelumnya, iaitu ayat (a) yang menerangkan pemberian
khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan merupakan sebahagian daripada
geran persekutuan. Sejak tahun 1969, kadar Pemberian Khas tahunan ini iaitu sebanyak
RM26.7 juta untuk Sabah dan RM16 juta untuk Sarawak belum pernah disemak semula.
Penanda wacana ini telah mewajarkan kerajaan untuk menggandakan kadar
tersebut.Pewajaran tersebut diperlihatkan juga melalui penggunaan penanda wacana oleh itu
pada ayat seterusnya.

6.3.4 Penghubung turutan

Berdasarkan dapatan kajian, penghubung berturutan juga menunjukkan penggunaan yang


amat ketara dalam teks ucapan Belanjawan 2020. Penghubung turutan merujuk penghubung
yang memberikan maklumat penyambung kepada sesuatu perkara yang diperkatakannya.
Antara contoh penanda wacana penghubung turutan yang terdapat teks ucapan belanjawan
negara adalah akhir sekali. Selain daripada teks itu, selepas itu, akhirnya, kemudian dan
sebagainya boleh menjadi penghubung turutan.

Rumusnya, dalam teks ucapan Belanjawan 2020 terdapat penggunaan unsur penanda
wacana seperti penghubung tambahan dan penghubung musabab menunjukkan jumlah dan
peratus yang paling tinggi iaitu sebanyak 68(51%) dan 35(32%). Manakala penggunaan
penghubung berlawanan dan penghubung turutan hanya dalam bilangan yang rendah
sebanyak 22(15%) dan 1(2%).
7.0 KESIMPULAN

Penanda wacana dapat menstrukturkan aliran huraian yang logik dan sistematik oleh
pewacana kepada pembaca atau pendengar. Dengan cara ini, pembaca atau pendengar dapat
mengikuti perkembangan sesuatu idea yang ingin disampaikan oleh pewacana. Secara
keseluruhannya, teks ucapan belanjawan 2018, 2019, 2020 yang disampaikan oleh pewacana banyak
menggunakan penanda penghubung penambah berbanding penanda penghubung berlawanan,
musabab dan turutan.

RUJUKAN

Renkema, J. (2004). Introduction to Discourse Analysis. Netherland: John Benjamins

Publication.

Alarcon, J.B & Morales, K.N.S. (2011). Grammatical Cohesion in Student’s

Argumentative Essay. Journal of English and Literature 2.

Halliday, M.A.K. & Matthiessen, C.M.I.M. (2014). Halliday’s Introduction to

Functional Grammar. Fourth Edition. Oxford: Routledge.

Idris Aman. (2014). Analisis Wacana. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Hazila Mat Lazim Idris Aman. (2018). Penanda Wacana Dalam Teks Pelan

Pembangunan Negara. Jurnal Wacana Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia. Jilid


2(1) Mac 2018: 1- 13.

Yb Tuan Lim Guan Eng. (2019). Ucapan Belanjawan Tahun 2020. Kementerian

Kewangan Malaysia. Kuala Lumpur.

Muhammad Faizul Abd Hamid, Mohd Azidan Abdul Jabar dan Muhammad Alif

Redzuan Abdullah. (2019). Unsur Penanda Wacana dalam Teks Ucapan Belanjawan
2019. Jurnal Bahasa 19(1), 41-65.

You might also like