Untitled

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.

Yang Berusaha,Puan Hajah Noor Fariza Binti Che


Daud,Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong;dif dif kehormat;guru-guru;para pelajar;dan
hadirin yang Budiman.Saya sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Daerah bahagian kokrikulum ingin
menyampaikan ucapan untuk majlis perasmian Minggu Sukan peringkat SMK TENDONG.Tajuk ucapan
saya pada pagi ini ialah punca pelajar tidak berminat untuk menyertai aktiviti sukan.

Para pelajar sekalian,

Aktiviti sukan menjadi salah satu agenda yang  sangat penting dilaksanakan di semua sekolah di
seluruh negara.Memang  tidak dapat disangkalkan lagi bahawa aktiviti sukan dapat membentuk sahsiah
murid secara menyeluruh.Walaupun aktiviti sukan diakui,Namun kesedaran orang ramai khususnya
pelajar tantang pperkara ini masih kurang.Aktiviti sukan mendapat sambutan dingin dalam kalangan
murid-murid dan ibu bapa.Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan murid-murid tidak melibatkan
diri dalam aktiviti ini.

Antara punca isu ini ialah  ibu bapa kurang memberi galakan kepada anak-anak mereka untuk
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan di sekolah.Hal ini dikatakan demikian kerana,ibu bapa
terlalu memfokuskan pencapaian anak mereka dalam bidang akademik semata-mata.Contohnya,ibu
bapa terlalu keberatan untuk membelikan anak-anak mereka peralatan sukan seperti kayu hoki,raket
badminton dan seumpamanya kerana  dianggap sebagai pembaziran.Tegasnya,bagi melahirkan insan
yang cemerlang,pencapaian dari segi akademik dan kokurikulum perlulah seimbang. 

Selain itu,pihak sekolah tidak menyediakan prasarana yang cukup untuk menjalankan pelbagai
aktiviti sukan.Hal ini dikatakan demikian kerana,pihak sekolah menghadapi masalah kewangan  untuk
membina gelanggang badminton,tenis dan sebagainya.Oleh sebab  murid yang menyertai  sukan itu
terlalu ramai maka kemudahan seperti kayu hoki,raket badminton dan sebagainya tidak dapat
menampung bilangan pelajar.Tegasnya,sekiranya isu ini tidak dapat dibendung,sekolah gagal melahirkan
seorang murid  yang berbakat dan berkebolehan  dalam bidang sukan.

Pelajar-pelajar yang saya kasihi,

Seterusnya,menganggap aktiviti sukan tidak bermanfaat juga merupakan punca pelajar tidak
berminat untuk menyertai aktiviti sukan.Malah,pertimbangan untuk menyertai aktiviti sukan ini turut
ditentukan oleh sikap pelajar yang menganggap aktiviti ini tidak memberikan sebarang impak positif
kepada diri mereka.Pandangan mereka ini dikukuhkan dengan kegagalan mereka peroleh markah dalam
peperiksaan yang diadakan oleh pihak sekolah.Tindakan ibu bapa yang menegur kegagalan mereka ini
menyebabkan mereka terus melupakan atau menganggap aktiviti ini tidak berguna buat
mereka.Justeru,pelajar tidak suka menyertai aktiviti sukan kerana mereka beranggapan aktiviti ini tidak
memberi sebarang manfaat untuk pembangunanmasa depan mereka.

Di samping itu,punca pelajar hari ini kurang melibatkan diri dalam aktiviti sukan ialah tiada sikap
masyarakat setempat yang telah mempengaruhi sikap dan minda pelajar.Masyarakat hari ini
terutamanya golongan dewasa yang bekerja,sibuk dengan urusan sendiri dan tidak sedar akan sikap
mereka yang mengabaikan aktiviti sukan.Senario ini menyebabkan mereka tidak bertegur sapa dengan
jiran tetangga mereka apatah lagi ingin melibatkan diri dalam aktiviti komuniti seperti gotong-
royong.Tanpa disedari,situasi ini turut mempengaruhi sikap dan minda remaja untuk meminggirkan
amalam kemasyarakatan dalam kehidupan mereka.
 Akhir sekali,perkembangan teknologi yang moden turut menghalang penglibatan remaja dalam
aktiviti sukan.Dewasa ini,dunia kita menghadapi ledakan teknologi maklumat yang kian canggih sehingga
mempengaruhi sikap dan minda remaja.Hal ini dapat kita lihat melalui kemajuan teknologi maklumat,
media massa dan hiburan yang bergerak pantas.Dengan pengaruh pemodenan teknologi dalam kalangan
remaja,mereka menganggap bahawa aktiviti kemasyarakatan sebagai tidak relevan dan tidak menarik
lagi.Mereka lebih suka bermain permainan menarik di internet dan menonton rancangan yang menarik
di kaca televisyen.Hal ini menyebabkan remaja tidak berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti
sukan.Jelaslah bahawa pengaruh pemodenan dan teknologi juga merupakan antara punca remaja kurang
melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

Pelajar yang Budiman,

Kesimpulannya,aktiviti sukan harus diberi perubahan imej yang drastik.Kerajaan harus


menjadikan aktiviti ini lebih mesra pelajar dengan cuba memahami keperluan pelajar terhadap
kokurikulum itu.Pelajar perlu haruslah lebih terbuka dalam tindakan mereka menyertai aktiviti
yang positif ini.Mungkin pelajar harus melihat kebaikan aktiviti ini terlebih dahulu daripada terus
membuat rumusan untuk menganggapnya sebagai satu aktiviti yang membebankan.ternyatalah
bahawa segala bentuk tingkah laku remaja amat berkait rapat dengan acuan kehidupan semasa
mereka.Keengganan mereka melakukan aktiviti yang berfaedah seperti bersukan berkait rapat dengan
asuhan yang diterima oleh mereka dan faktor di sekeliling mereka.Kini,tibalah masanya untuk semua
pihak menyedari bahawa segala yang tersasar di hujung jalan perlu balik ke pangkal jalan.Oleh itu,semua
pihak perlu bersinergi dan memainkan peranan masing-masing untuk mengatasi kemelut ini.

Sekian sahaja ucapan saya,terima kasih.

You might also like