Sejarah Topik - Odt

You might also like

Download as odt, pdf, or txt
Download as odt, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Bab 1 T4

KBAT - Kepentingan undang²

Kepentingan undang-undang ialah dapat menjamin kesejahteraan hidup dalam masyarakat. Hal
ini dikatakan demikian kerana undang-undang mengawal tingkah laku masyarakat.Kesannya,
kadar jenayah di negara kita berkurang. Sebagai contoh, rakyat yang tidak mematuhi undang-
undang akan dikenakan hukuman setimpal. Kesimpulannya, undang-undang penting untuk
memelihara keharmonian negara dengan mewujudkan keamanan negara.

Bab 4 T4

KBAT - Wajarkah penyerahan Sarawak

Wajar. Hal ini dikatakan demikian kerana penyerahan Sarawak kepada British dapat memulihkan
ekonomi Sarawak. Penyerahan ini dapat memajukan Sarawak dari segi infrastruktur.Contohnya,
aspek pertanian, perdagangan dan pendidikan dimajukan.Impaknya, taraf hidup masyarakat
Sarawak dapat ditingkatkan. Kesimpulannya, penyerahan Sawarak kepada British dapat
memastikan negeri Sarawak kekal maju.

Bab 1 T5

Langkah mempertahankan kedaulatan

Langkah mempertahankan kedaulatan ialah mewujudkan kestabilan politik dan kemakmuran


ekonomi.Hal ini dikatakan demikian kerana pentadbiran yang cekap dapat menjamin kemajuan
sesebuah negara.Misalnya, pemerintah harus melaksanakan undang-undang negara menurut
perlembagaan secara berkesan.Dengan ini, kadar jenayah akan berkurang dan kesejahteraan
negara dapat dikukuhkan.Oleh itu, kita harus mempertahankan kedaulatan negara demi
keamanan negara.

Bab 7 T5

Peranan DBP

Peranan DBP ialah memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa
ilmu.Selain itu, DBP berperanan untuk mengembangkan aktiviti bahasa dan sastera sebagai
medium untuk memupuk perpaduan.Di samping itu, DBP juga berperanan menerbitkan buku
dan majalah, risalah , menganjurkan seminar dan bengkel serta pelbagai aktiviti bersempena
dengan Minggu dan Bulan Bahasa Kebangsaan.Akhir sekali, slogan " Bahasa Jiwa Bangsa "
dilancarkan agar mengukuhkan pembinaan masyarakat yang bersatu padu melalui bahasa.
Bab 7 T4

Konsep Sistem Ahli

Sistem Ahli dilaksanakan pada bulan April 1951 hingga bulan Jun 1955, iaitu sebelum pilihan
raya MPP diadakan pada bulan Julai 1955.Sistem Ahli merupakan sistem yang melatih
penduduk tempatan menerajui pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu.Selain itu, Sistem Ahli
memberikan latihan kepada penduduk tempatan berkaitan dengan pentadbiran negeri sebelum
British memberikan kemerdekaan.Oleh itu, beberapa orang anggota MPP diberikan
tanggungjawab terhadap beberapa jabatan dan agensi kerajaan.Namum,terdapat tiga portfolio
kekal di bawah pentadbiran British.Salah satu contoh ialah hal ehwal ekonomi.

Ciri-ciri Sistem Ahli

Ciri-ciri Sistem Ahli ialah ahli bertaraf "Menteri".Ahli bertanggungjawab menjaga portfolio yang
mengandungi jabatan dan agensi kerajaan.Selain itu, ahli dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British
dengan persetujuan Majlis Raja-raja.Seterusnya, ahli bertanggungjawab mencadangkan
undang-undang yang berkaitan dengan jabatannya untuk dibentangkan dalam MPP. Di samping
itu, ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi.Akhir sekali, Sistem Ahli merupakan satu
sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa pegawai tadbir dan tokoh masyarakat.

KBAT - Kepentingan Sistem Ahli

Kepentingan Sistem Ahli ke arah kemerdekaan ialah menyediakan asas penting untuk melatih
orang tempatan ke arah berkerajaan sendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana penduduk
tempatan diberikan pendedahan untuk belajar mentadbir.Kesannya,penduduk dapat menerajui
kerajaan menjelang kemerdekaan.

Selain itu, Sistem Ahli dapat memupuk perpaduan kaum. Hal ini kerana ahlinya terdiri daripada
gabungan pemimpin pelbagai kaum. Contohnya, wakil pemimpin Melayu ialah Dato' Onn Jaafar
manakala wakil pemimpin Cina ialah H.S.Lee. Oleh itu, permuafakatan antara kaum dapat
diwujudkan dalam kalangan masyarakat.

Akhir sekali, Sistem Ahli menentukan kemerdekaan yang diperoleh mendapat sokongan seluruh
penduduk Persekutuan Tanah Melayu. Dengan ini, konflik tidak akan tercetus dalam negara.
Kesimpulannya, Sistem Ahli memberi pendedahan yang baik kepada penduduk tempatan untuk
mentadbir dan menerajui kerajaan demi kestabilan politik dan ekonomi negara.
Bab 2 T5

Kronologi sejarah penggubalan Pelembagaan Persekutuan

Pada tahun 1877, mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak menjadi titik tolak pembentukan
undan-undang di negara kita.Majlis Negeri Perak dipengerusi oleh Raja Muda Yusuf.Pada tahun
1946, Majlis Undangan Negeri berperanan untuk menggubal undang-undang di Negeri-negeri
Selat manakala Majlis Persekutuan menggubal undang-undang di Negeri-negeri Melayu
Bersekutu.Majlis Negeri pula menggubal undang-undang di Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu.Pada tahun 1948, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 merupakan titik
penting bagi pembentukan sebuah Persekutuan yang terdiri daripada negeri-negeri Melayu,
Melaka dan Pulau Pinang.Pada tahun 1957, suruhanjaya perlembagaan
diwujudkan.Suruhanjaya ini dikenali suruhanjaya Reid.

Ciri-ciri Utama Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan mempunyai dua ciri utama,iaitu ciri tradisional dan ciri moden. Antara ciri
tradisional yang terdapat dalam perlembagaan ialah agama Islam. Pada zaman British, Raja-raja
Melayu berkuasa dalam hal agama tanpa menerima nasihat pegawai British.Selepas merdeka,
agama Islam bagi negeri Melayu terletak di bawah kuasa raja negeri masing-masing. Selain itu,
ciri tradisional yang lain ialah bahasa Melayu.Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa
Melayu digunakan dalam pemerintahan.Bahasa Melayu menjadi lingua franca dan sebagai
bahasa ilmu.Kini, bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di negara kita.

Antara ciri moden yang terdapat dalam perlembagaan ialah Kerajaan Persekutuan. Dua bentuk
kerajaan telah diwujudkan ,iaitu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Apabila Malaysia
dibentuk, Sabah dan Sarawak diberi beberapa autonomi. Di samping itu, ciri moden yang lain
ialah kewarganegaraan. Sebelum merdeka, rakyat dikategorikan sebagai rakyat raja dan rakyat
British.Selepas merdeka, satu kewarganegaraan yang sama diperkenalkan kepada semua
rakyat Malaysia.

KBAT - Mengapakah perlembagaan perlu dipinda

Perlembagaan perlu dipinda supaya isi kandungan perlembagaan itu munasabah dan releven
mengikut peredaran zaman. Hal ini adalah untuk menyesuaikan peruntukan negeri baharu ke
dalam perlembagaan tanpa mengubah kedudukan negeri yang sedia ada.Contohnya, pindaan
Singapura.Impaknya, keharmonian dan keamanan negara terjamin.

Selain itu, pindaan perlu dilakukan untuk memastikan pentadbiran negara dapat dijalankan
dengan lancar.Hal ini dapat memastikan pembangunan negara diteruskan dengan
berkesan.Contohnya, tujuan pindaan perlembagaan 1963 adalah untuk melantik Yang di
Pertuan Negeri Sarawak dan Sabah.Kesannya, kedaulatan negeri dapat
dikekalkan.Justeru,pindaan perlembagaan perlu dilakukan demi kestabilan politik negara.
Bab 5 T5

Konsep Gagasan Malaysia

Konsep gagasan Malaysia ialah melahirkan sebuah negara yang berdaulat.Pembentukan


Malaysia merupakan kerjasama tokoh dari Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan
Singapura dalam rundingan dengan British.Kesepakatan semua pihak ini membentuk gagasan
Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963. Selain itu, konsep gagasan Malaysia
ialah konsep yang menggabungkan beberapa buah bekas tanah jajahan British di Asia
Tenggara. Bagi pihak British, pembentukan Malaysia adalah untuk memudahkan pentadbiran
pihak British. Tunku Abdul Rahman pula mencadangkan idea gagasan Malaysia yang
menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei
untuk merdeka dalam satu sistem Kerajaan Persekutuan.

Kepentingan / Faktor idea pembentukan Malaysia

Faktor-faktor wujudnya idea pembentukan Malaysia dalam kalangan pegawai British dan
penduduk tempatan ialah dari aspek keselamatan. Ancaman komunis berlaku di Singapura dan
Sarawak menyebabkan Tunku Abdul Rahman bimbang akan menggugat keselamatan
Persekutuan Tanah Melayu. Pembentukan Malaysia dapat memberikan kekuasaan kepada
Kerajaan Persekutuan dalam bidang pertahanan bagi membendung ancaman komunis. Selain
itu, faktor yang kedua ialah komposisi penduduk tidak seimbang antara orang Melayu dan orang
Cina selepas kemasukan Singapura dalam pembentukan Malaysia. Oleh itu, penggabungan
Sarawak, Sabah dan Brunei dapat menyeimbangkan komposisi penduduk. Seterusnya, faktor
yang ketiga ialah dapat mempercepatkan kemerdekaan. Bagi pihak British, pembentukan
Malaysia merealisasikan rancangan dekolonisasi dan boleh mempercepatkan kemerdekaan bagi
wilayah Borneo. Akhir sekali, pembentukan Malaysia membawa pembangunan wilayah. Taraf
hidup rakyat dapat dipertingkatkan dengan membangunkan infrastruktur.

Langkah / usaha pembentukan Malaysia

Langkah pembentukan Malaysia ialah mengadakan siri lawatan.Contohnya, Tunku Abdul


Rahman mengadakan lawatan ke Sarawak dan Brunei pada bulan Julai 1961. Tujuannya adalah
untuk meninjau dan bertemu dengan pemimpin tempatan bagi menerangkan rancangan
pembentukan Malaysia. Selain itu, Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia ditubuhkan untuk
menyebarkan maklumat berkaitan dengan Malaysia. Di samping itu, satu referendum diadakan
di Singapura untuk menyatakan bentuk pilihan Singapura menyertai Malaysia. Keputusan
referendum mendapati rakyat Singapura bersetuju bergabung membentuk Malaysia.
Seterusnya, rundingan diadakan di London antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan
kerajaan British.Kedua-dua bersetuju menubuhkan sebuah suruhanjaya yang dikenali sebagai
suruhanjaya Cobbold.

KBAT - Kebaikan pembentukan Malaysia

Pembentukan Malaysia 1963 memberikan manfaat kepada semua wilayah kerana


penggabungan ini dapat menjamin keselamatan rakyat di Singapura. Pada awalnya, ancaman
komunis yang berlaku di Singapura telah menggugat keselamatan rakyat. Dengan pembentukan
Malaysia, kerajaan Persekutuan dapat menyekat pengaruh komunis dan menjamin
kesejahteraan hidup rakyat.Selain itu, pembentukan Malaysia yang menggabungkan Sarawak,
Sabah, Brunei dan Singapura menjamin kedudukan istimewa orang Melayu kerana populasi
kaum diseimbangkan. Kepentingan semua rakyat Malaysia dipelihara. Di samping itu,
pembentukan Malaysia merupakan salah satu langkah untuk membangunkan wilayah yang
kurang pesat. Sebagai contoh, pembangunan wilayah di Sabah dan Sarawak dapat memajukan
ekonomi tempatan. Secara tidak langsung, taraf hidup rakyat juga dipertingkatkan.

You might also like