Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KISAH NABI SULAIMAN DENGAN

RATU BALQIS
Yang mulia tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-
guru dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Berjalan-jalan ke Tanjung Jara,

Bermain pasir bersama rakan,

Kisah Nabi Sulaiman pilihan cerita,

Mari bersama kita dengarkan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Tersebutlah kisah suatu cerita,

Nabi Sulaiman yang bijaksana,

Memerintah kerajaan adil dan saksama,

Bersama haiwan-haiwan boleh berbicara.

Rakan-rakan sekalian,

NABI Sulaiman dianugerahkan Allah kebijaksanaan sejak remaja lagi. Beliau juga
memiliki pelbagai keistimewaan, termasuk mampu bercakap, memahami dan memberi
arahan terhadap jin dan haiwan sehingga semua makhluk itu mengikuti kehendaknya.

Bertitik tolak daripada peristiwa itu, kewibawaan Sulaiman semakin terserlah. Melihat
kecerdasan akal yang ditonjolkannya itu, Nabi Daud menaruh kepercayaan dengan
mempersiapkannya sebagai pengganti dalam kerajaan Bani Israel. Setelah kewafatan
Nabi Daud, maka Nabi Sulaiman pun diberikan kuasa sebagai pemimpin. Beliau juga
dapat menundukkan jin, angin dan burung, sehingga dapat disuruh melakukan apa saja,
termasuk mendapatkan tembaga dari perut bumi.

Rakan-rakan yang dikasihi,

Setelah membangunkan Baitulmuqaddis, Nabi Sulaiman menuju ke Yaman. Tiba di sana,


disuruhnya burung hud-hud mencari sumber air. Tetapi burung berkenaan tiada ketika
dipanggil. Ketiadaan burung hud-hud menimbulkan kemarahan Sulaiman. Selepas itu,
burung hud-hud datang kepada Nabi Sulaiman dan berkata: “Aku telah terbang untuk
mengintip dan terjumpa suatu yang sangat penting untuk diketahui oleh tuan di Negeri
Saba’…”

“Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita bijaksana yang memerintah Saba’ dan
mempunyai singgahsana yang besar. Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah
matahari, selain Allah…”

Mendengar berita itu, Nabi Sulaiman mengutuskan surat mengandungi nasihat supaya
menyembah Allah kepada Ratu Balqis. Surat itu dibawa burung hud-hud dan diterima
sendiri Ratu Balqis. Selepas dibaca surat itu, Ratu Balqis menghantarkan utusan bersama
hadiah kepada Sulaiman.

Rakan-rakan sekalian,

Nabi Sulaiman melayan utusan tersebut dengan baik dan menceritakan pengalaman yang
dialami di Yaman kepada Ratu Balqis. Ini membuatkan Ratu Balkis berhajat untuk
berjumpa sendiri dengan Nabi Sulaiman. Keinginan Ratu Balqis itu diketahui Nabi
Sulaiman terlebih dahulu dan beliau memerintahkan tenteranya yang terdiri daripada
manusia, haiwan dan jin untuk membuat persiapan bagi menyambut kedatangan Ratu
Balqis.

Nabi Sulaiman juga memerintahkan Ifrit supaya membawa singgahsana Ratu Balqis ke
istananya. Apabila Ratu Balqis tiba Sulaiman bertanya : “Seperti inikah singgahsanamu?”
Dijawab Ratu Balqis: “Ya, memang sama seperti singgahsanaku”. Kemudian Ratu Balqis
dipersilakan masuk ke istana Nabi Sulaiman. Namun, ketika berjalan di istana itu, sekali
lagi Ratu Balqis terpedaya, kerana menyangka air pada lantai istana Nabi Sulaiman,
sehingga menyelak kainnya.

Berkatalah Sulaiman; “Sesungguhnya ia istana licin yang diperbuat daripada kaca”.


Berkatalah Balqis; “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku
dan aku berserah diri bersama Sulaiman dan kepada Allah, Tuhan semesta alam.”

Peristiwa itu menyebabkan Ratu Balqis berasa sangat aib dan menyedari kelemahannya,
sehingga dia memohon ampun atas kesilapannya selama ini dan akhirnya dia
diperisterikan oleh Nabi Sulaiman.

Rakan-rakan sekalian,

Pengajaran dari cerita ini ialah :

Pertama : Kita hendaklah beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya.  Kita juga
wajib percaya bahawa Allah Maha Berkuasa untuk menjadikan sesuatu perkara. Tiada
perkara yang mustahil dunia ini.
Kedua : Kita juga hendaklah berani untuk berdakwah dan menyampaikan keindahan
Islam kepada sesiapa saja.

Sekian saja cerita saya..Sekian, terima kasih.

You might also like