Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

More Create Blog Sign In

BICARA BERSAMA CIKGU JASLAN


Khamis, 10 Oktober 2013

POLA AYAT DASAR

Menurut Tatabahasa Dewan, ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi
pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Walaupun terdapat pelbagai jenis ayat dari segi
binaan dan susunannya, dan dari segi panjang pendeknya dalam sesuatu bahasa, namun jika dikaji asas
binaannya maka semua ayat itu boleh dikesan rangka dasarnya sebagai berasal daripada beberapa pola
tertentu.
Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis, dengan
berpandu pada jenis-jenis unsur yang hadir sebagai konstituen ayat-ayat itu (jenis-jenis subjek dan
predikatnya). Konstituen subjek, pada umumnya, diisi oleh frasa nama, sementara konstituen predikat
pula diisi oleh empat jenis unsur yang berbeza, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA)
dan frasa sendi nama (FSN). Empat jenis unsur pengisi konstituen predikat inilah yang menubuhkan Pengunjung Blog Mulai Jun 2012
empat jenis pola ayat dasar bahasa Melayu seperti yang berikut:
2 6 5 5 4 6
i. Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
ii. Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
iii. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
iv. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FS)
TEKNIK MENULIS KARANGAN

BAHAGIAN A,B & C


a. Frasa
Frasa ialah unit tatabahasa yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi
sekurang-kurangnya satu atau dua perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan menjadi dua
perkataan atau lebih. KARANGAN BERFORMAT
Frasa menjadi subjek atau predikat dalam binaan ayat serta menjadi konstituen atau binaan
kepada klausa.Frasa terbahagi kepada empat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi KARANGAN BERFORMAT
nama.
Dalam setiap frasa ada perkataan yang yang dikenali sebagai inti frasa, iaitu perkataan yang paling
penting dalam frasa. Contoh (berdasarkan Pola FN+FN) :
Kakak saya seorang pramugari = Kakak pramugari
NOTA PENULISAN UPSR
Di sini ‘kakak’ dan ‘pramugari’ adalah inti frasa kepada kedua-dua pola tersebut.
BUAT PILIHAN BAH.A,B @ C

Jenis perkataan yang menjadi inti frasa menentukan sama ada ia menjadi frasa
nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. BM PEMAHAMAN

SOALAN BAH A DAN B


Frasa Nama (FN)
Frasa Nama yang terbentuk daripada sederetan perkataan mempunyai dua
jenis hubungan antara perkatan-perkataan ini :
a) inti & penerang TATABAHASA
Contoh : Guru sekolah menengah itu sedang menasihati murid-muridnya (FN+FK)
Guru à inti ; sekolah menengah itu à penerang Pelbagai Latihan Tatabahasa

b) inti & inti.


Contoh : Ibu bapa perlu mendidik anak (FN+FK)
Ibu à inti ; bapa à inti.
PAUTAN UPSR BM 012
Dalam binaan frasa nama, penyusunan setiap konstituen amat pentng untuk
KAMUS
menentukan sama ada frasa nama itu digunakan dengan betul atau tidak. Oleh itu,
peraturan Hukum D-M, penggunaan kata bilangan serta panggilan dan penerang mestilah
sesuai dalam frasa nama.

ARKIB BLOG

Frasa Kerja (FK) ► 2021 (3)


Frasa kerja terbina daripada satu perkataan sahaja (iaitu terdiri daripada kata kerja ► 2020 (27)
tak transitif) atau sederetan perkataan yang menjadi unsur predikat dalam ayat. Binaan frasa
► 2019 (4)
kerja terbahagi kepada dua :
a) Frasa kerja yang tidak mengadungi objek dan tidak memerlukan kata ► 2017 (11)
nama sebagai penyambung untuk melengkapkannya. Kata kerja di sini ialah kata ► 2016 (1)
kerja tak transitif.
► 2015 (4)
Contoh : Adik menangis (FN+FK)
b) Frasa kerja yang mengandungi objek selepas kata kerja untuk ► 2014 (1)
melengkapkan frasa ini. Kata kerja di sini ialah kata kerja transitif yang memerlukan
▼ 2013 (35)
objek yang terdiri daripada kata nama. Objek berkenaan boleh diikuti oleh
► Disember (4)
penerang.
Contoh : Saya menangkap burung gagak di hutan. (FN+FK) ; ► November (2)
burung gagak à objek
▼ Oktober (5)
di hutan à penerang
Ejaan Nama Tempat / Nama Khas
Penggunaan Tanda Noktah
Frasa Adjektif (FA)
Penggunaan Huruf Besar dan
Huruf Kecil
Frasa adjektif boleh terbina daripada satu perkataan atau sederetan perkataan yang
mengandungi kata adjektif sebagai inti. Frasa adjektif adalah unsur predikat dalam binaan ayat POLA AYAT DASAR
atau sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat yang hadir selepas kata Bahasa Melayu
kerja. Manakala sebagai kata penerang, kata adjektif hadir selepas kata nama.
Binaan frasa adjektif yang terdiri daripada satu perkataan sahaja adalah seperti malas, ► September (1)
muram, dan kosong. Frasa adjektif juga boleh dibahagikan kepada dua golongan : ► Ogos (1)
a) Kombinasi dua kata adjektif yang menekankan beberapa unsur:
► Julai (5)
Ø keserasian makna. Contoh : cantik molek, penat lelah
Ø makna berlawanan. Contoh : baik buruk, kecil besar ► Jun (4)
Ø keindahan bunyi ritma. Contoh : lemah longlai, kusut masai
► Mei (12)
b) Binaan frasa adjektif yang terdiri daripada kata adjektif sebagai inti dan kata
nama sebagai penerang. Ia membawa dua maksud ► Mac (1)
Ø keserupaan. Contoh : merah darah , hijau daun
► 2012 (34)
Ø kiasan. Contoh : panjang tangan, besar kepala

Dalam frasa adjektif, kata penguat boleh hadir dalam beberapa keadaan:
Ø Di hadapan : paling degil, amat bijak PAUTAN KERJA GURU
Ø Di belakang : murah sekali, cepat benar
Ø Secara bebas : amat cantik, cantik amat. Pautan Kerja Guru
Ø Secara berderetan : sungguh berani sekali, belum cerdik lagi
Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif hadir sebagai predikat, sebagai kata
keterangan selepas kata kerja dan penerang selepas frasa nama. Dalam susunan ayat biasa, frasa
adjektif boleh mengalami susunan songsang. Contoh : PAUTAN LAIN
Rumah Ani amat besar sekali à Amat besar sekali rumah Ani
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

Frasa Sendi Nama (FSN) CIMB CLICKS

e-PENYATA GAJI
Frasa sendi nama ialah binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu sendi nama
dan frasa nama yang menjadi pelengkap kepada sendi nama itu. Dalam binaan ayat LHDN
biasa, frasa sendi nama menjadi predikat dalam ayat.
Frasa sendi nama boleh dibentuk melalui empat cara :
Ø Sendi nama dan frasa nama. Contoh : di pasar
Ø Sendi nama, kata nama arah dan frasa nama. Contoh : di tepi pasar
Ø Sendi nama, kata nama arah, frasa nama dan ayat komplemen. Contoh : ke dalam hutan untuk
menangkap rusa.
(binaan ketiga ini memperlihatkan kita bahawa unsur kata nama arah dan ayat komplemen
merupakan unsur pilihan)
Ø Sendi nama, kata nama arah, frasa nama dan frasa keterangan. Contoh : di selatan negeri China pada
tiap-tiap bulan.
(binaan keempat ini memperlihatkan unsur keterangan bersifat pilihan)

Pola 1: Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)


Ayat-ayat yang dibina berdasarkan pola ini menggunakan Frasa Nama ( FN ) sebagai
subjek dan Frasa Nama ( FN ) sebagai prekikat.
Contah ayat bagi pola ( FN+FN ) :
Ahmad ialah guru.
Ahmad merupakan frasa nama begitu juga dengan guru.Ayat tersebut tidak menjadi
terbitan kerana tidak mempunyai imbuhan.

Pola 2: Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)


Ayat-ayat yang dibina berdasarkan pola ini menggunakan Frasa Nama ( FN ) sebagai
subjek dan Frasa Kerja ( FK ) sebagai prekikat.
Contah ayat bagi pola ( FN+FK ) :
Ahmad berlari.
Ahmad merupakan frasa nama manakala berlari merupakan frasa kerja iaitu
daripada kata dasar lari.

Pola 3: Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)


Ayat-ayat yang dibina berdasarkan pola ini menggunakan Frasa Nama ( FN ) sebagai
subjek dan Frasa Adjektif ( FA ) sebagai prekikat.
Contah ayat bagi pola ( FN+FA ) :
Ahmad tinggi.
Ahmad merupakan frasa nama manakala tinggi merupakan kata adjektif atau pun kata
sifat iaitu sifat Ali yang tinggi.

Pola 4: Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FSN)


Ayat-ayat yang dibina berdasarkan pola ini menggunakan Frasa Nama ( FN ) sebagai
subjek dan Frasa Sendi Nama ( FSN ) sebagai prekikat.
Contah ayat bagi pola ( FN+FSN ) :
Rumahnya disebelah balai Polis.
Rumah merupakan frasa nama manakala di merupakan kata sendi
nama. Manakala balai polis hanyalah prediket ayat.

Ayat dasar ini juga mengandungi beberapa ciri iaitu,boleh terdiri dari satu
klausa utama sebagai satu susunan biasa.Ini kerana ayat dasar terdiri dari satu
subjek dan satu predikat.Ayat dasar juga bertindak sebagai ayat penyata bagi
menyatakan sesuatu.Selain itu,ayat dasar juga bertindak sebagai ayat aktif.Ayat
dasar ini biasanya adalah ayat yang ringkas maka ayat ini berpotensi untuk
diperluaskan.Ayat ini juga tidak mempunyai kata hubung yang menyambung antara
dua ayat.

di Oktober 10, 2013

27 ulasan:

Unknown 2 November 2014 8:23 PG

tq..

Balas

Balasan

Unknown 8 Julai 2020 6:00 PG

Buto ko

Unknown 15 Februari 2021 6:48 PG

dah mengapa

Unknown 11 Julai 2021 5:37 PTG

HAHAHAHAHA��

Unknown 16 Oktober 2021 1:37 PG

ahhahahaha

Balas

Tanpa Nama 5 Februari 2015 6:29 PTG

Terima Kasih.. [>- _-<]

Balas

Unknown 26 Mac 2015 2:32 PG

Terima kasih.. info ini sangat membantu

Balas

Unknown 8 Mac 2016 6:30 PG

Terima kasih

Balas

Unknown 8 Mac 2016 6:30 PG

Terima kasih

Balas

testing 10 Mei 2016 4:32 PG

Terima kasih

Balas

Ezzahh Ahmed 4 Ogos 2016 7:47 PG

Terima kasih...

Balas

Unknown 19 Ogos 2016 11:33 PTG

Terima kasih

Balas

EnigmaTree_ 3 September 2016 6:45 PG

Terima kasih

Balas

pjoe 4 Oktober 2016 8:44 PG

Tq

Balas

amsyar aqil 4 November 2016 9:39 PTG

ciptaan

Balas

Unknown 12 November 2016 1:41 PG

Penerangan yg bagus saya senang faham

Balas

Nightmare_21 6 Januari 2017 1:25 PG

THANKS

Balas

Agoogoo 5 Mac 2017 5:27 PG

Saya tak faham?

Balas

Nightmare_21 5 Mac 2017 6:14 PTG

THANKS

Balas

Unknown 13 Mei 2017 8:45 PG

mohon copy

Balas

ICAH 1 Oktober 2017 3:54 PG

Terima kasih....

Balas

Unknown 8 Januari 2018 10:38 PTG

Mohon share, ilmu ini amat jelas dan bermanfaat kepada murid.

Balas

Unknown 27 September 2018 12:20 PG

Saya konfius dlm menentukan pola ayat. Apa yyg saya faham, menentukan jenis frasa, kena
faham inti kepada frasa. Jika inti frasa adalah kata lkerja, maka frasa itu adalah frasa kerja. Tapi,
proses menentukan inti akan lebih kompleks bila wujud dua atau lebih inti yang sukar utk
ditentukan sebagai inti utama dlm menentukan jenis frasa.

Balas

Balasan

Saya 22 Mei 2021 11:22 PTG

Biasanya pengguna bahasa menentukan jenis frasa dengan memerhatikan bahagian


awal frasa. Setiap jenis frasa mempunyai ciri-ciri tersendiri yang sudah dibincangkan
dalam artikel di atas. Contohnya, dalam predikat yang berbunyi "anjuran Sekolah
Kebangsaan Seri Tasik", kata "anjuran" menjadi inti manakala "Sekolah Kebangsaan
Seri Tasik" penerang bagi inti tersebut. Harap menjawab persoalan saudara.

Balas

Unknown 8 Oktober 2019 9:44 PTG

Terima kasih. Saya mohon perkongsian bahan ini tuan.

Balas

Unknown 7 Julai 2021 7:18 PG

Jika ayatnya : Wang yang diberikan oleh Ahmad sangat membantu saya menyelesaikan hutang
yang tertunggak. pola ayatnya apa ye? terima kasih

Balas

Unknown 21 September 2021 4:35 PTG

terima kasih cikgu... izinkan saya berkongsi nota ini bersama anak didik saya

Balas

Untuk meninggalkan ulasan, klik butang di bawah untuk log masuk dengan Google.

LOG MASUK DENGAN GOOGLE

Catatan Terbaru Laman utama Catatan Lama

Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Kategori

Kata Banyak Makna

Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan


Internet

Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan


Pembelajaran Bahasa Melayu

Membina Dan Menggunakan Tapak, Laman Web


Pembelajaran Dan Pakej Tutorial Pembelajaran
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Membina Dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan


Dalam Penyusunan Bahan Pengajaran Dan
Pembelajaran Bahasa Melayu

POLA AYAT DASAR


Menurut Tatabahasa Dewan , ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan
semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. ...

" di " dan " ke " dieja secara jarak.


"di" yang berfungsi sebagai imbuhan perlu dieja rapat. Contoh: dimakan, disepak,disediakan, dll,
manakala "di" yang berf...

BAHAGIAN A UJIAN 1
Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah. Panduan menjawab soalan.
1.Perhatikan arahan bagi soalan ini. Tentunya ter...

TUGASAN/ “ASSIGNMENT" PPG

Kategori

Hubungan Etnik (WAJ3106)

Budaya dan Pembelajaran (EDU3106)

Pengajaran dan Pembelajaran B.Melayu Berbantukan


Komputer (BMM3105)

Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


(EDU3105)

Tenaga Boleh Baharu dan Kecekapan Tenaga Siri 1

Tenaga Boleh Baharu dan Kecekapan Tenaga Siri 2

Siswa / Siswi PPG IPTHOBP BMM1 Ambilan Jun

Tema Mistik Bhd.. Imej tema oleh RichVintage. Dikuasakan oleh Blogger.

You might also like