Laporan Isu Semasa Si Hulk

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

LAPORAN ISU SEMASA AJARAN SESAT “SI HULK”

MALAYSIA

Disediakan oleh: Diang Nur Rifqa binti Osman dan Nurul Asyiqin binti Mohamad

1. Pendahuluan

Isu ajaran sesat bukanlah baru lagi bagi rakyat Malaysia, namun terdapat satu ajaran
sesat yang digelarkan ajaran “Si Hulk” yang telag difatwakan haram sejak 2021 namun
telah muncul secara tiba-tiba pada 2023. Pada 19 Mac 2023, telah tular satu video yang
berdurasi 1 minit 17 saat di media sosial Tiktok di mana kandungan video tersebut
terdapat empat orang suspek yang telah membuat video berbaur isu penghinaan Nabi
Muhamad SAW. Suspek merupakan lelaki yang berusia antara 20-an hingga 30-an dan
mereka telah digesa oleh pihak berkuasa untuk menyerah diri sebelum pihak PDRM
sendiri yang menangkap suspek tersebut kerana telah melanggar undang-undang di
Malaysia.1

2. Latar Belakang Ajaran Si Hulk

Ajaran Si Hulk ini dipimpin oleh seorang calon Doktor Falsafah yang belajar di
Universiti Teknologi Malaysia.2 Malah kumpulan ini juga menghasilkan produk yang
bernama ‘Si Hulk’, antara produk yang dikeluarkan ialah air dan botol Si Hulk untuk
menarik minat pembeli.3 Ajaran ini bermula di negeri Johor yang merupakan tempat
tinggal Suhaini Mohamad merangkap pengasas ajaran Si Hulk dan produk Si Hulk.
Ajaran Si Hulk telah difatwakan sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor. Malah
Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad telah menyatakan bahawa keputusan yang dibuat
telah dibincangkan dalam perbincangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor sejak 28
September 2020.4

1
Berita Harian, oleh Mary Victoria Dass- 30 Mac 2023 @ 12:30 am
2
Facebook Suhaini Mohamad, 30 Mac 2023@12:15pm
3
Berita Harian,Mohamed Noh dan Omar Ahmad- 30 Mac 2023@12:22pm
4
Berita Harian 30 Mac 2023@12:31pm
3. Latar Belakang Pengasas Ajaran Si Hulk

Nama: Suhaini Bin Mohamad @ Suhai Ibni Mohamad


Umur: 51 Tahun
Tempat Tinggal: Bandar Uda Utama, Johor Bharu.
Pekerjaan: Ketua Pegawai Eksekutif Nusaraya & Pengasas produk Si Hulk.
Pendidikan: Belajar Doktor Falsafah; Sejarah Moden dan Kontemporari di Universiti
Teknologi Malaysia.

Suhaini Bin Mohamad juga difahamkan berasal daripada Kota Bharu, Kelantan dan
mempunyai seorang isteri5

Gambar 1: Suhaini Mohamad dan isteri

Sumber: Profil Facebook Suhaini Mohamad, 2023.

4. Ciri-ciri Ajaran Si Hulk


➢ Percaya bahawa Nabi Muhamad SAW adalah tuhan.6
➢ Percaya bahawa Nabi Muhamad SAW tidak beranak dan tidak diperanakkan malah
menganggap bahawa Nabi Muhammad SAW merupakan induk yang telah diseru
oleh Allah.

5
Facebook Suhaini Mohamad 30 Mac 2023@2:57pm
6
Petikan video Youtube Suhaini bertajuk Sesat atau Benar, 4 April 2020
➢ Mempercayai bahawa Nabi Muhammad SAW tidak mempunyai kemaluan dengan
menyatakan bahawa Saidina Ali RA telah melihat baginda Rasulullah SAW tidak
mempunyai kemaluan dan oleh itu telah digelar Karamallahu Wajhah7 dan anak
yang diperoleh dari Siti Khadijah RA ialah dari cara pandangan wajah Rasulullah.8
➢ Menyelewengkan ayat Al-quran dan mereka-reka hadis dengan menyatakan
bahawa buah khuldi yang ditelan melalui mulut atas oleh Nabi Adam SAW
menjadi halkum manakala buah khuldi dari mulut bawah oleh Hawa terbentuknya
ovari.9
➢ Menjual barangan yang dikenali sebagai “Si Hulk” iaitu botol dan air yang
dikatakan mampu menyembuhkan penyakit Covid-19 dan mampu menangkap jin.
➢ Melakukan perbuatan khurafat dengan barangan yang dijual.

5. Ajaran Si Hulk Dianggap Penyelewengan Agama

Ajaran Si Hulk dianggap menyelewengkan agama kerana pegangan dan kepercayaan


mereka dianggap menduakan Allah atau mensyirikkan Allah. Selain itu, kepercayaan
mereka tentang Nabi Muhamad SAW adalah tuhan dianggap satu penghinaan tentang
kemuliaan Rasullullah SAW.

Antara ayat penyelewengan Suhaini ialah Surah Al-Baqarah ayat 35 dan juga
Surah Taha ayat 120 di mana Suhaini telah selewengkan ayat tersebut dengan
menyatakan Adam telah makan buah Hawa melalui mulut oleh itu terjadinya halkum,
dan sebaliknya Hawa makan buah Nabi Adam melalui mulut bawah dan itu
menyebabkan kaum wanita mempunyai ovari dan datang haid setiap bulan10

Suhaini mengatakan bahawa produk jualannya mampu menangkap jin dengan


cara mengucap syahadah tiga kali dengan membayangkan Suhaini, seterusnya Abdul
Qadir Al-Jilani dan Nabi Muhammad SAW sebelum memasukkan jin ke dalam botol
Si Hulk yang kosong.

7
Petikan video Youtube Suhaini bertajuk Saidina Ali Melihat Keesaan Nabi
8
Status Facebook Suhaini, 2018
9
Petikan video Youtube Transformation Academy Suhaini Mohammad bertajuk Sesat atau Benar
10
Petikan Video Youtube Transformation Academy Suhaini Mohammad bertajuk Sesat atau Benar
Selain itu, Si Hulk juga turut mereka-reka hadis yang boleh memesongkan
akidah orang Islam dengan mendakwa bahawa keluaran produk Si Hulk yang dikenali
sebagai air hayat merupakan air yang diperoleh daripada Nabi Khidir menjadikan
baginda mampu hidup sehingga hari kiamat.11

Sumber: Profil Facebook Rakyat Marhein, 9 April 2020.

6. Ulasan

Ajaran Si Hulk boleh dikatakan ajaran sesat dan bertentangan dengan ajaran Islam yang
sebenar. Sememangnya agama Islam telah menitik beratkan penggunaan Al-Quran
sebagai rujukan dan hendaklah sebagai umat Islam, kita mempercayai ayat suci Al-
Quran tanpa perlu mempercayai ajaran-ajaran yang dibawa kerana ia dapat merosakkan
akidah seseorang itu. Sebagaimana yang difatwakan haram oleh Mufti Johor, hendaklah
sekeras-kerasnya ajaran Si Hulk ini ditentang dan tidak mempercayai apa-apa yang
dikatakan oleh pengasas ajaran tersebut.

Sebagai umat Islam tidak sepatutnya kita mempercayai bahawa sesuatu perkara
itu dapat disembuhkan secara terus. Contohnya seperti isu jualan air botol Si Hulk yang

11
Jabatan Mufti Johor, 8:02pm, 30 Mac 2023
dikatakan mampu menyembuhkan Covid-19 dengan menyentuhkan botol tersebut ke
kulit badan secara terus dan menunggu selama 8 jam, sekiranya air tersebut bertukar
warna, hendaklah diganti dengan botol lain dan air tersebut dibuang ataupun digunakan
sebagai baja. Hal ini akan menyebabkan seseorang itu jatuh syirik kerana mempercayai
perkara-perkara seperti itu. Dakwaan yang tidak berasas itu akan menyebabkan ramai
umat Islam tidak percaya akan bantuan sains.

7. Penutup

Ajaran Si Hulk telah difatwakan haram sejak 2021, namun sehingga kini masih terdapat
pengikutnya yang menyebarkan ajaran ini secara terang-terangan dengan menyebarkan
kepercayaan mereka di media sosial untuk menarik minat yang lain. Walaupun ajaran
ini telah senyap sejak difatwakan haram, kemunculan video baharu oleh empat individu
telah membuatkan Suhaini Mohamad memuat naik laporan polis dan posting di
Facebook yang mengatakan Suhaini dan ahli Si Hulk yang lain telah bertaubat.12

Sumber: Status Facebook profil Suhaini Mohammad, 21 Mac 2023

12
Profil Facebook Suhaini Mohamad, 21 Mac 2023, diakses pada 11:00am, 30 Mac 2023
Setelah diteliti, laporan polis yang telah di muat naik merupakan laporan polis
yang telah dibuat pada tahun 2021. Suhaini Mohammad kemudian telah padam status
posting tersebut setelah sembilan hari di profilnya akibat dikecam teruk oleh rakyat
Malaysia yang menentang ajaran sesat ini.

Sumber: Status Facebook profil Suhaini Mohammad, 21 Mac 2023

Oleh itu, sewajarnya sebagai kerajaan hendaklah mengetatkan lagi peraturan


dan beratkan lagi hukuman dan denda kepada pengasas ajaran sesat ini. Hal ini kerana,
ideologi yang di bawa oleh mereka akan kekal berterusan dan berpanjangan selama
bertahun.

Akhir sekali, influencer yang berada di Malaysia hendaklah memainkan


peranan dengan bantu kerajaan menyebarkan perkara yang betul dan sangkal segala
perkara yang salah. Hal ini kerana media sosial abad ini terlalu luas dan kerajaan tidak
mampu menampung keseluruhan rakyat, dengan bantuan influencer, sedikit sebanyak
mampu membantu pihak kerajaan membanteras isu ajaran sesat yang semakin meluas.
Influencer juga mampu untuk memanipulasi media sosial dengan ilmu ilmu yang
diterima. Oleh itu, sewajarnya kerajaan berganding bahu Bersama influencer di
Malaysia agar dapat membantu memudahkan sedikit sebanyak bebanan kerajaan.

You might also like