Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

ABSTRAK

kajian ini bertajuk “ Pelaksanaan pemberian hibah dalam produk takaful” dalam kalangan
masyarakat masa kini , dan di institusi intitusi perbankan di sekitar Johor .Objektif kajian ini
dijalankan adalah untuk mengenalpasti konsep hibah dalam Islam dan mengkaji pelaksaan
pemberian hibah dalam produk takaful dalam kalangan masyarakat masa kini . Kaedah kajian
adalah melalui temu bual , soal selidik.selidik dan rujukan Sebanyak 30 penduduk sekitar johor
dijadikan sebagai reesponden. Data kajianyang berbentu

1.0 PENGHARGAAN
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM , segala puji bagi Allah SWT atas limpah kurniaNYA
saya msih berkesempatan untuk menyediakan tugasan lapangan syariah 2023 ini
ASSALAMUALIKUM WBT . Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad ,
Selawat kita keatas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan ahli keluargaNYA .
Selain itu , kalungan jutaan terima kasih kepada barisan pentadbir sekolah SMKA BANDAR
PENAWAR , KOTA TINGGI atas segala jasa dan pelbagai usaha dalam membangu anak murid
di SEMAWAR dapat melaksanakan tugasan kerja lapangan dalam keadaan sempurna . Ucapan
terima kasih ini diberikan twrutamanya kepada Tuan Pengetua SMKA BANDAR PENAWAR
iaitu Tuan M.Zaidi bin , tidak lupa juga Penolong Kanan Pentadbiran sekolah , Pn.Noriah Bt ,
Guru Penolong kanan tingkatan 6, Ustz.hasrin hakim bin sulong dan barisan guru pembimbing
dan kauseling SEMAWAR . Sekalung budi juga diberikan kepada Ustazah Suhaina binti , yang
banyak memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang kerja lapangan ini berlangsung
Akhir sekali, tidak lupa juga ibu bapa saya yang banyak membantu dalam menjayakan kerja
kursus syariah ini . Begitu juga ucapan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam
mengumpul data bagi menyiapkan tugasan ini serta kepada rakan rakan saya dalam memberi
sokongan moral dalm menyiapkan kerja lapangan ini
1.0 PENGENALAN

Di dalam akhbar Berita Harian , ditulis oleh Mahannum Abd Aziz CIMB Islamic Bank
Bhd (CIMB Islamic) bersedia untuk memacu pertumbuhan selanjutnya dengan tumpuan dalam
tiga bidang utama bagi mengukuhkan lagi kehadirannya dalam pasaran kewangan Islam
domestik dan serantau.CIMB Islamic kini adalah institusi perbankan Islam kedua terbesar di
Malaysia dari segi jumlah asetnya yang berjumlah RM119 bilion setakat Jun 2021.Sementara itu,
jumlah pembiayaannya dalam tempoh sama mencecah RM85.63 bilion, dengan deposit daripada
pelanggan berjumlah RM96 bilion.Cabang kewangan Islam Kumpulan CIMB itu aktif
membangunkan produk dan perkhidmatan komprehensif berlandaskan syariah yang menepati
kehendak pasaran dan pada masa sama menyumbang kepada kerancakan pembangunan pasaran
modal Islam negara.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Shahriman Mohd Shariff, berkata strategi CIMB Islamic
bertumpu kepada pengurusan kekayaan berlandaskan syariah, pembangunan ekonomi halal dan
kelestarian yang dilihat mempunyai peluang pertumbuhan masa depan yang cerah.
Jelasnya, bagi tujuan itu, CIMB Islamic bekerjasama dengan rakan takafulnya bagi melancarkan
produk yang mempunyai elemen hibah dan dilihat sebagai elemen penting dalam menyelesaikan
isu pembahagian harta.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat dua objektif utama yang menjadi fokus pengkaji untuk perbincangan dalam kajian
ini iaitu :
2.1 Mengenalpasti konsep hibah dalam islam

2.2 Mengkaji perlaksanaan pemberian hibah dalam produk takaful

3.0 KAEDAH KAJIAN


Bagi mencapai dua objektif utama kajian, pengkaji telah memutuskan untuk memilih dua
kaedah kajian yang berikut:

3.1 Kaedah Kajian Dokumentasi

Pengkaji akan mengunakan kaedah kajian ini bagi mencapai objektif pertama kajian iaitu
menjelaskan konsep hibah dalam islam. Melalui kaedah ini, pengkaji akan merujuk
pelbagai bahan ilmiah seperti buku, artikel, jurnal, akhbar dan penulisan lain yang berkait
rapat dengan tajuk yang dikaji. Selain itu, pengkaji juga akan melayari laman laman web
yang berkait dengan tajuk pengkaji di internet untuk menambah lagi pengetahuan dan
mendapatkan maklumat tambahan yang sesuai dengan tajuk kajian.

3.2 Kaedah Kajian Lapangan

Kaedah kajian lapangan ini akan digunakan oleh pengkaji untuk mencapai objektif kedua
kajian iaitu mengkaji perlaksanaan pemberian hibah dalam produk takaful . Untuk
mendapatkan maklumat yang berkaitan, pengkaji telah mengadakan temu bual kepada
pihak yang berpengetahuan dan berkait dengan tajuk kajian pengkaji . Sepanjang temu
bual ini pelbagai soalan telah diajukan kepada pihak berkait tentang persoalan - persoalan
yang terdapat dalam tajuk kajian pengkaji. Soalan yang telah disediakan dalam temu bual
juga lebih menjurus kepada konsep pemberian hibah dalam produk takaful .Berdasarkan
jawapan yang akan diperolehi melalui temubual pengkaji akan akan memperolehi,
menganalisis dan menghuraikan maklumat yang berkaitan untuk mencapai objektif kedua
kajian.
4.0 PERBINCANGAN DAN DAPATAN HASIL KAJIAN

PENGENALAN

Dalam Islam, hibah adalah salah satu cara pemilikan harta yang sah di sisi syarak. Ia berkait
rapat dengan beberapa konsep pemilikan harta yang lain seperti wasiat, wakaf dan faraid.
Namun, hukum dan ciri-ciri konsep tersebut berbeza antara satu sama lain.

Hibah dari aspek bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau selainnya. Ia
merangkumi hadiah dan sedekah. Ketiga-tiga istilah ini mempunyai pengertian yang hampir
sama. Perbezaannya dari aspek tujuan pemberian itu, di mana sedekah ialah suatu pemberian
yang bertujuan untuk mendapat pahala di akhirat dan ia biasanya dari yang kaya kepada yang
miskin. Manakala hadiah pula ialah pemberian untuk memuliakan seseorang dan biasanya ia ada
hubungkait dengan sesuatu perkara. Dengan ini dapat dirumuskan bahawa setiap sedekah dan
hadiah adalah hibah, tetapi bukan semua hibah adalah sedekah dan hadiah
dari sudut istilah pula ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara
sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan
(iwad).Secara lebih khusus lagi, hibah ialah suatu akad pemberian milik ain harta daripada satu
pihakkepada pihak yang lain tanpa balasan (iwad) semasa hidup secara sukarela, bukan
mengharapkan pahala diakhirat dan memuliakan seseorang, dengan menggunakan lafaz ijab dan
qabul atau seumpamanya. Terdapat juga didalam alquran yang menyatakan bahawa hibah ini
merupakan satu bentuk kebajikan

ِ َ‫ٱلرق‬
ِّ ‫ني َوىِف‬ِ‫ٱلسبِ ِيل و َّ ِئ‬ ِ ِ
‫اب‬ َ ‫ٱلسٓا ل‬ َ ‫وَءَاتَى ٱلْ َم َال َعلَ ٰى ُحبِّهۦ َذ ِوى ٱلْ ُق ْرىَب ٰ َوٱلْيَتَـٰ َم ٰى َوٱلْ َم َسـٰك‬
َ َّ ‫ني َوٱبْ َن‬
mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan
anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada
orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi

‫ص ُد ٰقتِ ِه َّن حِن ْلَةً ۗ فَاِ ْن ِطنْب َ لَ ُك ْم َع ْن َش ْي ٍء ِّمْنهُ َن ْف ًسا فَ ُكلُ ْوهُ َهنِْيۤـًٔا َّم ِريْۤـًٔا‬ َ ‫َواٰتُوا الن‬
َ َ‫ِّساۤء‬
Dan berikanlah maskawin (mahar) kepada perempuan (yang kamu nikahi) sebagai pemberian
yang penuh kerelaan. Kemudian, jika mereka menyerahkan kepada kamu sebagian dari
(maskawin) itu dengan senang hati, maka terimalah dan nikmatilah pemberian itu dengan senang
hati.

Menurut buku penulis Ab Rahim hibah dari sudut istilah pula ialah suatu akad yang
mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada
seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad)

Berdasarkan definisi diatas dapat disimpulkan ciri ciri hibah adalah seperti berikut

1. Sesuatu akad pemberian harta kepada sesuatu pihak


2. Harta yang dihibah ialah ain harta bukannya hutang atau manfaat
3. Akad hibah dibuat tanpa mengenakan iwad
4. Akad hibah berkuatkuasa semasa pemberian hibah

Hibah ialah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah, sedangkanwasiat ialah
pemberian harta yang berlaku selepas kematian pewasiat. Kedua-dua instrumen ini digalakkan
dalam Islam, di mana sekiranya ia dilakukan dengan betul dan selaras dengan kehendaksyarak
maka ia boleh mengelakkan berlaku pertikaian dan perebutan harta.
Mengikut Istilah umum takaful bermaksud suatu persetujuan yang berdasarkan kepada
pertolongan bersama di mana peserta-peserta Takaful bersetuju untuk menyumbang ke dalam
suatu dana yang akan memberi manfaat kewangan yang akan dibayar kepada peserta-peserta
Takaful atau kepada waris mereka sekiranya berlaku perkara-perkara yang telah dipersetujui
terlebih dahulu.

Takaful adalah konsep insurans Islam yang mematuhi etika dan ketelusan garis panduan
Syariah yang melarang ketidakpastian (Gharar), perjudian (Maisir) dan faedah (Riba). Perkataan
Takaful berasal dari perkataan Arab Kafala yang bermaksud untuk menjamin, untuk membantu
atau untuk menjaga keperluan sesama insan.Setiap peserta yang dilindungi menyumbang atas
dasar Tabarru` (sumbangan) ke dalam dana yang akan digunakan untuk membantu semasa
diperlukan.
Secara asasnya takaful terbahagi kepada dua iaitu takaful am dan takaful keluarga .
Contoh takaful am adalah seperti takaful motor , takaful kemalangan diri dan takaful rumah .
Selaiin itu ada juga takaful hayat dan takful perubatan dan kesihatan
Hibah dan wasiat merupakan dua instrumen penting dalam perancangan harta menurut
undangundang Islam. Hibah ialah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah,
sedangkanwasiat ialah pemberian harta yang berlaku selepas kematian pewasiat. Kedua-dua
instrumen ini digalakkan dalam Islam, di mana sekiranya ia dilakukan dengan betul dan selaras
dengan kehendaksyarak maka ia boleh mengelakkan berlaku pertikaian dan perebutan harta.
Melalui hibah danwasiat juga dapat membantu kaum kerabat yang memerlukan bantuan.
Terdapat tanggapan bahawa dengan melakukan hibah dan wasiat maka dia telah menyalahi
ketepatan hokum faraid.Tanggapan ini tidak tepat kerana kedua-dua instrumen ini juga
sebenarnya diberi focus dan tempatnya yang tersendiri di dalam Islam.

Hibah dari aspek bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau selainnya. Ia
merangkumi hadiah dan sedekah. Ketiga-tiga istilah ini mempunyai pengertian yang hampir
sama. Perbezaannya dari aspek tujuan pemberian itu, di mana sedekah ialah suatu pemberian
yang bertujuan untuk mendapat pahala di akhirat dan ia biasanya dari yang kaya kepada yang
miskin. Manakala hadiah pula ialah pemberian untuk memuliakan seseorang dan biasanya ia ada
hubungkait dengan sesuatu perkara. Dengan ini dapat dirumuskan bahawa setiap sedekah dan
hadiah adalah hibah, tetapi bukan semua hibah adalah sedekah dan hadiah. | dari sudut istilah
pula ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela
terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad).Secara
lebih khusus lagi, hibah ialah suatu akad pemberian milik ain harta daripada satu pihakkepada
pihak yang lain tanpa balasan (iwad) semasa hidup secara sukarela, bukan mengharapkan pahala
diakhirat dan memuliakan seseorang, dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul atau
seumpamanya. Berdasarkan definisi di atas, dapat disimpulkan ciri-ciri hidah adalah seperti
berikut

3.0 KAEDAH KAJIAN

3.1 KAEDAH DOKUMENTASI

Dalam kajian ini , penyelidik telah mengunakan kaedah dokumentasi untuk mengetahui
serta mendaptkan maklumat berkenaan
B)
C) RUKUN HIBAH
1. Pemberi hibah ( al wahib)
2. Penerima hibah (al mawhub)
3. Barang atau harta yang dihibahkan
4. Sighah iaitu ijab qabul

D) SYARAT PEMBERI HIBAH


1. Pemberi mestilah merupakan pemilik harta
2. Dilakukan dengan rela hati dan tanpa paksaan
3.Waras
4.Cukup umur
5.Layak untuk menguruskan hartanya

E) SYARAT PENERIMA HIBAH


1. Mestilah masih hidup ketika hibah berlaku
2. Layak (cukup umur ) untuk menerima barang hibah sekiranya msih belum cukup umur ,
barang atau harta tersebut akan dipegang terlebih dahulu oleh pemegang amanah yang dilantik

F) SYARAT BAGI HARTA YANG DIHIBAHKAN


1. Harta itu perlu disahkan oleh syarak
2. Harta tersebut perlu wujud ketika ijab qabul berlaku
3. Harta tersebut perlulah bernilai
4. Harta tersebut merupakan harta milik penghibah

G) SYARAT SIGHAH HIBAH


1. Lafaz ijab dan qabul’
 Lafaz ijab - lafaz yang diungkapkan oleh pemberi hibah kepada penerima
 Lafaz qabul - lafaz yang diungkapkan oleh penerima sebagai tanda menerima harta tersebut
2. Tidak bertempoh
H) HUKUM HIBAH

Hukum melakukan hibah adalah sunat dan digalkkan dalam islam


Kadar yang boleh diserahkan berbeza dengan faraid atau wasiat , kadar harta yang boleh
diberikan kepada penerima adakah tidak terhad kepada 1/3 sahaja dan boleh dilakukan tanpa
persetujuan waris .
Hibah ini boleh diberikan kepeda penerima tertentu samada ahli keluarga atau bukan ahli
keluarga atas dasar kasih sayang

You might also like