Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

KURSUS ASAS PENGENDALIAN


DRONE

1
1. TUJUAN
1.1 Kertas cadangan ini disediakan bertujuan untuk memohon
sokongan dan bantuan kewangan bagi menjayakan Kursus
Asas Pengendalian Drone anjuran Kawasan Rukun
Tetangga (KRT) Parcel 18 Proton City.

2. LATAR BELAKANG
2.1 KRT Parcel 18 Proton City adalah merupakan salah sebuah
KRT yang ditubuhkan di kawasan perumahan Proton City,
Tanjong Malim Perak.

2.2 KRT Parcel 18 Proton City mula ditubuhkan pada Tahun


2019 dimana pada permulaannya hanya terdapat kira-kira
104 buah keluarga yang mendiami kawasan perumahan
Parcel 18C.

2.3 Sehingga kini, jumlah kependudukan dikawasan Parcel 18


semakin bertambah sejajar dengan pembangunan kawasan
perumahan baru iaitu di Parcel 18 B dan C. Sehingga kini,
dianggarkan terdapat 240 buah keluarga yang mendiami
kawasan perumahan di Parcel18 Proton City. Dijangka,
jumlah kependudukan ini akan terus bertambah disebabkan
terdapat banyak lagi kawasan yang masih belum
dibangunkan.

2.4 Disepanjang tiga(3) tahun penubuhan KRT Parcel 18


Proton City, pelbagai program telah berjaya dilaksanakan
seperti dibawah:

a) Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri

2
b) Gotong Royong Perdana
c) Sambutan Bulan Kemerdekaan
d) Skim Rondaan Sukarela

2.5 Pada tahun ini, bersempena dengan cuti sekolah yang akan
bermula pada 9 hingga 31 Disember 2023, KRT Parcel 18
Proton City dengan kerjasama Pusat Latihan Pengajar dan
Kemahiran Lanjutan (CIAST) Drone bercadang untuk
menganjurkan Program Kursus Asas Pengendalian Drone
kepada anak-anak KRT Parcel 18.

2.6 Ini adalah merupakan julung kalinya program seumpama ini


dianjurkan oleh KRT Parcel 18 bagi mengisi masa terluang
anak-anak dengan aktiviti yang berfaedah.

3. OBJEKTIF KURSUS

3.1 Disamping untuk mengisi masa terluang anak-anak dengan


aktiviti yang bermanfaat, antara objektif utama kursus ini
adalah:
a) Untuk memberi kefahaman dan pengetahuan akan
kepelbagaian fungsi Drone.
b) Untuk memberi pengalaman proses pengendalian dan
penerbangan Drone.
c) Membantu meningkatkan fokus dan kemahiran motor
anak-anak.
d) Untuk menanamkankan minat serta mengembangkan
lagi kemahiran fotografi dalam bidang aerial fotografi.

3
4. KOMPONEN PROGRAM
4.1 Tentatif tarikh dan lokasi bagi Program Kursus Asas
Pengendalian Drone adalah seperti dibawah. Perincian
aktiviti adalah seperti di Lampiran 1.

Tarikh : 17 Disember 2022 (Siri 1) &


18 Disember 2022 (Siri 2)
Tempat : Dewan Muallim (Proton City)
Masa : 8.00 Pagi – 5.00 Petang

4.2 Kumpulan Sasar: Anak-anak parcel 18 proton city yang


berumur 10 hingga 12 tahun.

4.3 Bilangan Peserta: 20 orang / siri


Jumlah : 2 Siri
Jumlah Keseluruhan: 40 orang peserta

5. IMPLIKASI KEWANGAN
5.1 Anggaran kos bagi penganjuran Program Kursus Asas
Pengendalian Drone adalah seperti di Jadual 1 dibawah:

Jadual 2: Perincian Kos bagi Kursus

Kos Per
Bil. Item Kuantiti Kos
Unit

1. Sewaan Tempat L/S RM 550.00 RM 550.00


(Dewan Muallim Proton City)

Makan & Minum


2. (Sarapan pagi & Makan Tengah 45 orang RM15.00 RM675.00
Hari)

4
Kos Per
Bil. Item Kuantiti Kos
Unit
 Peserta/urusetia/ pengajar
3. Peralatan Kursus 40 RM100.00 RM4000.00
4. Hadiah (Hamper) 8 RM50.00 RM400.00

5. Sijil Penyertaan 40 RM2.00 RM80.00

JUMLAH KOS KESELURUHAN RM 7,305.00

6. JANGKAAN HASIL

6.1 Para peserta akan dapat merasai dan mengetahui prosedur


pengendalian Drone yang betul.
6.2 Para peserta akan dapat mengaplikasikan penggunaan
drone untuk pelbagai tujuan terutamanya dalam hal
pembelajaran.
6.3 Masa terluang dapat diisi dengan aktiviti yang berfaedah.

7. KESIMPULAN

Program Kursus Asas Pengendalian Drone adalah merupakan


satu program cuti sekolah yang dirancang khas oleh KRT Parcel
18 Proton City untuk anak-anak parcel 18 proton city menfaatkan
cuti sekolah dengan aktiviti yang sihat serta berfaedah dalam
menambah kemahiran baharu untuk kebaikan diri dan masa
hadapan. Program seumpama ini dapat membantu dalam
melahirkan anak-anak yang kreatif dan fokus dalam
melaksanakan sesuatu pekerjaan.

5
LAMPIRAN 1

10.30am- 11.00am- 1.00pm- 2.00pm- 3.30pm-


Siri 8.30am-10.30am
11.00am 1.00pm 2.00pm 3.30pm 5.00pm
1&2 - Registration Break - Drone Lunch Break -Drone - Drone
(17&18/12/2022) - Course briefing piloting Piloting Piloting
- Introduction to theory & practical Assesment
drone technology Practical - Group Task - Closing
- Drone law & 1
regulation in
Malaysia

You might also like