Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL

TAHUN 2022/2023

Bil. Mesyuarat : 1/2023


Tarikh : 17 Mac 2023
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Sekolah
Kehadiran : 12/12

Kehadiran:

1 En. Loh Chee Kee AMP., PJK. Guru Besar


2 Pn. Hoong Jet Yee PK Pentadbiran
3 Pn. Cha Yen Nee Ketua Panitia
4 Cik Chai Ming Shing Setiausaha
5 Cik Lim Lee Peng AJK
6 Pn. H’ng Char Nee AJK
7 Cik Ang Mei Chin AJK
8 Pn. Tan Kong Ping AJK
9 Pn. Chee Wai Wan AJK
10 Cik Goh Hui Swen AJK
11 Cik Teh Yue Qin AJK
12 Cik Teng Shun Qin AJK

Tidak Hadir:

1
2

Agenda 1: Ucapan Pengerusi

Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada semua ahli yang hadir ke mesyuarat. Beliau berharap semua ahli kumpulan dapat bekerjasama untuk menjayakan

aktiviti panitia.

Tindakan: Makluman

Agenda 2: Pembentangan Dan Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Moral Bil.4 / 2022

2.1 Dicadangkan oleh: Cik Ang Mei Chin

2.2 Disokong oleh: Cik Goh Hui Swen


Agenda 3: Pembentangan Maklum Balas Dan Perbincangan Perkara Berbangkit

Tiada

Agenda 4: Perkara Perbincangan

4.1 Dokumen Kurikulum

4.1.1 Kalender Akademik Sesi 2022/2023 bermula pada 20 Mac 2023 hingga 11 Feb
2024 sebanyak 3 penggal.

4.1.2 Standard Kandungan Kurikulum Pendidikan Moral perlu habis diajar sebelum 15
Disember 2023 (Minggu 36). Aktiviti pengayaan, pengukuhan dan pemulihan
dijalankan dari 29 Jan 2024 hingga 11 Feb 2024.

Tindakan: Makluman

4.2 Buku Teks, Buku Kerja dan Buku Aktiviti yang Diguna

4.2.1 Penggunaan buku teks murid Tahap 1 dan Tahap 2 adalah seperti yang
diperuntukkan oleh KPM.

4.2.2. Penggunaan Buku Sumber dan Buku Kerja

Tahun Judul

5 Little Pony Nursery Buddies Moral Education(Pelangi)


6 Little Angel Nursery Buddies Moral Education(Pelangi)
1 Buku teks BC (KPM)

2 Buku teks BC (KPM)

3 Buku teks BC (KPM)

4 Buku teks BC (KPM)

5 Buku teks BC (KPM)

6 Buku teks BC (KPM)

Tindakan: Makluman

4.3 Dasar Minima Latihan Murid

4.3.1 Memberi latihan pengukuhan / lembaran kerja, menjalan aktiviti lakonan, main
peranan, sesi soal jawab dan lain-lain aktiviti mengikut kesesuaian tajuk.
Tindakan: Semua guru Pendidikan Moral

4.4 Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian, CIDS


4.4.1 Rancangan Persediaan bagi tahunan dan harian perlu disediakan selaras
dengan takwim sekolah, dengan mengambil kira rancangan Program Minggu
Pertama (D2 hingga D6) dan Program Transisi selama 4 minggu (D1).

4.4.2 Bermula Kalander Akademik Sesi 2023/2024, semua RPH disediakan mengikut
format yang ditetapkan dalam portal CIDS.

Tindakan: Semua guru Pendidikan Moral

4.5 Pendekatan Bertema

4.5.1 Rancangan Persediaan bagi tahunan dan harian juga perlu menggunakan
Pendekatan Bertema. Pilihan tema dan tajuk perlu berbincang antara guru mata
pelajaran, sekurang-kurangnya dua mata pelajaran perlu bergabung dan
dilaksanakan secara bertema.

Tindakan: Semua guru Pendidikan Moral

4.6 Takwim Panitia Bahasa Cina

Bil. Aktiviti/Program Tarikh Guru Bertanggungjawab

1 Mesyuarat Panitia PM Bil 1/2023 17/3/2023 Ketua Panitia

2 PLC 1 –Teaching Sharing Apr 2023 Semua guru

3 Penjaminan Kualiti 1 2/5/2023 Ketua Panitia

4 Program Membuat Kraftangan Sempena Sambutan Hari Guru 8/05/2023 - 13/05/2023 Semua guru

5 Program Membuat Kad Penghargaan Ibu Bapa 17/05/2023 - 20/06/2023 Semua guru

6 PLC 2 - Video Critiques Jun 2023 Semua guru

7 Mesyuarat Panitia PM Bil 2/2024 21/7/23 Ketua Panitia

8 Program Membuat Kraftangan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ogos 2023 Semua Guru

9 PLC 3 – Lesson Study Ogos 2023 Ketua Panitia

10 Penjaminan Kualiti 2 4/9/2023 Ketua Panitia

11 Mesyuarat Panitia PM Bil 3/2022 12/10/23 Ketua Panitia

12 PLC 4 - Learning Walk Okt 2023 Ketua Panitia

13 Menggubal soalan (T4-T6) Dis 2023 Guru PM T4-T6

14 Ujian Akhir Sesi Akademik 2023 8-12 Jan 2024 Semua guru

15 Pentaksiran Bilik Darjah Mac – Dis 2023 Semua guru

16 Ujian Formatif Mac 2023– Jan 2024 Semua guru

17 Mesyuarat Panitia PM Bil 4/2022 29/1/24 Ketua Panitia


Tindakan: Semua guru Pendidikan Moral

4.7 PLC

4.7.1 PLC akan dijalankan seperti yang dijadualkan.

Bil PLC Tarikh

1 Teaching Sharing Apr 2023

2 Video Critiques Jun 2023

3 Lesson Study Ogos 2023

4 Learning Walk Okt 2023

4.7.2 Laporan PLC akan dimuat naik ke google drive sekolah selepas aktiviti PLC
dijalankan.

Tindakan: Ketua Panitia

4.8 Pencerapan PdP

4.8.1 Pencerapan dijalankan sebanyak 3 kali setahun iaitu sekali penilaian kendiri
(Mac), dua kali pencerapan (Mei dan Sept) oleh GB atau PK seperti jadual di
bawah (Rujuk Buku Pengurusan Sekolah 2023/2024, ms77).
4.8.2 Guru yang dicerap perlu melengkapkan borang penjaminan kualiti, menghantar
e-rph dan buku latihan mengikut bilangan murid bagi kelas tersebut kepada
pemantau.

Tindakan: Semua guru Pendidikan Moral

4.9 KBAT / ISPPK

4.9.1 Pencerapan PdPC / KBAT akan dijalankan 2 kali setahun pada bulan Mei dan
September berdasarkan jadual di 4.8.1.
4.9.2 Semua guru perlu sentiasa memastikan PdPC yang dijalankan berunsur KBAT.

4.9.3 Setiap kali pencerapan dijalankan, borang SKPMg2 Standard 4, ISPPK (guru
dan murid), borang Penjaminan Kualiti perlu diisi dan buku latihan murid perlu
disemak.

Tindakan: Semua guru Pendidikan Moral

4.10 Ujian Sumatif/ Ujian Akhir Sesi Akademik

4.10.1 Ujian sumatif dijalankan dari semasa ke semasa iaitu dari Mac 2023 hingga
Feb 2024.

4.10.2 Guru Tahap 2 dikehendaki menggubal soalan untuk Ujian Akhir Sesi
Akademik.

Tindakan: Semua guru Pendidikan Moral

4.11 Pentaksiran Bilik Darjah

4.11.1 PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun, guru diminta menilai
dan merekod prestasi murid dalam senarai nama murid semasa PdPC
dijalankan.

4.11.2 Guru perlu mengemaskini prestasi murid dari semasa ke semasa sepanjang
tahun.

Tindakan: Semua guru Pendidikan Moral

4.12 Program Transisi

4.12.1 Program Transisi Tahun satu akan berlangsung selama 4 minggu mulai 20 Mac
2023 hingga 14 Apr 2023.

4.12.2 Murid Tahun Satu mula mengikuti pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya
pada 17 Apr 2023.

Tindakan: Makluman

4.13 Program Minggu Pertama Persekolahan

4.13.1 Guru kelas Tahun 2 hingga Tahun 6 dikehendaki meyediakan kertas kerja
program minggu pertama persekolahan dengan mengikut cadangan aktiviti
yang dibentang oleh PK1 dalam mesyuarat kurikulum sebelum ini.

Tindakan: Guru kelas Tahun 2 -Tahun 6


4.14 Mengatasi Isu Beg Sekolah

4.14.1 Untuk mengatasi isu beg berat, guru-guru digalakkan banyak penggunaan e-
book, melaksanakan PdP berpusatkan murid.

Tindakan: Semua guru Pendidikan Moral

4.14.2 Guru-guru juga diminta mengambil perhatian terhadap perkara berikut:


i.Melakukan pemeriksaan beg murid dari semasa ke semasa.
ii.Memastikan hanya 1 buah buku tulis bagi mata pelajaran Pendidikan Moral.
iii.Memastikan murid membawa buku teks dan buku tulis mengikut pesanan guru.
iv.Tiada buku tulis lama ditampal pada yang baru.
v.Buku teks/ buku tulis simpan dalam almari sekolah sekiranya tidak digunakan.
Tindakan: Semua guru Pendidikan Moral

4.15 Program Peningkatan Akademik Murid

4.15.1 Program peningkatan untuk tahun ini ialah PLC dan LDP.
4.15.2 Guru perlu menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta
untuk meningkatkan pembelajaran murid seperti:
i.Pengukuhan dan pengayaan
ii.Pemulihan dan bimbingan
Tindakan: Makluman

4.16 Aktiviti Dalaman

4.16.1 Membuat kraftangan Sempena Sambutan Hari Guru dijalankan pada 8/05/2023
- 13/05/2023, membuat Kad Penghargaan Ibu Bapa dijalankan pada
17/05/2023 - 20/06/2023 dan membuat kraftangan Sempena Sambutan Hari
Kebangsaan dijalankan sepanjang bulan Ogos mengikut takwim panitia
Pendidikan Moral 2023.

Tindakan: Semua guru Pendidikan Moral

4.17 Anggaran Perbelanjaan Panitia

4.17.1 Peruntukan PCG dan anggaran perbelanjaan Panitia Pendidikan Moral adalah
seperti dalam jadual di bawah.

Bil. Peruntukkan PCG Yang Diterima RM Bil. BBM Yang Hendak Dibeli RM
kraftangan Sambutan
1. Baki Tahun 2022 24.07 1. 150.00
Hari Guru

kraftangan Sambutan
2. Peruntukan 2023 (42%) 477.26 2. 150.00
Hari Ibu Bapa

kraftangan Sambutan
3. 200.00
Hari Kebangsaan

Jumlah 501.33 Jumlah 500.00

Tindakan: Makluman

4.18 Jadual Penyemakan Buku Latihan Murid

4.18.1 Setiap kali penyemakan buku latihan murid, guru perlu menghantar kesemua
buku kerja, buku latihan serta buku tulisan kepada penyemak (Rujuk Buku
Pengurusan Sekolah 2023/2024, ms78)

4.18.2 Guru yang menghantar buku latihan dikehendaki melengkapkan borang


penyemakan buku latihan.

Tindakan: Semua guru Pendidikan Moral

Agenda 5: Hal-Hal Lain

5.1 Guru-guru Pendidikan Moral diminta menyediakan biodata diri dan menghantar kepada ketua panitia.

Tindakan: Semua guru Pendidikan Moral

Agenda 6: Penangguhan

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir.

6.2 Mesyuarat tamat pada 10:00 pagi.

Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

__________________ __________________
Setiausaha Panitia Pendidikan Moral Guru Besar
Chai Ming Shing En. Loh Chee Kee AMP., PJK.
20 Mac 2023 20 Mac 2023

You might also like